HijauDaun : Menantu Nenek 2

Hai assalamualaikum semua pembaca FS. Aku penulis untuk kisah Menantu Nenek haritu. Sebelum aku teruskan dengan penjelasan tentang menantu nenek aku tu, aku minta maaf lah ye dekat semua pembaca sebab buat korang pening lalat baca kisah aku tu. Bila aku suruh kawan aku baca kisah tu pun, kawan aku komen kaw kaw punya dekat penulis tu (dia tak tahu yang tulis tu aku. Huhuhu ).

Ok aku start ye, aku kenalkan watak-watak dia dulu. Ayah aku ada 3 adik beradik. Ayah aku anak bongsu. Dia ada seorang abang dan seorang kakak. Pakcik aku, means abang ayah aku la, aku namakan Pak Long. Pak Long aku ni dia kahwin ramai. Yang menantu nenek tu isteri Pak Long la iaitu bini paling bongsu. Alah nak senang faham bini muda lah. Aku namakan dia Mak Jemah. Mak Jemah ni masa mula-mula kahwin dengan Pak Long, dia baik je.

Aku boleh je terima je sebagai Makcik aku. Actually aku terima je semua bini-bini Pak Long aku tu asal dorang tak beri kemudaratan pada keluarga aku. Tapi nenek aku tak suka Mak Jemah ni. Aku tak tahu kenapa. Ada antara pengomen cakap tak baik tuduh-tuduh tanpa usul periksa. Okay jap lagi aku cerita kenapa keluarga aku cakap Mak Jemah yang hantar “benda” tu dekat nenek aku.

Rumah adik beradik ayah aku ni dekat-dekat je tau. Bak kata orang, kalau kentut pun orang rumah sana boleh dengar. Ayah aku kan anak bongsu, jadi kami sekeluarga tinggal dengan nenek lah. Rumah nenek dekat tengah-tengah. Belah kanan rumah Mak Ngah (kakak ayah). Belah kiri rumah Pak Long. Dalam menantu nenek yang lepas, aku ada cakap pasal ayah aku tak sihat kan? Sebelum ayah aku tak sihat tu, nenek aku dulu yang tak sihat.

Kejap demam kejap sakit-sakit badan. Bila sakit-sakit badan, kami semua anggap tu perkara biasa jelah sebab orang tua kan. Huhu. Kira nya kitaorang takde lah sampai nak panggil bomoh ke ustaz ke untuk tengok-tengokkan nenek. Tapi malangnya, tak lama lepas tu, nenek selalu mengadu yang dia selalu mimpikan Mak Jemah. Mak Jemah dalam mimpi tu sangat sinis.

Mak jemah cakap yang dia akan buat nenek aku sakit dan m**i perlahan-lahan. Kitaorang masa tu dalam dilemma nak percaya ke tidak sebab mungkin jugak nenek cakap macam tu sebab nenek tak suka dia. Positif nya kami masa tu.

Tak lama lepas tu. Ada satu malam tu, dalam jam 3 pagi, ayah menjerit tetibe. Menjerit kesakitan. Mak bangun tanya kenapa. Ayah sakit perut. Bukan sakit perut biasa. Rasa macam usus tu ditarik-tarik dan dicucuk dengan jaram. Tak pernah aku tengok ayah menangis. Masa tu Pak Long dengan Mak Ngah takde kat rumah dorang. Mak Ngah masa tu balik kampung suami dia dan Pak Long pulak balik rumah bini dia yang ketiga.

Kami ke hospital check apa semua, doctor cakap takde apa-apa. Mungkin salah makan. Bagi antibiotic apa semua. Ok dah tu kitaorang balik la. Lepas makan ubat segala macam tu, ayah ok. Tak mencucuk-cucuk dah perut nya. Kami semua lega. Ku sangkakan panas hingga ke petang. Namun hujan di tengah hari. Keadaan ayah makin teruk.

Tak boleh buang air besar menyebabkan perut jadi membesar macam busung dan mengeras. Bukan setakat buang air besar, kentut pun tak boleh. Korang boleh bayang tak? Betapa kejam buat macam tu dekat ayah aku. Itupun nasib baik boleh buang air kecil even tersekat-sekat. Ayah selalu menangis. Selalu cakap benda bukan-bukan, jaga diri, jaga mak dengar cakap mak. Masa ni Allahu, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan. Dalam keadaan ayah sakit macam tu, cuti sem aku dah habis (masa ni aku budak matrikulasi).

Sepupu aku yang hantarkan aku ke stesen bas. Dalam bas saat semua orang lena, aku menangis sorang-sorang-sorang. Huhuhu sedih betul bila ingat balik. Bukan nya kami tak cuba berubat. Darussyifa apa semua kami pergi. Pantang orang cakap, ustaz ni ustaz tu boleh. Semua kami pergi berubat. Tapi hasilnya tetap sama. Yang pasti semua cakap ayah kena buatan orang dan benda ni susah nak di buang. Duit ribu riban habis takyah cakap lah. Aku kesian ayah, kesian mak. Hati isteri mana yang tak sedih bila suami yang dulu sihat tetibe jadi macam ni dalam sekelip mata.

Oh aku lupa nak cakap, sebelum semua ni menimpa ayah aku, sikap aku ayah aku berubah 360 darjah. Dulu ayah tak panas baran. Tetibe jadi panas baran. Lagi-lagi bila melibatkan Mak Jemah. Mesti korang tak faham kan? Aku bagi contoh, kalau nenek aku mengadu dia mimpi dia di datangi Mak Jemah, ayah aku mesti m**i-matian defend Mak Jemah. Mak aku pelik la, kenapa tetibe defend dia tu sedangkan Mak Jemah tu cuma kakak ipar. Aku sendiri pun pelik.

Bila mak lontarkan pertanyaan pelik tu, alih-alih mak dengan ayah pulak yang gaduh. Allahu, betapa hancur hati aku bila mak ayah gaduh over something yang langsung tak penting. Gaduh bukan gaduh biasa. Sampai hancur kipas berdiri yang pendek tu (korang tahu kan?) . Depan kami adik beradik pulak tu. Sebelum ayah jadi panas baran ni, Mak Jemah penah masuk dalam bilik tidur mak ayah sebab nak minta tolong jagakan laptop dia.

Masa ni rumah Pak Long yang kat sebelah rumah nenek ni tak siap sepenuhnya lagi. Kira nya dia tumpangkan laptop dia dekat rumah kami lah dulu. Masa tu aku je yang ada dekat rumah (ini situasi masa dia datang kasi laptop ye), dia bagi salam then masuk rumah. Aku sambut dengan baik, then dia cakap dia nak letak laptop, tak sempat aku cakap apa-apa, dia dah menonong masuk bilik mak ayah. Aku macam what? Tapi baiknya aku masa tu. Tak fikir bukan-bukan even aku tahu itu bukanlah sesuatu yang elok.

Dah menceroboh hak privacy orang. And kenapa dia letak laptop dia dalam bilik mak ayah? Sebab kat bilik tu satu-satunya tempat selamat untuk simpan benda berharga macam tu since adik-adik aku takkan kacau barang-barang dalam tu. Korang faham kan?

Ok dah habis penjelasan pasal tu. Kita masuk part kenapa kami yakin Mak Jemah sialan tu yang buat. Pakcik aku, belah mak aku cakap ada sorang pakcik ni dia boleh ubatkan penyakit misteri macam ni. Macam yang aku cakap tadi, kami pantang dengar pasal ni, terus serbu pakcik tu. Ok pakcik yang pandai berubat tu aku namakan Pak Dollah (korang ni tak boleh kalau tak guna nama, mudah sangat confius nya. Ye tak? Haha!).

Pak Dollah ni stail dia berubatkan orang, dia akan ke rumah pesakit tu. Untuk tinjau kawasan mungkin. First time dia ke rumah kami takde apa-apa lagi. Dia just baca-baca ayat dekat ayah. Dan Alhamdulillah. Ayah boleh membuang sikit. Kita yang tak pernah rasa seksa nya tak boleh membuang air besar ni boleh ah berlagak “ alah buang air besar je kot. Itu pun nak rasa macam eksaited ke? “. Haa cuba sekali lalui situasi ayah aku ni. Ada dekat sebulan jugak dengan perut membuncit macam tu.

Kali kedua Pak Dollah datang rumah, Pak Dollah minta cangkul. Dia cakap ada benda yang tertanam dekat belakang bilik mak ayah aku. Abang pergi gali dekat situ. Guess what? Ada dua bekas kecik. Satu bekas berisi jarum yang di salut d***h. D***h tu dah hampir kering means that benda tu dah lama bersemadi kat belakang bilik tu. Satu bekas lagi aku lupa apa. I am so sorry guys. Aku lupa apa. Tapi tak silap aku ada minyak.

But, aku lupa minyak tersalut apa. Korang faham kan maksud aku? Pak Dollah cakap,benda ni di buat dekat siam. Dan satu bekas tu anggaran harga dia dalam RM 500 ke atas. Dan bekas tu ada dua. So dekat sini orang yang hantar tu agak berduit jugak la kan. Lepas tu kitaorang tanya lah siapa yang buat semua ni? Haa yang ada waktu ni, yang menyaksikan kejadian ni keluarga aku, keluarga Mak Ngah. Pak Long takde. Pak Dollah pun describe lah orang yang hantar tu macam mana.

Cara dia berjalan macam mana. Bentuk tubuh apa semua. Kitaorang dah syak Mak Jemah dah sebab takde orang lain dah selain dia macam tu. Pak Dollah jugak cakap, orang yang buat ni orang dekat je. Lepas tu Pak Dollah cakap, benda ni nak hantar balik ke macam mana? Dan kalau nak kepastian, Pak Dollah boleh tunjukkan siapa yang punya kerja ni. Tanam batu kerikil macam mana entah and batu tu akan tunjukkan kedudukan rumah si pengantar tu.

Pak Dollah cakap dia akan cakap buat semua tu di next visit dia. Kitaorang pun iyekan lah. Pak Dollah juga cakap, benda yang dia hantar ni kuat dan apa-apa pun Allah lagi kuat. Dan ayah kena pergi hospital jugak sebab usus dia dah luka. Kena berubat moden jugak lah. Banyakkan berdoa apa semua.

Lepas tu, ayah dah beransur sihat. Alhamdulillah. Ayah kena jaga pemakaman apa semua sebab usus dia apa semua dah luka-luka kan. Tadi kan aku cakap rawatan Pak Dollah tak habis lagi? So, kami tunggu lah Pak Dollah tu datang. Tunggu punya tunggu, tak datang-datang. Mak call Pak Dollah. Aihh banyak pulak alasan dia. Entah lah, kami simpulkan bahawa benda tu marah Pak Dollah masuk campur dalam urusan dia kot.

Dan kami dah taknak ambil kisah dah pasal Pak Dollah tu, apa yang kami nak, ayah sembuh macam dulu. Benda ni terjadi beberapa tahun lepas. Sekarang ayah dah tak sakit perut macam dulu lagi. Cuma terkadang tak sihat. Mungkin kerana effect benda-benda tajam yang di hantar tu kot. Dan nenek aku, macam dalam kisah yang aku kongsikan hari tu. Aku jugak ada cakap yang ada “something” menangis dekat dapur rumah kan?

Masa tu Mak Jemah sakit. And tetibe ada suara menangis dekat dapur rumah. Hmm mungkin ada yang antara korang positif nak cakap yang itu hanya kebetulan. Dan sekarang hubungan Pak Long dengan nenek dah retak seribu. Pak Long marah kat nenek sebab tak suka bini dia. Mak Jemah jugak marah kat mak aku, sebab nenek aku sayang mak aku lebih dari dia sedangkan mak aku pun menantu nenek.

Yelah, bila duduk dengan mertua, kenalah pandai uruskan mertua apa semua. Bila nenek aku sakit, berak muntah semua mak aku uruskan. Mestilah nenek sayang mak aku. Si Mak Jemah pulak dengan perangai macam tu dia expect nenek aku nak sayang dia? Melawat nenek pun jarang sekali, inikan pulak nak basuh muntah berak orang tua tu. Bila fikir balik, kesian nenek aku.

Pak Long cakap, selagi nenek tak pergi minta maaf dekat dia dengan Mak Jemah, selagi tu dia takkan maafkan nenek. Pernah sekali aku dengar nenek doa supaya anak dia berubah sambil menangis tersedu-sedu. Hati mak mana tak sedih bila anak yang dia kandung 9 bulan jadi macam tu? Lebih sayangkan isteri dari ibu sendiri? Dulu perangai Pak Long tak macam tu. Dia baik dan Pak Long lah pakcik yang aku sayang. Sekarang tak sayang dah. Hmm.

Aku tak pernah cerita pasal keluarga aku ni dekat sesiapa. Tujuan aku bukak cerita ni bukan sebab nak bukak pekung di dada. Tapi aku nak cakap, perempuan ni kalau tak di didik dengan elok, nafsu lah yang dia ikut. Macam Pak Long aku, dia gagal dalam mendidik isteri dia. Last-last dengan dia-dia sekali jadi macam Mak Jemah.

Segala kekurangan dalam cerita ni aku minta maaf. Dan aku ingatkan sekali segala nama watak dalam cerita rekaan semata. But, kisahnya original lah. Huhu. Segala komen kalian aku ucapkan terima kasih. Yang mana kurang datang dari aku sendiri. Aku harap admin publishkan lah kisah ni ye. Huhu. Thanks Admin. Assalamualaikum.

-Fia-

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “HijauDaun : Menantu Nenek 2”

  1. Assalamualaikum , saya bukan nak komen ttg kisah nie , tapi saya cuma nak bertanya kepada seseorang yang dibukakan hijabnya. “Adakah seseorang yg dibukakan hijab boleh melihat makhluk lain dikaca tv atau di media massa yang lain ? “. Sorry kalau lari tajuk , my curiosity bought me here .

    Reply
    • Wassalam, untuk pengetahuan semua, tatkala hijab manusia itu dibukakan oleh Allah, itu bukannya suatu kelebihan atau special, bahkan ianya adalah satu musibah, yang mana hanya Allah sahaja tahu kenapa dan mengapa ianya berlaku sedemikian. Saya ada seorang cousin, seorang doktor pakar bedah mayat, terbuka hijab semenjak dari kecil. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, oleh sebab dari kecil lagi dah terbiasa melihat selain dari mata kasar, sampai ke besar ianya menjadi suatu kebiasaan padanya. Boleh kata all the time dia boleh nampak. Oh ya by the way cousin saya tu telahpun berkahwin dengan cousin perempuan saya, yang juga merupakan seorang doktor, and things getting more worst bila anak lelaki sulung dia juga berpotensi melihat apa yang mata kasar kita tak nampak.

      Reply
  2. Kesiannya. Saya faham perasaan awak waktu tu eveb tak jadi kat ayah saya. Tapi ayah kita kot. Ofc kita sedih. Kalau saya kat tempat awak memang m**i mak jemah tu. Memang saya maki dia kaw kaw and akan cari bukti sampai jumpa dia yg buat. Memang takkan dok diam. Bukan jenis saya lah. Sekurangnya kita tak balas pun perbuatan dia tapi kena sound sikit hantu macam tu. Jangan ingat dia menant, keluarga tu blh lepas dia mcm tu ja sbb pkir ikatan keluarga. Keluarga apa mcm tu aniaya keluarga sendiri. Menantu hantu

    Reply
  3. Cer cube tengok2kan paklong tu dr jauh…
    Entah2 die pon dh kena manderem ngan mak jemah tu…
    X mustahil ar kaaannn sbb mak jemah mmg habitat die mmg berunsurkan ilmu hitam camtu kaaannn…
    Zaman skrg ni utk org buat org lain merana x perlu sebab yg berat2 pon…
    Kdg tu cume sbb kita beli motor baru pon org leh dengki x tentu pasal…
    Sedih…

    Reply
  4. Kesian nya…org lain yg buat jahat. Org lain yg kene minta maaf. Mmglah… mak jemah tu entah pa pe…mcm x de perasaan… Yg pak long awak pulakpulak tu mmg dia salah tapi nampk gaya mcm kene guna². Hmmm paling kesian kat ayah awok….huuuu

    Reply
  5. dulu masa ahli keluarga dlm fmly di bawak berubat, pengubat pun ada describe ciri2 org yg bt khianat kat arwah. pendekkan cerita, hint yg diberi kena dgn ciri2 sorang kawan baik abah. kononnya dengki dengan abah, hantar tak kena, tempias ke arwah. padahal abah sekadar pekerja bawahan. bila arwah dah pergi lama, andaian tu senyap macam tu ja. tapi hubungan abah dgn kawan tu dh rapat mcm dulu, tambahan abah pn dh pencen. wallahua’lam..

    Reply
  6. Saya tengok dah banyak cerita FS ni ada nama samaran sndiri bila buat cerita, okaylah tu memudahkan pembaca nak cari cerita yang bersambung kan

    Reply
  7. Semoga kluarga awak sntiasa dlm lindungaNYA.
    Boleh saya tau tak contact number or kat mana ustaz yg berubat tu tinggal (pak dollah).
    Saya nak try jugak berubat dgn dia.

    Reply
  8. Salam.. best crita ni. macm abah aku jugak. cuma yg mnghntarnya jiran terdekat. sampai abah hampir hilg nyawa. cuma lpas brubat scara dekat dan ada knalan abah yg jauh tolong,baru sihat sikit. tapi kesannya amat mendalam. abah banyk brubah dan setiap kali nak dekt tahun baru cina,abah akn kena gout. mungkin kebtulan,atau ptanda supaya kami beringat,Wallahu’alam.

    Reply
  9. Haa…br le jelas critanyer…bagus dik…bykkan doa disamping tawakal…smoga nenek, ayah awk n paklong diberi kesembuhan….mungkin lmbt tp yg penting usaha..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.