Hasad yang tak pernah reda

Terima kasih pada FS sekiranya cerita aku disiarkan. Mohon maaf kalau susunan ayat bercelaru dan cerita tidak seram. Maklum lah, dah lama tak menulis dan tiada skills sebagai penulis.

Aku kerja bantu mak aku di kedai makan pada waktu pagi. Mak aku hanya berniaga waktu pagi saja sebab sebelah petang tu kena siapkan bahan-bahan jualan untuk hari esok pula. Hidup dengan berniaga memang suatu yang perlu usaha lebih. Pendek kata, mak aku berniaga semenjak kakak sulung aku masih kecil hingga sekarang. Lebih dari 30 tahun juga la.

Mak aku ni ibu tunggal, bercerai dengan abah masa aku ambil UPSR. Sekarang pun aku dah umur 3 siri. Alhamdulillah perniagaan mak aku bertambah maju selepas menjalani beberapa getir seperti diberhentikan tender kantin sekolah dalam notis yang singkat. Masa tu, aku di tingkatan 1. Rasa la betapa mendungnya waktu tu.

Masa pun terus berlalu, sampai zaman Covid-19 melanda semua negara. Walau jualan kami tidak sehebat sebelum Covid, tapi pelanggan tetap ada dan tidak putus-putus datang. Mula lah satu kisah dimana mak aku demam yang tidak sembuh-sembuh dan perut mula kembung. Pada mulanya, rasakan seperti demam biasa. Tapi kami merasakan ada sesuatu bila tetap tidak sembuh walau sudah berjumpa doktor. Kami mencuba cara perubatan Islam.

Beberapa hari kedai makan itu tutup. Mulanya,1 dan 2 hari. Lama-lama menjadi seminggu. Mak ajak aku pergi rumah akak di Puncak Alam untuk dapatkan udara lain. Aku pun beritahu akak aku, dia pun tunggu kami disana (sebab ini rumah kedua akak aku). Dari raut muka mak aku, memang tiada seri dan nampak kuyu je. Makan pun kurang selera. Sampai lah satu masa, mak aku dibawa ke kecemasan hospital ****. Ingatkan tidak perlu masuk wad, namun perlu ditahan untuk menjalani beberapa saringan.

Akulah orang yang menemani mak di wad hospital ****. Di pendekkan cerita, kami berpindah dari bilik 2 orang kepada bilik 1 orang. Kalau sebelum ni pemandangan menghadap jalanraya, kini pemandangan memandang ke wad yang lain. Seingat aku, pada malam pertama kami di wad single tu. Ustaz telefon aku melalui whatsapp untuk ruqyah mak aku. Masa mak aku diruqyah, aku rasa meremang dan mak aku cakap dia rasa ada angin dari dalam badan dia bergerak naik ke kepala.

Lagi seram, pada malam tu juga, wad sebelah ada seorang mak cik meninggal. Lagi lah haru aku rasa. Sebenarnya, petang sebelum tu mak aku ada cakap dia ternampak ada orang berdiri kat wad yang berhadapan tu (wad di bangunan sebelah). Tapi aku cakap, “eh, mana ada. Wad tu kosong. Tadi memang ada orang sebab tukang cuci berehat disitu. Sekarang, takda”. Mak aku, “itu tadi, ni ko cakap dia dah takda”. Aku malas fikir lebih, sebab nanti aku juga yang seram.

Selepas mak diruqyah, keadaan mak bertambah pulih. Tapi, keluar wad guna AOR (at own risk) sebab mak dah bosan duduk lama-lama kat wad. 1 minggu di wad umpama lebih 1 tahun.

Lepas balik tu, memang aku terjumpa 1 lubang yang sebesar jari telunjuk dewasa di laluan kereta mak aku. Peliknya, selama aku sapu sampah di kawasan itu, tak nampak pun lubang tu. Abang ipar aku dengan bantuan abang iparnya (biras pada akak aku) buatkan bacaan pada lada hitam dan garam untuk ditabur dalam lubang tersebut.

Kini, mak dah pulih seperti sedia kala namun perlu berhati-hati dengan mereka yang beraksi seperti kawan, namun gunting dalam lipatan.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 2.5]
Adik

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.