Harimau Penunggu Istana Lama

Assalamualaikum pembaca FS dan juga admin. Terima kasih saya dahulukan buat kalian. Saya nak beritahu awal-awal, ini bukan kisah seram. Tetapi kisah tentang penunggu istana lama di kampung saya.

Tolak tepi intro, saya akan terus bercerita.

Saya berasal dari sebuah kampung di pedalaman Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan pembaca, Negeri Sembilan ini merupakan negeri yang menggunakan adat perpatih. Apabila adat perpatih digunakan, maka akan ada beberapa undang luak. Undang luak ini dianggap seperti pemerintah daerah pada zaman dahulu. Maka secara tidak langsung, banyak ‘istana-istana lama’ yang sudah ditinggalkan. Jangan salah sangka. Istana-istana lama yang saya maksudkan ini tidaklah semegah istana-istana raja. Hanya binaan kayu yang senibinanya diinspirasi dari kesenian Minangkabau. Ya, indah. Tetapi apabila ditinggalkan, akan banyaklah cerita yang akan berlaku.

Salah sebuah istana yang saya maksudkan terletak betul-betul di pinggir kampung saya. Sebuah binaan kayu lama, sebesar sebuah rumah banglo mewah dengan halaman yang cukup luas untuk dibina dua buah padang bola. Tiada pemilik (jika ada pun, tiada siapa yang pernah kenal dengan pemiliknya). Namun tidak pernah terlihat sebarang kerosakan pada istana tinggal ini. Pasaknya masih rapat. Atapnya tidak berlubang. Kayunya tidak dimakan anai-anai. Tidak perlulah saya terangkan sebabnya. Mungkin para pembaca boleh agak mengapa.

Ya, setiap istana tinggal ini mempunyai penunggu mereka sendiri. Bagaimana saya tahu? Sebab semasa kecil, saya sendiri pernah beberapa kali terlihat seekor harimau jadian berlegar-legar di sekeliling istana itu. Mungkin itu cuma harimau biasa? Tidak. Saya cukup pasti bahawa sang belang itu adalah jadian kerana saiznya yang luar biasa besar. Senang cerita, lebih besar dari kerbau. Besar gila!

Cerita Dari Atuk

Sewaktu datuk saya masih kecil, pada suatu malam, pernah ada satu kejadian di mana seorang lelaki tua dihalau oleh orang kampung. Masing-masing siap berparang dan bercangkul. Orang tua yang dihalau itu rupa-rupanya seorang pawang yang cuba untuk menangkap sang harimau penjaga istana itu. Siap dengan kemenyan dan daging kijang kalau tak silap saya (maaf saya tak ingat semua barangan yang dibawanya).

Menurut atuk, si pawang ini datang dari Jambi. Datang ke Negeri Sembilan dengan niat untuk menjadikan salah seekor Harimau Minangkabau ini belaannya. Entah macam mana, semua orang kampung dapat tahu akan kehadiran pawang tersebut. Ada sesetengahnya bercerita bahawa sang harimau hadir dalam mimpi mereka pada malam itu.

Menurut cerita orang-orang tua pada zaman dahulu, sang harimau ini dahulunya sentiasa berkomunikasi dengan orang-orang kampung dengan pelbagai cara. Adakalanya untuk memberitahu sesuatu. Adakalanya untuk membantah sesuatu. Orang-orang kampung menghormati sang harimau ini, begitu juga sebaliknya.

Yang hendak saya ceritakan di sini sebenarnya adalah pengalaman kakak saya sendiri yang pernah berkomunikasi dengan harimau tersebut (zaman sekarang cukup jarang harimau itu mahu berkomunikasi dengan orang-orang kampung).

Menurut kakak saya, sewaktu dia masih kecil, sekitar umurnya tujuh tahun (saya belum lahir), dia bermain sorok-sorok bersama rakan-rakan. Salah seorang dari rakannya (Addawiyah) telah memanjat pagar kayu istana tersebut untuk menyorok dalam perkarangan istana itu. Sehingga malam rakan kakak saya ini tidak ditemui sehingga orang-orang kampung keluar untuk mencari dia. Kakak saya bersama rakan-rakan yang lain pun turut sibuk mencari (tanpa kebenaran). Salah seorang dari rakan kakak saya berpendapat bahawa Addawiyah menyorok di dalam istana lama tersebut dan mungkin tertidur. Tanpa berfikir panjang, sekumpulan kanak-kanak ini pun memanjat pagar kayu istana lama itu tanpa diketahui oleh orang-orang dewasa.

Sebaik sahaja kaki kakak saya menjejak tanah perkarang istana tersebut, seorang lelaki tua berjanggut muncul di sebalik tingkap istana itu yang terkuak. Tanpa berkata apa-apa, lelaki tua itu terjun dari tingkap itu lalu serta-merta berubah menjadi seekor harimau belang yang besar. Kakak saya terpaku. Namun, rakan-rakannya yang lain seakan-akan tidak dapat melihat harimau tersebut. Mereka terus berkeliaran di dalam perkarangan istana itu, cuba untuk mencari jalan masuk. Kakak saya cuba sedaya upaya untuk menahan mereka namun kaki kakak seakan-akan dipasak ke tanah. Harimau itu pula berjalan semakin hampir dengan kakak sehingga hujung hidung besarnya hampir bertemu dengan kepala kakak.

“Cucu nak apo?” Tanya harimau itu dengan suara garau gila. Kakak langsung tidak dapat membalas pertanyaan sang harimau.

“Jangan takuik (takut). Cucu nak apo?” Ulang harimau itu lagi.

“Ad… Add… Addawiyah…” kakak menjawab tergagap-gagap. Hanya itu sahaja yang dapat diungkapkan oleh kakak. Menurut kakak, harimau itu sekadar tersenyum dan mengangguk.

Tidak berapa lama kemudian, Addawiyah berjalan terhuyung-hayang turun dari pintu istana tersebut. Wajahnya kelihatan kosong. Seakan-akan dipukau.

“Bawak dio ini balik. Pasan pado dio samo taman-taman, jangan masuik ka dalam parkarang rumah ini lagi.” Kata harimau itu.

(Harimau itu bercakap dalam loghat Minangkabau yang pekat. Bukan loghat Negeri Sembilan ya.)

Kakak menyambar lengan Addawiyah. Menurut kakak, pagar kayu istana itu terbuka sendiri. Kakak meraung memanggil rakan-rakan yang lain macam orang kena histeria. Terkejutlah rakan-rakan yang lain. Kakak menunjuk-nunjuk ke arah pagar yang terangkat itu, tapi mereka memanjat bahagian lain pagar itu. Seakan-akan tidak nampak jalan keluar yang sudah tersedia di hadapan mereka.

Itulah kali terakhir mereka menghampiri istana lama tersebut. Addawiyah langsung tidak ingat apa yang terjadi. Puas kakak menceritakan kepada semua orang akan apa yang berlaku. Sampaikan cerita kakak dibincangkan di balairaya. Ada penduduk kampung yang percaya dengan cerita kakak, ada yang tidak. Kebanyakan yang percaya pun hanya orang-orang tua, termasuk atuk dan wan saya.

Pernah juga orang-orang muda kampung memberi cadangan untuk merobohkan istana lama tersebut, namun dibantah sekeras-kerasnya oleh golongan tua. Kata atuk, sampai bergaduh-gaduhlah waktu itu. Sampai ada yang tidak bertegur sapa selama bertahun-tahun dek kerana cerita kakak.

Kata wan pula, nenek kepada wan merupakan keturunan terakhir pewaris istana tersebut. Apabila nenek wan berkahwin dengan seorang lelaki di luar suku, istana tersebut tidak boleh diturunkan kepada ibu wan. Tapi wan pun kata, dia sendiri tidak pasti akan kesahihan cerita tu. Sebab ada juga keluarga lain yang kata merekalah pewaris istana itu dan nenek merekalah yang berkahwin dengan lelaki di luar suku itu.

Dah jadi macam perbalahan pula. Masing-masing hendak mengaku merekalah pewaris istana itu, tetapi tiada seorang pun yang berani untuk mendekati istana tersebut. Kiranya macam cerita gebanglah. Maafkan penggunaan bahasa pasar saya, ya admin.

Sehingga sekarang, apabila pulang ke kampung, apabila berjalan melalui istana itu, sengaja saya buka tingkap kereta. Kadang-kadang saya tercium bau wangi dari perkarangan istana lama itu. Kadang-kadang tercium bau busuk. Kali terakhir saya melihat kelibat harimau itu adalah sewaktu saya berusia 14 tahun. Sebulan sebelum saya masuk sekolah asrama. Apabila saya pulang ke kampung selepas itu, saya tidak dapat lagi melihat harimau tersebut. Mungkin kerana sudah akil baligh. Wallahua’lam. Tapi macam saya katakan tadi, saya masih dapat menghidu macam-macam bau datang dari perkarangan istana itu.

Saya bukanlah seorang percaya tentang benda-benda mistik. Namun, tidak dapat saya nafikan, saya percaya 100% kepada cerita kakak.

Itu sahaja yang saya nak ceritakan. Maaf kalau tak sampai. Cuma saya rasa kisah istana lama di kampung saya ini sedikit menarik. Terima kasih kerana membaca.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

 

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

40 Comments on "Harimau Penunggu Istana Lama"

avatar
Obesi

Hope family hg masih lg ckp dialek minang..aku ada certains sepupu yg fasih lg..kami anak2 mix boleh faham sikit2 ja..abah aku kalau marah br keluaq bhs minang..lol

::arte_::

Sama macam arwah atok dulu..bila marah, keluar minang dia..Unfortunately, kitaorang tak reti nk cakap dah dialek minang ni..kalau dengar orang cakap tu, boleh la kot nk faham sikit2… 🙂

Singkong & keju

9/10 ..aku tak dapat tolak tepi intro haha..kalau dapat tolak tepi sure aku bg 10/10.. post lg story mcm ini best..

juriFS ngan cikbambam sila la baca dengan skali napas ye.

JuriFS 2

best.teruskan berkongsi

7/10

Singkong & keju

aik juri no 2 hahaha

JuriFS 2

biasa program realiti ada 3 juri kan…

Singkong & keju

hahaha..betul2

JuriFS 2

so lengkap dahla. Juri FS, Juri FS2, Singkong & Keju, mungkin ada juri jemputan satu.kah3

Singkong & keju

kita buat format x-factor kot ..pakai 4 juri..sorang lagi cikbambam nama dia ..haha

JuriFS 2

ok. singkong ketua juri ye.kahkah.ada penyingkiran tak?

kemal

POYO JE KORANG SEMUA NI KAHKAH

Singkong & keju

giler ko brani nak singkirkan..hahaha kita komen letak markah ni pun ada yg meroyan tau..

cikbambam

hey..jgn lupe kan daku..aku bg 7.4/10..ayat senang nak hadam..cume aku kene baca dengan 2 kali napas kali ni..hahaha..kan singkong..kite bg rate pun nk kene kecam..puiihh

JuriFS 2

ok tinggal satu lagi juri belum muncul

Singkong & keju

juri yg satu lagi ada latihan ballet.. nnt dia da siap latihan mesti dia komen2

12Lack

Aku bca semua story kt fiksyen shasha semua komen kau ada.. Hahah serius komen kau semua lawak

Singkong & keju

aku eh?.. haha mekasehh sbb rasa komen aku lawak..sbb ada yg meroyan aritu lps baca komen aku haha

cikbambam

erm..aku terjebak komen sbb si singkong ni la..hahaha..arini xde org kecam pun..huhuhu

Singkong & keju

Best kan komen2 ni cikbambam ?..yg penting kita saling membantu antara satu sama yg lain. Ceeeehhh ayat aku

cikbambam

hahaha..membantu masa kene kecam..kahkah
seronok komen2 ni oii..haha

Singkong & keju

Bila ada yg meroyan ngan komen kita yg ala2 budak baek ni.. Masa tu kita kena bersatu… JuriFS (yg mata ada 5) g mana eh? Ballet x abis lg ke?

juriFS

ni hah ade ni.ballet kau! hahahahah
rindu singkong…heheh

aku tak kisah lah apa pun kedudukan aku.mana mana lah.aku ni jenis humble.kikiki

Singkong & keju

aku rindu kat ko juga la juri haha..sepi komen aku d akhir2 ni

Manira

Menarik. Sejarah yang tak dapat dinafikan.

yukiko

aku sukaa sejarah sejarah begini . kat kampung aku pun ade satu istana lama . dan kampung aku sangat pedalaman , terpencil dalam sebuah pulau . ,. bukan smua orang tau tempat itu wujud . . istana tu dipanggil gedung(aku pun xtau knp panggil gedung) . tapi binaanyaa seperti bangunan lama kerana terbiar . tapi orang kampungg banyak mengatakan gedung tu ade bnyak hartaa peninggalan tapii berpenunggu dua ekor harimauu . seekor kudung , seekor tidakk . aku teringin nak mengkaji sejarahnya . tapii sukar .. sbb kebanyakkan yang tahu semua nya telah pergi menghadap ilahi ..

12Lack

Uishh kalau aku dh kaji dh even sorg2.. Aku suka jgk bab2 kaji perkara mistik nie sbb sepupu aku boleh tngk bnda2 mistik nie.. Apa org kta hijab terbuka

Hemoh-hemoh

9.8/10 aku suka cite2 gini.. menarik dan terkenan di tekak ceq

Singkong & keju

0.2 point lg g mana? hehe

Hemoh-hemoh

0.2 point lgi xde sbb aku msh nk baca lgi cte dia tp da abes hahaha

Singkong & keju

hahaha..so sbb da abes kira potong markah la ni..

Hemoh-hemoh

aah.. aku xsuka gantung2 prasaan membaca hahahahaha

Singkong & keju

Hidop hemoh2 haha

Uglybeauty

Best.. senang nak hadam cerita penulis ni. tapi rasa macam ketapi baca. Ke aku yang baca laju tah..
Ayat mudah difahami. Pernah baca cerita yang aku kena scroll balik dari awal. Ada yang aku skip je sampai komen sebab tak faham… yang ni boleh bagi thumbs up..

Cikde

Ada satu tempat segitiga naga..ada ratu penjaganya..tempat tu kat darat.kat dunia ni ada 10 segitiga termasuk segitiga bermuda… A x dak ka yg nak kaji..hihi

Azim

Gambar rimau atas tu sbrnya body paint. Nk komen itu sahaja

Hemoh-hemoh

ok, aku trima komen ni. hmmm

Kak Yulie

Bile ko ckp terus akk mcm nampak ade punggung di situ…
Mcm sensored plak…
Ke mata akk salah…????

juriFS

8.5/10

Kak anje

Ayah akk org nogori jugak, tp bukan minang. Kami x boleh kawin sesuku, contohnya suku 3 batu xleh kawin sama suku, kawin dgn suku yg lain seperti 3 nenek atau suku biduanda

Mrs.Todd

Betul kak…xboleh kawen dgn 1suku..sy suku biduanda..suku ikut ibu kan..
Ayah sy suku 3batu..

wpDiscuz