“Allahuakbar, Allahuakbar.”
Jelas kedengaran azan yang sedang bergema satu sekolah. Kedengaran suara jeritan yang bersahutan dari kelas-kelas lain. Tiga kali azan dilaungkan tepat jam 12 tengah hari.
Pelajar kelasku semua terdiam sepi.
*******
Ini kisah benar. Hanya nama watak diubah.
Kisah 1
Sekolahku yang terletak di Daerah Kerian, Perak itu gah berdiri. Namun, terdapat rahsia yang tersingkap di sebalik sekolah yang ternama ini.
Usai waktu rehat, aku mula naik ke kelas yang terletak di tingkat atas sekali di bangunan pejabat. Kelas aku terletak di sebelah kanan tangga lelaki dan sepanjang koridor ini, terdapat kelas-kelas tingkatan 4. Di seberang kiri tangga lelaki pula terdapat bangunan tingkatan 3 dan terdapat perpustakaan di tingkat 2. Dua bangunan ini bersambung dan terdapat tangga perempuan di penghujung bangunan tingkatan 3.
“Aaah!” Beberapa jeritan mula kedengaran. Sebahagian pelajar kelas ini mula keluar kelas dan bersidai di koridor untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.
Aku hanya duduk di tempatku dan mula mengigil. Tidak pernah seumur hidupku berhadapan dengan perkara begini. Selepas azan,semakin banyak jeritan kedengaran.
Aku mula mengambil Al-Quran kecil di bawah meja dan membacanya perlahan. Segalanya aku berserah kepada Allah dan mohon dilindungi dariNya.
Cikgu-cikgu mula menenangkan pelajar yang sedang riuh di koridor.
“Jom wei! Cikgu kata pelajar yang lemah pergi surau sekolah,” Ati mula mengajak aku.
Kami berjalan melewati sepanjang koridor itu. Setiap kelas tingkatan 4 yang aku lalui, akan terdengar suara jeritan. Tanganku mula mengigil dan memegang erat tangan Ati.
“Berzikir. Baca ja ayat apa yang kau ingat,” keihatan tenang wajahnya menasihatiku.
Kami ingin turun melalui tangga pejabat. Belum sampai di tingkat 3, terdapat seorang pelajar perempuan yang terbaring di tengah tangga. Beberapa orang guru dan pelajar mengelilinginya.
“Kamu nak pergi mana? Masuk kelas!” Salah seorang guru bersuara.
Kami berdua kembali ke kelas.
Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan dirasuk memasuki kelas melalui pintu belakang. Dia memandang seisi kelas aku yang terdiam seribu bahasa.
Pandangan tajam dilemparkan. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya.
Aku memejamkan mata dan berharap tiada apa yang terjadi. Tanganku menggengam erat Al-Quran.
“Ni lah ketua dia,” kedengaran suara Cikgu Mas. Beberapa orang guru sedang berada di luar kelas.
Hampir kesemua ahli kelasku berada di hadapan kelas, cuba mengelak dari dia. Dia berjalan perlahan dan berada di belakangku. Dia terus berjalan sehingga ke hadapan kelas dan memerhati satu persatu pelajar kelasku.
Dia berlalu pergi melalui pintu hadapan kelas. Aku membuka mata. Lega.
“Wei, turun bawah!” Salah seorang kawanku bersuara. Kami semua mengemas beg dan turun ke bawah.
Tiba di bawah, aku, Ati dan Eza duduk di sebuah pondok di hadapan surau. Semua pelajar sesi pagi dan petang berada di kawasan Dataran Kejat, di mana terletaknya sebuah astaka di situ.
Ada yang berada di kantin. Surau sekolah pula di dalamnya terdapat ramai pelajar histeria. Jeritan boleh didengari sehingga ke luar. Guru-guru cuba memulihkan pelajar tersebut.
Ada pelajar yang sedang membaca Yaasin menggunakan mikrofon. Aku turut mengikuti bacaannya.
Tiba-tiba…
Suara jeritan bernada tinggi kedengaran dari arah belakangku. Aku berdiri dan berlari jauh dari pondok. Refleks diri akibat terkejut.
Seorang pelajar perempuan terbaring lemah di pondok tadi.
“Wei, tolong aku angkat dia!” Suara Ani meminta tolong. Dia yang paling berani antara kami semua.
Aku berundur. Tidak berani aku untuk mendekati.
Pengetua mula menaiki astaka dan memberi pengumuman, “pelajar sesi pagi semua boleh pulang ke rumah. Pelajar sesi petang pula, sila ke kantin.”
Aku pantas berjalan ke tempat letak motosikal. Kelihatan sebuah ambulans berada di belakang surau.
Ada seorang pelajar perempuan sedang menangis dibawa oleh seorang lagi kawannya dari tempat letak motosikal.
Setelah mereka berlalu, aku mula menghidupkan enjin skuter dan pulang ke rumah.
*******
Kisah 2
Rabu, 9 Ogos 2017.
Aku duduk di tempatku selepas rehat. Tempat duduk aku terletak di belakang kelas. Sebelah kiri terdapat tingkap yang boleh kelihatan bangunan tingkatan 5 dari sini.
Kelihatan seorang pelajar perempuan yang aku kenali iaitu Kak Dee. Dia sedang berlari ke arah tangki air bersebelahan bangunan tingkatan 5.
Aku yang sedang duduk itu berdiri untuk melihat apa yang terjadi.
Laju Kak Dee berlari menaiki tangga di tangki air itu. Dia diikuti Ustaz Shah.
Kak Dee kini berada di atas tangki air. Dia sedang duduk di atas penghadang. Ustaz cuba memujuk dia untuk turun, namun dia berdegil.
“Kalau kau dekat, aku terjun,” katanya sambil mengacah untuk terjun.
Itu mungkin dialog yang diucapkan dari bahasa tubuh Kak Dee walaupun aku tidak mendengar. Aku pula sudah mula terhimpit dengan pelajar kelas ini yang mengerumuni tempat dudukku. Mereka juga ingin melihat kejadian itu.
Terdapat ramai pelajar dan guru di bawah tangki air itu sedang melihat perkara yang terjadi. Kebanyakannnya terdiri daripada pelajar lelaki. Sebahagian pelajar lelaki kelas aku juga turut lesap.
Kak Dee mengalih kedudukan dari tepi ke bahagian hadapan tangki air. Dia mula memanjat penghadang itu dan mencabut satu persatu kasutnya, lalu membaling ke bawah.
Dia menggoyangkan kedua belah kaki ibarat sedang menaiki buaian.
Aku mula membayangkan bagaimana Kak Dee akan terjun dari tangki air yang setinggi bangunan itu. Aku tak sanggup melihat.
Namun setelah 10 minit berlalu, aku kembali duduk di tempatku.
Terdapat beberapa pelajar lelaki sedang berjalan pantas sambil mengangkat tilam lompat tinggi.
Kak Dee tidak kelihatan kerana berada di belakang tangki air.
Mereka letakkan tilam di bawah tangki air.
Kelihatan sebuah trak bomba tiba.
Lima orang anggota bomba pantas berlari menaiki tangki air. Mereka dengan penuh berhati-hati mendekati Kak Dee.
Akhirnya, mereka berjaya mendapatkan dia. Kelima-lima mereka memegang erat Kak Dee. Mereka berjaya membawa dia turun.
Kedengaran bunyi tepukan dan sorakan gemuruh bergema.
Alhamdulillah, Kak Dee selamat.
Cikgu Ekonomi pun masuk ke kelas.
Pelajar kelasku yang lesap itu rupanya menjadi wartawan tak berbayar. Mereka pun didenda ketuk ketampi sebanyak 10 kali.
*******
Kisah 3
Khamis, 10 Ogos 2017.
Cerita sebelum ini menjadi tular di Facebook, malah satu Malaysia sudah tahu. Ada pelajar yang membawa telefon bimbit dan merakamnya.
Patutlah semasa pulang dari sekolah semalam, Ati tergesa-gesa meninggalkan aku. Dia merasai sesuatu benda mengikutnya. Ati ini mempunyai deria keenam.
Kami duduk di Dataran Kejat. Pelajar sesi pagi akan membaca ayat Manzil sebelum naik ke kelas. Aku rasa risau melihat muka Ati pucat begitu. Aku memegang tangannya.
“Kenapalah jadi dekat Ati? Baik jadi dekat aku. Aku tak suka tengok Ati begini,” monologku.
Aku dapat rasakan sesuatu bergerak masuk melalui saluran d***h di tanganku dan benda panas itu bergerak-gerak ke seluruh tubuhku.
Selepas waktu PJK, kami semua bergerak naik ke kelas.
Entah mengapa, aku rasa tangga ini terlalu tinggi. Penat tak terkata.
Aku melabuhkan p******g. Waktu Sains, cikgu tak masuk. Ada sesuatu yang buat aku tak selesa. Aku rasa hampir menangis, rasa loya dan kepala semakin berat.
Lalu aku memberitahu Ati yang badan aku berasa lain.
“Tak ada apa. Jangan risaulah,” Ati cuba menenangkanku.
“Kau tak rasa yang ujian dari Allah ini sia-sia?” Satu suara mula bergema dalam kepala aku. Mula mempersoalkan imanku.
“Tak, sebab setiap ujian pasti ada hikmahnya,” jawapan jujur keluar dalam mindaku.
Mata aku berasa sakit keduanya. Badanku terasa lemah sehinggakan memegang sebatang pen pun aku tidak mampu. Aku masih mampu untuk bertahan.
Satu suara perempuan sedang bernyanyi jelas kedengaran di telinga kiriku, namun tidak pasti lagu apa yang dinyanyikan. Aku yang sudah mula rasa sejuk akibat angin yang entah dari mana, bertukar ke tempat Eza.
Dia masih lagi terus bertanya pelbagai soalan. Aku menjawab satu-persatu di dalam minda. Enggan dilabel gila bercakap seorang diri.
“Bagaimana kau tahu Tuhan itu wujud kalau kau tak nampak?”
“Sebab setiap benda, pasti ada penciptanya. Macam kerusi ni. Sama macam alam ini, takkan tiba-tiba muncul macam tu saja? Mesti ada penciptanya kan? Kalau tak, huru-haralah alam ni nanti,” jawabku panjang.
Aku tahu benda itu sekarang berada di sisi kiri aku. Aku cuma dapat merasakan kehadiran dia, tetapi tidak dapat melihatnya.
Aku mengambil Al-Quran dan memegangnya. Aku menyelak ke halaman Surah Al-Baqarah, ayat 255. Aku membacanya perlahan. Aku berserah seluruh takdirku kepada Allah.
Tiada apa yang terjadi. Aku mula berasa hairan. Dia masih di sisi aku.
Dia mula bersuara, “Al-Quran tu cuma kulit dan kertas ja… macam mana kau boleh percaya?”
“Bukan Al-Quran yang tolong aku, tapi Allah yang tolong aku. Ni cuma ikhtiar ja.”
Sepanjang waktu BI, aku tidak dpat mememberi sepenuh perhatian. Aku menjawab lagi persoalan dia mengenai iman aku, tetapi kebanyakannya aku tak ingat soalan dia.
Waktu rehat, aku bergerak ke kantin dengan Ati. Kami melalui jalan pintas melalui tangga perempuan bersebelahan makmal Biologi. Tangga itu berhampirannya tandas guru dan pelajar perempuan.
Dengan lemah longlai aku melangkah, aku ditanya dengan satu soalan lagi…
“Kau pakai ja tudung labuh, tapi akhlak teruk.”
“Ni aku memang nak pakai, nak ubah diri aku. Aku akan ubah penampilan tudung labuh ni seiring dengan akhlak aku.”
Peraturan sekolah ini memang semua pelajar perempuan wajib memakai tudung labuh walaupun sekolah aku ini cuma sekolah harian biasa. Ramai yang salah sangka sekolah aku ini sekolah agama.
“Aku minta maaf wei. Sebab aku, kau jadi macam ni,” Ati rasa bersalah.
“Eh, tak apa. Aku tak pernah rasa macam tu.”
Aku masuk ke tandas. Aku tahu dia sedang mengekori dari belakang. Cuma aku dah tak tahan.
Semasa aku melepaskan hajat, dia memerhati di belakangku. Aku tidak senang hendak membuat urusan lalu segera keluar dari tandas. Aku bergerak ke surau. Aku menyuruh Mimi memegang Al-Quran yang aku bawa dari tadi. Tapi aku tidak bawa ia masuk ke tandas.
Air mengalir dari paip mengenai lengan. Aku mengambil wuduk. Hatiku berasa lebih tenang. Aku duduk di pondok depan surau bersama geng aku. Tidak berselera untuk makan.
Aku membaca Al-Quran. Badanku terasa lebih ringan. Kepala masih lagi pening.
Badanku berasa lebih baik walaupun tenaga dalaman aku hilang kerana melawan dia. Hendak menaiki tangga ibarat mendaki Gunung Everest.
Lepas rehat, waktu kelas Matematik Tambahan. Aku yang berasa letih ini memilih untuk tidur sepanjang waktu itu. Badan terasa terlalu letih. Aku pejamkan mata.
Kelihatan seorang perempuan bertudung putih tersenyum manis kearahku. Mukanya penuh j*****t batu, namun tetap manis dengan senyumannya. Sejenak kemudian, dia hilang.
Alhamdulillah.
Aku pula berasa semakin baik.
*******
Assalamualaikum, aku Budak Typo. Nak ringkas, BD ja. Senang. Aku ambil nama ni sebab Ati selalu kecam aku kalau typo dekat whatsapp.
Aku akhiri kisah ini dengan pengalaman aku hampir kena rasuk.
Kejadian ini berlaku selama hampir dua bulan berturut-turut. Selepas Hari Raya Aidiladha, hampir setiap hari jeritan kedengaran.
Walaupun satu sekolah sudah dipagar, tetapi dalam diri pelajar belum dipagar dengan iman yang seteguhnya. Punca kejadian ini berlaku adalah kerana budaya ‘couple’ yang semakin berleluasa di sekolah. Wallahua’lam.
Ada pelajar asrama yang dating di sekolah. Jin-jin yang menetap di sekolah aku itu kebanyakkannya Jin Islam. Mereka marah dan hampir satu sekolah terkena tempiasnya.
Janganlah couple kerana ia haram. Jodoh akan datang juga tanpa couple. Kalau korang couple itu seolah-olah menidakkan jodoh yang telah Allah tetapkan. Bersabar dan berdoa kerana jodoh Allah pasti akan datang jua.
Lagi satu pengajaran, perbaiki diri. Sepanjang bulan mulia ini, cuba perbaiki mana yang lompong. Kalau kita kuat, In Shaa Allah, diri kita akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Aku pun banyak juga kurangnya.
Moga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah agar terus beristiqamah untuk berubah menjadi lebih baik. Amin.
Last, aku nak minta maaf jika ada typo, cerita tak best atau terkasar bahasa. Kalau aku guna ‘aku, kau’ ni kasar sangat, maaf ya. Sebab aku ni budak hingusan. Baru tahun ni nak ambil SPM. Penulis dan pembaca Fiksyen Shasha ni semua lebih matang dari aku. Kalau tak setuju guna ‘aku kau’ pun boleh ja. Nanti aku ubah jadi ‘saya’. Maaf cerita ni panjang sebab aku tahu korang tak suka cerita bersambung. Aku gigih menaip sampai lenguh tangan untuk korang ambil pengajaran. Terima kasih sebab gigih membaca walaupun panjang berjela.
Sekian.
Yang Benar, Budak Typo.
Assalamualaikum
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ya allah berdesup baca.lelagi outro dia.lagi berdesup
mantap sayangkuurr
not bad..teruskan berkarya..
Asal x jdi penulis novel…
Memang impian nak jadi penulis novel pun.In Shaa Allah satu hari nanti.Banyak nak kena belajar lagi.
😊
Jodoh xkn dtg bergolek sis…kite kne cari jg…klu xkekal,tu bru xde jodoh…Allah ad berfirman,kite mst berusaha,tawakal n bserah pada Dia…klu Allah suka,Dia akn kekalkan…klu Dia xsuka,Dia akn tukar,bg yg lbih baik…
Betul tetapi masih ada batasnya.
ok jew
Story Line cukup2 cantik… Taniah adik BD. 😃😃
Good Luck SPM..
#DiasporaBangsat
#HonaQPoliaQ
Alhamdulillah.Haza Min Fadli Rabbi.
Bm mesti power nihh.. Deep oww jgnn couple.. 👍
Ehemmm dikkk…. Tahniah sebab bawak sekolah ni lebih dikenali walaupun ianya pernah mengemparkan malaysia tahun lepas. Hahaha. Akak bukan nk kecam ke apa. Tp itu yg terbaik. Harap masa akan dtg, xjd dh perkara mcm ni. Semoga semua pelajar sekolah berkenaan patuh arahan. Dulu masa akak form 3 x silap la, tahun 2009, kes pelajar nk terjun dri tangki mmg terjadi. Tp 2017 lg teruk rasanya bab tangki air ni. Good luck dik SPM. -akak koperasi-
Terima kasih kak.Macam kenal ja akak ni.😁
ada typo ke atau aku yg tak perasan… apapun story memang best lh,keep it up dik
smk sabar ke ?
😁
saya mmg suka baca pengalaman di alami sendiri oleh org yg mengalami kerasukan. mcm dialog2 yg dalam minda tu… thanks for sharing.
very good.
Good and interesting story…
Hopefully you’ll be an excellent writer one day..
(From your handsome sir)
Good and interesting story…
Hopefully you’ll be an excellent writer one day..
(From your handsome sir)
Thank you Sir.😁
menarik cite nie..mesti power bm ni kan..ape2 pon good luck SPM ye
dlu kat asrama pernah jdi 1/4 jgaklah bdak aspuri kna
#seniorCkitja
Bella dulu pn pernah merasa masa duduk asrama..tp x bjangkit laa..adik ni sorg ja kena..dia blari nk g ke jalan besar..nasib baik ada sorg budak form 5 sempat tangkap dia..bawa dia masuk surau..tp aku x tggu, terus naik bilik..takut weh..lantak laa org nk kata senior x btanggungjawab pn..wlopn aku form six x bmakna aku berani..haha..dh laa baru beberapa bulan ja start dok asrama masa tu..
Itu la Bella.Kalau lemah semangat,baik duduk jauh.Takut berjangkit pula.
Hi Budak Typo. Daripada 3 kisah yg dikongsi, kisah ke-3, menarik perhatian saya kerana perkara ini berlaku dalam diri awak. Cara awak menjawab setiap soalan ‘Dia’ sangat berhemah. Tahniah and keep it up.
Overall 8/10
tetiba ak skip byk plk ayat2 cter ni