hospital ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat fiksyen shasha,nama aku Mohd Adham boleh panggil Am. aku juga pengemar kisah seram. Baik kali ni aku nak kongsi pengalaman aku diganggu ketika aku menjaga arwah ayah aku di hospital Ipoh.

Sebenarnya sepanjang hidup aku  belom pernah lagi kena kacau tapi ni kira kali pertama la kena kacau. Untuk pengetahuan korang semua ayah aku jatuh sakit diserang angin ahmar atau lumpuh separuh badan. Mula-mula ayah aku dimasukan ke hospital Gerik tapi disebabkan hospital Gerik ni kekurangan doktor pakar jadi ayah aku dihantar ke hospital besar Ipoh iaitu hospital Raja Permaisuri Bainun. Hari pertama ok lagi sebab adik aku yang jaga.

Kisah bermula pada hari ke 3 sepatutnya aku kena jaga ayah aku dengan mak long aku tapi mak long aku ada hal jadi dia tak dapat nak temankan aku smpai pagi esok, aku mula jaga arwah ayah aku petang selepas waktu melawat lepas melawat mak aku dan sedara mara aku yang lain kena pulang sebab dah tamat waktu melawat yang tinggal aku je sebab aku yang akan berjaga malam.

Apabila malam menjelma mula-mula memang tidak rasa seram lagi sebab baru lepas maghrib dan isyak jadi orang masih riuh dan berpusu pusu di wad kecemasan. Apabila jam menunjukan jam 12.30 malam baru muncul rasa seram tapi masih ok lagi belom kena ganggu lagi. Aku tertido disisi ayahku yang terlantar, ayah aku kena angin Ahmar tahap 4 jadi ayah aku bergantung pada mesin sokongan hayat.

Tengah aku syok tido tu aku terkejut nurse datang nak tukar lampin ayah aku jadi nurse suruh aku keluar sebentar sementara nurse membersihkan ayah aku. Jadi aku rasa kebosanan tidak tahu nak lepak mana jadi aku pun pergi la lepak dekat tepi lif sebab ada kerusi panjang kat situ lagi pun ada pak guard yang berjaga sama dengan aku.

Ketika aku sedang rilek santai di kerusi tuh tiba-tiba telinga aku disapa bunyi orang mengilai lalu aku pun positifkan minda aku mungkin ada orang tengok cerita seram kot Tapi bila difikirkan balik mana ada televsiyen sapa yang nak tengok tv pagi-pagi buta ni lagipun dalam wad mana ada tv. Bunyi mengilai tuh makin sayup makin sayup aku dah mula cuak. Yang pelik pak guard boleh tido lena hahahahahaha. mungkin dia dah biasa kot dengan gangguan tersebut. 5 minit selepas tuh bunyi mengilai pun hilang. Tidak lama lepas tuh datang pulak bunyi tapak kaki naik tangga, aku ingatkan doktor atau nurse yang naik tangga, jadi aku beranikan diri untuk intai dekat tangga, tapi sayang tiada sesiapa pun yang naik tangga masa tu.

Aku kehairanan lalu aku membuat keputusan untuk turun bawah rasa selamat sikit sebab wad kecemasan ramai orang. Aku pun tekan butang lif sementara tunggu lif tuh sampai aku dengar bunyi dari wad yang tertutup rapi siap dengan rantai besi lagi mungkin dah tak guna kot wad tuh. Sementara tunggu lif aku nampk kelibat nurse sedang jaga pesakit aku yakin petang tadi wad tuh gelap tiada orang pun dalam tu tak mungkin ada orang dalam wad usang tu.

Tidak lama lepastu lif pun sampai lega rasanya ketika aku turun dengan lif, tapi tiba-tiba lif tuh berhenti disetiap tingkat dihospital pelik sepatutnya kalau tiada orang nak naik lif dia akan terus ke ground floor. Setiap kali lif berhenti aku intai dari pintu lif tiada siapa pun diluar lif makin seram pulak rasanya dalam hati aku berkata cepat la sampai dah la tengah berderau d***h boleh pulak lif tuh berhenti di setiap floor.

Tidak lama lepastu lif pun sampai ke ground floor fuhhh lega rasanya dapat dengar suara riuh dekat ground floor ni bunyi ambulan membawa pesakit memecah kesunyian. Lalu aku pun buat keputusan nak tido dekat bawah ni je rasa serik dah nak naik atas balik. Jam menunjukan pukul 4.30 pagi aku ke kedai 24 jam berhampiran hospital untuk membeli makanan ringan. Selepas itu aku pun rasa mengantuk sangat lalu aku baring dekat kerusi panjang dilorong menghala ke rumah mayat.

Mata makin berat rasa betol ngantuk. Ketika aku nak lelapkan mata tiba-tiba dalam keadaan separa sedar aku ternampak macam kelibat pesakit sebab nampak baju hospital berwarna hijau tapi aku tidak pasti apa yang aku nampak sebab tengah ngantuk.

Lalu aku amati kelibat tadi dan alangkah terkejutnya aku bila kelibat yang aku lihat itu seiras dengan wajah ayah aku. Kelibat tu memandang aku serta melambai-lambai kepada aku. Ketika aku baring di kerusi tu 1001 persoalan menerjah mindaku. Bukan ke ayah aku koma dan  macam mana boleh merayau pulak, lagipun dah lewat malam tak kan la masih ada pesakit yang merayau lewat malam ni.

Lalu aku tido tanpa banyak soal, ketika aku sedang tido dengar bunyi tangisan datang dari lorong ke rumah mayat tu. Aku kembali terpacak bangun terkejut terdengar tangisan tadi. Aku rasa bersyukur sebab ia tak tunjuk rupa sebenar. Memang dihujung lorong yang aku baring tuh memang ada rumah mayat jadi tidak hairan la kan kalau ada bunyi macmtu. Aku pun lelapkan mata sampai cerah, aku tidak hiraukan lagi bunyi tersebut.
Jadi aku harap cerita ni sedikit sebanyak dapat menarik minat pembaca. Minta maaf tau kalau tak berapa seram ke apa, dan minta maaf jika ada penulisan yang kurang dipahami…. Rasanya sampai disini saja.. Sekoan terim,a kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]
MOHD ADHAM BIN OTHMAN

4 thoughts on “hospital ipoh”

  1. Lek2 aku pun ada je kena ganggu time kena warded dulu, kul 3 pagi dngr nangis dalam bilik air. Mendayu2 je. Dah lah time tu semua nurse ngn doktor takde, aku sorng2 je pergi tandas.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.