HISTERIA BERJEMAAH

Hai pembaca FS, nama aku Ili, aku just nak share pengalaman aku semasa sekolah menengah dahulu. Sekolah kami ada asrama, tapi tak semua duduk asrama, selebihnya budak sekolah harian. ok, aku bagi gambaran asrama aku macam mana, bangunan ni ada 4 tingkat, berhadapan asrama ade sebuah padang dan belakang asrama ada sekolah lain. Time tuh aku ni ketua asrama. So bermula lah kisah seram nye.

satu hari, ade seorang budak asrama namanye Aisha, budak tingkatan 1. kena sampuk kat sekolah. So lepas itu, die tak sedarkan diri dan letak die kat bilik sakit di asrama, tingkat 2. Die sorang je dalam bilik sakit tuh. Takde orang teman sebab kejadian tuh terjadi ketika waktu pembelajaran. walau bagaimanapun disebabkan antena budak asrama ni kuat dan besar, so kami semua dah tahu sape yang kena sampuk dan budak tuh kena kat mana. menurut cerita member die, si Aishah ni pergi tandas sekolah, balik daripada tandas tiba-tiba menjerit macam kena sampuk.

sudah tiba masa waktu tengahari, semua excited nak balik asrama sebab yela ade orang kena sampuk memang jadi berita hangat, sampai semua jadi jakun nak pergi melawat si Aisha. So aku sebagai ketua asrama time tuh, aku ade privilege la nak masuk bilik sakit tuh. Aku nampak si Aisha ni terbaring di samping die ade la kawan2 baik die yang tengah hiba tengok keadaan kawan diorang ni. Masa aku baru masuk , tetiba , Aisha ni mengerang kesakitan, badan die menggeliat, tangan die macam kena cramp tuh, kaki die melunjur ke hadapan macam tegang sangat. Then, badan die tiba2 melentik ke atas ala macam pemain gimnastik melengkungkan badan ke atas tak pun macam cerita hantu macam ade bende baru nak masuk badan mangsa. Menggeliat sana sini. Lepas tuh pap, macam terjatuh dari langit badan die.
yang kiteorang ni dah cuak nak mampus apehal ni, macam kena sawan. Aku pon tak pikir panjang, jerit kat junior”kau pegi panggil warden, budak ni dah lain macam”.

Lepas die menggeliat, tetiba die bangun dari baring, laju giler, macam cerita hantu. Pastu mata die terbeliak, kepala die duk teleng ke kanan, teleng ke kiri tengok sekeliling. Kat luar bilik sakit tuh ramai la bebudak baru lunch duk tengok die. Pastu die pusing kepala die dengan mata terbeliak tuh, Aisha ni cakap “ko.. ko.. ko.. ko.. kenapa tak pakai tudung nak aku masuk badan korang ke?!!” haaa ape lagi, lintang pukang bebudak ni lari. Aku kat depan die ni tak tegur sebab aku pakai tudung, dalam hati aku, ni bukan Aisha ni. Benda tuh dah take over.

Then, warden pon sampai, baca la ayat2 al-quran ni, Die pengsan. So semua pon beredar dari bilik tuh kecuali kawan die. aku pon dah penat, yela baru balik sekolah. tapi warden aku ade bagi pesanan kat budak ni, Laila, budak biro agama, suruh tabur lada hitam keliling katil si Aisha.. Laila ni pon pegi la buat seperti diarahkan, kebetulan, ade Aisha je, kawan2 die dah balik bilik sebab si Aisha ni tido nyenyak. Masa si Laila tengah tabur2 lada hitam, tiba2 si Aisha ni bangun, die perhati je Laila ni buat kerje sambil tersengih2 sinis, then die bersuara ” Yang tabur ni penakut.” Terkejut Laila sampai kaku la kawan tuh. Ape lagi si Laila ni angkat kaki 1000 langkah la.

Sepanjang siang tuh kecoh la pasal si Aisha kena rasuk. So aku decide, sembahyang Maghrib semua wajib turun, sebab nak buat bacaan Yassin. Surau kami bersebelahan dengan bilik sakit tuh. Masa tengah baca Yassin tuh, tetiba dengar si Aisha menjerit, meracau. Lepas itu, start la sorang demi sorang kena histeria berjemaah yang kat dalam surau ni. Sebab depa2 ni lemah semangat, so senang la kene. Nangis2 nampak itu lah nampak ini lah. mula dengan merapu then kena la sampuk.

Tak habis kat situ, tetiba lagi, dengar budak jerit kat dorm tingkat 3, aku pon berlari pegi masuk dorm tuh. Ade sorang budak form 3 tak silap aku, namanye Sarah, die tengah duduk tegak, mata die pon jeling sana jeling sini. Keliling Sarah, bebudak yang period, diorang duk panggil nama Sarah, ade yang baca ayat Al-quran. Depa pon takut2 jugak tuh. Aku ketua asrama takkan nak tunjuk takut kan, aku pon tanye Sarah, “ko nak apa?”, die pandang aku, then die cakap “Tempat ni dah kotor, korang suka gelak kuat2 waktu senja, baca benda tak berfaedah, dengar lagu2 setan, tak jaga kebersihan. sebab tuh pagar ko roboh.” cara die cakap macam bahasa baku. Time tuh tengah famous lagu korea nad lagu lady gaga. no wonder die panggil lagu setan. So, aku rasa ni jin baik kot, sebab bagitahu kami asbab kenapa malam ni huru hara sangat. Bayang kan dalam satu masa lebih kurang 10- 15 orang kena histeria. Macam2 ragam, AJK2 asrama ni tak menang tangan nak tolong. Aku pulak, lari ke sana ke sini. Tengok keadaan mangsa2 ni. Setiap sorang tuh aku assigned member diorang tolong pegang, bacakan pape sementara ustaz nak sampai.

ketika aku ke bilik warden, aku lalu kelas prep kat tingkat 2, dalam bilik prep tuh ade dua lagi mangsa histeria ni, sorang tuh duk meronta2 atas meja lipat tuh, sampai meja tuh terjatuh. Luka la tangan member2 yang duk pegang die sebab tersepit kat lipatan meja tuh. Nak cakap dasyat tak dasyat la penangan histeria kali ni. Lagi sorang wat perangai meroyan nye. Sepanjang aku lalu koridor tuh angin tetiba kuat macam nak ribut. Tapi bukan ribut, die macam cerita hantu tuh. Something bad is happening.

Then, aku pon sampai ofis warden, dalam tuh takde warden, tapi penuh dengan budak2 histeria ni, bile aku masuk je ofis, budak ni namanya Nur, menangis2 sambil berkata ” kak ili, tolong saya. tolong” tak berapa saat si Nur ni tetiba jadi senyap dengan jelingan maut ditambah lagi dengan senyuman sinis. tenung je muka aku. aku gerak sini, anak mata Nur pon ikut, gerak sana pon ikut. Takut aku nak tengok mata Nur, takut aku pulak kena transfer, mampus. Hilang krediabiliti aku as ketua asrama. hahah.
Aku cepat2 ke belakang sebab ade satu lagi mangsa, yang ni agresif sikit, asal bebudak ni baca surah 3 qul, die pon ikut. lepastuh ludah kat muka si pembaca lepas tuh gelak2 macam setan, memang setan pon. siap menganjing orang baca. ape lagi, kena lempang la budak ni dengan orang yang kena ludah.

Ustaz pon dah sampai, warden aku kat dewan, sebab puncanya nye si Aisha ni, aku gi ofis pon sebab warden suruh amik satu kotak air mineral die baru beli kat ofis die utnuk ustaz buat berubat students. Sementara nak amik tuh, sementara tuhla aku cuci mata tengok orang2 kena histeria. So mulalah sesi berubat, dimulakan dengan si Aisha. dalam masa yang sama asrama ni penuh dengan jeritan budak2 histeria, tak tenang betul, kelam je susasana asrama.

Aku pon tak delah nak tengok sangat berubat ni,, aku naik atas tingkat 2, pergi surau. Sebab dalam tuh ramai kena.
Aku pon tertarik kat situ budak ni kena rasuk, tapi rilex je. Duk sembang2 dengan salah sorang AJK. bile aku datang je, budak tuh pandang aku, aku pon duduk sebelah die, die cakap ” aku tak nak cakap dengan kau, kau pon bukan beetul, sembahyang dalam dorm.” tersentap aku. Yela aku memang ketua asrama tapi aku bukan orang yang dijalan yang lurus. Aku pon nakal jugak. So aku pon belah lepas kena halau dengan budak tuh.

Dalam sejam macam tuh , Ustaz pon datang surau, ustaz tuh nampak la dah berpeluh2 muka tak tenang. Sebab die seorang je nak kena handle ramai pesakit. . Ape aku nampak ustaz ni buat, die calitkan jari die dengan minyak bunga ape tah, yang wangi tuh. sebab aku ade dengar bende2 ni tak suke bau wangi2. Ustaz masukkan jari die dalam tekak students pastu budak ni akan muntah, yela tekak kena jolok. sebelum muntah tuh dah sediakan plastik siap2. ade yang muntah darah, ade yang muntahkan rambut. ade yang ksoong je. Seram sejuk aku tengok muntah2 depa ni semua.

Alhamdulillah settle jugak sesi memulihkan keadaan asrama. Yang mana kena histeria tuh, warden call parents untuk bawak balik anak2 diorang. kalau boleh pergi berubat lagi sekali, takut ade sisa2 yang tak buang habis ni. Dan dari situ jugak dapat tahu, certain budak yang kena sebenarnye ade saka. So pasal punca tuh, die gunakan cermin kat tandas sekolah, kebetulan cermin tuh ade penunggu nye, die cakap si Aisha ni pakai cermin die. itu yang dikacaunye si Aisha. aku tak tahulah sahih sangat ke tak. tapi Begitulah ceritanya.

Sebenarnye banyak lagi, scene2 dialog ngn pesakit ni, tapi aku skip sebab aku nak bagi gambaran histeria berjemaah macam mana. hehehe

Sekian sahaja terima kasih.

yang ikhlas
Ketua asrama tak function

3 thoughts on “HISTERIA BERJEMAAH”

  1. habih tak boleh guna cermin kat tandas sekolah, pasal aisha y kena..bukan cermin tu lekat kt dinding..logiknya semua yang menilik dari zaman mula2 cermin diletak situ lagi patut kena.

    Reply

Leave a Comment