Assalamualaikum pembaca FS semua.
Nama aku W. Pelbagai pengalaman menakutkan yang aku alami sepanjang aku bertugas sebagai seorang doktor di Hospital Umum Sarawak (HUS) selama hampir 2 tahun.
Namun ini bukan kali pertama aku mengalami kejadian mistik. Kejadian mistik pertama yang aku alami adalah seawal berumur 12 tahun semasa mengikuti program Klinik UPSR yang diadakan di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air dan beberapa kejadian sewaktu di sekolah menengah dan Kolej Matrikulasi Labuan. Insha Allah aku akan ceritakan di lain entri.
Aku bukan seorang yang lemah semangat seperti adik perempuanku yang pernah terkena histeria di sekolah namun aku seorang yang mudah merasai kehadiran dan melihat makhluk ghaib. Alhamdulillah aku tidak pernah diganggu sehingga terkena histeria.
Baiklah, maaf intro agak panjang. Di sini aku ingin ceritakan beberapa pengalaman bertemu makhluk ghaib di HUS terutamanya pada waktu oncall. Salah satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah ketika oncall di wad onkologi kanak-kanak. Sebelum ini aku berdepan dengan beberapa pesakit yang nazak dan akhirnya meninggal dunia ketika aku oncall namun tidak pernah aku melalui kejadian mistik, mungkin kerana keadaan wad yang selalu penuh terutamanya wad perubatan.
Sebelum cerita dengan lebih lanjut, aku ingin terangkan keadaan wad onkologi kanak-kanak supaya senang para pembaca menghayati kisah aku ini. Dari pintu masuk wad, ada satu lorong sebelum sampai ke kaunter jururawat dan acute bed. Di sebelah kiri lorong tersebut, terletaknya bilik daycare disusuli bilik prosedur.
Di sebelah kanan pula terletaknya pantry disusuli bilik doktor pakar dan bilik sister. Setelah melalui lorong tersebut, terletaknya kaunter jururawat dan acute bed. Di sebelah kiri menempatkan bilik pesakit yang memerlukan pengasingan dan juga bilik rehat doktor. Di sebelah kanan terdapat dua ruang menempatkan katil-katil pesakit dan di belakang sekali terdapat sebuah ruang yang kosong (hanya terdapat sofa dan petisejuk) dan pintu keluar yang tidak digunakan. Boleh rujuk gambar (gambar daycare je takde)
Ini wad 2B, lebih kurang macam ni wad onkologi 2A dari pintu masuk
Kaunter jururawat dan acute bed wad 2A
Pintu keluar yang tidak digunakan berhampiran ruangan belakang
Ruangan belakang tempat aku diganggu
Berbalik kepada cerita di wad onkologi kanak-kanak, pada malam tersebut yang merupakan malam kedua aku oncall di situ, wad agak sunyi kerana bilangan pesakit yang sedikit (dalam hati gembira kerana tidak banyak pesakit yang perlu dipantau) Seingat aku hanya ada 9 pesakit pada malam itu. Acute bed (yang memerlukan rawatan rapi) pula kosong.
Malam itu, medical officer (MO) tidak datang ke wad. Selalunya MO hanya akan datang untuk memantau pesakit di acute bed dan selepas itu kembali semula ke wad ICU kanak-kanak yang lebih memerlukan pantauan. Setelah membuat oncall review ke atas semua pesakit, jam ketika itu menunjukkan pukul 10 malam, aku berehat di pantry dan memakan waffle yang aku sempat beli tadi.
Bilik pantry tersebut berhadapan dengan bilik day care. Day care hanya dibuka pada waktu office hour seperti klinik untuk follow up pesakit-pesakit yang tidak memerlukan admission. Bilik tersebut tidak berpintu. Keadaan di dalam bilik gelap, cuma ternampak bucu meja yang disuluhi cahaya lampu di luar.
Sedang aku melalui bilik tersebut untuk ke pantry, aku ternampak sepasang mata merah sedang memerhatiku di dalam gelap, bulu romaku terus meremang dan aku dapat rasakan jantungku berdegup kencang. Aku bingkas masuk ke pantry. Setelah bertenang, aku berfikir mungkin itu imaginasi ku saja kerana aku belum makan dari tadi. Namun aku tetap memerhatikan pintu pantry takut-takut tetamu yang tidak diundang mengetuk pintu dan masuk ke pantry. Setelah makan aku keluar dari pantry dan membuka suis lampu day care kerana masih rasa tidak sedap hati.
Selalunya, aku cuma berehat di kaunter berhadapan dengan acute bed. Memandangkan tiada pesakit di acute bed, aku berehat di bilik rehat doktor selepas berpesan kepada kepada jururawat untuk mengejutkan aku jika perlukan apa-apa. Setelah terlelap beberapa minit di atas sofa, aku dikejutkan seorang jururawat kerana ada pesakit baru yang masuk. Bayi berumur 2 hari yang jaundis (in layman term, kuning tinggi). Selalunya, pesakit jaundis akan dimasukkan ke ward general 2B tetapi memandangkan ward 2B penuh, pesakit jaundis yang low risk dan bayi yang cukup bulan dibenarkan untuk dimasukkan ke wad onkologi untuk menerima rawatan phototheraphy.
Setelah bertanyakan history dari si ibu dan memeriksa bayinya, aku kembali berehat. Kali ini aku berehat di ruangan belakang kerana di situ kurang sejuk (wad ini berpenghawa dingin) Aku menghidap allergic rhinitis, tidak dapat terkena condition yang sejuk. Aku pun duduk di sofa dan terlelap. Aku terbangun beberapa kali ketika si ibu kepada bayi jaundis tadi meyimpan EBM (susu ibu yang diperah) ke dalam peti sejuk di ruangan tersebut.
Aku menyandar dan terlelap semula di sofa, tiba-tiba aku rasa kakiku seperti ditarik. Aku terbangun dan tercium bau yang sungguh busuk seperti bangkai. Aku cuba bangun dari situ tetapi seluruh tubuhku kaku. Aku cuba bertenang dan cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran tetapi bibirku terkunci. Hampir 10 minit aku begitu kemudian aku kembali tertidur seolah-olah dipukau. Setelah itu, aku bermimpi seekor makhluk bermata merah dan bertanduk sedang memandangku dan berkata sesuatu dalam bahasa yang tidak aku fahami dengan nada yang menggerunkan. Tiba-tiba aku rasa sesak nafas.
Terasa seperti ada sentuhan halus di muka ku. Apabila aku membuka mata, alangkah terkejut nya aku melihat wajah yang cengkung dan pucat dengan mulut yang melopong dan mata yang besar betul-betul terapung di hadapanku dengan rambut kusutnya yang mengurai di mukaku. Aku menjerit sekuat hati tetapi tiada suara yang keluar. Aku ingin menutup mataku kerana wajahnya amat menakutkan tetapi dalam masa yang sama aku takut ia mengapa-apakan aku (mencekik) jadi aku harus melihatnya.
Aku melihat ke bawah, makhluk tersebut tidak berkaki dan hanya terapung-apung. Ia hanya memandangku dengan pandangan melopong tersebut dan tidak berganjak walaupun seinci.
Aku tidak pasti berapa lama keadaanku kaku begitu dengan makhluk tersebut. Dengan tidak semena-mena makhluk tersebut ghaib apabila telefon bimbitku berbunyi azan menandakan masuknya waktu subuh. Barulah aku dapat membaca ayat-ayat suci di bibirku. Kemudian, aku bingkas bangun menuju ke kaunter jururawat di depan.
Aku dapat rasakan jantungku masih berdebar, aku mengira kadar denyutan nadi ku, 120bpm dan aku juga berpeluh. Aku mencuci tangan dan mengusap mukaku dengan air di sinki berhampiran kaunter. Salah seorang jururawat telah terbangun dari tidur dan menegur aku yang kelihatan pucat dan berpeluh. Aku cuma katakan yang aku kurang sihat. Aku belum berani menceritakan hal tersebut sehinggalah hari benar-benar siang nanti.
Aku pergi ke surau di tingkat 5 untuk mengerjakan solat subuh. Apabila aku baru melangkah keluar dari ward (lif terletak berhampiran pintu masuk wad) tiba-tiba pintu lif terbuka tetapi tiada orang di situ yang menunggu lif. Lif tersebut tertutup kemudian terbuka kembali. Mungkin lif rosak, aku menyedapkan hati. Aku tidak mahu lalu di hadapan lif tersebut untuk naik tangga ke tingkat 5 jadi aku terpaksa berjalan sedikit menuju tangga di hujung koridor.
Sedang aku melalui koridor, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi orang menarik ganggang telefon awam yang terletak di situ dengan kuat. Aku tersentak, tiada orang di situ, hanya ganggang telefon itu yang tergantung dan terhayun-hayun yang kulihat. Sebelum ini tadi dengan jelas aku melihat ganggang telefon awam tersebut di tempat asalnya, siapa yang menarik ganggang tersebut?? Tanpa berlengah aku berlari menuju ke tangga dan naik ke surau di tingkat 5.
Setelah menunaikan solat subuh, aku duduk sambal membaca ayat kursi dan ayat 4 kul berkali-kali sehingga aku berasa benar-benar tenang. Sekembalinya aku ke wad, tiada lagi kejadian menakutkan yang aku lalui. Setelah rakan-rakanku sampai, aku handover kes-kes kepada mereka kemudian aku berehat di pantry untuk meminum kopi 3 in 1. Jururawat yang oncall bersama aku pada malam tersebut, kak N turut berada di pantry.
Pada mulanya aku berbual kosong dengannya bertanyakan berapa lama sudah dia bertugas di wad itu. Hampir 6 tahun jawabnya. Kemudian aku memberanikan diri menceritakan apa yang terjadi padaku pada malam tadi. Menurutnya wad tersebut memang keras. Rupa-rupanya rakan setugasku turut terkena gangguan ketika oncall beberapa hari yang lepas. Sejak hari itu dia hanya tidur di kaunter sahaja ketika oncall.
Kak N turut menambah bilik daycare itu juga keras kerana banyak blood transfusion kepada pesakit thalassemia dilakukan di situ. Ada seorang pesakit, budak perempuan berumur linkungan 7 tahun menangis dan hanya menekup mukanya ketika berada di bilik rawatan daycare. Apabila ditanya dia hanya mendiamkan diri. Ibunya hairan, tidak mungkin anaknya takutkan jarum kerana sudah terbiasa dicucuk jarum. Seorang jururawat membawanya ke bilik prosedur untuk mengambil sampel d***h.
Di dalam bilik prosedur, kanak-kanak itu tidak lagi menangis dan akhirnya memberi kerjasama untuk diambil sampel d***h. Apabila ditanya, rupa-rupanya dia menangis di bilik daycare kerana makhluk yang lidahnya terjelir panjang sedang duduk bertenggek dan memandangnya di sudut bilik tersebut. Seekor lagi makhluk yang sama sedang menjilat-jilat beg yang berisi d***h pada seorang pesakit yang sedang dimasukkan d***h.
Setelah mengikuti morning round bersama doktor pakar, aku ternampak si ibu kepada bayi jaundis semalam membuang tuala wanita yang berisi lochia (d***h nifas) di dalam tong sampah yang terletak di koridor belakang tempat aku diganggu makhluk ghaib semalam. Rupa-rupanya semalam dia turut membuang tuala wanitanya yang berisi d***h di dalam tong sampah tersebut.
Sekian sahaja pengalamanku pada kali ini. Jika ada masa terluang aku akan kongsikan pengalaman mistikku yang lain.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
8/10 kipidap doktor
Ok seram. Rate 8.9/10.cuma ilustrasi xdpt dsertakan.
Akak pun ad citer seram ms bsalin czer kat hosptl besar di perak. Ada masa akak cerita.btw, nice story doc!
Hospital mana. Taiping ke Ipoh?
terang2 dia taip kat situ hospital umum sarawak, x baca ke? aduhaiii lolll
Wani..Gongpal tny kt akak..??
dia sendiri x baca komen gongpal tu baik2.. hahahaha
Aduhaii loll la kau. pi main jauh2 .haha. tq respon akakkiut. saja tanya nak survey safe labour room. nnt due takdelah angker sangat pi hantar hosp kat perak nnt.haha
Perak rupany..oke2.semoga zaujah selamat bersalin n dipermudahkan urusan korang..insyaAllah.aamiin..?
Amboi ceriter punyer panjang kau bace..mamber bg soklan kt akakkiut tu kau xpaham ?? aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiii lolllllllllllllllllllllllllll
Teluk intan..akak serik dah.huhuu
Kak…mne2 hosp pun same kak…sy pun keje hosp jgk…tp swastalh…pun pnah kne kacau
kat tajuk dah tulis hospital mana..hehehe
Sorg lg bace komen tebuk2…
Sape yg malas membaca skrg ni ekk…
Hahhahahaa…
Ni pon sorg pemalas !! bnde simple pn xphm !!
kalau hospital kat taiping adik aku dulu posting kat sana.. dia kena masuk labour room.. .. masa org nak besalin tu tengah meneran adik aku nampak penanggal masuk dalam lr tu.. tapi keluar balik sebab perasan adik aku nampak dia.. tak tau la betul ke tak sbb bukan aku yg nampak.. tapi aku pecaya sbb adik aku ni ala2 saintis sket orangnye maksud aku dia susah pecaya benda cmni.. tapi skali da nampak padan muka..
Xbaik padankn muka adik tu..cian kt adik tu.haha
taiping punya labour room memang usang sikit. wad pn jenis setingkat jer. malam2 byk bunyi boleh dengar. gila kau penanggal masuk. selalu ada kematian jer penanggal datang.apa kes? buat routine round check ke.huhu
Yep..kwn akak bsalin kt taiping mmg hosptl lama.dia ad cita tp akak xingt.meh bslin kat Hosptl shah alam.hosptl baru.hehe.selesa lg..yg kdua ni akak lari shah alam.puas ht..ap2 pun tawakkal.Allah ada
Haritu anak first da kt taiping. Mungkin hosp seremban kali ni.labour room baru situ
Assalamu’alaikum wbt..
Akakkiut.. maaf nyelit2 sikit.. ahkak bersalin di hoapital shah alam ..bersalin normal or ceaser ek.. bkn pe.. sy dah 2 x czer.. hmm di sg buloh..trep ni mcm nk try kt shah alam sbb dkt jer ngn uma.. nk tnye.. okay x keadaan wad.. hehe
Bayu baiduri.akak pun czer. Alhmdulillah..oke sgt2. Wad selesa. Akak sngaja mntk kls 3
Sebab trauma dpt kls 1 ms kt hosptl TI. Wad shah alam partition 4 katil 1 bilik air.ingt klau akan dtg akak pilih shah alam jg.sebab kita dok 3 mlm kn.so nk rs slmt. Tu jer
baru tahu term utk d***h nifas is lochia..menarik cerita..kongsi lagi doc!
etelah menunaikan solat subuh, akududuk sambal membaca ayat kursi dan ayat 4 kul berkali-kali …. # ayat 4 qul ker ? surah An-nas, Al-ikhlas, Al-falaq.. ygg ke 4 xpernah dgr pulak…atau saya yg perlu bnyk belajar lagi.. huhu
Al-kafiruun. Qul pertama yg selalu dilupakan sbb sedikit jarak drpd yg lain2.
Ada 4 qul dikk…ayat yg start quliaa ayyuhal qafirun..
Nampak…xpernah sekolah asrama ni..lol
???
ptt byk blajar lagi ni haha
4 kul tu boleh jadi, surah An-nas, Al-ikhlas, Al-falaq, dan surah al-Kafirun…maaf jika saya silap meneka sbb yang ni je selalu mak saya suruh amalkan if terasa ada benda yg x sepatutnya berdekatan dgn kita…. lepas tu di tambah dengan bismillah lima…. insya Allah selamat
Saya pun pernah kena masa kat surgical wad HUS tapi takdelah seram mana. Katil sebelah saya tu kosong tapi ada satu malam tu saya nampak ada sorang nyonya ni baring menghadap saya. Dia pandang je saya macam nak bagitau sesuatu. Mungkin nyonya tu dulu m**i kat atas katil tu lepas operation ke tak tau la..
First time kna admit osptl.kna msk wad dkt hkl.aku ni dh la penkt nauzubillah..tp slme aku dok sne xtau mcm mne aku bole jd brni pkl 12mlm aku bole.msk.siap mnd.kdg tu nk buang air pkl 3 pg pon aku pg.bila aku dh kluar membe aku ckp wad aku dudok tu plg angker n xcye aku brni..haha myb disbbkn aku ni kna denggi dn keadaan aku mcm separa sedr kot.
My mom kerja kt HUS tu…my mom tu sister… My mom sllu crita klau dia kena kacau tpi my mom memang tak kisah .. Sllunya wktu oncall lah kena kacau , tpi tyme kerja lain tak pulak smh xD
seram plak Kish kat hospital ni..minta sihat walafiat..
tiba2 terfikir kalau time derma d***h, makhluk2 ni dtg btenggek jgk ke?
Siapa pernah ke Kinta Medical Center Hospital?
Haaa.. tlg lah request lawatan ke Labour Room dia. Kemurungan aku lepas buat tour tu.
Seolah-olah mcm naik mesin waktu, pergi ke zaman Perang Jepun oih.
Betul-betul, bangunan tu mmg Historical Building lah.. tapi mcm takde usaha nak refurbish ke buat bagi elok ke. So masa aku pi tu.. aku tak tahu aku duk seram sbb tempat tu suram atau duk ada kehadiran benda lain. Sgt scary.
X pyh kate labour room…bngunan HR pun alahai…sedih…