Hati Kotor Meminta Pertolongan Syaitan

Assalammualaikum. Aku ingin menceritakan kisah aku. Kisah ini dah terjadi pada 10 tahun yang lepas. Mungkin
bila aku ceritakan kisah ni, orang akan mempersoalkan kebenaran cerita ini namun segalanya boleh terjadi dengan izin-Nya.
Seperti sebelum ini cerita di FS yang menceritakan seorang ibu telah kehilangan dua orang anaknya akibat buatan orang
yang tidak bertanggungjawab. Aku percaya bahwa cerita ini boleh menyedarkan orang ramai dan memberi pengajaran yang
berguna.

Aku merupakan seorang balu yang kematian suami dalam kemalangan. Aku gelarkan diri aku K. Aku hanya tinggal bersama anak lelaki aku yang bernama Adam (bukan nama sebenar). Adam berumur 6 tahun dan petah bercakap. Aku tinggal di utara Malaysia. Aku hanya bekerja sebagai
tukang jahit baju. Kadang – kadang aku mengambil upah membuat kuih – muih untuk dijual di pasar – pasar. Aku hanya mencari rezeki berbekalkan mesin jahit yang diberi oleh arwah suami aku sebagai hadiah ulang tahun kelahiran aku dek kerana minat aku yang suka menjahit. Aku mula diganggu selepas 3 bulan kematian suamikku.

Februari 2006

Setelah membuat kuih – muih di dapur, aku terus ke dapur untuk memasak. Aku berniat untuk meneruskan menjahit untuk baju yang ditempah oleh pelanggan selepas memasak. Ketika aku ke dapur aku akan menjenguk ke bahagian ruang tamu untuk melihat apa yang anak aku sedang lakukan. Leka adam melihat kartun yang disiarkan di televisyen. ”Tupp tupp tupp’ mesin jahit aku berbunyi. Mesin jahit aku berbunyi seolah orang sedang menjahit. Ketika tu di siang hari dan sedikit aku tidak terpikir akan makhluk lain yang mengganggu. Aku hanya terfikir mesin itu rosak.
Aku pergi ke bilik aku dan melihat mesin jahit tersebut. Tiada bunyi.
Pelik. Aku kembali ke dapur dan aku terkejut melihat timun yang ingin d******g oleh aku hancur berkecai seperti ada seseorang yang memotong timun itu berulang kali. Di rumah tersebut hanya ada aku dan adam. Aku menjenguk ke ruang tamu untuk melihat adam. Masih terdapat Adam di ruang tamu. Aku membaca ayat Qursi dan meneruskan kerja aku.

Seterusnya aku diganggu pada waktu malam. Ketika aku hendak melelapkan mata. Aku terdengar suara yang agak sayup di sebelah katil aku. Aku dan anak aku tidur di atas katil yang sama. Aku tidur di bahagian kiri manakala adam di bahagian  kanan. Pada masa itu pulak aku tidur mengiring mengadap ke arah kiri. Bukan ke arah kanan. Aku trdengar dan aku membukakan mata selepas tu, aku mengamati bunyi tersebut. Bunyi tersebut seolah – olah bunyi orang bercakap. Aku dapat mengenalpasti apa yang aku dengar. ‘si kancil melarikan diri apabila ternampak si harimau di kaki sungai’. Suara tersebut seperti suara yang dimiliki  nenek tua. Paling aku terkejut, Adam menyahut penceritaan dari makhluk tersebut. ‘Ya? lepastu nenek? Kenapa si harimau jahat?’ aku rasa nak luruh jantung. Seperti ingin melarikan diri dari bilik tersebut. Tapi aku dengan berani aku mengalihkan muka aku mengadap Adam. Adam sedang duduk bersandarkan katil. Aku bertanya “adam buat apa tu?” adam menjawab “adam tengah dengar nenek ni cerita la mama”. Aku terpaku. Aku beranikan diri. ‘Adam tidur la eh, lewat dah. Nenek pun dah tak larat tu’. Lepastu Adam membaringkan badannya untuk tidur. ‘Zushhh!’ angin kuat menolak tingkap bilik aku. Aku membaca ayat Qursi dan terus menutup tingkap tersebut. Aku cium dahi adam sambil bercakap ‘mama sayangkan adam sangat’.

Mac 2006

Aku pulang dari pasaraya untuk membeli bekalan rumahku. Ketika memandu, terasa lain macam sebab rasa seram sejuk sangat. Adam disebelah sedang membelek kereta Hotwheels yang aku belikan. ‘Dukkkkkk!!!’ aku terasa aku terlanggar sesuatu. Aku brek kereta. Aku sedang berfikir untuk turun atau tidak. Tapi aku risau aku terlanggar manusia. Jadi aku pikir untuk turun. Aku rasa diperhatikan ketika di dalam kereta. Aku bukak pintu, aku berjalan ke arah depan kereta. Kosong. Tiada
apa pun yang berada di hadapan kereta aku.Bila aku beralih untuk ke kereta aku. Kaki aku keras. Macam tak boleh bergerak. Mata aku hanya terlihat satu pokok besar yang berada di tepi jalan di belakang kereta aku berhenti. Besar pokok itu dan kelihatan pokok itu sudah berumur. Mata aku tak dapat berhenti melihat pokok tersebut. Aku gagahkan jua kaki untuk berjalan masuk ke dalam kereta. Bila aku sudah masuk dan mula meneruskan perjalanan, kereta aku berasa amat berat. Aku gagahi jua kerana jarak perjalanan untuk ke rumah semakin dekat.

Aku melihat ke tempat duduk belakang kereta tanpa menggunakan cermin. Tiada apa. Tapi berat kereta tu seoalah macam membawa penumpang. Usai sampai di rumah aku terus memasukkan kunci ke dalam pintu rumah aku.
Adam tarik baju aku lalu berkata ‘mama, nenek nak masuk juga boleh? dari tadi nenek tumpang kita’ terkaku, terpana dan terkejut. Aku cakap dekat adam “mana ada nenek adam, kita dua ja kan tadi? nanti mama ajak nenek masuk ye adam? nenek dah balik rumah dia”. Adam beralih ke belakang ke arah kereta. Adam angguk lepastu adam mengekori aku ke dalam bilik aku.

Usai mandi dan menunaikan solat, aku terus tidurkan adam. Selepas itu aku  melelapkan mata. Selepas beberapa jam aku tidur aku sedar aku tidur dalam keadaan panas ketika itu meskipun aircond sudah aku turunkan ke suhu yang paling sejuk. Aku berpeluh seumpama orang berjogging. Aku fikir aircond tersebut rosak. Waktu itu sudah pukul 1 pagi. Aku menoleh melihat ke arah adam, adam tidur dengan nyenyaknya seolah olah tiada
apa yang berlaku. ‘Duk! duk!’ bunyi pintu bilik aku diketuk. ‘Duk! duk! dukdukdukduk!’. Pintu aku diketuk dengan pelahan dan diketuk dengan laju. Bunyi itu berulang sehingga 10 minit. Bunyi tersebut diselangi bunyi seperti budak belari dan melompat dan disusuli dengan bunyi guli bertaburan di atas lantai. Aku terkumat kamit membaca segala ayat – ayat suci Al – Quran yang aku ingat. Aku masih tak dapat melelapkan mata dek kerana memikirkan bunyi – bunyi yang menganggu aku. ‘Shrett! shrett!’ aku terdengar bunyi seperti kain meleret di atas lantai. Aku memaksa mata aku untuk tidur. Pada masa itu pula aku terpikir untuk melihat anak aku. Aku menoleh ke kiri, ke arah adam tidur. Tiada apa. Adam masih nyenyak tidur. Aku terus mengalihkan kepala aku ke arah kanan disebabkan aku tidur mengiring. YA ALLAH!!!! Aku mengeluarkan suara apabila aku melihat perempuan berbaju putih bercangkung di atas kepala katil aku. Benda tersebut betul berada di atas kepala aku. Aku tarikkan selimut sambil menangis dan terkumat kamit mulut aku membaca ayat Qursi. Terlelap juga akhirnya aku pada malam itu.

April 2006

Sudah hampir 3 minggu aku diganggu oleh bunyi – bunyi budak berjalan, guli bertaburan di atas lantai, pintu bilik diketuk. Namun, aku bersyukur kerana makhluk yang bercangkung di atas kepala katil itu tidak memunculkan diri sepanjang aku diganggu. Aku masih lagi percaya bahwa ini adalah perbuatan syaitan dan setiap kali aku diganggu aku akan membaca ayat suci AL-QURAN. Aku juga merasakan diperhatikan apabila melakukan ibadah solat tapi aku buat tidak peduli. Apabila aku keluar untuk membuang sampah di hadapan rumah, jiran sebelah aku menegur aku. Aku panggil dia akak B. “K, macam mana tempahan baju? banyak ke?” akak B tanya kepada aku. “Alhamdulillah kak, ada la sedikit rezeki”. Akak B bertanya lagi “semalam K biarkan adam bermain di luar rumah ke? akak balik kenduri rumah kawan akak semalam dalam pukul 11.30. bila parking kereta ja nampak adam bermain sorang diri dekat luar rumah, akak tegur tapi adam buat tak tahu, akak tengok ja sekali lagi adam dah takde” aku tergamam. Aku rasa seperti nak rebah, berlutut dan menjerit. Aku cover
sedikit muka aku dan aku cakap “ye akak, adam keluar kejap semalam ambil mainan yang dia tinggalkan petang tu”. ”Akak tengok K macam makin pucat ja muka, K sihat tak”? akak b tanya. Aku menjawab ”K sihat akak, biasalah letih menjahit, K masuk rumah dulu eh, nak tengok adam kejap”. ”ye K, jaga diri tu, K tu ibu tunggal, anak seorang. Kuatkan sikit diri tu’ akak B memberi nasihat sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku pergi ke adam dan terus bertanya “adam keluar rumah ye semalam”? adam jawab ”tak”. Aku terasa bahang panas dan macam ingin mengamuk.

Aku pegang lengan adam kuat-kuat dan meninggikan suara “adam keluar rumah kan semalam!”. “sakit la mama, adam tak keluar” adam menjawab.
Aku terus menjerkah adam “ADAM KELUAR RUMAH KENAPA TAK BAGITAHU MAMA!!” terus adam menangis. Aku tak terasa kasihan lagi dekat adam ketika adam menangis. Aku kedapur dan menghempas semua barang yang ada diatas meja. Kedengaran azan zohor dan aku merasa tenang seketika. Aku rasa tenang dan aku pergi ke adam dan memeluk adam sambil bercakap ‘”minta maaf eh adam, mama tak sengaja”. Aku meninggalkan adam di ruang tamu selepas itu dan aku mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor. Malam itu terasa seram sejuk sangat. Waktu itu pukul 11.25. Aku dengar suara budak gelak ketawa.
Aku menoleh ke arah adam. Ya adam masih disitu. Bunyi gelak ketawa tu datang di luar rumah. Aku untuk bangun memberanikan diri untuk melihat bunyi itu. Aku pergi ke tingkap yang berada di sebelah pintu utama rumah aku, aku selakkan langsir dan alangkah terkejut aku melihat adam sedang bermain di luar. Tapi yang anehnya aku tak dapat melihat muka adam seolah – olah dilindungi. Aku cam itu adam sebab aku yang pakaikan baju dan seluar tidur tersebut. Aku berasa ingin buka pintu dan memanggil adam. Tapi perbuatan tersebut macam dihalang oleh perasaan aku. Aku berlari semula ke bilik aku untuk melihat adam. Kosong! kosong katil yang aku tidur bersama adam. Aku sedikit terkejut dan menangis. Aku berlari dalam keadaan yang tergesa – gesake pintu utama rumah aku dan terus membukak pintu. Tiada sapa di halaman rumah aku. Aku rasa luluh dan ingin menjerit. ‘HAHAHAHAHAHH!’ aku dengar gelak Adam dalam bilik tidur aku. Aku terus berlari ke bilik aku. Rebah aku di pintu bilik tidur aku melihat Adam bercangkung di atas almari aku.

‘DIA MILIK AKU SEPERTI MANA AYAH DIA MILIKKU!!!’ Suara adam jadi seperti suara perempuan tua yang serak. “Kau nak apa dari aku!!” aku bertanya kepada Adam yang ketika itu dirasuk oleh makhluk lain. Adam menjawab “AKU NAK DIA HIIIIIII ~ HIIIIII~”mengilai satu rumah. Telinga aku rasa sangat bingit terhadap bunyi nyaring yang dikeluarkan makhluk tersebut yang berada didalam badan adam. Adam melompat ke atas katil dan berkelakuan seperti binatang. Adam mengeluarkan bunyi seperti kucing ketika marah, ‘Hishhhh! hishhhh! hisss’. Aku yang ketakutan ketika itu menjerit ALLAHUAKBAR!. Lalu membaca ayat Qursi kuat kuat sambil menangis. “AHHH PANASSSSSS! AKU AKAN DATANG KEMBALI HIIII~” Adam rebah dan baring di atas katil. Aku terus mengusap-usap kepala Adam. Aku peluk Adam kuat – kuat sehingga aku terlelap mata.

Hujung April 2006

Aku memutuskan untuk pulang ke kampung halaman aku untuk mengadu hal ini dan kepada kedua – dua ibu bapaku. Emak aku menyambut aku dan terus mengusap pipi aku dan bertanya kenapa aku makin kurus dan muka aku nampak pucat. Aku menceritakan semua perkara yang terjadi kepada aku. Ayah aku hanya mengeluh dan kasihankan aku. Ayah aku bercakap dia akan membawa imam kampung untuk berubatkan aku dan Adam. Pada malam jumaat selepas beberapa hari aku menetap
di rumah kedua ibu bapaku, imam tersebut datang bersama – sama 2-3 orang. Aku dan Adam duduk di ruang tamu sambil mengadap imam tersebut. Imam mengusap-usap kepala Adam dan sambil tu mulut imam tersebut terkumat – kamit membaca sesuatu. Aku rasa gelap dan panas. Beberapa saat kemudian pandangan aku kabur terus gelap. Aku sedar beberapa jam kemudian ketika aku di berbaring sambil kepala aku di atas peha mak aku. Mak aku menangis – nangis sambil memegang aku. Aku bertanyakan kenapa. Mak aku cerita “selepas imam tersebut membaca sesuatu, aku berlari dan melompat seperti orang gila dan terus duduk di penjuru rumah sambil bercangkung”, imam bertanyakan “siapa kau? kenapa kau nak menganggu manusia ini? darjat kau lebih rendah dari manusia yang tidak bersalah ini! kau beritahu aku siapa kau! siapa tuan kau”. Selepas itu aku gelak besar dan berkata “tuan aku mahukan anak dia! sepertimana ayah dia berkorban demi perempuan ini, aku nak budak itu pun menjadi korban demi hidup perempuan itu!” (sambil melihat tajam ke arah Adam).

Emak aku ketika itu mengambil Adam dan membawa Adam masuk ke bilik kerana Adam menangis apabila aku menenungnya seperti mahu menerkam ke arah Adam. “Bukankah ayah budak lelaki itu dijemput Ilahi kerana takdir yang telah ditentukan” imam tersebut bertanya.
”YAAA! TAKDIR YANG AKU TENTUKAN HAAAHAHAHAHA!” aku ketawa besar sehingga bergema satu rumah. Imam tersebut bangun sambil memegang garam yang disaluti doa – doa yang yang dibaca oleh imam tersebut. ”Nyah kau dari sini wahai syaitan!”. Aku menjerit kesakitan dan melompat ke arah lain. Imam membuat lirikan mata ke arah mak aku. Adam ketika itu dijaga oleh jiran mak aku. Emak aku menerpa aku dari belakang dan memegang rapat aku. Mak aku berada di belakang aku sambil memegang kedua – dua tangan aku. Imam berkata “bukak semua tingkap dan pintu rumah”. Imam memegang ibu jari kaki aku dan membacakan sesuatu. Aku menjerit kesakitan. Imam berkata, ”baru kau tahu sakit, siapa tuan kau” Aku menjawab ”tuan aku seorang yang kejam! kalau aku m**i. akan ada lagi yang akan menganggu! bila tuan aku nak kan sesuatu, dia akan pastikan dia akan dapat arghhhHHHHHH!”
aku menjerit kuat. Aku pengsan.

Mei 2006

Arwah suami aku merupakan lelaki yang peramah. Arwah suami aku baik dan tidak pernah lupa dan meninggalkan dari melakukan suruhan-Nya. Namun, pada satu malam, suami aku terbabit dalam kemalangan. Kereta suami aku remuk terlanggar pokok. Remuk hati aku ketika itu. Sedih jangan cakap la. Aku kurus kering selepas bulan pertama suami tinggalkan aku dan Adam. Aku pulang ke rumah aku selepas menetap 2 minggu di kampung aku. Usai parking aku mengambil barang di dalam kereta. ‘Pin!’ aku terkejut. Bunyi hon kereta di hadapan rumah aku. Seorang lelaki berpakaian kemas kemeja keluar dari kereta. Z rupanya. Bekas teman lelaki aku sebelum aku melangsungkan perkahwinan aku bersama arwah suami aku.

“hi, apa khabar K?”tanya Z kepada aku. Aku berjalan ke hadapan rumah. ”Alhamdulillah sihat, Z apa khabar? dah jumpa gadis pilihan hati?”
aku bertanyakan soalan. Z ketawa kecil dan bercakap ”takdalah, masih tunggu K lah, sampai bila K nk berubah hati kembali pada Z”. Aku ketawa. Aku menganggap soalan itu soalan main – main. Rupanya Z serius memandang aku. Aku terus menjawab sambil terketar – ketar ”Tak usahlah Z tunggu K, K susah nak berubah hati, K masuk dalam rumah dulu
eh?” aku terus memimpin tangan Adam masuk ke dalam rumah tanpa melihat kebelakang. Sebenarnya, ketika aku bercinta dengan Z, Z seorang yang panas baran. Kuat mengongkong sehingga aku tidak boleh berkawan dengan mana – mana laki meskipun menyimpan no telefon lelaki. Waktu tu aku masih belajar. Sering dipukul, dicari, dimaki dan dicerca di hadapan orang ramai sudah aku lali. Usai habis belajar, aku mencari kerja jauh dari Z. Aku block Z di semua laman sosial dan tukar nombor telefon. Aku tukar nombor apabila Z menukar nombor telefon baru. Selepas 2 tahun aku terjumpa semula Z. Yang mengejutkan aku, aku terjumpa Z di majlis perkahwinan aku. Dari jauh aku nampak Z senyum sinis. Arwah suami
aku memberi aku nafas baru dalam percintaan. Tingkah laku arwah suami aku yang lembut, sedikit tidak pernah menaikkan tangan kepada aku. Marah pun jarang dan tidak pernah meninggikan suara kepada aku membuat aku terbuka hati semula untuk menerima lelaki. Kebahagiaan kami bertambah apabila aku melahirkan Adam.

Jun 2006

Hujan lebat malam itu. Aku tidurkan adam pada pukul 11. Aku baringkan badan aku. Aku dengar suara perempuan menangis. Aku berbisik dalam hati ”aku kena ganggu lg ka”, ”hiiiii~~~ hiiiii~” sayup suara perempuan menangis diselangi bunyi hujan. Meremang bulu roma aku. Bunyi tangisan tu diselangi oleh bunyi budak berlari, guli bertaburan di atas lantai dan bunyi pintu ditolak. Aku sudah lali dan aku tidak ambil peduli. ‘PIN! PIN!’ bunyi kereta di luar rumah. Bunyi tersebut diselangi dengan suara lelaki.
Rupanya Z sedang memanggil aku di luar rumah. Z berdiri di hadapan pagar sambil basah disebabkan hujan. Aku bukak pintu dan aku melihat Z. ”Kenapa kau taknak aku? Apa salah aku sampai kau hukum aku begini?” Z menjerit. Aku cakap ”Sudahlah Z, balik lah. Semua dah berlalu”. Z sambung menjerit ”Aku nak kau K, sampai bila – bila aku nak kau, aku dah berusaha terlalu lama untuk dapatkan kau dan aku pasti akan dapatkan kau!. Aku perhatikan kau lama dah K, dari kau awal berkahwin sehingga sekarang.
Laki kau aku dah lenyapkan, kau nak apa lagi K. Kau hidup berseorangan sekarang” Aku terdiam dan aku terkejut. Aku menanyakan kepada Z ”Kau cakap kau lenyapkan laki aku? Apa maksud kau? Apa kau buat?” Z ketawa besar. Z mengambil sesuatu dari pocket seluarnya dan membaling ke arah aku. ”Aku hanya inginkan kau, aku sanggup lakukan apa saja demi kau K, aku ingin hidup bersama kau K dan semestinya AKU TAK MAHU D***H DAGING SUAMI KAU MENJADI PENGHALANG AKU UNTUK BERSAMA KAU! AKU AKAN LENYAPKAN D***H DAGING SUAMI KAU SEBAGAIMANA SUAMI KAU AKU LENYAPKAN!” Z menjerit dan mengoncang – goncang pagar rumah aku. Aku berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci semua pintu. Aku tidur sambil menangis kerana memikirkan suami aku yang m**i disebabkan Z dan memikirkan apa yang Z akan buat kepada Adam.

Keesokan harinya, aku teringat akan benda yang dibaling Z. Aku mengambilnya semula dan aku melihatnya secara terperinci. Benda tersebut sebesar tapak tangan dan berbentuk bunjut yang diikat atas dan bawah dan dibaluti kain kuning. Aku membuat keputusan untuk membawa benda tersebut pulang dan berjumpa dengan imam kampung aku.

Julai 2006

Imam kampung aku memegang benda tersebut dan membelek – belek benda tu. Imam membuka balutan kain kuning benda itu, terdapat gambar suami aku dan duit syiling lama dan akar kayu. ”Subhanallah” imam tu berkata perlahan. Imam menjelaskan benda itu yang dihantar oleh Z untuk memberi malapetaka kepada arwah suami aku sehingga meragut nyawa suami aku. Imam juga berkata Adam mungkin menjadi sasaran Z selepas ini. Imam meminta kebenaran untuk memeriksa badan aku. Imam menyuruh emak aku membawakan besen dan meletakkan besen tersebut dihadapan aku. Imam membaca kan sesuatu dan aku rasa perut aku memulas sangat seperti nak pecah. Imam masih lagi membacakan sesuatu. Aku rasa mual terus aku muntah ke dalam besen tersebut. Terkeluar d***h hitam yang pekat dan diselangi akar kayu. Pelik. Tidak pernah lagi orang muntahkan akar kayu. Aku rasa badan aku ringan selepas itu.
Alhamdulillah aku berkata perlahan. Imam berkata kepadaku, Z masih tidak boleh melupakan aku dan mungkin akan melakukan perkara yang lebih berani untuk memudaratkan aku. Akar kayu tu digunakan untuk aku tidak dapat mengawal marah kepada sesiapa. Aku terfikir mungkin itu sebab aku pernah memarahi Adam bagai orang gila. Akar tu jugak dikatakan dapat memupuk perasaan aku kembali kepada Z namun tak berjaya. Imam berkata mungkin kerana aku selalu melakukan ibadah solat,
membaca doa dan berzikir. Oleh itu, aku mendapat pelindungan dari-Nya. Imam berpesan supaya aku jangan berhenti meminta perlindungan dari Allah S.W.T untuk aku dan adam. Aku mengangguk. Malam itu aku menangis sambil membaca Surah Yasin kepada arwah suami aku. Sungguh kejam perilaku manusia sehingga sanggup meminta bantuan dari makhluk Allah yang telah dilaknat. Aku memohon kepada Allah S.W.T agar suami aku diletakkan di kalangan orang yang beriman dan segala salah silap dan dosa suami aku diampunkan.

Selepas beberapa bulan aku tidak diganggu, aku dikejutkan dengan berita bahwa Z telah meninggal dunia. Aku diberitahu hal itu melalui kawan lama aku yang aku kenali di universiti. Kawan lama aku kenal aku dan Z, kawan lama aku menceritakan bagaimana Z ditemui dalam keadaan badan yang amat kurus kering dan berbau busuk. Z dijumpai didalam rumahnya selepas jiran Z mengadu ada bau busuk di rumah Z. Apabila mereka menjumpai Z, mereka terkejut dengan keadaan Z pada masa itu. Dalam rumah Z terdapat satu bilik busuk yang penuh dengan bulu ayam, lilin, kain kuning, keris lama dan pelbagai lagi. Aku mengucap panjang
mendengar kawan aku cerita. Cuma yang mengejutkan kawan aku ialah kawan aku cakap terdapat banyak gambar gadis dan gambar – gambar tersebut merupakan gambar gadis yang sama. Kawan aku cakap itu gambar aku, lepastu aku menjawab yang aku sudah lama tidak bertemu dengan Z, sejak aku habis belajar di universiti sehingga sekarang.
Aku berasa debar tapi aku tidak ambil peduli. Aku pun pelik kenapa Z berhenti menganggu aku dan Adam. Aku tak lah minta untuk Z kacau aku dan adam cuma aku pelik. Mungkin benar apa yang dikatakan imam. Aku dan Adam diberi pelindungan dari-Nya. Malam itu, aku membaca Surah Yasin untuk Z. Aku mendoakan agar Z diampunkan dosa – dosa silamnya.

Kita harus mengetahui bahwa menduakan ALLAH S.W.T merupakan perbuatan paling terkutuk. Kita tak seharusnya berdendam terhadap orang lain sehingga sanggup memusnahkan hidup orang lain dengan menggunakan syirik. Ingatlah, semua kejadian yang terjadi ditentukan oleh Yang Maha Esa. Janganlah menaikkan tangan kepada perempuan tanpa sebab. Isteri merupakan insan yang berdiri dibelakang suami untuk terus membantu suami. Kita sebagai suami harus membimbing isteri dengan ajaran dari kita Al-Quran. Jangan terlampau menyesal akan kisah lalu. Perbaiki diri dan terus hidup dengan meninggalkan larangan-Nya dan melakukan suruhan-NYA. Cerita aku mungkin seperti direka – reka disebabkan bahasa baku yang aku gunakan. Hihi sebenarnya aku suka membaca novel so sedikit demi sedikit aku gunakanlah ayat yang aku belajar dari novel. Kita harus ingat, bukan kita sahaja yang tinggal di dunia ini. Terdapat makhluk Allah yang lain lagi. Alhamdulillah, hidup aku
sekarang bahagia dan adam sudah menjadi remaja. Aku selalu membaca yasin kepada suami setiap malam jumaat. Ya, aku rindukan arwah suami aku namun Allah lagi sayang dekat suami aku. Jangan musnahkan hidup orang lain ye. Kepada pembaca – pembaca cerita aku ni, terus berdoa agar kita dilindungi sentiasa oleh Allah S.W.T.

Dendam merupakan satu firasat yang buleh membuat kita bertindak tanpa memikirkan batasan hidup mahupun batasan agama. Yang paling penting, jangan sesekali bekerjasama dengan makhluk yang dilaknat Allah S.W.T untuk memusnahkan hidup orang lain. Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

K

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

7 thoughts on “Hati Kotor Meminta Pertolongan Syaitan”

  1. Best baca cerita ni. Kepada penulis semoga tabah menjalani kehidupan tanpa suami disisi. Buat Z, itulah balasan yang dia kena tanggung akibat hidup bergantung pada pertolongan Syaitan. Nauzubillah minzalik! Semoga kita tidak jadi seperti Z.

    Reply
  2. Mesti sebagai isteri sgt terkilan bila tau yg asbab ajal suami tu disebabkan org berniat jahat…
    Bukan menidakkan qada dan qadar, tp caranya buat hati berbolak balik…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.