Hati-Hati Kalau Datang Rumah Orang

Assalam guys. We meet again. Thanks korang yang sudi baca first entry aku last time; JANGAN DUDUK SEORANG.

Bila tengok review macam suma sporting & support, aku rasa seronok nak share cerita hantu-hantu yang penah aku or orang sekeliling aku cerita dekat aku.

Last time, cerita aku tu berkisahkan cerita arwah kakak aku. Kali ni arwah mak aku. Seram gilalah aku rasa weh. Ermm. Sedih nak cerita sebab mak aku baru je meninggal tahun ni. Sedih beb tak terkata. Life must go on. Al-Fatihah untuk arwah mak, Janiah Bt. Asrol.

Cerita hantu ni terjadi exactly dekat arwah mak akulah. Masa ni zaman 90-an macam tu. Dulu, masa dekat area kampong aku, kampong biasalah kan, memang seram dia datang time-time dekat maghrib and malam. Kawasan rumah nenek aku ni, memang seram dia lain macam beb. Lagi-lagi dekat nak maghrib tu, pergh! Sunyi dia rasa lain macam. Dengan rumah jauh dari rumah-rumah jiran, depan belakang semua pokok kelapa sawit and pokok pisang. Korang bayangkan jelah seram dia, as jalan keluar tu memang jauh. Sayup-sayup je nampak.

Kes ni terjadi masa mak aku balik sorang, nak jumpa atuk aku dekat kampong. Ayah and famlily aku tak follow sebab masa tu mak aku plan memang nak balik kejap je. Ada hallah, macam tu. Mak aku sampai kampong dalam time around 5:30 petang macam tu. Dekat kampong ni time-time pukul lima ke atas memang dah sunyi. Gelap, sebab lampu jalan waktu tu memang tak banyak lagi.

Mak aku sampai masa tu, teruslah ketuk-ketuk rumah atuk aku. Dekat 10 minit jugalah mak aku cerita, atuk nenek aku tak buka-buka. Mak aku rasa nenek atuk aku keluar kejap. Zaman tu mana ada nenek atuk pakai telefon. So, dah tak ada dekat rumah, mak aku tengok makin gelap, dia rasa macam nak blah lepak dekat salah satu rumah jiran nenek aku ni. Dekat rumah sebelah kebun.

Memang jauh jugak rumah tu, so mak aku kena jalan sikit, lalu kebun-kebun tu. Dahlah seram wei kebun-kebun tu dekat nak senja. Mak aku sampai je rumah Nek Midah tu, Nek Midah ni actually nenek bidan kampong sana. Mak aku memang dah kenal sejak kecik, selalu main-main dekat rumah dia. Suami dia dah lama meninggal. Dia ada anak angkat je sorang, tapi duduk KL.

So, mak aku ketuklah rumah Nek Midah ni. Rumah tengok gelap.

Rumah kampong kan ada tangga and bawah rumah tinggi rumah kayu, so korang boleh intai dari bawah rumah tu dari celah-celah lubang kayu tu nak tengok orang ada ke tak. Mak aku tengok tingkap suma tutup. Mak aku bagi salam, tak ada sesiapa jawab. Last-last mak aku ingat nak chow lah, tapi tengok hujan renyai-renyai. Mak aku pun takkan nak redah kebun hujan-hujan tu.

Then mak aku stay-lah kejap, duduk atas tangga tu. Masa tu mak aku memang tak ada rasa seram, padahal weh masa tu dah totally nak senja. Kiri kanan kebun pokok-pokok je. Sampailah mak aku terasa lain macam bila mak aku tengok ayam-ayam, itik-itik rumah Nek Midah tu semua berkumpul bawah rumah tu, bising-bising. Mak aku pelik sebab selalunya tak macam ni. Mak buat bodoh jelah, maybe sebab hujan kot.

Nak dijadikan cerita, mak aku terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan dari dapur Nek Midah tu, nak tuju ke pintu yang mak aku tengah duduk atas tangga luar rumah tu.

Rumah kayu kalau orang jalan dari bawah rumah or luar rumah memang dah dengar kot. Mak aku muka terus senyumlah, m**i-m**i ingat Nek Midah keluar. Otak mak aku pikir, Nek Midah tadi tidur kot, sebab tu tak dengar mak aku bagi salam.

Tapi, yang mak aku suddenly jadi tak sedap hati and start bulu roma meremang, mak aku terdengar bunyi tapak kaki tu dari jauh macam menghentak-hentak. Macam orang hentak lesung batu tu. Macam orang jalan hentak-hentak kaki. And, korang imagine ayam itik yang duduk bawah rumah tu mata semua pandang atas rumah and bising-bising, macam nak bagi tahu something.

Mak aku keep going on bagi salam, last-last mak aku dengar suara sayup macam cakap, “sekejap nak bukak pintu ni.”

Bunyi tapak kaki tu dah senyap. Mak aku tunggu jugak Nek Midah bukak pintu. Ayam itik tu semua memang bising je dari tadi, buat mak aku rasa semacam. Tapi tunggu jugak, sebab terdengar suara Nek Midah. Itu yang buat mak aku tunggu depan tangga rumah tu lagi.

Lepas dengar suara tu, sambil tunggu, mak aku duduk belakangkan pintu. Suddenly mak aku terdengar bunyi macam pintu terkuak. Macam ada orang buka. Mak aku cepat-cepat toleh belakang. Eh, tak ada orang, tapi pintu yang tadinya berkunci tu dah terbukak sikit… boleh tolaklah kiranya. Mak aku ni punya berani sebab tak pikir apa-apa. Tolak sikit pintu tu, panggil-pangillah Nek Midah. Mak aku dok tinjau-tinjau je dari luar rumah, tapi kaki mak aku macam nak masuk dah rumah tu. Tiba-tiba mak aku nampak macam ada kelibat terbang dalam rumah tu and ada orang pakai kain putih, muka tak nampak, tinjau mak aku dari hujung ruang tamu tu dan hilang! Seram weh!

Masa tu lah mak aku dah tak pikir panjang. Apa lagi, hujan-hujan tu mak aku terus lari laju-laju sampai rumah nenek aku! Memang sahlah bukan orang weh yang ada dekat dalam rumah Nek Midah tu! Selamat mak aku tak masuk rumah tu masa pintu tu dah terbuka. Kalau tak… tak boleh bayang apa jadi!

Sesampai rumah nenek aku, kebetulan nenek atuk aku dah ada dekat rumah. Peliklah diorang tengok mak aku lari-lari masuk rumah, mata dah merah-merah semua. Kalutlah nenek atuk aku. Mak aku balik tu macam terkejut. So atuk nenek aku cakap jangan cerita sebab hari dah gelap. Apa-apa cerita esok pagi je.

Mak aku tido malam tu rasa memang badan nak demam. Tak boleh tidur sebab ingat kejadian seram tu weh. Bayangkan lagi sikit nak masuk rumah tu kot!

Esok paginya, atuk nenek aku terus tanya mak aku dari mana semalam. Kenapa lari-lari macam tu semualah. Barulah pagi tu mak aku bukak mulut cerita semua apa dia nampak dekat rumah Nek Midah.

Korang tahu tak, lepas cerita, mak aku teruk kena marah dengan atuk aku. Sebab atuk aku cakap, Nek Midah tu memang ada ‘bela’ dalam rumah dia! Kalau dia tak ada dekat rumah, memang ‘benda’ tu menyamar jadi dia untuk ‘jaga’ rumah dia. Gila seram kot!

Lagi satu hal, atuk aku cakap Nek midah tu dah seminggu tak ada dekat rumah. Pergi rumah anak dia dekat KL kot. Memang marah-marah nek atuk aku dekat mak aku. Selamat tak jadi apa-apa sebab dah hampir kot nak masuk rumah tu. And atuk aku cakap , ayam itik bising-bising tu asyik pandang atas rumah tu sebab nak bagitahu mak aku, dalam rumah tu bukan orang. Yelah, binatang kan boleh nampak.

Memang seramlah! Sumpah mak aku cakap, lepas tu takkan simply lagi singgah-singgah rumah orang. Atuk aku pesan, bagi aku, ini aku pun guna jugak smpai sekarang;

“KALAU DATANG RUMAH ORANG, LEPAS BAGI SALAM TIGA KALI, TAK ADA SIAPA-SIAPA JAWAB, TERUS ANGKAT KAKI. KADANG-KADANG TAKUT BENDA LAIN YG SAHUT!”

SIOT… winlah statement atuk aku.

Anyway, pengajaran dia, kalau korang singgah rumah orang, janganlah mengada-ngada tunggu tuan rumah lama-lama dekat luar rumah. Kita tak tahu apa-apa boleh jadi.

Sekian

Lizy Suzy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

19 thoughts on “Hati-Hati Kalau Datang Rumah Orang”

  1. al fatihah uk aewah mak n kakak…ape yg atuk ckp tu mmg btol…kalau sy g umah org pon mmg gitu…bg salam 3 kali kalau xde org balik je

    Reply
  2. klau p rmh org n then tuan rmh xde lbih baik beredar dri kwsn rmh tu sbb kita x tau persekitaran rmh tu mcm mne

    Reply
  3. kawasan kampung, mmg seram.. mcm kg nenek sy, jam 6 ptg ke atas start meremang2 area pokok2 besar.. redup… boleh bayang mcmne keadaan seram tu.

    btw kalau bagi salam 3x takde org sahut, better balik. zmn2 dlu yelah mcm penulis ckp mne ade fon bagai ni kalau ade pun telefon rumah je kan.. HP ni jrg sgt org guna zmn tu. So mmg la tabiat kte akan tgu depan rumah tu hehe.

    Zmn skg ni semua org ade fon boleh la call/whatsapp. kot2 tuan rmh ade dlm rumah dan dia x perasan.

    ape2 pun berhati2lah.

    Reply
  4. aku dapat imagine wei rumah kampung tu.. depan belakang kiri kanan kelapa sawit.. pergh memang sebijik macam kampung aku. tapi dulu la. sekarang dah banyak rumah. kalau aku yang ada kat tempat tu memang aku sanggup tunggu mak ayah aku balik dari gerak gi mana2.. ish bedebar2 plak aku rasa sesubuh ni..

    Reply
  5. Betul jugak kata atok.kita dalam islam kn ada adab2 melawat jiran.ckup 3 kali bagi salam.kalu xdijawab.angkat kaki balik.btw takziah utk penulis.al fatihah.smoga arwah dicucuri rahmatNya.

    Reply
  6. Alfatihah buat ibu dan kakak awk. And mmg betul adab berziarah dlm Islam pon. Lepas tiga kali bg salam. Kita kena beransur. Pergi dr situ. ✌

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.