Hmmm.. Nama Siapa?

Salam pembaca FS. Harap korang jenis macam aku, suka baca FS before tidur acah2 nak mimpi ngeri sikit pastu mulalah Google tafsiran mimpi. Hahaha. BTW, thank you FS if cerita aku ni di publish untuk menyeramkan manusia yang penakut tapi degil nak layan cerita seram. Okay cerita aku ni berlaku di kolej kat Kuantan. Aku tak nak belajar kat situ tapi abang aku duk pushy sangat dia risau aku jadi minah kilang. So, aku ambik kos IT. Aku masuk belajar lambat sikit. Okay, at first month tu aku okay je buat kerja sendiri sampai lah aku start kenal Kin & Ann (bukan nama sebenaq).

Kin ni cantik gila muka dia iras fouziah gaus tu ha. Dia orang kampung. Bapak dia ketua kampung. Adik-beradik dia semua bisu & pekak kecuali dia & abang dia. Subhanallah, Allah nak bagi kan. Ann ni biasa je, badan kecik molek and Mak dia berniaga kat politeknik Kuantan time tu. Dorang dua ni roommate aku since aku pindah dari tingkat 4 ke bilik dorang kat tingkat 2 which is before this bilik tu tak berpenghuni for few months.

So, starting cerita ni dari Kin sendiri. Dia dah rasa selesa dengan aku, dia cerita yang dia ada saka duduk kat tulang belakang dia. Somewhere there lah. Aku ye kan aje. Takkan nak tanya lebih2. So as usual lah stay hostel ada lah kes histeria & Kin takkan dekat kat area tu sebab tu ‘benda’ lain. Saka ni macam kucing gamaknya, ada territory dia sendiri. If salah masuk kawasan, gaduh lah (wallahualam).

Jadi lah satu hari ni Kin lepak bilik sebelah tah buat apa tetiba dia mengilai satu block dengar. Semua bilik terus tutup pintu sebab takut, tau dah tu budak kena rasuk lah tu. Seniors pun call lah ustaz untuk sembuh kan si Kin ni. Ada senior lelaki ni dia pandai berubat, so dia pun join venture dengan ustaz ni berganding bahu menyembuhkan Kin. Alhamdulillah berjaya. Ha belum masuk part best lagi ni..

One day, aku lepak dalam duk bilik mesej dengan bf sambil pintal2 rambut. Tetiba Ann panggil aku masuk surau which depan bilik aku as bangunan tu bentuk U. Bilik aku hujung sekali. Aku masuk lah surau lepas ambik wudu’, Kin tengah duduk posisi lutut ke dada macam budak2 nangis tu. Kaki dia pucat sejuk. Aku punya lah hangat dalam tu kipas tak on. Pastu aku tanya, “Kin, okay tak ni?”. Dia geleng je. Aku dah nak start neves tapi dia kawan aku kan takkan nak tinggal. Ann cakap dia dah call ustaz. So kami teman dia tunggu ustaz. Harap2 dia baru nak intro lah so takde lah susah nak jaga.

Aku baca ayat kursi dalam hati. Pastu aku rasa macam nak tolong Kin, aku bacakan ayat kursi kat telinga dia. (Buat cerdik!) Dia diam jap pastu start nangis “huuuu…huuuuu”, pastu dia tolak aku kepala terhentak ke lantai! Dia jerit, “DIAMLAH!!!?” Then dia cekik leher aku, aku pejam mata je sebab takut ngatngat nih! Ann tarik Kin dari cobaan mencekik meragut nyawaku. Seriously cuak tapi aku still stay dalam surau tu teman Kin. Ann pegang je tangan Kin.

Ustaz & abam senior pun sampai. Berdua je depa settle kan Kin. Aku pelik, bila part ustaz tu tarik something dari belakang badan Kin, dia meraung macam patah kaki. Ustaz tak paksa2. Ustaz duduk melutut depan Kin & cakap, “Kau keluar lah dari badan ini kerana Allah”. Kin geleng kepala & cakap, “Tak boleh. Kau suruh ‘dia’ pergi”. Tak lama, Kin diam & tiba2 sedar. Aku confused dah mana satu yang masuk, mana satu yang ada kat dia. Aku rasa tak boleh ada benda lain nak masuk sekali bila rumah tu berpenghuni. Maybe?

Sebulan lepas tu, tetiba Kin cakap dengan aku dia rasa nak makan medium rare chicken. Ayam pulak nak ayam KFC (amboii selera diaa). Aku cakap KFC takde medium rare. Dia diam jap, pusing kiri pastu cakap, “takpe mana2 je”. Aku pi lah melepak bandar Kuantan yang tak seberapa time tu dengan Ann. Balik tu beli KFC sebab hopefully dapat ayam panas nak bagi Kin (sesungguhnya aku kawan yang prihatin).

Sesampainya di bilik, dah nak maghrib time tu. Aku letak ayam atas meja study Kin. Aku tak panggil lagi dia (dia kat bilik sebelah), tetiba masuk bilik cakap, “Ye aku dengar kau panggil. Thanks belikan!”. Riang ria di hari raya aku tengok muka Kin time tu. Tapi, tetiba dia panjat kerusi as cabinet kat atas meja study, dia bawak keluar biskut Oreo. Dalam posisi berdiri tu dia bukak Oreo and hancurkan atas ayam. Dia duduk kat kerusi dengan kaki sebelah bersila. Azan Maghrib pun berkumandang. Aku malas layan perangai dia tu maybe selera dia makan KFC macam tu? Who knows. Aku tengah duduk kat katil Ann which is katil bawah, duk mesej dengan bf aku bagitau Kin makan ayam KFC dengan Oreo. Haha.

Tetiba Kin yang tengah sedap makan ayam dia tu, tegur aku, “Hmmm.. Nama siapa?”. Aku terdiam. Suara Kin bukan macam tu, suara dia nyaring sikit. Ni suara yang tanya aku tu, serak2 besar macam tu. Aku telan air liur & jawab dengan coolnya, “Lah ni aku lah Reen”. Pastu Kin angguk2 eh macam baru kena je and dia cakap, “Ooh… Reen”. Aku cover cuak aku cakap, “Jap eh nak pergi bilik sebelah”. Kin gelak hihihi. Aku ketap2 gigi je tahan lutut longgar ni janganlah nak jatuh pulak nanti aku mengengsot pulak pi bilik sebelah.

Aku pi bilik sebelah, ketuk pintu & Ann bukak. Aku cakap, “Kin dah kena dah tu”. Ann terus pi tengok Kin. Berani si Ann ni. Kitorang masuk bilik, tengok Kin tengah tidur. Ann kejut Kin. Dia punya bangun tu real lah macam dia dah tidur berejam. Kin tengok aku, tanya mana ayam KFC dia. Aku pusing tengok habis dah ayam KFC mix Oreo tu. Tulang pun takde! Padahal aku beli breast & drumstick punya part. Aku fikir dia buang tapi kenapa tak buang dengan kotak sekali? Haa kau ghase? Aku bagitau Kin apa jadi, dia cakap dia tidur since lepas Asar. Aku tak tau nak rasa apa time tu.

Esoknya hari Ahad. Aku berat je rasa nak bangun. Aku bangun je, aku tidur balik, bangun then tidur balik , dalam masa yang sama aku nampak Ann & Kin lalu lalang tepi katil aku tengok aku. Aku tak larat rasa nk bangun, mengantuk sangat macam tak tidur 2 hari. Sekali aku bangun, aku tengok phone dah pukul 5.15 petang macam tu. Ehh. Lama gila aku tidur! Biasa paling lambat pukul 1 aku bangun. Tiba2 Ann masuk dengan akak senior sorang. Akak tu datang kat aku, tengok je muka aku & suruh aku baca ayat kursi & 3 Qul sambil usap2 pipi aku. Aku pun baca. Sekali macam tersekat2. Aku ulang balik baca dalam hati pulak. Sama. Tersekat2. Kakak tu pegang kepala aku, dia baca2 apa patut. And suruh aku bangun. Masa bangun tu aku cuak sebab aku rasa ada tangan pegang pergelangan kaki kiri aku. Aku pandang akak tu and geleng2 je kepala. Muka nak nangis + muka tak mandi. Kau ghase??

Aku keep baca ayat kursi & auzubillahiminassyaitonirrajim. Lama2 aku rasa dilepaskan. Cepat2 turun katil peluk Ann. Kin diri depan katil aku tengok sudut katil aku. BTW, katil aku is katil atas supaya dekat dengan kipas. Kin tarik aku keluar pi bilik sebelah. Dia cakap, “Reen.. Dari pagi tadi aku nampak ‘benda’ tu mencangkung ngadap kau. Aku tengok benda tu, tapi benda tu macam marah aku. Kau ada membela ke?”. Keluruhan jantung berlaku ye. Aku terkejut & takut ya rabbi! Family aku alhamdulillah takde yang membela, aku teringat yang malam tu aku skip Isyak. Tu lah padahnya!

Tak habis lagi cerita aku ni bertenang dulu tuan2 & puan2…

There’s one week tu Ann pergi kem apa tah kat area Kuantan jugak. Dia balik je dia macam tak banyak cakap. Dia macam sopan. Padahal dia banyak jugak mengomelnya. Pastu nak jadi cerita, Kin kena rasukan dia tu lah. Dia meronta2 menyepak2 orang yang pegang dia termasuk aku yang lebam sana sini macam kena dera. Dia cengkam tangan aku, biru serta merta. Aku tahan je berharap tak patah tangan iolls. Sekali Ann yang jarang nak tolong ni, tetiba datang kat Kin and terus macam tarik something start dari pinggang Kin. Tangan Ann tak sentuh pun Kin, tapi cara dia tu macam tengah mencengkam something. Aku tergamam kejap tengok tangan Ann keluar2 urat macam main gusti lengan. Dia cakap kat aku, “Reen, tolong, aku tak kuat.” Eh ingat aku kuat ke? Aku cakap aku tak tau! Dia berusaha jugak tarik slow2 sampai ke lutut and sampai ibu jari Kin.

Ann mengah2 penat. Kin sembuh sekejap alhamdulillah. Aku suruh Ann pi ambik wudu’ and solat. Dia bangun and ajak aku pi bilik. Kin duduk kat surau dengan beberapa kawan lain teman dia. Ann cerita lah kat aku….

“Reen kau nak tau tak, masa aku pi kem haritu, malam tu kitorang ada Operasi Burung Hantu. Yang berjalan malam tanpa torchlight tu. Sebab bulan penuh kan. So aku berpasangan jalan dengan Ain. Kitorang dah lepas semua tu, otw ke last check point yang part kat jalan tar, aku nampak ada sorang laki tua berjambang putih berketayap. Jalan sebelah Ain. Aku takut. Tapi aku buat2 tak nampak. Masa duduk kat jalan sambil tunggu group lain, Pakcik tu duduk belah kanan aku. Dia senyum je. Aku diam macam tak boleh nak buat apa. Then Ain kejutkan aku, rupanya aku terbaring atas jalan. Bila masa pulak aku baring aku tak sedar weh. Aku selawat, baca ayat kursi. Hari last tu time siang aku nampak lagi Pakcik tu kat area hutan. Dia senyum & angguk. Aku pusing nak panggil Ain suruh tengok apa aku nampak. Pusing balik, dak takde. Aku balik sini aku rasa lain. Aku nampak ‘benda’ ni. Tapi aku tak rasa takut sebab dorang tak kacau aku. Aku ignore je. Tadi masa Kin jerit2 tu, aku dengar suara Kin yang sebenar jerit, “sakit! Allah! Allah!”. Aku masuk surau aku nampak ‘benda’ tu dah macam peluk Kin sampai ke pinggang”.

Aku angguk2 dengar cerita Ann. Aku tak tau nak cakap apa. Nak percaya ke tidak. Tetiba aku tanya Ann, kenapa benda tu tak kacau aku? Ann cakap, “sebab benda tu taknak kau”. Gitu je dia jawab. Aku syukur jugak takde apa2 terjadi kat aku.

Lepas Kin sembuh tu, aku pi lepak bilik sebelah. Aku tegur sorang kawan aku ni Hana nama diberi, dia makin mengurus.

Aku: Hana, awat kuruih ngat nihh?

Hana: Ex aku buat aku (Eh sempoi je bagitau macam cerita jiran kasi kuih keria. Aku pun tanya lagi)

Aku: Kau pergi berubat tak? Jumpa lah ustaz2.

Hana: Mak aku bagi ni. Dia jumpa orang dah.

Hana seluk bawah bantal dia hulur aku kain kuning bulat.

Aku: Errrr apa ni? Kau bukak aku nak tengok boleh?

Hana angguk2 boleh & bukak kain tu. Keluarkan batu sungai kecik & kain putih ada tulisan jawi. Aku ingatkan ayat Quran tapi bila aku baca ayat tu, pelik sangat aku yakin bukan ayat quran.

Aku: Apa kau buat dengan benda ni?

Hana: Mak aku cakap, bila aku takut and ada benda2 datang kacau aku, aku baca ayat ni & jilat batu ni.

Aku: Jilat? Like seriously?

Hana: Ha ah, mak aku cakap orang tu dah bacakan ayat2 kat batu ni and jilatkan batu ni.

Aku istighfar terkejut.

Aku: Hana, better kau jumpa ustaz kay? Benda macam ni takde dalam perubatan Islam.

Hana: Aku tak tau. Mak aku bagi.

Aku faham lah sebab dia memang nampak lurus bendul. Tak tau lah kalau diri dia macam tu or disebabkan buatan tu.

2 minggu lepas tu aku berhenti belajar kat kolej tu sebab aku dapat offer kat kolej area KL. Aku terus lost contact dengan Kin & Ann sebab aku kena samun. Phone apa semua hilang. Time tu mana ada Facebook apa bagai ni. Aku doakan dorang selamat insyaAllah.

Nanti aku share cerita lain. Okay nak siap2 pi karaoke. Bye!

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.4]
Reen bukan nama sebenar

11 thoughts on “Hmmm.. Nama Siapa?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.