Histeria aspuri

Assalamualaikum pembaca FS. Macam macam kisah histeria yang aku baca kat sini. Jadi teringin jugak nak share kisah histeria asrama aku 4 tahun lepas.

Masa ni umur aku 17 tahun, kira senior lahh kat asrama, asrama aku ni semua perempuan. Memang setiap ahad jika tak balik kampung kami akan bawa adik adik junior beriadah. Okay nak dijadikan cerita, ahad waktu tu ramai pulak adik adik nak pergi ke pantai, asrama aku dekat jugalah dengan pantai, dalam 15 minit jalan kaki. Okay berbalik pada cerita, kami pun minta persetujuan warden dan dapat izin kami seniorr ni pun bawalah. Okay tak nak buang masa, punyalah suka ria kat pantai lepastu balik lepastu buat semua yg patut waktu ahad sampai waktu malam lepas prep sampai habis minum malam.

Okay cerita dia, malam tu aku dengan kawan baik aku , kami berdua je paling tua dengan adik adik tengah borak ketawa riang hati. Tiba tiba lampu jadi malap. Masatu tepat pukul 12 malam. Tak lama lepas tu ketua aspuri datang mibta tolong aku teman turun bawah katanya ada budak histeria. Aku pun temankan, aku tinggal kawan aku sbb dia takut(lemah semangat). Masa aku sampai kat bawah aku tengok parents budak tu dah ambil dah pun anak dia. So nak naik balik. Masatu ada 5orang je yang turun.

Okay masa baru nak langkah tu dengar orang jerit jerit kat tangga, so kami berlima pun larilah nak tengok, rupanya ada sorang budak form tu dah kena pegang dengan 3 orang kawan lain, masatu aku tengok muka dia dah mcm hijau hijau je. Kami pun letak dia atas meja( tu je ada hahah) masing2 pegang bawang putih.

Aku taktahu lah kenapa masatu aku ikut pegang. Punyalah kuat budak tu sampai terpelantig lah kami. Masatu warden dah call mak ayah budak tu. Dalam masa yang sama dengar banyak sngat jeritab dari setiap tingkat (ada 4 tingkat) aku suruh junior aku naik chek. Sbb aku takboleh tinggal bawah. Nasa dia turun tu dia kata semua orang dalam dorm tengah baca yassin. Sebab budak yg kena rasuk tu dah hilang kawalan, sampai termasuk dalam longkang lahh.

Haha. Jenuh nak angkat sbb dia agak berisi. Masa aku dah rasa penat sangat nak angkat tu aku pun cakap, ” wehh penatlahh, ko nak apa, keluarlahh,, ”
Dia gelak gelak je lepastu dia pun jawap “aku nak cenkerang aku, pulangkan dulu ”
Masatu aku mengantuk dgn esok nak exam aku pun jawaplah ” ye ye esok kami pulangkan ”
(Bila ingat balik kenapa aku jawap gitu ?)
Lepastu benda tu tanya ” janji? ”

Aku nak jawap janji, tapi baru sebut jann,, kawan kawan datang tekup mulut.
Nasib baik kalau tak ?. Lepastu ayah budak tu datang tanya mcm mcm, masatu aku taktahu camne dia ubat anak dia sebab aku dah lepas dia pergi tolong budak lain. Masatu dalam 3 orang kat bawah dah kena jugak.

Masa tengah duk tolong budak budak ni sorang sorang kena, last sekali aku jerit panggil semua turun. Semua turun duk baca yassin kat bilik prep. Time tulah ‘dia’ main letrik, lampu semua kecuali ayat2 quran yang kami pasang, langsung tak kacau. Disebabkan dah ramai sangat kena, aku tak boleh nak handle, aku cari bff aku lg 3orang mintak tolong aku. 2 orang dah lemah semangat yang sorang tu je sanggup teman aku.

So aku pergi tolong baca apa yang patut. Pengalaman pegang ni, kena terajang kena tumbuk aku dapat. Haha, okay masa tengah berjuang tu aku nampak kawan aku tengah dipimpin sebab kena jugak. Aku dah nak nangis tegik dia. Warden cepag cepat pesan “awak tak boleh lemah sangat, nanti takda orang nak bantu dah” .

Dengan sedib sedih ni aku call mak kawan aku tu. Sebab ramai parents dah ambil anak depa, aku pun dah lapang sikit, adik adik ajak teman pergi tandas pulak. Okay masa tu ada lampu tau, masuk tandas 10 orang ni, tengah dalam tandas tu sorang budak kat luar menjerit kuat sangat, masa tu lampu terus terpadam dan jeritan merata rata, budak yang kena berlari lari sampai aku terditumbuk lah masa cuba nak tahan sorang budak ni. Tak lama lepastu, ustaz datang, orang jampi pun datang, budak2 kuda kepang pun datang( datang tolong tengok ?) masatu lah ustaz tanya kat ibu dia (dalam badan budak form 2) . Dialog depa

“Sapa nama kau, kau dari mana?”
” aku m*****…dari s**m ”
“Kenapa kau masuk dalam badan dia?”
” aku suka dia lah manusia bodoh, aku nak bawa dia balik, korang dah pecahkan rumah aku. Hahahha”
” kau takboleh ambik dia, dia ada mak ayah”
“Aku b***h bapak dia”
Lepastu dia jerit, terus semua mangsa lain menjerit, aku pun kena tempias iaitu kena terajang, terus ustaz baca macam macam budak tu jerit jerit je.
Lepastu ustaz pun pergi kat sorang lg mangsa dan picit ibu jari dia, okay budak yang kata ‘ibu’ dia tadi tu terus jerit jerit kata
“Lepaskan anak aku, jangan seksa anak aku (dengan nada marah) ”
Ustaz sambil picit ibu jari ‘anak dia’ balas
” kau keluar dulu, aku hantar kau balik”
So ‘ibu’ dia jawap
” kau pulangkan rumab rumah aku”
So sesi pencarian rumah dia pun bermula, jumpa tiga dan satu pecah sbb jatuh.
Dan setelah dia bersetuju nak balik sebab taknak anak dia terseksa, ustaz dan orang orangnya pun pergi ke pantai masa tu jugak dalam pujuk 4pagi. Aku dgn kawan kawan yang membantu tunggu lah. (Masatu keadaan dah reda sikit, yang lain semua tengah tidur dalam bilik prep,)
Tak lama tu ustaz pun balik, tapi budak yg jadi mangsa tu kejap kejap okay kejap jadi semula, sampai ustaz kata
“Kau dah janji kan taknak ganggu lagi ”
Sampailah selesai semua pada pukul 5pagi.

Okay, sebenarnya, masa pergi pantai tu, budak budak ni jumpa cenkerang, so sebab cantik depa bawak lah balik siap diwarnanya, lepastu satu tu pecah, tu yang aspuri diganggu sebab kami ni kira dah ganggu keluarga dia. Selain tu jugak, benda yang sememangnya dah ada kat asrama pun keluar juga malam tu,

Tu yg jadi ramai kena tu. Lepastu benda yang kat asrama punya ( dalam badan budak lain) marah katanya budak asrama bising sangat dan dia tak suka. Lepas kejadian tu, semua naik nak siap solat subuh, aku langsung tak tidur, bila sampai sekolah, cikgu bagi kebenaran budak asrama balik tidur dan ambil exam petang. Masa tu bila dah kira, dalam 30 orang mangsa. Aku dgn kawan aku yg bantu pulak, pejam mata je dgr org jerit2. Warden suruh kami balik, ustaz kata kami hilang semangat, seminggu jugak ambil masa nak pulih semangat ni. Haha ( sebelum ni paling berani)
Lepas kejadian tu, asrama dipagar, dan semenjak tu budak budak sekolah kerap diganggu dan dirasuk tak kira walaupun siang walaupun tengah belajo walaupun pengetua tengah berucap dekat perhimpunan. Haha

Pengajaran , jangan suka kutip yg bukan hak kita, walaupun cantik, sebab takut ada penghuni lain. Haihh sampai sekarang segar dalam ingatan aku. Maaf lah kalau cerita tak seram dan tak best, tapi pada aku yang lalui ?. … Sebenarnya banyak lagi dialog depa, sebab benda tu banyak sangat, mcm mcm dialog dari setiap mangsa. Tapi aku takut korang bosan nak baca( sebenarnya aku malas nak taip) ? Semoga ambil ikhtibar. Assalamualaikum

 

Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

5 thoughts on “Histeria aspuri”

  1. Aku nampak ko ni teringin nak bercerita, tapi dah 3/4 jalan, ko jadi MALAS. Tu yang ayat makin terabur, konteks cerita pun dah tak tersusun. Pening aku siot. Kalau ko buat pecah-pecahkan pun cukup bagus dah (cth: Kisah 1 – Siti kena rasuk …… Kisah 87 : Cengkerang pulang ke laut). Baru senang pembaca nak fokus. Ini main sembur, main taram jaaa pebenda ko citer ni alahai..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.