Hospital! Ada hantu! Vol.2

Hospital! Ada hantu! Vol.2

Kali ni aku ingin menceritakan lagi pengalaman-pengalaman yang aku, rakan jururawat, dan pesakit-pesakit sepanjang kami berada di hospital.

Tak nak panjangkan mukadimah, jom kita pergi ke pengalaman 1.

Baru saja berlaku pada malam selasa lepas. Malam itu, pesakit di wad A hanya ada tiga orang dalam setiap single room. Bilik 231, 232 dan 235. Tapi.. dalam kira-kira pukul 3 pagi, ada bilik yang menekan butang nurse call menandakan pesakit itu memerlukan bantuan kami.

Aku, Sofi, Rina dan Nini di yang sedang melakukan tugas di kaunter sudah mula tegak berdiri bulu roma.

Kenapa? Kerana pesakit yang menekan butang nurse call tadi datangnya dari bilik 238. Bilik nun hujung jauh dari sana.

Masalahnya bilik tu mana ada pesakit? Siapa yang tekan? Aku pada mulanya memang ingat bulan puasa ni tak adalah ‘dia’ ganas sangat nak mengganggu dengan menggunakan nurse call. Tapi.. malam itu, lepas aje kitorang minta tolong pak guard tolong tutupkan suis nurse call dalam bilik 238 tu, ‘dia’ tekan pula bilik 237. Dah sudah.. terpaksa lagi sekali call pak guard minta tolong. Sebab kitorang berempat semuanya penakut gila. So, terpaksalah minta bantuan orang lelaki hehehe..

Sunyi-sunyi macam tu, itu memang waktu yang tepat untuk ‘dia’ menginap. Dah tak ada pesakit, dia ajelah yang ‘admit’ kan..

Pengalaman seterusnya, aku ketika di syif malam. Masa tu aku nak ambik air panas di mesin yang menyediakan air panas. Laluan nak ke mesin tu tersangatlah sunyi dan agak samar-samar sedikit lampunya. Lengang. Sebab aku rasa aku berani malam tu, aku jalan je tanpa fikir apa-apa. Tiba-tiba..

“Hui~~ Hui~~” aku terdengar ada orang bersiul di tepi telinga aku. Terus aku toleh kanan. Tak ada orang. Badan mula terasa sejuk dan berdiri bulu roma. Aku apa lagi.. terus patah balik tak jadi nak ambik air panas. Gilalahh.. aku sorang tapi ada orang bersiul di sebelah aku. Sahlah ‘dia’ yang bersiul!

Next, kisah akak cleaner, Mak Jah (bukan nama sebenar). Petang pada pukul 6. Bilik 224 pesakit sudah discharge jadi Mak Jah ditugaskan untuk cuci dan kemas bilik tersebut.

Sedang dia mencuci katil pesakit, kain di tangannya terjatuh. Mak Jah tunduk untuk kutip semula kain tadi, tiba-tiba..

“Shuutt, shuttt..” ada suara yang seperti memanggilnya dengan nada yang sangat halus namun sangat tajam pada pendengaran Mak Jah.

Mak Jah dengar tapi dia cuba beranikan diri dan anggap itu hanyalah khayalan semata-mata. Namun, selepas aje dia tegakkan badan,

“Shutt, shutt…” ‘dia’ bunyi lagi. Dan Mak Jah pun terus pecut keluar. Nasib baik dia sudah selesai mencuci dan mengemas bilik 224 tu.

Lagi, kisah ‘dia’ menendang. Tendang apa? Waktu pagi, masa aku sedang leka memeriksa ubat di kaunter, pintu 217 di hadapan kaunter seperti ada orang yang menendang pintu. Buk! Kuat bunyinya.

Untuk pengetahuan korang, bilik 217 memang tak ada pesakit masa tu. Siapa yang tendang?

Ada juga ketika di syif malam, empat rakan jururawat aku sedang leka melakukan tugas di kaunter, tandas di bahagian belakang seperti ada orang yang masuk dan pintu dihempas kuat.

“Ada orang ke kat belakang?” Tanya Nini.

Sofia, Kina, dan Meiya masing-masing angkat bahu.

“Dah siapa pulak yang guna tandas staf tu? Siap hempas kuat lagi. Memang sengaja ke apa nak ganggu tidur pesakit.” Sofia membebel sebelum dia bangkit ke tandas belakang tadi untuk memeriksa siapa gerangan yang menggunakan tandas.

Sofia buka pintu tandas. Dan… kosong. Tapi apa yang membuatkan wajah Sofia putih ialah masa dia buka pintu tadi, bunyi flush di mangkuk tandas tu kendengaran. Siapa yang tekan kalau tandas staf tu tak ada orang?

Ini kisah keluarga pesakit yang menjaga pesakit di bilik 218. Kisah ni dah lama tapi masih segar di ingatan kami. Keluarga pesakit tu sendiri yang ceritakan pada kami.

Begini kisahnya, malam tu hanya ada Liana yang terlentang di atas katil (anak dan juga pesakit), dan Kak Shima dan Abang Mus. Semuanya bukan nama sebenar ya.

Dalam jam 1 pagi, Liana tidur. Kak Shima tidur di atas kerusi plastik manakala Abang Mus pula baring di atas lazychair. Waktu tu abang Mus tak tidur lagi. Dia masih bermain dengan handphone.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut lalu menonong masuk ke dalam tandas. Serba putih dan hanya menunduk. Wajahnya tak berapa jelas di mata Abang Mus.

Abang Mus pun terkejut. Dah kenapa nak guna tandas bilik tu pula? Abang Mus angkat sebelum dia cuba untuk bukakan pintu tandas. Malangnya pintu tu berkunci.

“Maaf ya, encik. Encik ni siapa masuk ke dalam bilik ni tanpa kebenaran? Tolong keluar dari tandas ni, encik.” Kata Abang Mus sambil pintu tandas diketuknya berkali-kali. Dalam tandas pula, sudah kedengaran air paip dan shower dibuka.

Tak sampai dua minit, keadaan di dalam tandas kembali sunyi. Abang Mus cuba buka semula pintu tandas dan klik! Berjaya! Tapi… mana perginya ‘lelaki’ di dalam tandas tu tadi?

“Sudah, ‘dia’ nak tumpang mandi ke?” Desis abang mus sendirian. Dia masa tu memang dah gigil semacam. Iyalah. ‘Dia’ betul-betul munculkan diri tadi.

Tak nak tunggu lama, abang Mus ceritakan pada jururawat-jururawat yang bertugas dan dia minta tukar bilik dan-dan tu jugak. Tak nak tunggu esok!

Kisah ni pula terjadi pada pak guard. Ketika dia buat rondaan di tempat letak keretak kat basement malam tu, ada orang tu lalu sambil menunggang motor. Ya, pemandu tu manusia. Dan…

“Astaghfirullahalazim..” serta-merta pak guard tu mengucap. Kenapa? Dia ingatkan orang tu menunggang seorang, tapi…
Ada lembaga putih yang ikut sama duduk membonceng atas motor lelaki tu.

Pak Guard pun terus masuk ke dalam hospital cuba untuk tenteramkan hati dia yang berdebar tadi.

“Haih.. pasangan yang dok dating dalam kereta tadi takdak pulak ‘dia’ kacau. Ini orang yang tak bersalah pula ‘dia’ sibuk nak kacau. ” Ini komen yang dilontarkan oleh pak guard tadi ketika dia menceritakan kisah tu.

Next, ‘dia’ meraung. Masa kami leka melakukan tugas di kaunter pada syif malam, bilik yang menempatkan tiga orang pesakit di sebelah kaunter…

“Arghhh…” ada kedengaran suara yang meraung. Bilik tu cuma ada seorang saja yang admit, dan pesakit tu seorang lelaki. Masalahnya yang meraung tadi suaranya kedengaran seperti seorang perempuan.

Aku cuba periksa keadaan pesakit di dalam bilik tersebut. Dan fuh, dia tidur. Kalaulah dia dengar sekali bunyi tadi, mungkin malam itu jugak pesakit itu mintak tukarkan bilik.

Tapi, lepas aje pesakit tu discharge…

“Nurse, malam tadi saya ada dengar orang meraung dekat sebelah katil kiri saya.” Ceritanya dalam keadaan berbisik. Mungkin tak nak didengari orang lain. Pagi tu dia ceritakan pada Zaza yang bertugas pada waktu pagi.

“Ingatkan pak cik tak dengar, sebab malam tadi nurse ada ceritakan pasal bunyi tu jugak.”

“Ya, nurse. Saya dengar. Rasanya nurse dengar bunyi ‘dia’ meraung je. Tapi saya tak, nurse. Saya dengar ‘dia’ meraung dan bunyi ‘dia’ menangis tersedu-sedan. Halus aje bunyinya tapi sudah cukup untuk buat tidur saya tak lena. Lepas aje bunyi tu senyap, ‘dia’ main ketuk tingkap. Alhamdulillah, lepas aje setengah jam bunyi tu hilang dan saya mampu tidur lena. ”

“Kenapa pak cik tak bagitahu pada nurse malam tadi untuk tukarkan bilik.”

“Tak apa, nurse. Saya tak nak susahkan nurse. Kalau saya minta tukar bilik, belum tentu bilik lain tak ada ‘dia’. Kat hospital ni saya tahu, dimana-mana tempat pun dia ada.”

Ya! Hospital… di mana-mana tempat pun ‘dia’ ada. Lagi-lagi kalau kisah di bilik mayat. Tapi pada aku, ‘dia’ menganggu dengan cara halu di wad lagi seram dari bilik mayat kut. Bilik mayat memang kasar ‘dia’ menganggu.

Okay! Last untuk vol 2, kisah rakan nurse yang bernama Ika dan Meiya. Jam 10 malam.
Ketika itu, oleh kerana mereka free. Mereka berdua pun merajinkan diri untuk menyusun linen di atas almari.

“Beb, kau tolong bagi selimut ni untuk patient 231 jap.” Kata Meiya.

“Takpe ke kau sorang je kat sini, Ika?” Ika kelihatan serba-salah untuk tinggalkam Meiya menyusun linen tu seorang diri. Bilik linen tu sudahlah jauh dari hujung kaunter, nak tinggalkan Meiya memang Ika tak sanggup.

“Alaa.. kau hantar sekejap aje. Takde hal la. Hantar je dulu selimut tu sebab pesakit nak guna. Selimut pesakit tu tadi kotor sebab tertumpah makanan.” Kata Meiya tanpa memandang Ika di belakang. Meiya masih ralit menyusun linen di atas almari.

“Haa yelah. Kau hati-hati, beb.” Pesan Ika.

“Ya, ya. Lepas ni kau datang balik tolong aku kat sini.” Masih, Meiya bercakap tanpa memandang Ika di belakang.

“Ok.” Balas Ika ringkas sebelum berlalu pergi.

Seminit kemudian, Meiya yang masih meletakkan linen merasakan Ika belum lagi berlalu pergi. Melalui ekor matanya, Meiya rasa Ika sedang berdiri di luar bilik dalam keadaan kepala saja yang menonjol. Macam budak-budak main aucak.

Kesilapan Meiya ketika itu ialah dia malas nak berpaling ke belakang. Sibuk dengan linen dia tu.

Kenapa? Sebab…

“Weh, beb. Kau tak hantar lagi ke selimut tu. Aku ingatkan kau dah pergi tadi. Baik kau hantar cepat sebelum patient tu komplen.” Kata Meiya. Meiya memang rasa seperti Ika ada di belakang sambil merenungnya.

Diam. Tiada balasan dari Ika. Bulu tengkuk Mieya sudah berdiri. Dia baru sedar cara Ika di belakang tu sangat menyeramkan. Dah kenapa dan tonjolkan kepala aje macam main aucak tu?

Mieya telan liur sebelum dia berpaling ke belakang.

Tiada orang. Sah! Itu bukan Ika! Mieya apa lagi, pecut lari ke kaunter dan dia sedar Ika juga berada di kaunter masa tu.

“Kau memang dah kat sini eh?” Tanya Mieya pada Ika.

“Haah, lepas je aku hantar selimut kat patient aku kat sini kejap. Ingat nak datang kat kau semula tadi.”

“Serius, lepas kau hantar selimut, kau belum datang kat aku lagi?”

“Serius, beb. Kenapa?”

Gulp! Siapalah yang main aucak dengan Meiya tadi?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. Sebab tu aku tak suka dok spital..seram dan takut x dak org teman..ya Allah berikanlah aku kesihatan yang baik dan jauhilah malapetaka ke atasku…

  2. Sebab tu aku kalau nak menziarah orang sakit. Xberapa suka nak bawa budak kecik p hospital. Sebab benda ni suka pada budak. Aku lebih suka lepak di luar hospital. Kemurungan aku bila nampak mahluk ni muka scary dok terpacak tepi dinding.. nak cerita pada orang, orang tak percaya. Kecik besar,kecik besar aku tengok. Last aku buat2 tido..

  3. Ya hospital mmg menyeramkan. Penah tido hospital jaga tunang..bnyk kali kene kacau..lagi2 bila nak tido. Time tu lah ‘dia’ nk kacau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.