Hostel kolej bergurau

Assalamualaikum warga fs yang paling best dan awesome, thanks jugak untuk admin yang sudi publish cerita aku. Nama aku nas, tinggal area pantai timur. Aku nak cerita serba sedikit cerita seram yang terjadi kat aku sendiri. Tapi entah seram ke tak bagi korang kan? Huhu. Tapi kalau korang alami sendiri, terkincit jugak dalam seluar.

Ok cerita ni mula masa aku mula² aku masuk belaja kat ipts di kuantan. Banyak kali jugak kena, tapi buat tak tahu je la kan. First mula² aku masuk tu, kenal dengan kawan² baru la. Lepas 2,3 hari tu, kawan aku sorang ni kena pindah hostel lain sebab hostel yang dia duduk ni jauh sangat tempat belajar.

Maklum la, tempat belajar kiteorang ni merata², tak setempat. Pastu tinggal aku dengan kawan aku yang satu kos dengan aku je. Tempat aku ni macam apartment, tapi memang khas untuk student. Sebab ade 2 bilik, bilik depan dan belakang. Aku bilik belakang, luas sikit. Tapi tinggal 2 orang. Bilik depan 2 orang.

Malam kejadian tu aku duk la dekat bilik dengan member aku, layan facebook bagai kat laptop, chill up² sume. Member aku pon tido. Tinggal aku je yang tersengih duk tengok facebook. Haha. Time nak tido atas katil dan baru je nak terlelap, aku rasa kejang seluruh badan. Takleh gerak terus do!!! Baca ayat pon tak keluar! Bergelut sampai berpeluh aku!. Aku cuba gak panggil member aku, suara pon taknak keluor. Hahhh haram jadah betul time tu.

Aku pon baca dalam hati ayat kursi, al fatihah, 3 qul sume keluar. Baru la boleh bergerak sana sini. Terus tarik selimut tido sampai pagi. Esoknya aku cerita la kat member aku yang tido m**i tu, dia pulak seram sejuk. Haha.

Ok cerita kedua pulak, aku mase ni masuk sem2, kena duk bilik atas sebab ramai intake junior masuk. Kali ni di tingkat 3. Bilik sebelah dah lama kosong, kata cleaner sebab bocor. Haissh macam tak kena jugak. Malam² nak tido selalu dengar orang jatuhkan guli kat bahagian atas. Fyi, bilik atas memang dah lama kosong.

Kadang² aku selamba jerit “woi tak reti base ke aku nak tido??? Besok je la nak main guli pon!”. Hahh berani sangat. Kahkah. Pastu bunyi guli tu dah takde. Esokkan hari, malam jumaat, kiteorang akan pasang surah yassin melalui phone. Duk relax² tu, aku rase nak mandi. Gi mandi tu, dengar bunyi yassin tu tetiba senyap.

Mungkin membe aku dah tutup. Tapi biase member aku biar sampai pagi. Kadang² sampai fon takde bateri. Aku wat relax je la. Siap mandi aku tengok member aku tido. Dia pon terjaga, aku pon tanya r kan ” kau tutup ke surah yassin kat fon kau tu zua?” Dia terus cakap “mana ada weh. Aku terlelap.

Aku ingat kau yang tutup.” Terus dia tengok fon dia, bateri pon banyak lagi. Dan fon tu jauh daripada dia! Hahh la sudah. Tetiba je sunyi lain macam. Kadang meremang jugak bulu tengkuk aku. Pastu kat bilik depan tu boleh dengar orang bercakap, sebab bergema gitu. Aku gi la usha bukak pintu, takde orang pon wehh. Dengar sekali lagi,aku bukak pon takde orang jugak. Dan terus sunyi je! Terus naik katil tido berselubung. Hahaha. Lagipon fon dia bukan auto off surah tu. Btw, banyak kali dah pon kena. Tapi buat² kental je. Huhu.

Ok satu lagi cerita ni, seram sikit la. Hostel aku baru siap kat tg.lumpur. Haa ni mesti korang dapat agak aku belajar mana yang stay kat kuantan tu. Sem 3, tempat baru siap. Aku yang geng baru daftar je duk situ. Intake under uitm masih stay kat hostel lame sebab dieorang masuk awal. So kat hostel baru ni, tak ramai la.

Aku ni suka menumpang bilik kawan aku si zua ni, lagipon dia penakut sikit. So aku teman dia tido satu katil. Ade jugak senior yang satu bilik dan kos dieorang sama. Aku je sesat kos. Dieorang ni abik kos grafik dan design, so banyak melukis r dan selalu tido lewat. Aku masa tu penat sangat dan rasa bahang, tido la kat bawah.

Betul² mengadap pintu bilik. Waktu tu sume orang tido dah. Pastu dalam kul 3 or 4 pagi, aku terjaga mata bukak sikit, nampak kelibat orang tengah jenguk muka aku. Bayangkan orang tu berdiri, dan tenung muka kau dekat. Hahh!macam orang sergah do! Aku ingat member aku duk tengok, dalam hati mungkin dia nak gi jamban kot.

So buat bodoh r. Pastu aku jeling sekali tengok dah takde! Istighfar banyak² je yang mampu masa tu. Terus tarik selimut tido. Esok tu tanya member aku “wehh kau ade gi jamban eh pagi tadi?siot je kau renung muka aku!”. Dia pon jawab r ” aku sedap tido atas katil, siap tido m**i lagi semalam”. Terdiam jap aku. Haa sah² benda tu dah duk tenung.

Ok ade 2 cerita lagi ni, baca sampai muntah tao. Walaupon tak seram, seram bagi aku. Hahaha. Ni jadi kat budak kos aku kat hostel gak, malam tu waktu tido jugak. Nama dia zizi. Aku sebenarnya satu bilik, tapi aku jarang balik bilik sebab aku rapat sangat dengan zua. So tu aku decide duk dengan zua je.

Cerita zizi ni, dia nak tido. Tapi takleh tido wehh. Bergolek sana sini. Last² die terpandang kat membe aku sorang lagi ni, lily. Dia nampak kaki dalam kaki! Tak paham ey? Kaki tu ade 4 sume!!! Dia tengok sekali lagi memang ade 4 wehh! Haa dah meremang aku yang bercerita ni! Dia terus selimut.

Pastu kawan aku jugak rani, terjaga. Suh zizi teman gi jamban. Dia langsung tak pandang tempat lily tido. Balik jamban tu, terus dia gi kat katil dia. Si rani pelik tanya r kan “pehal kau ni?lain macam je aku tengok. Biase tak macam ni pon?”. Dia cakap ” tak ade ape la. Jom² tido. Ngantuk dah aku”.

Sekali lagi dia nak pastikan mata dia betul ke tak, dia tengok lagj sekali. Dah takde!!!haa memang betul dah. Choii sangat kacau. Ok ni last tao, kawan aku rara ni demam. So x gi kelas r. Cerita ni siang ok. Ulang sekali lagi , siang! Dia duk katil atas, so demam² memang tak la nk turun katil sebab tak larat sangat.

Pastu dia nampak kelibat si zizi! Dia cakap “zi, tolong ambik minyak cap kapak kat bawah. Terjatuh tadi”. Zizi tu diam je terus ambil dan bagi kat rara. Dan paling gila, rara boleh nampak si zizi ni tuka pakaian bagai! Dan boleh gi jamban lak tu. So dia ingat si zizi ni tak gi kelas la. Pastu si rara bangun sambil cakap sorang², ” ehh bukan zizi gi kelas ke???”.

Dia terus call zizi, “wehh kau kat mana??” Sambung zizi “aku kat kelas la wehhh! Kenapa?” Terus berderau d***h si rara haaa. “Kau ade balik bilik tak tadi? Dah tu sape yang tolong ambik minyak kat aku tadi???” Balas rara. Zizi pon cakap “aku pagi tadi dah gi kelas, tak balik bilik lagi daripada tadi ni. Kenapa wehh?!”. Haa menjerit kejap si rara. Zizi sampai hostel terus rara cerita sume sekali. Aiyoo sampai sini je cerita tak seram ni. Kbye, tq sebab baca. Nanti sambung lagi. Penat jari besar aku.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nas

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.8]

8 thoughts on “Hostel kolej bergurau”

  1. tido pastu tak leh gerak tu biasa. yang luar biasa kalau kau dgr dengusan kuat yg bukan dengkuran kawan kau sblh telinga masa kau takleh gerak tu tapi kau tgk org lain tdo lena. haaaa

    Reply
  2. Bab kaki dlm kaki tu ko kena check betol2 lengkali…

    Akk penah teman member tdo kt blk die sbb die stress ngan rumate die yg dh ngajak kwn pompuan yg bkn student situ bermastautin bilik tu gak…
    Antara katil2 ktorg ni dipisahkan dgn locker…
    Sooo ble tdo memsg bka pintu locker utk lbh privacy…
    Makanye akn nampak kaki jer dr paras lutut camtu…
    Time tu dh kol 2-3pagi cmtu…
    Akk dgr uh eh uh ehhhh…
    Tgk katil sebelah ade kaki dlm kaki koooo…
    Klu sebelah2 akk x pelik sgt sbb standard ar share katil kan…
    Ini katil tu saling bertindih atas bawah secara berdepan…
    Itu jam mmg bikin panaaassss aarrr…
    Bikin onar plak ko ekk…
    Udahler lessss pastu nk buat projek x hagak2 kooottt depan aku tuuu…
    Mmg kena kejut kena sound tang2 tu gak…
    Esok pepagi akk halau soh blk sblm akk report pej kolej…
    Siooottt korg ekkk…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.