Homestay Melaka

Assalamualaikum pembaca FS. Aku nak cerita pengalaman aku kena ganggu dengan hantu. Sebelum-sebelum ni aku biasa je kena ganggu tapi takde lah depa munculkan diri. Gangguan yang aku kerap kena macam dia main tiup-tiup dekat telinga, depa main ketuk-ketuk pintu, radio kereta terbuka sendiri, dan bunyi suara garau lelaki berdehem.

Ok berbalik pada gangguan paling ekstrim yang aku alami. Situasi ni berlaku waktu aku dan keluarga sebelah mak aku plan nak buat hari keluarga. Cari punya cari dapatlah sewa homestay dekat area melaka. Rumah banglo 2 tingkat. Ada 10 bilik siap kolam renang. Memang sesuai untuk keluarga besar macam kitaorang ni. Hari yang dinanti pun tiba. Kami plan nak stay 3hari 2malam. Malam pertama tu kami buat bbq tepi kolam. Memang havoc la. Sambil makan sambil terjun kolam. Berlalulah hari pertama tanpa sebarang gangguan.

Malam kedua pula kami geng-geng perempuan malas nak masak jadinya plan nak makan steamboat. Disebabkan keluarga kami ramai, aku dan 3 orang lagi ditugaskan untuk cari tempat makan dan booked siap-siap untuk kami semua. Jumlah kami ada la dalam 50 orang. Aku pun mulakan la survey kedai-kedai makan area kat situ. Alhamdulillah rezeki dapat booked kedai makan tak jauh dari homestay jadinya tak perlulah kami pening-pening kepala nak bawak kereta. Jalan kaki pun dah boleh sampai. Best gak jalan kaki ramai-ramai ni. Rasa macam bawak rombongan sekolah lak.

Dalam pukul 9 malam macam tu dah setel makan-makan, masing-masing plan nak merayau dan lepak ambil angin pantai. Aku lak waktu tu tengah datang bulan dan belum mandi lagi. Waktu diaorang jalan-jalan la aku kena ambil peluang ni untuk aku balik homestay dan mandi. Dari petang tadi aku ambil turn nak mandi tapi asyik penuh je toilet. Aku tak la berani sangat nak balik jalan kaki sorang-sorang. Gila apa malam-malam jalan sorang-sorang.

Kot nya ada orang culik aku ke naya je aku. Makanya aku pun ajaklah family aku balik sekali. Diaorang pun setuju untuk teman aku balik. Dah sampai homestay, parents aku duduk kat ruang tamu dekat bawah..aku dan along aku naik masuk bilik dekat atas. Seronok wei dapat mandi tanpa kena beratur berebut nak masuk toilet. Rasa macam dunia ini aku yang punya..muahahaha..tapi keseronokan aku tu menjadi sebaliknya. Dah siap mandi semua step terakhir cuci muka..macam biasa aku tonyoh muka aku dengan krim cuci muka. Dengan mata terpejam aku teraba-raba cari gayung..haaa jumpa pun gayung.

Aku cedok air dalam baldi aku jirus kat muka. Hurmm dalam hati aku awat lain macam bau air ni. Tapi waktu tu aku buat tak tahu je sebab buih kat muka ni tak hilang lagi. Lepas je muka aku dah suci dan selembut bayi aku pun bukak mata. Elok je aku bukak mata aku terkejut beruk wei. Air dalam baldi tu bertukar warna.

Dari jernih ke keruh putih. Bila aku bau.. tak silap aku ni bau kapur barus. Aku tahu pun sebab aku pernah ada pengalaman uruskan jenazah. Waktu ni aku masih steady acah-acah berani padahal jantung aku dah rasa nak terkeluar. Aku siap cakap “jangalah kacau aku, aku tak kacau kau..pergilah main jauh-jauh”.. Lepas je aku cakap macam tu si gula-gula ni munculkan diri kat tingkap pula. Aku pun dengan berkemban campak gayung terus berlari keluar toilet. Along aku yang kat luar bilik pelik tengok aku. Tak pernah-pernah aku keluar toilet berkemban.

Nasib baik aku ni jenis mandi berkemban. Selalunya aku akan complete pakai baju semua dalam toilet baru aku keluar. Aku just kata tak ada apa-apa sebab takut along aku jadi lagi gelabah dari aku. Lepas dari tu rumah dah jadi riuh balik sebab mereka yang lepak pantai tadi dah balik. Aku ajak along dan sepupu perempuan aku yang lain teman aku masuk toilet. Diaorang sebenarnya pelik tiba-tiba aku jadi penakut gila. Waktu tu aku dah tak kisah dah diaorang nak ejek aku penakut yang aku tahu aku nak pastikan warna air dalam baldi. Pelik wei..waktu aku masuk dengan sepupu aku, air tu elok je warna jernih macam air paip biasa. Aku still tak puas hati. Aku bau air dalam baldi tu. Lagi pelik tak ada langsung bau kapur barus. Malam tu aku cepat-cepat chop nak tidur tengah-tengah sebab trauma kena kacau..hahaha

Esoknya waktu nak balik, kami ambil laluan belakang rumah. Rupanya belakang banglo ni dekat dengan kawasan perkuburan. Waktu datang kami tak perasan sebab kami lalu pintu depan. Itulah pengalaman paling ekstrim aku kena ganggu dengan hantu. Tak pasal-pasal aku cuci muka pakai air kapur barus.

Last but not least, thanks admin sudi kongsikan pengalaman aku. Aku mohon maaf kalau ada perkataan atau ejaan aku yang melanggar syarat-syarat FS

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cik mimpi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

20 thoughts on “Homestay Melaka”

  1. Citer laju2, xde klimaks ni nak terberak ke cane..

    Cite dah best.. Next story cuba panjangkan n detailskan sikit.. Mesti lagi seram..

    Reply
  2. ceta ni memang ada maknenye ni.. Biar aku rumuskn.. Sebab apa air tu bwarna putih n bila.buka mata terus nampak pocong? Sebab, semasa awak tutup mata tengah cuci muka tu, mr pocong tnampak awak sedang bogel mandi.. Kan dh namanya pocong kn, bila dh ada ddepan yg seksi hot maka akan changgar n terperanchit lh air mani dia.. Itu lah yg awK kata tdi cuci muka guna air putih.. Itu lah sperm c pocong

    Reply
  3. bagi dia air kapur barus tuu untuk menyerikan muka kot…hahahaha…area mana homestay tuu?mcm best jaa cuci muka pkai kapur barus aku nak jugak hahaha

    Reply
  4. Saya rasa…mcm leh agak je homestay tu. Sbnrnya saya ada survey homestay tu baru2 ni. Mmg saya check setiap inci. Semua pucs luar n dlm. Hati saya terus ckp..rumah ni x elok. Dan jgn pergi. Saya check location… mmg betul blkg kuburrr.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.