Homestay Tanah Rata

HOMESTAY TANAH RATA | by Muhammad

Assalamualaikum Bro & Sis. Pertama, terima kasih pada Admin yang sudi ketepikan cerita Aku. Kedua, nama Aku Muhammad berasal dari Negeri Selatan Tanah Melayu, kalau sekarang Malaysia, semua orang tahu. Ketiga Aku ada sedikit pengalaman yang kurang seram, kalau korang rase seram, seramlahkan, haaa.. Jadi yang Keempatlah ea, yang keempat bermulanya sebuah kisah Aku, pengalaman Aku sendiri, tiada tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Jadi cuba korang membayangkan atau meletakkan diri korang didalam situasi untuk cerita ini.

Sebelum tu Aku lahir pada tahun 1991, korang kiralah sendiri umur Aku berapa, biar terbukak sikit ilmu Hisab korang tu, kalau tak asyik nak suap aje, “cakap mengalahkan Pegawai Pendidikan” kan, haa. Okay Aku teruskan kisah, kalau tak bosan korang membaca, sebab Aku nie kuat tersasar karang cerite kemana, Aku kemana, Admin kemana, korang pon kemana.

Pada tahun 2004, sekitar bulan Jun, Aku dan keluarga besar Aku, kira macam Family Daylah orang kata, kami semua pergi bercuti di Cameron Highlands, jadi kami semua naik satu bas yang disewa oleh Pakcik Aku, sekarang dia dah jadi Guru Besar anak dah 5. Okay, kami semua kira-kira 30 orang lebih termasuk sepupu sepapat, pakcik & makcik bergerak pada pagi selepas subuh kira-kira 6.30 pagi. So, bile dah naik bas, jalan jauh menempuh pelbagai onak dan duri, mesti ada yang muntah koro, yang nak terberak, terkencing, nak tukar pampers anak dan sebagainya, jadi perjalanan tu sangat lambat sebab ayik berhenti aje, pantang nampak signbord “Hentian Rehat di Machap” tu contoh… Kami semua sampai di Cameron Highlands petang, dalam jam 5 ke 6 macam tu, bayangkan berapa jam Aku duduk dalam bas nak kematu bontot Aku nasib tak keluar akar, Okay dah.

Jadi, sampai sana si Guru Besar nie dah Booking 2 biji Homestay yang terletak di Tanah Rata, 1 rumah hanya untuk lelaki manakala 1 lagi untuk wanita. So sesiapa yang nak “honeymoon” Suami Isteri tu, memang tak dapatlahkan, haa… seterusnya, malam pon menjelma, Aku dan beberapa orang sepupu Aku pergi merayau disekitar Tanah Rata tu, ada pasar malam, jadi aku belilah Keychain untuk kenang-kenangan. Cousin Aku sorang nie namanya Fahmi sekarang dah jadi Doktor, dia beli Radio pakai bateri, macam Walkman tu agaknya. Tahun 2004 teknologi masih mahal, so memang takda siapa mampu nak pakai Phone macam sekarang. Kami sepupu-sepapat pon ambik keputusan untuk pulang ke homestay kerana hari dah nak malam yelah sampai pon dah petang.

Aku pon dengan keadaan tergesanya masuk ke rumah lelaki sebab nak kencing seterusnya mandi, sebab time tu Cameron Highlands sejuk, berkabus, tak macam sekarang sejuknya dah kurang. Mungkin sebab pembalakkan kot, jadi aku pilih salah 1 bilik tidur yang dalamnya ada bilik mandi, kalau tak silap rumah tu ada 5 ke 6 bilik tidur. Aku masuk bersihkan diri dengan air panas, lepas siap tu Aku keluar Aku nampak tingkap yang telah dipasang jaring, dengan kepohnya Aku pergi jengah-jengah apa ada kat situ, rupanya tempat Cina Sembahyang, dengan Limau dan Kuih Apam Pink tu. Aku takutlahkan sebab patung-patung tu macam seram. Aku pon pergi cari si Doktor nie, rupanya dia tengah Pacak Kemah dengan abang Aku dan yang lain. Kemah dipacak berhadapan pintu rumah wanita, Aku tanya si Doktor nie siapa nak tidur kat kemah, katanya Aku, dia dan beberapa orang lagi boleh tidur kemah kalau-kalau rumah lelaki sempit. Senang cakap kanak-kanak lelaki dan bujang-bujang boleh tidur kemah, ada 4 kemah semua sekali, 1 kemah kira-kira 4 atau 5 orang boleh sumbat. Dalam Kemah Aku ada 5 orang termasuk doktor, adik Aku, dan adik doktor 2 orang. Kami terlena kira-kira jam 2 pagi. Kemah yang dihuni hanya 3 saja, 1 kemah lagi kosong.

Itulah cerita Aku, so pada malam pertama tu memang takde apa yang terjadi, keesokkan pagi tu kami semua keluar berjalan, pergi Kebun Strawbery, Sarang Lebah dan sebagainya dan tempat-tempat yang menarik. Sehingga ke petang dan kami semua pulang ke homestay kerana lepas magrib nanti akan ada BBQ. Jadi kedudukan BBQ terletak dihadapan rumah lelaki memandangkan dihadapan rumah wanita terdapat 4 buah kemah. Jarak antara 2 buah rumah nie sekitar 15 atau 20 meter. Terdapat pokok bunga Bougainvillea berhampiran tapak BBQ, disitu juga terdapat tingkap yang dalamnya merupakan ruang tamu rumah tersebut. Ketika proses BBQ dijalankan, boleh dikatakan seluruh ahli keluarga berkumpul di luar mahupun didalam rumah itu, banyaklah cerita-cerita yang mereka bualkan terutamanya pada kaum Hawa. Biasalah bila dah berkumpul macam nie macam tak jumpa 10 tahun, selalunya bila ada kematian aja baru nampak muka-muka pakcik makcik aku nie, kalau musim raya bukan nak jenguk sedara sibuk melancong sana-sini, sedangkan rumah kata pergi tapi Mekah tak sampai lagi. Tak lupa juga Mak Aku yang begitu fasih bertutur dan mulutnya masyarakat, hanya Allah saja yang tahu. Ish ish ish.

So, bila malam semakin menjauh, kami semua berkemas dan menyimpan peralatan, Aku dengan doktor nie memang dah rancang nak tidur kemah, sebab cuaca memang sejuk gila malam tu, konon macam kat London, kami seramai 5 orang seperti semalam cuma kali nie hanya 2 kemah yang dihuni lagi 2 kemah kosong sebab mereka tak tahan dengan kesejukkan. Sebelah kemah Aku adalah pakcik Aku, dia tidur sorang memang kulit macam kerbau ke apa Aku tak tahu, tak reti sejuk agaknya. Kami seramai 5 orang dalam tu berborak, ketawa mengekek-ngekek tak ingat yang kami nie ada di tempat orang sehinggakan seorang dari makcik Aku menegur dari dalam rumah katanya jangan bising dan suruh tidur. Jarak kemah ke rumah lebih kurang 3 meter, Sudah Aku duga teguran makcik Aku tadi hanya bertahan sekitar 2 hingga 3 minit saja, lepas tu kami bising kembali dan aku tak rasa yang dia akan tegur lagi kerana mungkin dia kekenyangan makan Daging & Ayam BBQ.

Tanpaku duga, 2 orang adik doktor nie dah tidur termasuk adik Aku juga, maka tinggallah kami berdua, kami berborak lagi selama 15 minit dan doktor mengambil keputusan untuk tidur, Aku memang manusia yang susah tidur sekurang-kurangnya Aku perlukan 1 jam atau lebih baru Aku dapat tidur. Aku mengelamun dalam kesejukkan mengingat kembali reka bentuk 2 buah homestay tu, ya di kawasan sini hanya terdapat 2 buah rumah ini saja. Dibelakangnya terdapat sebuah bukit yang semak samun, namun tidak menjejaskan pandangan disekitar kawasan hadapan homestay. Setiap kawasan dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga seperti bunga Tahi Ayam, Orkid dan sebagainya. Embun sudah menunjukkan dirinya apabila dinding kemah terasa lembab sebab Aku di tepi sekali. Keadaan memang sangat-sangat sunyi, sekor katak pun aku tak dengar suaranya lagikan cengkerik, yang aku dengar hanyalah bunyi salakan anjing. “AAAuuuuuuu, AAuuuuuuuu…. AAAAuuuuuuuu….” Aku teringat dulu doktor pernah cakap, kalau anjing bunnyi “Gong.. gong.. gong..” tu biasa, tapi kalau die bunyi “AAAuuuuuuu…” nie luar biasa. Bunyi yang sangat-sangat sayup tapi masih jelas kedengaran.

Aku jadi ketakutan sehingga aku mengejutkan si doktor untuk bangun dan temani Aku, mana dia sanggup sebab dah lalok pekena daging BBQ agaknya. Dia suruh Aku berzikir serta membaca ayat kursi. Aku memang baca, namun salakan anjing tetap tak hilang. Aku kejutkan lagi si doktor nie aku suruh dia dengar bunyi salakan anjing, tapi dia langsung tak dengar apa-apa, Aku cakap Aku tak boleh tidur, dia bagi aku radio suruh aku dengar. Okay aku ambik dan on radio yang dia bagi, tapi takde siaran. Bunyi mendesah aje, aku pusing tuning, pun tak dapat siaran mungkin sebab kawasan berbukit atau DJ dah membuta. Itu jam memang cari Sinar F.M sebab lagu jiwang karat dengan dengan panggilan pelanggan “Abang sayang Ayang 100 kali BBBAAAMMM…!!!!” bunyi petir.

Dan jalan terakhir adalah Aku cuba memaksa diri Aku tidur kerana tak dapat siaran. Salakan anjing masih sayup-sayup kedengaran seperti tadi, Aku semakin ketakutan dan untuk kali terakhir Aku kejutkan lagi si doktor, dia bangun dan Aku ajak dia tidur dirumah Wanita, doktor cakap takkan nak tinggal adik-adik dia kat sini, Aku kata takpa sebab kemah sebelah ada pakcik aku. So dia pon setuju, kami angkut bantal, sweater dan gebor keluar kemah dan menuju ke rumah wanita, tapi pintu pulak berkunci. Memang malang, yang peliknya bila kami keluar kemah bunyi anjing langsung tak kedengaran. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 lebih pagi, Aku ambil keputusan untuk berjalan ke rumah lelaki, tapi si doktor nie pulak cakap jauh, padahal jarak taklah jauh mana. Kami berdua menuju ke rumah lelaki, Aku tolak daun pintu selamat tak kunci, keadaan gelap harapkan lampu dari beranda masuk ikut tingkap, kami masuk dan melihat sepupu-sepapat yang lain dah melingkar depan ruang tamu dah macam udang galah kerana masing-masing kesejukkan. Aku dan doktor cari port nak landing, Aku baring disofa pendek, doktor baring di sofa panjang terus membuta.

Pada ketika itulah Aku dengar suara seperti “HHHHMMMDDD.. HHHHMMMDDDD… HHHMMMDDDD… meleret-leret bunyinya kali ini Aku terus ketakutan, buat julung kali keberapa Aku kejutkan lagi doktor, Aku cakap kau dengar tak bunyi tu, doktor pon dengar dia kata tu bunyi orang bedengkur. Aku kata tak, orang bedengkur bunyi tak macam tu. Aku dengan yakin bangun terus check sekor-sekor udang galah yang melingkar nie, Aku dekatkan telinga pada setiap sorang, tekaanku tepat. Bunyi tu bukan datang dari mereka, Aku baring semula disofa pendek, doktor dah masuk alam mimpi agaknya sebab asyik kene kejut dengan Aku. “HHHHMMMDDD….” “HHHHMMMDDD..”

Setiap 2 atau 3 saat bunyi “HHHHMMMDDD…” terus mengganggu Aku yang tak boleh nak lelap, sekali lagi Aku bangun dan Aku pandang ke tingkap yang diluarnya terdapat pokok bunga Bougenville. Disitulah tempat BBQ yang tadinya menjadi tumpuan sedara-mara Aku untuk menunggu ayam atau daging masak. Mungkin bunyi itu dari arah luar berhampiran pokok bougenville detik hatiku, ya, bunyi itu datangnya dari arah sana, dengan pantas Aku bangkit terus cari salah 1 bilik yang masih ada ruang untuk Aku tidur, didalam kegelapan malam dan kedinginan embun, Aku melangkah didalam rumah berlantaikan kayu yang sangat sejuk dan berlalu dihadapan tingkap yang ditutupi jaring hijau. Aku terhenti sejenak, itukan tempat SEMBAHYANG CINA…! Semakin meremang bulu roma Aku. Bunyi “HHHHMMMDDDD…” semakin menghantui Aku. Aku dengan segera menolak daun pintu salah 1 bilik yang ada disitu dan melompat naik keatas katil sambil merebahkan diri disebelah pakcik Aku. Mujur orangnya kuat beribadah, dengan ketayap tak pernah lekang dikepala. Fuhhh.. lega, namun bunyi tersebut masih kedengaran samar-samar, Aku tertidur sehingga ke pagi.

Selesai bersarapan, doktor tanya Aku bunyi semalam tu dari orang berdengkur, Aku katakan tidak, kemudian Aku mengajak doktor untuk kearah luar belakang rumah, sampainya disana si doktor terkejut kerana dia tidak tahu ada tempat sembahyang Cina. Korang nak tahu, tempat sembahyang cina tu seperti dah lama ditinggalkan. Tiada limau, tiada kuih apam pink. Tak sampai 10 saat Aku terus meninggalkan kawasan itu. Aku memberitahu doktor yang bunyi “HHHHMMMDDD…” tu datangnya dari pokok bougenville bersebelahan tempat BBQ semalam.

Seterusnya seperti biasa, Aku bukan seorang penulis yang bekerjaya, bukan juga seorang ahli sasterawan, ahli tatabahasa dan apa saja. Aku merupakan ahli panjat pagar sekolah, SPM dulu pun dapat 3B aje untuk subjek Bahasa Melayu. Aku memang fanatik gila dengan cerita seram, hari-hari Aku akan dengar Misteri Jam 12 dekat you tube namun Aku juga seorang yang penakut.

Sekian, Terima Kasih. By Muhammad

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Muhammad

41 thoughts on “Homestay Tanah Rata”

  1. Penat jugak leeer imiginasi liar aku membawa aku bersiar-siar ke Cameron Highland bersama family Guru Besar beranak 5; Tuan Doctor; Makcik yang jarang2 jumpa, sekali berjumpa dia mcm 10 tahun; Pakcik tido berkopiah dan ‘aku’ si Muhammad.. puter- puter puter-puter kaki mengayuh. Kirim salam semua Dik.

    Reply
  2. 1. Writer poyo nk mampos. Kau igt family kau sorg je ke ada keje doctor and ada jd guru besar.. Pffff description x dak kena mengena dengan cerita puihhhh

    2. Penulisan syok sendiri.menyampah aku baca. Terus aku scroll ke bahagiab komen untuk menzahirkan ketidakpuasan hati.

    3. Kau ni mesti such an annoying person in real life. Nk membongak gebang hebat2 ja. Family kau la itu family kau la ini. Duh.

    Sekian.
    Ps. Stop writing. Just. Stop.

    Reply
  3. Mmm… Tukar stail penulisan la dik. Kurangkan merapu supaya org xmenyampah. Btw, bnyk part yg Aku skip last2 Aku pun xtau mana yg seramnye. Sbb ape Aku skip? Sbb bnyak merapu. Macam baca karangan,: Pengalaman Di Cameron Highlands…

    Reply
  4. Agak melencong sikit cerita kau ni.. tp aku cuba explore dengan baik dan aku rasa aku agak berjaya juga la.. storyline ada.. tp ada beberapa situasi yg d matikan secara terus.. aku tak nak ulas panjang sangat sbb kau sendiri da mention yg kau bukan penulis, so kredit aku bagi d situ untuk usaha yang kau bagi dalam cerita ni.. aku tunggu next story dari kau dengan hasil yang mungkin lebih baik dari ini Muhammad..

    Reply
  5. cerita itu ada cuma penceritaan tu yang kurang. Tahniah kerana cerita diterbitkan. Cuba lagi untuk memperkemas penulisan dan penceritaan anda.

    Reply
  6. Boring..mcm nk bermegah je family dia hebat2..Lps nie klau ada lg cerita tlg lah low profile skit..sini pun bnyk org yg kje bagus2, tp x bermegah pun..

    Reply
    • tak eloklah mcm tu…mungkin tu betul..tkkn nk menipu plak..kang kalau family members dya ada baca x ke terasa hati..jgnlah bg komen negatif keyh guys

      Reply
      • mmg la betul family members die berjawatan hebat..tp mention di awal cerita je pun da ok..lg bagus bagi nama je..contoh nye -> pakcik aku berjawatan guru besar yg bernama pakcik leman, cousin aku yg berkerja sebagai doktor yg ku panggil fahmi.. then lepas tu blh la cerita mggunakan nama je..x perlu la mention jawatan smpai ke penghujung cerita..

        aku bukan menghentam, sekadar bg pendapat je..terpulang la nk terima ke x..acik kesah plk..huhuhu

        Reply
        • ya btul tu cik bambam.. ni cite dia masa umur dia 13 tahun kut. state je lah nama kan ke senang. ni si guru besar lah si doktor lah. ingt family dia je ke yg jadi guru besar dgn doktor..

          tu writer, be mature okay..cite mano yg penting je lah..jln2 kat sana beli walkman takpayah lah cite hahahahaah

          Reply
    • hahahha baru nk ckp jgk, kan, mcm bangga . bkn apa, org lain pun ade uncle aunty parent datuk datin tp xde la nak sebut semua tu. yg manager, yang engineer xkan semua n sebut. perasan dari awal ayat lagi sbnrnye

      Reply
  7. cter bosan , ok takpe boleh baiki.

    yg lbh bosan sibuk nk bgtau org tu kije Guru Besar lah, org tu doktor la.

    ko nk bcerita seram ke ko nk bermegah2? iols x paham.

    Reply
    • kan. mcm perlu ke mention doktor, guru besar bagai? takde apa2 significance pun dkt cerita tu. mention pakcik, cousin je pun dh cukup.

      Reply
  8. sewa sampai dua homestay, satu homestay ada 5,6 bilik, yg pegi dlm 30 org (ntah berapa lelaki berapa perempuan sampai nak asing homestay ikut jantina walaupun bnyk bilik). last2 tidur khemah. apa benda laa. 5-6 bilik tu dah boleh sgt tidur satu family satu bilik. yg isteri2 dan anak2 tido la dlm bilik, yg lelaki2 dewasa tidur ruang tamu. dah tu je aku nak komen. pasal cerita aku taknak cakap apa2.

    Reply
  9. Maaf dik, tak berapa nak sampai. Bunyi tu pun entah binatang apa punya bunyi. Kot2 tengah beromen.
    Tapi yang paling membuatkan akak tak puas hati, dah kenapa ko tido dalam khemah? Homestay tu besar mana? Family akak 30 orang muat satu rumah dik. Pengurusan keluarga ko kurang sikit kat sini. Lagi satu, akak ingatkan ada bunyi petir, rupanya segmen abam JJ Sinar FM yang 23 kali ganda tu. Adoyai. Ko punya intro pun panjang sangat. Teruskan berlatih menulis ye.

    Reply
  10. hahaha ingat aku je yg rasa penulis ni a bit poyo. like, kalau kau tak sebut title doktor or guru besar tu pun rasanya still jadi cerita. tapi tak heran pun. memang ada je manusia bermegah dengan pangkat camtu. even family members aku pun. heww

    #TakDengkiLangung
    #CumaAnnoyedSikitJeww

    Reply
  11. Jaajajaja..apada….ak bca 1st perenggan ja ak dh stat meluat..sori tukar cari cita lain..poyo dee..baca komen je la.. nasihat ya..next time kalu nk cerita jgn smpai pjg sgt melalut…bab pangkat darjat tu tinggalkan je..xde sapa interested nk tau..cuma nk baca pglaman je…

    Reply
  12. Berjela2 tak sampai point dan x de ape yg seram langsung. Tak patut dipublish. Tak perlu pun sebut jawatan..x de sape kisah ke jawatan tu dik. Belambak lagi orang hebat yg mengalami kisha seram. Tolong jangan menulis lagi ok. Tq.

    Reply
  13. Baru aku nak cakap benda yang sama syok sendiri . Doctor ke guru besar ke ada kami kesah . Kami nak kan cite seram bukan cite syok sendiri camni . Banyak2 cerita kat fs Cite ko ni paling bosan ! Menyesal baca sampai habis 👎

    Reply
  14. Perhh myesal ak bca ak tk thu tang mana yg npk seram nya min kalau bole bia lah crita tu mnjuk kn jln yg seram min tjuk dh ok tp hempehhh dri 10 bintang ak bg 2 bintang ja aduhhh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.