HISTERIA

HISTERIA by Ceepah Ray
BASED ON TRUE STORY.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2006. Masa itu saya tingkatan 5 dan wakil sekolah ke peringkat bahagian sukan sekolah. Kami berkampung di sekolah ****** selama 1 minggu. Sepanjang kami berada di sana kami ditempatkan di kelas sebagai tempat penginapan bersama wakil daripada sekolah-sekolah lain.

Tidur beralaskan tilam gimnastik dan meja. Kenangan yang sangat indah ketika itu. Pada malam pertama dan kedua belum ada apa-apa gangguan yang berlaku.

Masuk pada hari ke-3 kami di sekolah tersebut, pada waktu petang selepas acara habis kami balik ke kelas untuk berehat, mandi dan bersiap sedia untuk makan malam. Sekolah kami sediakan tukang masak (hahaha). Abang-abang Pengakaplah yang masak untuk kami.

Masa itu kami syok-syok tengah ketawa-ketawa bercerita, tiba-tiba kami terdengar orang riuh rendah di kelas bawah. Waktu itu menunjukkan masuk maghrib. Kami pun perhatikan dari tingkap kelas tersebut apa yang terjadi di bawah. Yang kami nampak ada 3 orang budak perempuan berlari keluar dari kelas dan 10 minit kemudian kami lihat mereka diangkat (pengsan) semula ke kelas. Kami pun jadi tidak tentu, perasaan takut itu mula menyelubungi diri masing-masing.

Tengah syok tengok tingkat bawah, tiba-tiba seorang budak dalam kumpulan kami menangis sambil memeluk saya. Saya mula panik, tetapi kena jadi berani kerana saya adalah antara yang paling senior di antara kami. Malulah dengan adik-adik kan? Perlahan-lahan saya memujuk adik tersebut agar menceritakan kenapa dia menangis sambil tunjuk ke arah atas atap kelas D, block sebelah.

Setelah puas dipujuk, akhirnya adik itu menceritakan apa yang dia nampak tadi.

Sementara menunggu jawapan dari adik itu, macam-macam perkara berlegar di dalam fikiran saya. Jantung saya berdebar-debar. Rupanya apa yang adik itu nampak adalah sama seperti apa yang ada di dalam fikiran saya.

Adik itu melihat CIK PON sedang memandang kami di tingkap. Adik itu melihat CIK PON keluar dari kelas bawah tempat budak pengsan tadi.

Selepas saja adik itu menceritakan bahawa dia melihat CIK PON, dia terus menjerit. HISTERIA! Saya mula panik. Saya terus menjerit minta pertolongan dari pelajar lelaki dari sekolah saya. Dan suami saya adalah salah seorang daripada mereka. Selama 5 minit adik tersebut histeria. Tidak lama selepas itu di sambung oleh kawan saya pula. Lebih menyeramkan apabila suara kawan saya berubah menjadi suara lelaki dan airmatanya berwarna hitam dan hanya mengalir sekali sahaja. Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat orang terkena histeria.

Selepas Ustaz berjaya tenangkan kawan saya, tiba-tiba terdengar lagi jeritan dari kelas sebelah iaitu peserta dari sekolah lain. Kejadian sambung menyambung jeritan itu berlaku hampir setengah jam. Pada malam tersebut, kami semua tidak lena tidur dek kerana kejadian tersebut. Dan pada keesokan hari semua peserta tidak bermaya untuk meneruskan acara masing-masing.

Malam terakhir kami berada di sekolah tersebut. Hujan turun dengan lebatnya. BLACKOUT. Tempat memasak abang-abang Pengakap gelap gelita. Adik yang melihat CIK PON berada dekat dengan saya dan tidak pernah lepas dari saya. Di saat kami duduk dalam keadaan yang gelap gelita yang cuma berbekalkan dua batang lilin dan cahaya lampu suluh, dengan tiba-tiba adik itu berbisik ” Kak, benda itu sedang melihat ke arah kita, dan sekarang benda itu berada dekat tangki air sambil memerhatikan kita”
Ya Allah, Tuhan saja yang tahu apa perasaan saya ketika itu. Perasaan ingin menangis pun ada. Akan tetapi, saya harus kuat demi adik-adik tersebut.

Ketika dalam perjalanan balik, suami saya menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada malam pertama dan malam kedua ketika kami berada di sekolah tersebut.
Pada malam pertama, suami saya ada melihat lembaga hitam berlegar-legar di koridor kelas tersebut. Manakala pada malam kedua pula suami saya melihat ada bebola api di koridor itu.

Korang mahu tahu apa yang menyebabkan perkara ini berlaku?
KERANA pelajar daripada wakil sekolah lain yang duduk di kelas bawah bermain SPIRIT OF THE COIN pada waktu maghrib.

Pengalaman ini saya ingat sampi sekarang.

TAMAT

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Ceepah Ray

14 thoughts on “HISTERIA”

  1. Setiap kali camping mesti ada je bebudak main coin spirit.. Bila dah jadi macam tu semua orang susah.. Nak buat aktiviti pun hilang mood.. Lagi haru bila camping jadi sesi ceramah agama..

    Reply
  2. Spirit of coin tu nothing. Tapi ada gak orang percaya benda tahyul seolah boleh panggil roh. (Termasuk korang yg komen dalam ni.) Padahal tu semua kepercayaan karut. Yang ‘panggil hantu’ bukan permainan tu. Tapi ada orang2 bang*ng yg percaya permainan tu boleh panggil roh. Orang sesat memang la syaitan suka.

    Reply
    • Xkena kat batang hidung sndri boleh la kata..nnt jgn smpai kena gurauan kasar drpd mereka baru ada akal…bkn nk suruh pcaya smpai taksub ckup skadar tahu dan hormat alam mereka dan kewujudan mereka yg allah cipta hidup skali dlm muka bumi nie…

      Reply
  3. spirit of coin ni klu gantung kt dinding rumah pun tak jadi apa.. yg jadi bila kau seru2 dia datang main sekali.. klu kau bakar arang duk seru2 pun dia datang.. bila kau gi tempat2 terbiar mcm seekers, paranormal group whatsoever lepas tu seru pun dia datang..tapi kdg2 dia tak munculkn diri pun sbb taknak publisiti murahan.. so jgn ckp besar, jgn celupar.. gi mana2 pun belajar sikit common sense, rasa hormat kt org.

    Reply
    • Betul tu….xyah wt smua tu pon klw dok umh sndri pon ko panggil dua tiga kali dtg la ia jengah ko…kdg2 org yg xd pengalaman nie suka dok ckp besar konon2 berani sebut la byk2 kali…tp masalahnya pd org2 yg boleh nmpk…penah skali masa first skali hijab aku tbukak..masa tu balik kmpg sepupu aku yg konon serba tahu dok sebut byk2 kali cik pon habis penuh satu umh yg dtg jengah..pengsan jgk la aku kejap smpai ke subuh…

      Reply
  4. Spirit of the coin tak boleh main.Sebab kat mana-mana pun memang ada makhluk ghaib.Cara permainan dia tu yang memanggil makhluk tu.Sangat tak digalakkan untuk main.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.