Hijab

Terima kasih kepada fiksyen shasha kerana sudi pusblish cerita aku.

Ini cerita tentang pengalaman sebenar bila abang aku terbuka hijab dulu. Abang aku dulu diganggu oleh jin sebab dia accident. Sejak abang aku accident dan bangun dari koma perangai dia mula pelik, suka meracau, suka marah-marah dan suka mengamuk tak tentu pasal.

Abang aku mula nampak benda-benda ghaib ni bila dia dah keluar hospital.

Masa balik rumah abang aku selalu cerita yang dia selalu nampak bayangan yang pelik- pelik, dengar suara pelik-pelik.

Ada satu kali tu abang aku tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal, pukul- pukul almari sampai pecah, tumbuk- tumbuk dinding dan tak lama lepas tu abang aku tidur. Masa aku tengah tengok tv dengan mak aku, mak aku dengar abang aku nangis tapi perlahan jer dia nangis. Mak aku panggillah nama abang aku tapi abang aku macam tak boleh gerak. Tangan dia, kaki dia, kaku sangat. Mak aku terus ambik air Yaasin yang ada kat dapur lepas tu mak aku baca ayat kursi. Lepas aku sembur kat seluruh badan abang aku barulah abang aku boleh gerak. Abang aku cakap dia kena tindih.

Tak lama lepas tu abang aku pergi sambung belajar dekat KL tapi dia selalu mengadu yang benda tu selalu kacau dia setiap kali dia nak belajar. Lepas tu ada satu malam abang aku dah tak tahan. Abang aku buat keputusan untuk balik rumah sorang diri tengah-tengah malam. Masa abang aku dalam perjalanan tu, abang aku nampak ada perempuan dekat seat belakang. Tiba-tiba perempuan tu hilang. Lepas tu abang aku nampak atas jalan macam ada tumpahan d***h mengalir sepanjang jalan. Abang aku cakap dia drive jer kereta tanpa arah tu. Bila abang aku sedar jer dia dah ada kat jalan lama Karak. Abang aku cuak dan terus selawat banyak-banyak. Abang aku pun patah balik dan teruskan perjalanan.

Sampai jer kat rumah, abang aku nangis dengan kuat. Dia kata dia takut dan tak tahu nak buat apa. Mak aku bagi air zam-zam dan suruh dia istighfar banyak-banyak.

Beberapa hari lepas tu abang aku ada cerita kat aku yang dia nampak ada budak duduk atas sofa depan tv. Fuhhh terus tak jadi nak tengok tv malam tu.

Ada satu pagi tu pulak, masa aku bangun tidor aku nampak ada Yaasin dekat atas badan aku. Aku pelik la sapa pulak yang letak yassin ni. Abang aku pon cakap yang dia yang letak semalam. Dia kata dia nampak benda tu duduk main-main kat kaki aku. Seram!

Lama jugak abang aku mula ada perangai pelik-pelik ni, dan banyak jugak ustaz- ustaz yang kitaorang jumpa sampai lah dia sembuh. Ustaz tu kata benda tu masuk masa abang aku accident dulu dan tempat dia accident tu memang keras sebab dah ramai yang accident dekat situ. Ustaz ada jugak cakap yang abang aku still akan nampak benda tu tapi bila benda tu kuat sahaja.

Aku cuma nak pesan kat siapa- siapa yang family dia ada masalah yang sama, harap banyak-banyak bersabar. Aku tahu bukan mudah untuk orang yang kena tu sembuh tapi benda tu bukan mustahil. Jangan mudah ambik hati kalau dia marah- marah, baling-baling barang ke sebab sebenarnya dia tak perasan pon benda tu berlaku. Banyak kan bagi minum air zam-zam dan buat solat hajat kat rumah. InsyaAllah dengan izinNya semuanya akan ok balik

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Pipi Merah

8 thoughts on “Hijab”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.