Honeymoon Tak Jadi

Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku kenalkan nama aku Mas. Aku ni boleh dikatakan peminat tegar juga lah FS ni. Hari – hari ada cerita baru mesti aku baca. Dulu aku dah pernah kongsi cerita aku kat FS ni. Seingat aku tahun pada 2016 kot. Tapi kali ni aku rasa macam nak kongsi lagi cerita aku. Ada banyak cerita sebenarnya tapi aku kongsikan yang ini terlebih dahulu.

Cerita ni jadi masa majlis perkahwinan sebelah suami aku. Untuk pengetahuan semua, dulu aku tak percaya sangat dengan “benda alah” ni sampailah pernah terjadi kerasukan pertama kepada diri aku sendiri. Bagi yang nak tahu cerita sebelum ni bolehlah search and baca cerita “Sleep Paralysis” dekat FS ni juga. So, lepas ja dari kejadian pertama tu, memang badan aku ni dikatakan agak lemah jugalah. Walhal hakikatnya aku rasa aku macam kuat. Tapi aku pernah juga dengar orang cakap kalau badan kita ni dah pernah dimasuki “benda alah” tu dia akan tingalkan lubang dan senang nanti yang lain pulak nak menumpang. Wallahualam.

Al-kisahnya kejadian jadi masa majlis perkahwinan sebelah suami aku. Kebetulan pada minggu tu, aku memang didatangi “bendera merah” mungkin ini menyebabkan lagi senang benda alah tu nak masuk ke dalam badan. Hari majlis tu aku memang dah mula rasa badan lain macam, berat dan letih. Sepatutnya petang majlis tu kami kena ambil wedding photoshoot. Namun, aku meminta izin suami aku untuk membatalkankan saja wedding photoshoot tersebut disebabkan badan aku memang dah rasa berat semacam. Jadi, selepas berkemas-kemas kami terus pulang kerumah mertua, waktu tu aku mula rasa badan macam nak demam.

Malamnya aku tak dapat tidur. Aku rasa keadaan sangat panas sehinggakan seluruh badan aku berpeluh-peluh. Tapi tepat jam 3 pagi aku terjaga dan merasakan suasana sangat sejuk sehinggakan aku mengigil-gigil kesejukan pula. Keesokan paginya, kami pulang ke rumah ibu bapa aku untuk mengemas dan mengambil beberapa pakaian sebelum kami bertolak ke Langkawi keesokan harinya.

Cadangnya untuk berhoneymoon di sana untuk beberapa hari. Malangnya pada hari itu aku mula berkelakuan pelik. Selepas berkemas aku tiba- tiba menyelubung diri aku dengan selimut yang tebal pada tengahari buta sambil meracau. Ibu aku mula pelik dan nasihatkan suami aku untuk bawa aku ke rumah ustaz untuk dibuatkan air tawar. Aku memang mencegah hal itu. Aku rasa diri aku ni baik-baik saja. Mungkin kerana aku terlalu letih.

Kemuncak ceritanya bila malam tersebut. Aku rasa panas dalam badan aku mula bergerak. Mulanya rasa panas dibahagian kaki, selepas bergerak kebahagian tengah badan dan seterusnya ke kepala dan berulang-ulang. Hal ini diakui juga oleh kakak ipar aku kerana dia memengang tubuh aku ketika benda itu bergerak. Suami aku mula bimbang. Di berinya aku air tawar yang diambil dirumah ustaz petang tadi tanpa pengetahuan aku. Malamnya aku tertidur seperti biasa. Namun tepat jam 3 pagi aku terjaga untuk membuang air kecil. Setelah selesai membuang air kecil aku kembali ke katil untuk tidur, malangnya setelah aku toleh sebelah suami, aku terus menjerit sekuat hati dan tidak menyedarkan diri. Aku memang dah tak ingat apa yang berlaku selepas itu.

Tapi ini suami aku ceritakan semula apa yang terjadi.

Selepas aku menjerit kuat, satu rumah dah kecoh terkejut. Aku mula meracau-racau. Sekejap ketawa, sekejap memangis. Suami aku panik dan meminta ibu ayah mertuaku memangil ustaz. Dengar ja perihal itu, “aku” mula jadi tidak tentu arah seakan mengetahui ustaz akan datang. “aku” cuba untuk melarikan diri ikut pintu belakang. Nasib suami dapat menahan. Setibanya ustaz, dia cuba untuk berkomunikasi dengan “aku”.

Ayat yang asyik keluar dari mulut aku ketika itu adalah, “saya nak kahwin dengan abang” dan “saya nak abang,” sambil melihat suami aku dan menangis. Dan masa itu aku belum bahasakan diri suami aku dengan panggilan abang.

Belum sempat ustaz itu berbuat apa “aku” berkata, “tak apa aku keluar dari badan dia… tapi tunggu esok jam tiga pagi aku datang lagi.” Sambil ketawa menghilai.

Kemudianya aku tersedar dan rasa seluruh badan aku sengal – sengal kesakitan.

Keesokan paginya kakak aku menelefon dan memberitahu bahawa dia bermimpi aku kerasukan dan aku mengatakan memang benar aku kerasukan. Siangnya ustaz datang semula dan membuat rawatan takut benda itu berulang lagi. Kali ini dihadiri oleh semua ahli keluargaku di rumah mentua aku. Semasa ustaz tengah meruqyahkan aku. Aku menangis teresak-esak seolah sedih yang teramat sangat. Kakak aku juga turut menangis. Tak tahu kenapa tapi dia memang lemah dari kecil. Mungkin dia boleh rasa. Kata ustaz tu “dia” dah pergi. Ustaz cerita benda ini di hantar oleh bekas kekasih suami aku. Namun tidak la sekuat mana. Cuma unuk membuat kacau sahaja.

Disebabkan kejadian ini, kami punya rancangan untuk menghabiskan cuti honeymoon memang tak jadi sampai la sekarang. Alhamdulillah dah 4 tahun kahwin. Kejadian itu memang aku tak akan lupa lagi- lagi bila aku terjaga tepat pukul 3 pagi. Selepas kejadian itu, Suami aku pernah berjumpa dengan bekas kekasihnya untuk slow talk. Aku tak tahu apa yang dibincangkan kerana tidak turut seta. Dengar cerita bekas kekasihnya itu pun dah move on dan berkahwin lain.

Aku akhiri cerita kali ini dengan harapan semuanya akan baik- baik sahaja.

Terima Kasih admin sekiaranya cerita ini disiarkan.

-MASZ-

MASZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

16 thoughts on “Honeymoon Tak Jadi”

  1. hmmmm.. Aku.juga yg 1st buat druang komen neh.. itulh tandanya aku ni sorang yg active.. memang sesuai jadi admin..

    Reply
    • dah dah la tu terasa diri tu bagus. sebab kau takde keje, boleh la nak mengomen orang je, cari kesalahan orang je. astagafar skit. muhasabah diri. tengok tahap diri kau sebelum cakap orang. ye adik manis?

      Reply
  2. Andai lah aku ditempat si suami semasa si isteri berteriak tu, aku amat yakin 99% isteri tu bakal menerima satu obat secara mngejut (berupa penumbuk padu) tepat pada mulutt..

    Reply
  3. *BosaN* mnunggu ceta selanjutnya……………. mungkin mnunggu esok malam baru admin publish next story.. …………….. sungguh mengembirakan!!!!!!!

    Reply
  4. Mmg mcm ni ke prangai ex sumai kita kalau xleh nk move on..xleh tgk org lain bahagia ade je dia nk buat bg kita sakit hati..kdng2 prasan gak prangai hbby ni mcm dh xsuka kita..pelik jgk dulu ken main lg kau crita kau punya suweet tu ms dgn dia,,bg teddy bear la,,bwk kuo jln la,,tp bila kau dh kawen dgn aku np smua tu xde,,dh ada ank sorg ni pn jgn kata kau nk tgk ank..klu blh ank pn kau suruh aku je tgkkn 24jam..xkena skit je anak pn kau tengking..adakah itu petanda jgk dia dh terkena..aku pn xtau..korg doakan la moga laki aku tu elok mcm dulu,,rindu plak ms sblm kawen kan,,sawit mawit la,,manis mcm gula la,,masam mcm asam ko la..rinduu gilerr 😢😢😢😢

    Reply
    • risau jugak tu. cuba2 la try selidik2 tanya org2 alim. kot2 lah betul makhluk halus. tp yg lagi takut tu kalau bkn sbb makhluk halus tp spesis b**i yg suka sondol laki org. hurm. semoga korang kembali bersuwit muwit yer.

      Reply
    • Biasa la..laki..belom kawen sweet kalah gula..janji manis2 belaka..dah kawen da dapat, xde makna da sweet2..semua ikut kepala dorg..janji ke laut mcm kerajaan..

      Reply
  5. itulah kerja iblis setan, ntahkan mmg ia dah aim kwn tu, saja buat2 ckp dihantar bagai bagi manusia konfius. aku pun mak aku ni leh tahan caya benda camni, so sbagai ikhtiar dy y hairan napa anaknya ini masih belom jumpa jodoh lg so mak aku tanya kan kat ustaz lah kat bukan ustaz lah, kononnya jodohku ditahan oleh org y rapat dgnku, dr kriteria dy cuba katakan org2 itu adalah akak y xdak kaitann lgsg y alim belajaq tinggi kot y dok suruh aku cari jodoh la usahakan lah, sorg g penghalang ialah abg bekas tempat kerja lama y ku minat tu, what the heck dy nak bomohkan aku, aku y minat dy. so,…. kadang iblis setan ni camtu la. cuba perdayakan manusia. kadang org tu ( y dikatakan) menghantar tu xtau menahu pun. habuan dia difitnah setannn.

    Reply
  6. Ntah nape aku lg kesian dkt ‘X’ somi ko tu
    kadang depa ni bercinta bagai nk rak, sudah nya kawin dgn org lain. x ke haru mcm tu
    Ntah apa janji2 manis yg di tabur di sepanjang percintaan tu kita pn x taw
    pape pn terima la qada & qadar yg telah di tentukan #donedakwah

    Reply
  7. mungkin kalo suami dh ‘down’ dekat isteri tu ada sebab.. mungkin dia ada lubang baru ke mnalh tau isteri yg dh ada tu dh longgar dia rasa.. hmm..

    Reply
  8. ex tu pun satu xder benda lain ke nak buat…smpai buat perkara cmtu….bersekutu ngan syaitan lak tuu…hrp dia sedar dh laa skrg…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.