Histeria berjemaah di Kem Gemilang Solat

Assalamualaikum semua warga FS.. terima kasih buat admin FS kerana sudi siarkan cerita yang seram suam-suam kuku nie.. Pertama sekali aku ingin kenalkan diri dulu, kamu semua boleh panggil aku DNA.. Maaf kalau penggunaan ‘aku’ kedengaran kasar.. Aku merupan pelajar di sebuah ipta di Sabah.. Cerita yang akanku tulis ni adalah pengalamanku berdepan dengan peristiwa bersejarah di sekolahku dulu, iaitu histeria berjemaah..

Pada tahun 2009, ketika aku dalam tahun menghadapi PMR(masa tu belum ada pt3), pihak sekolah telah mengadakan satu kem yang dinamakan sebagai Kem Gemilang Solat, dimana para pelajar SPM dan PMR dikumpulkan sekali untuk menjalankan solat hajat, bacaan yasin dan qiamullail.. Kem tersebut dijalankan selama 2 hari 1 malam.. Pelajar perempuan form 3 ditempatkan di sebuah bilik darjah yand sudah lama ditinggalkan di tingkat 3, manakala pelajar perempuan form 5 ditempatkan di surau, bawah bilik darjah yang kami tinggal..

Pada petang hari pertama kem(jumaat), aku dan kawan-kawanku berehat di tempat tinggal kami sementara menunggu masuknya waktu maghrib.. Pada malamnya, kami dikumpulkan di dewan terbuka untuk mendengar ceramah motivasi. Kalau dah namanya ceramah motivasi, mesti wajib ada scene menangis-nangis tak kira la lelaki ka perempuan, jiwa kental ka jiwa sado, semua pun banjir malam tu.. Bila dah menangis-nangis, semua pun dah jadi macam lemah semangat gitu.. Lepas habis ceramah motivasi, kami terus balik ke bilik..

Jam menunjukkan angka 11 malam dah, banyak kawan-kawan aku dah tidur. Malam tu aku rasa lain, tak boleh nak tidur, tambah-tambah lagi ada sekumpulan pelajar yang duduk di bahagian tengah bilik darjah tengah syok dok layan gosip. Aku pun buka la surah yasin, sebab memang kalau aku p mana-mana akan aku bawa tu surah yasin.

Lepas selesai aku baca yasin tu, tiba-tiba kawanku(Ika), menangis.. Terus aku tanya Ika, ‘wei Ka, awat hang reyau?’.. Ika jawab ‘ DNA, aku nampak benda belakang hang wei, dia dok marah sebab hang dok baca yasin ngan depa tu dok buat bising(geng gosip tadi)’.. Aku pun terdiam sekejap, dan terus suruh Ika tidur sambil aku bagi dia pakai selimutku. Ika tarik selimut sampai atas kepala, aku ingat dia dah tidur la kan.

Terus aku bisik dekat salah sorang geng gosip tadi ‘wei Ida, hampa jangan bising sangat. Ika ada nampak benda’. Terus si Ida bising bila aku bisik dekat dia pasal benda tu. Aku buat bodoh jelaaa dengan dorang yang sibuk takut-takut tapi still bising tu. Aku pegi dekat Ika, aku tarik selimut yang dia tutup kepala tu, terus aku tengok muka,mata, bibir semua merah. Memang terkejut la aku ni, terus tiba-tiba ada sorang lagi kawan aku menjerit. Rupa-rupanya si Milah yang jerit. Si milah ni sebenarnya lemah, sebab dia nie memang ada orang dok hantar jembalang nak kacau hidup dia.

Lepas dia menjerit tu, terus kawan-kawanku yg tidur tu terbangun. Lepas tu mula lah sesi jerit menjerit yang memang bingit. Berjangkit sorang-sorang macam penyakit h1N1, boleh kata nak dekat 10 orang yang dok lawan jerit masa tu. Lepas tu aku pun dengan jantung dok pam laju sebab seram, terus baca ayat kursi kat telinga kawan yang kena histeria tu. Dua tiga orang ja yang lut dengan ayat kursi masa tu, lepas tu bila aku tengok makin parah, aku terus suruh kawan aku yang tak kena histeria pegi panggil ustazah dekat tingkat bawah.

Lepas ustazah datang, ustazah suruh bawak budak-budak yang kena histeria tu pegi surau. Tak sempat aku nak halang, dorang dah bawak p surau. Dalam hati aku dah kata, lepas mesti lagi ramai kena sebab dekat surau tu ada budak-budak SPM. Dan memang betul laa telahan aku, elok ja yang kena histeria tu masuk dalam surau, terus ada dua tiga orang senior kami sambung menjerit. Makin parah dah kejadian masa tu, maka ustaz pun dipanggil untuk ubatkan kawan-kawan yang kena histeria tu. Ada sorang kawan aku, nama dia Farah, macam tomboi sikit budak ni. Dia kena jugak histeria time tu. Ada ka patut dia p kejar ustaz sambil baling beg tangan ustazah hahahaha. Time ni memang aku rasa lawak sebab ustaz pun lari macam ayam berak kapur.

Tapi entah macam mana malam tu aku jadi terlebih berani, aku kejar kawan-kawan yang kena histeria tu sebab dorang lari. Ada sorang kawan aku nama dia Ira, dia lari dari kantin dampai ke hujung bilik Kemahiran, dekat situ kira macam penghujung sekolah la. Memang bapak punya gelap, aku kejar dia sampai hujung sambil aku jerit ‘Allahuakhbar’, baru la dia jatuh dan terus pengsan. Masa tu memang berat la badan Ira, aku nak angkat tak boleh, tak bergerak langsung. Nasib lepas tu datang sorang kawan aku tolong angkat bawak p kantin balik. Elok Ira sedar dari pengsan, terus dia cakap tak maw duduk situ sebab dia kata dia nampak hantu tak dak badan dekat hujung kantin tu. Aku pun bawak la dia p duduk dekat dalm bilik guru. Time tu, semua yang kena histeria kami letak situ.

Elok kami sampai dekat bilik guru tu, aku nampak Ika. Terus aku pegi duduk dengan dia, time tu dia dah okey sikit. Tengah-tengah dok layan sembang ngan Ika, tiba-tiba dia peluk aku. Aku pulak terkejut la, apasai minah ni peluk aku. Tiba-tiba, naik segala bulu-bulu yang ada kat badan aku ni. Aku dapat rasa ada benda yang duduk sebelah aku, memang aku rasa la bersentuhan (bukan ngan Ika). Aku tahu, benda tu duduk sebelah aku, terus aku jadi takut yang amat sangat.

Menangis aku masa tu, hampir-hampir jugak aku kena histeria tapi nasib ada ustazah datang tepuk belakang aku masa tu. Ustazah cakap ‘jangan menangis, benda tu suka kalau kita lemah. Dah la hang tu besaq gedabak, kalau hang kena histeria, ustazah tak maw tolong ‘. Adui, sempat lagi ustazah ni dok melawak time-time aku dok seram lagu tu. Terus aku tak jadi menangis, tak jadi la nak kena histeria. Lepas tu aku pun sambung la adegan kejar-mengejar dengan orang yang kena histeria.

Ada sorang senior spm yang kena tu, nama dia Ikin. Ikin ni rendah orang dia tapi chubby betul. Bayangkan la, masa dia kena histeria, dia boleh terjun tangga dari part atas tu sampai bawah tanpa sebarang kecederaan. Aku pun macam ‘wow, amazing.. Banyak la lagi perangai-perangai pelik time histeria tu yang aku tengok tak boleh diterima pakai. Ada yang kena rasuk hantu tamil la, hantu toyol la. Macam-macam jenis hantu la yang datang malam tu. Sampai ke subuh aku berkejaran dengan kawan2 yang kena histeria tu. Esoknya, memang bengkak la bijik mata ni, dengan tapak kaki pedih sebab time aksi kejar-kejar tu aku tak pakai selipar.

Kalau nak cerita ni, memang 10 ribu patah perkataan pun tak cukup, tapi sampai sini saja aku boleh cerita.Assalamualikum

DNA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

23 thoughts on “Histeria berjemaah di Kem Gemilang Solat”

  1. Yang mass histeria ni apasal budak melayu je y kena?
    Y cina/india/mat salleh xd pulk dgr histeria berjemaah kt seklh depatu.
    Heran.
    Ke jiwa melayu ni senipih kulit bwg.
    Agama je pndinding..xdak y tu..xdak la pndinding..

    Reply
  2. kelako tang ko xjdi hesteria tu, msti ko sedut blk ayaq mata tu… hahhaha..😂😂 bru nk feeling2 hesteria ustzh tu p****g stim btol…😂😂😂

    Reply
  3. w’salam hebat betul… mmg tragedi nih… Last sekali macamana semua ok ker apa…. Biasa lepas azan subuh semua settle lah kan…..

    Reply
  4. “Ada sorang kawan aku, nama dia Farah, macam tomboi sikit budak ni. Dia kena jugak histeria time tu. Ada ka patut dia p kejar ustaz sambil baling beg tangan ustazah hahahaha. Time ni memang aku rasa lawak sebab ustaz pun lari macam ayam berak kapur.”
    ok part ni lawak xD

    Reply
  5. hahaha tang ustaz yg kne keja tu memang lawak hahahah.mesti ustzah tu dari perasaan gusar jadi naik hantu sbb handbag dia jadi mangsa hahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.