Hikmah Mimpi

Salam semua. Terima kasih admin siarkan cerita aku.

Aku seorg wanita. Sudah pun berkahwin dan aku sudah mempunyai anak. Cukuplah intro pasal aku.

Aku ada alami 3 mimpi yg aku tak kan sampai mati.

Mimpi 1

1. mimpi masa aku sekolah rendah. Dalam mimpi tu..aku tengah main berlari2 disebuah padang. Tetiba ada cahaya dari langit turun hingga btul2 dekat dari pandangan mata. Mcm bintang ada..mcm bulan pn ada. Ada 2 cahaya. 1 tu mengambarkan org yg sedang terseksa. 1 lagi org sedang bergembira. Tetiba datang seorg lelaki..bdiri sebelah aku..dia kata.. Tulah syurga dan neraka. Tapi aku tak pandang lgsg org tang berdiri sebelah aku. Sbb terleka tgk cahaya tu. Lepas tu aku tersedar. Aku tak pnah bcerita ttg mimpi aku. Dan tak penah juga tanyakan sesapa.

Mimpi 2

2. Mimpi kedua aku masa aku bujang. Dalam mimpi tu. Aku berada disatu kawasan padang pasir yang sedang berperang. Disebelah aku ada seorang lelaki yang sedang memegang senjata. Aku tanya. Berperang dengan siapa? Orang tu menjawab dengan kaum nabi Muhammad. Aku terkejut. Lalu bangun berlari kearah kaum yang dikatakan nabi Muhammad. Sampai je ke kawasan tu. Aku tengok ramai orang. Aku tanya salah sorang dari mereka.

Mane nabi Muhammad? Mereka tunjuk ke arah 1 susuk tubuh badan yang sedang berjalan tapi ke arah membelakangi aku. Jadi aku nmpk dr belakang. Aku terus berlari mengejar orang yang dikatakan nabi Muhammad. Tapi tak sampai2. Padahal dalam mimpi tu. Orang tu hanya berjalan je. Aku berlari laju. Lama aku berlari sampai keletihan. Aku hampir sampau ke arah susuk tubuh tu. Baru je aku nak tepuk bahu orang yang dikatakan nabi tu. Tetiba ada org pegang bahu aku. Seorang wanita berselendang. Dia senyum sambil berkata. Nak tengok kebesaran Allah. Tengok lah langit. Aku terus mendongak memandang langit. SubahanaAllah. Cantik sangat. Ada taman atas langit. Pokok2 subur menghijau. Ada air terjun. Ramai org dalam tu. Ada burung2 berterbangan. Ada kenderaan terbang.. Tak tau nak ckp mcmane cantiknya taman tu. Tapi lepas tu aku terjaga. Tak dapat jumpa pn org yang dikatakan nabi muhammad tu. Cuma nmpk dr belakang je. Berjubah putih dan berserban.

Mimpi 3

3. Masa ni aku mimpi masa aku sudah pn berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dalam mimpi aku. Aku berada di satu tempat yang ramai dengan orang. Lelaki dan perempuan berjubah. Berserban dan bertudung. Aku tanya kenapa duduk ramai2 berkumpul di sini. Mereka jawab. Nak dengar ceramah dari nabi Muhammad. Mereka menyuruh aku duduk. Setelah aku duduk. Datang seorang dari arah depan. Aku angkat muka dan lihat org tu. Tapi bersilau. Silau yang amat silau. Bercahaya.. MasyaAllah. Sampaikan aku tunduk balik muka aku. Sebab terlalu silau. Dia duduk betul2 bedepan dengan aku. Tapi aku tetap tak dapat tengok wajahnya sebab cahaya pada beliau sangat silaukan mata aku.
Masa tu dia pangil aku. Dia beri aku tazkirah. Ayat dia lebih kurang bebunyi macam ni
” jadilah seorg isteri yang solehah. Jaga auratmu.  Jaga tutur katamu.. Seorang isteri yang solehah..akan dirahmati Allah.” tapi ayat dia panjang lagi.. Aku tak berapa ingat. Tapi semua bkenaan isteri yang solehah. Mase tu aku menangis2..rasa mcm hiba..sedih.. Lepas tu aku terjaga..mmg aku tgh menagis. Aku selawat..dan aku berharap aku dapat mimpi lagi.. Tapi sayang..

Mimpi 4

4. rasanya dah 3 4 kali aku bermimpi hari kiamat. Sedih untuk aku ceritakan mimpi tu. Aku nampak bangunan semua rebah. Hancur. Runtuh. Mayat bergelimpangan. Angin pusar telan semua bangunan. Ya Allah. Aku menagis bila tengok sedara mara smua ditarik angin pusar. Aku menjerit2. Ramai berlari masuk ke masjid. Ntah lah susah aku nak ceritakan. Tapi yang masih aku ingat. Bila suami & anak2 ditarik angin pusar. Aku tarik tangan suami dan anak2. Sambil menangis dan minta jgn tinggalkan aku. Aku masih ingat lagi setiap inci mimpi tu. Sampai aku jadi takut..

kesan dari mimpi tu.  Sekarang aku tak pernah tengok cerita yang melalaikan aku. Aku tak pernah tengok rancangan menyanyi2. Rancangan anugerah2. Drama2 yang bercampur lelaki dan perempuan. Rancangan menyanyi yang pakaian mcm x cukup kain.

Kekadang buat aku terdetik. Macamane kalo tetiba kiamat berlaku sedang ramai berpakaian tidak menutup aurat sedang myanyi bergembira. Bercampur lelaki dan wanita. ALLAHHU. Sungguh aku takut.
mimpi aku mbuatkan aku takut. Aku berdoa utk kalian smua..moga kita sama2 dibawah lindungan Allah. aminn

Aku tak kan lupakan mimpi ni sampai bila2. Kalau ada sesiapa tau tafsir mimpi boleh la komen. Sebab  Aaku tak bcerita dengan org. Mimpi2 aku ni. Tapi sebab selalu teringt. Aku share dgn korang..

#kakzie

16 comments

    1. jika Allah ingin mmberi petunjuk atau hidayah kpd hambaNya, tak mustahil. Sebab aku dulu pun pnah mimpi kiamat, tsunami dan aku pnah mmpi melihat tapak kaki nabi SAW..wallahua’lam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Ambillah side postif dri kisah ni.

    2. x pelik pun. my mom mimpi benda yg sama masa zamsn dia muda2. mimpi syurga, neraka & rasullulah. semenjak dr tu Allah bg kelebihan sikit pd my mom

  1. sebenarnya saya pun pernah mimpi hari kiamat tu, ada dalam 3-4 kali tapi lpas bila dah smpai detik paling buat saya takut dalam mimpi tu saya terus tersedar sebab terlalu ‘horror’ untuk saya terima walaupun mimpi ): Allahu ):

  2. Indahnya bermimpi tentang Rasulullah SAW.. Beruntung penulis dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW.. Saya juga pernah bermimpi tetapi hanya dapat memegang serban Rasulullah dan juga beberapa helai rambut Rasulullah yang disimpan rapi dekat suatu tempat.

    Jika bermimpi berkaitan Rasulullah ia bukan dari mainan syaitan.. Wallauhu’alam.

  3. syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW..wpun dlm mimpi…
    bahagianya awak dpt bermimpikan Nabi Muhammad SAW wpun dpt tgk belakang jer…
    sya pun penah mimpi berkaitan dengan kiamat sekali.. dan dgr org mengaji
    satu mlm tu sya tdo.. tp terjaga dr tdo dan dgr suara org mengaji… sore lelaki.. nak kata surau mustahil sb tgh malam…
    yang kedua sya mimpi…. sya di tgh jalan.. pastu sya nampak ujung sana ada cahaya kuning makin lama makin dekat cahaya tu bergerak dengan gulungan tanah dr ujung sana… sya teringat anak.. keluarga… sya berlari nak mendapatkan anak dan keluarga saya…sya menangis semahu mahunya… ketakutan…. tiba2 saya terjaga.. dan dlm keadaan sebak dan sedey takut dada berombak2 mcm lari laju… dan ada air mata… kemudian tertdo semula… bila terjaga sya seolah2 berfikir betul ke apa yang saya mimpi tue.. atau yang hanya memikirnya… betul ke saya menangis? betul ke saya mimpi camtue? mg sya tertanya…. sehingga kini.. Wallahualam…

  4. Semalam saya mimpi saya dekat satu tempat lapang, mcm padang, tiba2 langit runtuh, tanah bukit tepi2 tu pun runtuh, saya lari sekuat hati. Bila saya toleh belakang, nampak ramai yg cuba lari dan ramai juga yg dah ditelan runtuhan2 tu. Xpernah mimpi mcm tu Kiamatkah itu?? Wallahu’alam.

  5. Say pon pernah bermimpi yang pasal kiamat. Wallahualam. Mimpi yang pling sy ingat waktu tu negara kita tiba2 jadi sejuk sesejuk nye. Bayangkan sejuk mcm dkt artik tu. Mcm tu la rupa dia. Semu org kelam kabut cari seauatu yg hangatkan dorng. Lepas tu suhu kita kembali naik mendadk jd sgt pnas. Panas yg tak terkata sampai langit jadi merah. Allahu rse nk nangis. Ramai org bertempiaran cari air tp x jumpa semua kering. Dan sy tak tau mcm mne ade hamba Allah yg yg smpaikan kpd kita benua di dunia kita sedang belanggaran. Ye mmg btol. Pulau benua2 semua berlamggaran. Bumi bergegar dan haru biru jd smpai sy tak tau nk biat ape sy nangis letakutan semahu2nya dlm mimpi Tu. Sy cuba angkat kaki nk larikan diri tp kaki sy mcm dah melekat ke bumi. X boleh nk jln xboleh nk lari. Sy btol2 takut masa tu. Sebenarnye byk lagi sy mimpi psl kiamat ni. Matahari jatuh dan mcm2 lagi. Allah nk bg petunjuk. Sbb sy ni solat pon tonggang langgang. Amalan x seberapa. Suka melagha. Skrg sy dlm proses membaiki diri. Alhamdulillah. Org kate perlahan2 xpe. Doakan sy ☺️

  6. Betul. Sy dari dulu mmg x suka ak follow mana mana artis atau pun tengok eancangan melalaikan di tv. Tapi pelik dan sedih ramai masih lalai dan leka. Hidayah Allah hanya pada mereka yg mencari keredhaan NYA

  7. Berkenaan mimpi, saya pernah sekali mimpi waktu Ramadan, masa dlm usia belasan tahun, ada di tanah lapang, dan cahaya turun dari langit, memenuhi setiap ruang di sekeliling, rasa hangat dan menenangkan..terus terjaga, satu lagi, pernah jd penonton yg melihat situasi perang, dimana perang ni pakai peralatan-2 lama, pedang, tombak, baju besi..dan yg ajaibnya, setiap yg berlawan, apabila mati, disambut dgn org diatas, sangat wangi bau dia…itulah pengalaman mimpi, yg sampai ke harini tak dapat dh..betapa berdosa diri ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *