Histeria yang Menyeramkan di Kamsis

Hi FS dan pembaca semua. Kali ni aku cerita pasal bilik asrama di tingkat 2 banggunan baru (KAMSIS) pula. Rutin harian sebagai pelajar semua dah tau asal habis class atau class cancel je memasing horey2 lari bilik sebab nak tido! Hahha.

Pada suatu petang tu, bila dapat tau class cancel kami 4 org (aku, Hida, Kaka & Inar) apa lagi duk melepek dekat bilik si kaka dan inar ni di tingkat dua layan cerita korea, last2 memasing tetido. Tiba2 “tuk..tuk..tuk..” kami berempat yang tengah mamai2 blur akibat tido petang ni hairan la jgak siapa yang ketuk2 pintu waktu2 macam ni? Si Kaka yang hati bersih tanpa ragu2 ni pegi bukak pintu, rupa2nya kakak kamsis asrama ni datang jual nasi lemak! Hahha..kami pun beli la sebab kesian dia penat2 jual datang kesetiap bilik..sedap jugak, habis kami melantak sampai licin! Punya malas nak keluar bilik kami cuci tangan dengan air botol ke dekat tingkap, hahhaa rasanya ramai jugak yang buat macam tu.

Bila dah kenyang kami pun sambung tengok cerita korea sambil gosip2 pasal cerita pelajar (As) kena histeria di banggunan baru tingkat 2 ni. Dengar kata As pegi ketandas sorang2 pada waktu malam kerana sakit perut yang amat sangat. Waktu tu tak ada apa apa berlaku, lepas je dia keluar dari tandas dan ingin basuh tangan disinki dia ternampak seorang nenek tua dihujung tandas (kawasan tandas kami memanjang ada la dalam 20 tandas termasuk bilik mandi) bila dia berpusing nak lari keluar dari tandas nenek tu tiba2 ada depan dia! Fuh menjerit la As ni meracau2 sampai ke subuh, jenuh jugak pihak felo dan warden beri rawatan.

Masa waktu nak pulihkan dia tu, kami bawa dia di bilik dia, semua yang lain keliling baca yaasin, tapi boleh si As ni duduk tersimpuh main2 rambut dia, lepas tu sengih2 gelak halus sambil tunding jari pada setiap pelajar yang tengah baca yaasin tu, kejap2 die mengesot ke depan, kejap2 die bagun sambil nangis mendayu2 lepas tu die gelak balik. Macam tu la lagak dia sampai akhirnya warden suruh kawan aku 2 orang pegang dia bawa ke surau sebab lagi senang warden n felo nk suruh ustaz2 sembuhkan dia.

Masa nak turun tangga boleh pelajar ni kerling2 mata dia tengok kawan aku sambil senyum buat bunyi tangisan yang macam dalam cerita hantu2 tu cuma beza ni bukan cerita tapi realiti. Kawan aku yang sememang takut bertambah takut lari naik bilik, semua yang dekat bilik terkejut “korang tolong kitorang, kitorang tinggalkn As dekat tangga, xsanggup bawa dia pegi surau” kami yang lain2 terus keluar cari As tak da! Jenuh juga la satu hal kena cari dia.

Rupanya seorang ustaz ni jumpa dia dekat tandas paling hujung sekali duduk atas sinki sambil goyang2 kaki dia cakap dalam keadaan nangis “korang kacau tempat aku! Korang kacau tempat aku!” Ustaz ni pujuk turunkan dia, benda macam ni tak boleh berkasar sangat risau tuan empunya badan tercedera. Pujuk punya pujuk As ni nak turun dan keluar dari tandas. Masa dia jalan keluar tandas ni dia gelak mengilai2! Memang memasing berdiri bulu roma tak berani nak dekat.

Ustaz tu dah pesan jangan pandang tepat mata As dan jangan putus zikir walau apa pun terjadi! As datang dekat Kaka sambil senyum2 “kau baca apa tu? Kau tak nak main dengan aku ke? Hiiihiiii…” As tu gelak2 je dia jalan keliling Kaka. Tak tau kenapa dia suka sangat kacau Kaka, kebetulan Kaka ni seorang yg lemah semangat. Masa As dtg tu Kaka dh tengok muka As, mengigil Kaka sampai kelu terhenti zikir yang dia baca, memang jadi makanan ‘benda’ dalam As tu la, tak pasal2 dengan si Kaka menjerit2 histeria, si As ni elok je sengih2 gelak tanpa henti.

Sampai je di surau As tak nak masuk, dia mencangkug dekat depan pintu sambil cakap lagi “Dia kacau tempat aku!” berulang2 kali dekat Ustaz lagi sorang ni. Kaka pulak dh terbaring dalam surau ada seorang ustaz dan felo sembuhkan dia. Waktu ni la As mengesot laju masuk menerpa ke Kaka, bayangkan As mengesot. Cepat2 ustaz suruh pelajar dan warden ni pegang bahu dan kaki As, Ustaz tu dtg sambil tekan sesuatu di dahi As, menjerit2 As macam orang kena sebat tu. Sesiapa dengar mesti akan rasa kesian. Sampai la kami dengar suara As dh lemah dan diam. Lepas Kaka dah pulih ustaz tu ade tanye “apa yang dah kamu berdua buat?” Kaka cerita la yang diorng cuma pegi ambil air malam tadi dekat coolwater(mesin air yang ada panas n sejuk tu) dekat hujung bilik berdekatan tandas tu sambil bersembang gelak2 macam tak ingat dunia. Mungkin tu la padah dia sebab buat bising malam2.

As masih lemah2 dan dah dibawak balik untuk direhatkan selama seminggu. Kaka alhamdulillah kembali seperti biasa cuma ada satu tanda lebam dekat bahu dia. Pelik jugak macam cengkaman, kemungkinan As yang tercengkam dia. Cuma dia selalu kena gangguan cara lain pulak. Nanti aku sambung lagi sebab dah lenguh jari2 ni. Assalamualaikum dan selamat malam.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

5 thoughts on “Histeria yang Menyeramkan di Kamsis”

  1. Mase kem PLKN, saya dpt katil betul2 sebelah pintu.. naik jenuh pesan dkt minachi tu, ‘Tlg eh selak pintu , jangan main tutup je.’ Sebab dia suke on the call dkt luar dorm malam2, kirenya org paling last masuk dorm.. Bile tgh2 malam, saya tersedar.. pintu dorm mesti terbukak.. Mungkin angin kuat.. lagi2 tak selak.. bygkanlah mase tu jam 2 pagi.. pintu terbukak luas.. mcm2 bunyi dgr malam tu.. Dah lah dorm paling last, sebelah tu pokok besar.. sampai subuh takboleh tido.. esoknya apalagi membebel lah saya dkt minachi tu.. sampai skrg ingat lagi name minachi tu.. name dia Kamala.. haihhh
    #JustShare

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.