Homestay Taman Kluang Barat Berhantu

Assalamualaikum peminat-peminat fs. Pertama kali aku nak ucap terima kasih dekat admin sebab sudi siarkan cerita aku tentang @rumah taman tas tempoh hari . Ok la,mungkin tak berapa nak seram. Tapi kalau korang kat tempat aku dan lalui moment2 kena tarik rambut,kena tegur siapa Rasyidah,mesti korang pon berdebar macam aku.hehe

Cerita kedua aku ni mengisahkan tentang pengalaman mak aku masa balik kenduri kahwin sepupu aku di Kluang pada tahun 2012. Nak kata pengalaman mak aku sorang pon tak juga, tapi boleh dikatakan pengalaman saudara-mara aku juga la sebab benda ni sama-sama lalui. Yang tak syoknya,aku tak ada time tu sebab aku belajar kat Ipoh. So aku malas nak balik sebab nak jimat duit tiket bas pergi balik. Haha tak guna punya sepupu. Ala, aku tak datang pon,aku dah kirim hadiah.Ok la tu kan .

100% cerita yang aku cerita ni adalah benar yang disampaikan sendiri oleh mak aku. Jom start.

2012 – Taman Kluang Barat, Kluang Johor

Malam tu mak cik aku merangkap kakak mak aku yang aku gelarkan Mak N, ada buat bacaan yasin sebab esoknya majlis kahwin anak sulong dia. Anak perempuan. Jadi,saudara mara semua pergi Kluang lah kan. So mak N dah standby 1 homestay untuk saudara mara yang jauh. Homestay tu 2 tingkat. Besar dan boleh muatkan semua ahli keluarga. Petang tu apabila semua dah chek in homestay,semuanya ok. Mandi, rehat, tengok tv dan sebagainya sementara nak tunggu lepas maghrib. Lebih kurang jam 8pm masing2 dah standby nak berangkat ke rumah mak N di Taman Desa. So, Taman Kluang Barat(TKB) dengan Taman Desa(TD) ni tak jauh pon. Keluar jalan besar, jumpa trafik light masuk simpang kiri petronas. Dah sampai.

Malam tu majlis berjalan lancar. Lebih kurang jam 11pm ada beberapa ahli keluarga yang lain pulang ke homestay sebab ada anak kecil yang dah penat dan mengantuk. Jadi,tinggal lah mak aku dengan 3-4 orang lagi ahli keluarga yang lain yang masih belum pulang. Borak punya borak tak sedar jam dah 1am. Lewat sangat dah. So mak aku pon minta izin nak pulang dulu sebab esok banyak lagi kerja nak dibuat. Di sini lah bermula segalanya.

Masuk simpang TKB, jalan lurus,masuk simpang,belok kanan tapi tak jumpa rumah. Mak aku husnuzon salah jalan kot. Biasalah orang tua ni kadang-kadang rabun malam (padahal waktu tu mak aku tak rabun lagi). Mak aku u-turn tepi rumah orang dan masuk semula simpang yang sama. Tapi still tak jumpa rumah. Masa ni orang-orang dalam kereta mak aku tu tidur. So mak aku sorang2 la yang hadap ‘kesesatan’ ni. Mak aku keluar balik simpang utama,masuk semula tapi tetap tak jumpa rumah. 7 kali mak aku ulang alik last-last mak aku cakap ‘tak pe,aku keluar semula jalan besar,aku masuk semula.kalau tak jumpa juga,aku balik TD tidur rumah sana’. Bismillahirrahmanirrahim….mak aku keluar jalan besar,singgah petronas TD,masuk semula TKB,masuk simpang,belok kanan dan Alhamdulillah,elok je terpacak 3 biji kereta pak cik mak cik aku yang lain depan rumah. Mak aku apa lagi,bebel la yang dia ulang alik banyak kali tempat yang sama tapi kenapa tak jumpa-jumpa. So sepupu aku sorang ni cakap yang dari tadi depa depan rumah borak-borak sambil hisap rokok tak Nampak pon mak aku lalu. Esoknya,mak aku tengok lorong homestay dia, hujung tu jalan m**i weh. Habis tu,semalam mak aku lalu jalan apa.hummmm seram dengar mak aku cerita.

Pagi esoknya masing-masing dah bersiap nak ke masjid untuk akad nikah sepupu ni. Jadi,adik aku pon mandi dan bersiap2 dalam bilik hujung yang terletak di dapur. Tiba-tiba dia jerit minta tolong buka kan pintu sebab terkunci dari dalam. Korang tak pelik ke macam mana pintu boleh terkunci dari dalam sedangkan punat tombol pintu tu tak tekan pon. Hahahaha waktu ni aku gelak jela sebab aku boleh bayangkan muka adik aku tengah cuak. Menangis-nangis adik aku sebab takut sangat. Ya dia memang penakut yang teramat walaupun dia anak lelaki. Hehe

Then,bila semua dah siap-siap nak masuk kereta, abang sepupu aku yang aku namakan Fariz ni Nampak ada lelaki dalam bilik tingkat atas tengah pandang depa. So Fariz ni Tanya mak aku ‘bik,siapa kat atas tu?’. (bibik tu panggilan mak cik untuk orang jawa. Bukan orang gaji ya) Mak aku jawab ‘mana ada orang. Semua dah keluar ni ha. Tinggal nak kunci pagar je’. Bila Fariz toleh balik dekat tingkat atas, lembaga tu hilang. Dalam keadaan debar tu,dia sempat lagi masuk dalam semula ambil rokok. Lelaki kalau rokok memang sanggup kan. Jadi, Fariz orang terakhir keluar rumah dan kunci pagar. Sekali lagi aku ulang, dia kunci pagar.

Selesai akad nikah,geng-geng homestay ni ada yang terus ke TD dan ada juga balik TKB sementara tunggu majlis bersanding. Jadi,mak aku ni balik TKB dulu sebab dia datang bulan pulak. So, nak cuci apa yang patut lah kan. Mak aku orang pertama sampai rumah. Terkejut dia tengok pagar rumah tu terbuka luas seluas-luasnya macam ada orang parking kereta dalam rumah dan lupa nak tutup bila keluar. Mak aku waktu ni tak rasa seram pon,Cuma lebih ke arah pelik. Dah la pelik kes sesat semalam tak hilang lagi, tambah pulak fariz Nampak lelaki tingkat atas,balik-balik pagar pulak terbuka. Bila mak aku tanya sorang2, semua tak ngaku sebab yela, mak aku orang pertama yang sampai rumah. Jadi, siapa yang buka pagar tu kan? Humm

Masa majlis sanding,mak aku cakap kat mak N nak tukar homestay sebab rasa tak syok. Macam kena ganggu. So, mak N ni pon cari lah homestay baru yang dekat dengan rumah depa. Homestay baru ni dekat TD. Ha senang sikit dekat. Tapi sama je. Berhantu juga.

Lepas settle semua majlis,malam tu masing-masing nak berehat la kan. Penat kena kacau. So tengah borak-borak depan tv sambil masing-masing menceritakan kejadian siang tadi, boleh pulak pintu bilik tengah terbuka sendiri. Dah la pintu tu kalau buka, berbunyi. Terdiam terus semua orang sebab memang semua berkumpul kat ruang tamu. So sepupu aku lagi sorang yang aku panggil along ni, dia jengah la. Dia boleh pulak tegur ‘hoi,siapa tu. Tak kelakar la. Orang penat ni sibuk nak kacau kenapa’. Elok lepas kena sound dengan along, PANGGGGGG!!! Pintu tu tertutup dengan sendiri. Hantu tu merajuk kot kena sound gitu. Malam tu masing-masing tidur ruang tamu berhimpit-himpit sebab semua penakut. Rugi kan aku tak ada time tu. Hehehe

So,setakat itu jela cerita aku kali ni. Kalau ada peluang lagi,aku kongsikan cerita aku masa aku belajar kat Pekan pulak ya. Selamat berpuasa. Bye Assalamualaikum.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Puteri Riana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Homestay Taman Kluang Barat Berhantu”

    • saya dah 18 tahun duduk dikluang..Taman kluang barat tu bukan dah meriah dengan kepadatan kawasan perumahan ke?(sebelah stadium)

      Reply
  1. Pernah jgk duk homestay tp area pontian rsnya..Rumah mcm design lama sikit..2 tingkat..Besar not bad la..Mlm first tu anak yg lbh kurang dlm setahun mcm tu meragam and tdo pun asyik terkejut2.Lps tu dlm 2@3 pg tu black out..Pergi check dekat suis utama and betulkan blk..lps tu ok blk..lps tu black out blk..Kami pergi betulkan blk..ttp lampu yg x penting mcm dapur and garaj sbb ingatkan elektrik xdpt nk support..Pastu ok..dlm 5 mnt mcm tu off blk.kami ttp bahagian dapur plk..jd blk..lps tu dlm 5 mnt tu off blk..ms tu mmg dah fikir ni bkn mslh elektrik dah ni..So,kami kol pengantin lelaki mintak dtg..Dia dtg ngan kawan,tdo tingkat bawah..And yes!!!smpi ke pg la duk main on off mcm tu🤣🤣😘

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.