Hilang

Arghh!!! Belok kiri!! Belok Kiri cepat Nanti LANGGAR!!
Pin!!!!!!!!!!

Cerita ni mengisahkan cerita benar yang 80% terjadi terhadap diriku dan suami yang melalui jalan Baling ke grik pada waktu malam. Pada korang mungkin tak seram tapi pada aku rasa macam nak tercabut nyawa tauu dya punya tahap kacau tuh.

Macam pasangan berkahwin lain aku pun turut teruja bila beraya ditempat orang. yer la asyik beraya di kampung sendiri jer nak juga merasa tempat orang nak nak pulak kelantan yang meriah bila hari perayaan. Tapi oleh kerana, hari sebelum raya aku masih lagi bekerja jadi kami mengambil keputusan untuk bertolak jam 2 pagi untuk mengelak jem.
Kami dari kedah melalui jalan pengkalan hulu dan memasuki grik, dalam setengah jam perjalanan aku dah merasa tak sedap hati dan terasa macam ada sesuatu disebelah kiri cermin kereta iaitu cermin penumpang!
Bila tengok dari ekor mata nampak macam kain putih bertebangan, ahh sudah tak kan lah dia pun nak tumpang balik kelantan juga jauh lagi perjalanan ni.

Aku toleh ke arah tok laki, masa tuh dya tengah tukar tukar siaran radio maklumlah bila dah lalu jalan pendalaman macam tuh siaran pun dengar tak dengar jer haa. Lepastu bila aku kalih balik kearah cermin penumpang aku NAMPAK!
Aku nampak kelibat macam manusia duduk bercangkung atas divider jalan dengan pakaian lusuh warna putih. Masa tu, tak rasa takut lagi sebab tak terlintas lah pulak dalam kepala ni nak kata hantu ta hantu jadi hunuzon jer fikir mungkin orang yang kereta rosak tengah jalan tapi tak nampak pulak kereta yang tersadai. Ahh biar jelahh.

Selepas pada naik jer grik (maksudnya start mendaki la) tuh kan jalan dia banyak belok belok kiri kanan kiri kanan masa tuh memang dok nampak tok laki macam mengantuk dah haa jadi ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk rehat dan lelapkan mata sekejap.
Kawasan kat luar masa tuh macam biasa lah berkabus tebal, sejuk jer rasa suasana dan haaa mana ada orang berhenti pun dekat situ kecuali kami.
Ingat lagi masa ni tok laki memang dok sebelah tidoq ta sedaq dah haa, aku ni memang jenis susah nak tidoq kalau bukan atas tilam ( hamboii kau demand haa) jadi aku pun dok kelipoq kelipoq mata ni dok tengok luar pastu kan dekat perhentian kami ni ada macam pondok tau tapi macam dah lama kena tinggal la lepas tuh bila tengok lelama pondok tuh macam nampak kepala terjuntai keluar macam orang main aci nyorok tuh haa dok tggu tengok kat luar.

Masa ni aku perhati lagi kecilkan mata sikit bila amati betul2 manusia belakang pondok tuh macam berjalan keluar dari belakang pondok menuju kearah aku, haa sudah dia perasan apa aku dok perhati dia dari tadi.
Terus gerak tok laki suruh gerak slow slow, masa tuh memang muka pucat macam tak dak d***h haa tau dak sebab apa?
Masa dya jalan nak menuju ke arah kenderaan kami tuh plan plan dya cabut kepala pastu pegang.
Ko rasa nak aku tunggu dia buat apa haaa memang suruh gerak lah tak kan nak tunggu dya cabut kaki pulak ye dak?

Bila dah sampai puncak titiwangsa minta tok laki benti sat sebab rasa perut memulas2 besa lah bila bukak puasa macam2 ang nak sumbat masuk dalam perut konon tak nak berhenti dah tengah malam nanti last2 haprak terpaksa juga berhenti.

Sampai ja RNR perhentian tuh kawasan situ macam lenggang sikit rasa ada 3 4 biji kereta ja yang park kat depan tandas tuh. Time ni tok laki dok dalam kereta sambal tunggu dia sambung tidoq balik sebab kacau dya tidoq tadi kan haa, time masa dah masuk dalam tandas tuh kan ada cermin kat tandas tuh.

Aku nampak ada makcik muka sayu ja beratoq belakang aku time tuh aku senyum jer lah kat makcik tuh melalui cermin tapi keharam dya tak balas pun. Gamaknya mungkin dya ta tahan nak melepas hajat ataupun dya baru bangun tidoq maklum lah masa tuh dah dekat jam 4pagi haaa.
Masa tuh pulok tandas lagi satu tuh rosak satu lagi ada orang guna tinggal satu lagi jadi aku beratoq dekat tandas yang orang guna tuh bagi makcik tuh tandas yang tak dak orang, memang menyesal pulok bagi sebab orang yang duk guna tandas tuh lama kemain, gamaknya dah seminggu kot tak lepas hajat.

Sumpah tak tahan dah haaa, last last dya keluar dari tandas tuh terus aku masuk melepas hajat.
Dok tak sampai 5 minit dengar sayup sayup suara orang esak esak aku pelik dah time ni, sebab tak salah aku lepas orang tuh keluar makcik tadi tuh pun dah keluar haa jadi maksudnya??
Aku sorang jer la dalam tandas tuh, haaa sudah sapa pulak dok menangis pagi pagi buta pulak nih.

Lepas setel hajat semua nak basuh tangan aku nampak macam kelibat putih melintas dalam cermin, aku bila basuh tangan aku suka tengok tangan sambil basuh ( buat macam aku sorang yang tengok tangan sambil basuh, hihi) jadi bila kelibat lalu nampak sekilas jer laa yang penting aku nampak dya tuh (kelibat) pakai baju warna putih haa.
Dah setel memerut semua jalan lah nak p dekat kereta alih alih nampak makcik tadi tuh dekat kerusi dok makan kuaci haa, aku ingat nak p tegur lah saja nak beramah mesra tapi aku takut satgi menganggu pulak jadi aku straight p dekat kereta.

Gerak tok laki suruh p basuh muka apa semua pastu sambung perjalanan balik, kalau boleh nak cepat sampai bukannya apa esok kan raya nak iron baju lagi nak prepare barang barang lagi. Maklumlah excited nak raya tuh ta nyempat nyempat rasa nak sampai haa.
So kami pun mulakan perjalanan menurun pendakian, keadaan waktu tuh memang gelap tanpa lampu jalan langsung. Lepas tu atas jalan tuh daun daun kering bertaburan haaa serius macam jalan yang lama orang tak pernah lalu.

Mungkin time tuh dah nak dekat 5 lebih dah jadi mungkin semua selamat sampai ke destinasi prepare nak subuh lah kot, husnuzon lagi haaa. Sampai dekat satu selekoh tuh ada terowong yang terbuka tuh tak pasti jalan sekarang ada lagi ke tak. Bukan sebab lama tak balik ya sebab sekarang dah duduk ipoh jadi banyak lalu laluan Cameron gua musang haaa.
Jadi lebih kurang 1km sebelum memasuki terowong kami slow kan kenderaan sebab depan kenderaan kami ada lori hantu (bukan sebab ada hantu ek) lori yang bawa tanah tuh haaa. Jadi bila dah keluar terowong tok laki prepare nak memotong lah kiranya sebab lambat sangat bawa kebetulan tak ada kenderaan bertentangan.

Masa tukar gear nak memotong tuh , kira macam dah suku ekor lori tuh tiba tiba ada lori hantu dari arah bertentangan. Kau bayangkan ekh jalan tuh ada 2 lorong ja means 1 lorong untuk setiap haluan masa kami p****g tuh pun garisan putih tuh 2 line maksudnya tak boleh memotong okay so memang sah kami salah. Bila dah p****g lori dah suku kau rasa kami nak masuk kekiri biar berlanggar dengan lori yang nak d******g? Memang tak lahh!! Masa tuh aku memang mengucap abis fikir tak sempat raya lah fikir nak m**i lah fikir dosa lahh. Macam macam dalam pemikiran ni haa.

Last2 tetiba dekat depan tuh kiranya dalam 800 meter nak berlanggar dengan lori hantu tuh ada 2 line maksudnya satu line daki satu line memotong terus rasa macam huh ALLAH selamatkan kami waktu tuh.
Tapi guest what? 2 lori hantu yang tadi tuh maksudnya yang kami nak p****g dan yang berhadapan dengan kami tuh hilang!! Tak ada!! Yilek!! Aku macam pelik sebab rasanya ta sampai 5 minit pun lagi tadi bukan main slow ni tetiba hilang sekelip mata. Aku pandang tok laki tok laki pandang aku.

Masa tuh memang ta sedap hati dah, memang suruh tok laki pecut last kami sampai dekat sempadan perak dengan Kelantan tak ingat dah apa JELI kot tak silap aku. Masa tuh dah azan subuh singgah solat dekat masjid dan teruskan perjalanan ke Kota Bharu.

Semua ni memang pengalaman yang sungguh tinggal kan kesan sampai next raya memang kami tak kan lalu dah jalan nih, tapi raya tahun 2018 ni akan mengulangi sejarah. Harap tak jadi kejadian seperti ni lagi lah. Bagi sapa yang rancang nak memandu waktu jam 2 pagi tuh sila lah prepare CD mengaji or zikir untuk buat pendinding. Dan jangan lupa bawa kenderaan dengan berhemah.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Medina

7 thoughts on “Hilang”

  1. Raya 2015 i satu family dlm 7 org (2 kereta) alami peristiwa aneh dkt puncak titiwangsa
    time tu dlm jam 3pg lbih kurang bawak x laju dlm 70km/j and suddenly out of the blue seekor singa melintas..

    Reply
  2. Puncak titiwangsa tu mmg misteri sikitla..saya pun pernah alami peristiwa aneh mcm korzng tp saya nampak DUBUK(Hyena) cuba melintas..
    ,mungkin kawasan tersebut adalah penempatan bunian

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.