Hotel berhantu

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Cerita ni disampaikan oleh supervisor aku, Raymond, insiden berlaku di sebuah hotel di Temasek, semasa dia masih muda remaja, di era 70’an, dan dia bekerja part time untuk duit lebih buat belanja berkahwin. By the way, dia kerja di department house keeping, alah bahagian yang kemas-kemas bilik hotel lepas tetamu check out tu..

Semasa mula memohon kekosongan jawatan dihotel, Raymond dah pun ada kerja hakiki disebelah pagi, jadi dia cuma ‘available’ untuk night shift sahaja, dan disebabkan operasi hotel berjalan 24jam dalam sehari, mudah lah untuk dia mengisi kekosongan jawatan sebelah malam.

Seminggu orientation week berlalu dengan jayanya, dan senior-senior serta pakcik-pakcik guard selalu pesan, tingkat empat belas bilik bernombor 1404 ‘pada bila-bila masa’ akan sentiasa dikosongkan, so jangan layan ‘insiden ganjil’ datangnya dari bilik tersebut.

Raymond pun takde masalah dengan arahan tu, yelah dia pun niat ikhlas nak cari duit saku lebih buat belanja kawin kan?

Korang rasa dia ada masa untuk sakit kepala? Nak layan benda-benda mistik ni semua? Bahaha

Insiden pertama berlaku katanya seawal minggu kedua dia di hotel tersebut.

Di base ofis diletakkan satu mesin intercomm, sebagai contoh kalau korang stay kat bilik 102, dan korang perlukan house keeping assistant, just press je butang house keeping kat intercomm dari bilik korang, selang 10 minit akan ada attendant datang dan layan masalah korang, nak extra bantal ke, paip leaking ke, and so on..

So semasa Raymond dalam mode stand by pukul 2 pagi, dah takde bilik nak kena clear lagi, dan dia tengah santai-santai kat base ofis dia, butang intercom tu menyala!

Beep… Beep… Beep….

Warna merah, maknanya ada guest yang perlu bantuan..

Dia tengok mesin tu, butang bilik 1404!

Dia dah pandang buddy shift dia dah!

Then buddy shift dia cuma geleng-geleng kan kepala, maknanya ‘jangan layan’!

Start dari haritu, setiap malam dia perasan yang butang intercomm dari bilik 1404 akan menyala diantara pukul 2 ke pukul 4 pagi! Rupanya selama ni pun menyala, cuma dia yang tak perasan, yelah newbies kan kat hotel tu..

So, ceritanya tak berhenti disitu! Setahun kemudian, department dia, dapat manager house keeping yang baru ‘ah heng’ namanya, dan supervisor aku si Raymond ni, masih lagi terus berkerja sebagai permenant part time sebelah malam, mungkin bajet hantaran sebelah perempuan letak terlalu tinggi, kena lah sediakan duit secukupnya…

Adatnya begitulah, belum dapat ‘adik sayang’ esok dah dapat, ‘sayang melayang’.. Bahaha

Ah heng ni, ramai orang dah alert kan dia pasal bilik 1404, tapi disebabkan dia ignorance, tak nak dengar nasihat, always perform beyond expectation, jadi dia langsung tak ambik port!

Masuk minggu kedua, ada call ke front desk pukul 3 pagi, dan Ah Heng bertugas sebelah malam hari tersebut dan dia yang angkat!

Mula-mula dengar bunyi angin berhembus….

Swossshhhhhh….. Swoshhhhhhh…. (Inaudible voice)

“can help me to order raw meat for room 1404, plllleeeaaassseeee?” kata pemanggil di hujung talian dalam suara yang putus-putus dan susah nak di tangkap bunyi nya…

“raw meat for room 1404, for a confirmation?” balas Ah heng

“yy..yy..yyyyeeesssssss……” pemanggil tu jawab balik

Pelik, tapi ah heng takde bantahan, guest is priority! So kena settle dengan cepat dan efektif!

Order di tulis tangan di atas buku log order, dan ah heng bergegas ke kitchen hotel untuk dapatkan daging mentah seperti guest room tu mintak!

Dia naik ke tingkat 14, dengan daging mentah dalam dulang besi yang bertutup semi hemisfera (macam dalam movie), dan dengan ‘selamba badak’, dia pegi ketuk pintu bilik 1404 tu!

Aiseh, aku pulak yang meremang!

Ketukan pertama tak berbalas!

Masa Ketukan kedua, pintu bilik terbukak sendiri!!!

KKKKKRRRRREEEEKKKKKKKKK……..

Bila ah heng kuak untuk besarkan bukaan pintu, nak tengok guest nya kat dalam…

BILIK GELAP!!!

Takde siapa-siapa dalam bilik tu, gelap macam takde siapa menghuni kat dalam bilik tu!

Dia blur!!

Then yang buatkan dia angkat kaki nak lari, bila dia di sapa oleh suara yang sangat ‘creepy’ dari dalam…

“YOU BROUGHT MY RAW MEATTTT?????” ada suara kecil macam orang yang tahan nafas sambil bercakap, dari dalam bilik yang ‘pitch black’ tu

Dia grip kuat-kuat ‘dulang watikah persembahan’ yang berisi daging mentah tu kuat-kuat dan dia pusing nak lari dari situ….

Bila dia menoleh je….

SELURUH KORIDOR TINGKAT 14 TU GELAP!!!!!

awww mannnn….. You should have listen to others in the first place! Why la…. you so stubborn!

Dan malam tu, ah heng lari membuta tuli dalam gelap dengan dulang masih lagi di grip kemas bawah ketiak kanan!

Aku rasa raw meat tu pun dah jadi half cooked sebab kena bahang ketiak dia yang berpeluh!

Ah heng lari berpandukan cahaya ‘EXIT’ light kecemasan menuju ketangga!

Lif pun tak nampak kat mana sebab gelap gelita!

Turun tingkat demi tingkat dalam keadaan susah payah dan kelam kabut!

Ada beberapa anak tangga, dia skip je dan lompat ke bawah! Punyalah panik!

Sampai tangga tingkat ke tujuh, ada satu susuk berdiri di bucu dinding tangga!

Berdiri membelakangkan dia dan menghadap dinding!

Ah heng dah 50-50, nak turun ke nak naik balik?

Perlahan-lahan dia turun takde bunyi…

Sampai melalui belakang susuk tu..

That moment bila dia melintas je, susuk tu berpaling dan cuba nak mencekik leher ah heng!

Ah heng punyalah terkejut, dia baling dulang berisi daging mentah tu pada susuk tersebut!

Hingar bingar bunyi besi stainless steel jatuh kat tangga, ah heng tak hirau dah, dia lari sampai jumpa lobi!

Kat lobi, ah heng masuk kat bilik guard, yang terletak sebelum lift dan tangga kecemasan utama!

Bila dah bertenang sikit, baru dia berani bercerita kat dua orang guard melayu yang ada kat situ!

Yang bestnya, lepas bercerita, bilik guard yang cuma ditutup dengan cermin lutsinar yang besar, dan ada banyak cctv dalam bilik tu, ada orang main ketuk-ketuk…

Yang ni betul punya seram!!

Korang bayangkanlah..

Bilik kaca, ada susunan monitor depan mata, dan korang boleh nampak siapa lalu lalang depan bilik tu, sebab glass window tu besar!

Pulak tu ada bunyi ketukan! Tapi tak nampak siapa-siapa!

Fuhhhhh…. Nak kena ‘tanya doktor imelda’ ni! Macam rancangan kat chanel oasis!

Ketukan tu berlangsung tak lama di beberapa tempat cermin…

Tapi dua guard melayu tu dah terkulai pengsan, tak tau apa punca!

Ah heng pulak, tak boleh nak pengsan! Mungkin sebab ‘adrenalin’ dia dah pam banyak sangat masa berlari turun tangga tadi!

Kemudian dari jauh datang lagi dua orang guard! Ah heng dah lega, sebab ada orang boleh tolong dia tengokkan guard yang pengsan sambil duduk, atas kerusi ni!

Ah heng masih lagi gigih kejutkan guard yang pengsan tu..

Bila dah semakin hampir…

Guard yang datang tu, kedua-duanya mempunyai rupa yang sama macam guard yang pengsan, yang ah heng tengah kejutkan!!

Pandangan ah heng separuh gelap!

Dia toleh ke kerusi tempat guard yang dia tengah kejutkan…

KOSONG!!!!

Ah heng passed out kat situ jugak!

Esoknya bila dia dah terjaga, disebabkan terlampau trauma, ah heng notis 24jam! Kontrak masih dalam tempoh percubaan, jadi takde masalah untuk ah heng notis 24jam, cuma selama dia dah bekerja ni, takkan di bayar la.. Sebab breach of probation period!

Begitulah cerita yang disampaikan pada aku!

Pengajaran yang aku kutip dari sini, jangan buat tak endah pada pesanan senior, lebih lagi orang-orang tua, adakalanya mesti ada sebab, kenapa mereka berpesan macam tu! Kalau nak lebih pasti, baik bertanya! If you just be ignorance like him, you will not like to be ended up like him!

Sekian cerita aku, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

8 thoughts on “Hotel berhantu”

  1. ish ish ..soramnya …
    Ah Heng Ah Heng nasib ko lah …
    dogil sangat … angker bonar hotel nih ..siap main kejor-kejor noh …
    kena ada ilmu kebatinan jugak jika nak berkerja dalam perhotelan ni noh …

    Reply
  2. fuuuu pengalaman terbaikkkkk… baca sambil2 dapat bayangkan situasi tu mcm mna…seram beb….klu aku pn letak notice 24jam silap2 truma xhilang sampai bila2…

    Reply
  3. “cerita ni hanya secebis dari pengalaman aku”….ko paham ke x apa maksud secebis pengalaman tu bro…citer yg ko citer ni x de kena mengena pun ngan SECEBIS ko tu…

    Reply
  4. Adoiii..krem rusuk aku dek golak..
    Spi menyembur air sirap limau yg aku minum. Mesti org dlm kedai makan ni ingat aku sewel😂

    Reply
  5. Eh eh ko ni mambang ada jer nk kondem citer org! Kan dia tulis tu kisah kwn supervisor dia, diceritakan kembali kpd dia, secebis dua pun berkait dgn dia jgk laa

    Reply
  6. Teringat pula kisah kat hotel dgn kawan aku…

    Pagi tu kami ada meeting di sebuah hotel kat KL, kami yg dari utara ni dtg awal utk bermalam di sana. Aku dgn kawan aku dok sebilik, katil twin. Yg aku perasan bilik kami agak luas berbanding bilik yg lain, kiranya anak² kecik nak berlari pun selesa la..padahal harga sama je dgn bilik lain.

    Nak jadi cerita, pagi tu lepas subuh ada org call aku. Sebab kami tgh sambung tidur masa tu, aku pun keluar la dari bilik utk berborak kat fon di luar bilik. Kad akses pintu bilik aku bawa keluar dan tutup pintu. Lebih kurang dalam 15-20 minit macam tu, lepas habis berborak aku pun masuk semula ke dlm bilik dan terus ke bilik air sblm sambung tidur. Tengok² di lantai bilik air ada mcm t*hi org, tapi saiz kecik je. Aku tak cakap banyak, terus cuci dan buat la apa yg patut. Bila aku naik atas katil, kawan yg katil sebelah terus tanya “wei, mana kawan hang tadi?” Aku dah mula hairan, kawan mana pula? Katanya tadi ada sorang masuk bilik dan tidur atas katil aku, dia ingatkan kawan aku dtg nak tumpang rehat ke apa, jadi dia pun biarkan aje la.. Macam² la kawan aku ni. Lepas tu aku tanya dia, awat hang berak atas lantai lepas tu tak jirus? Dia kata bukan dia yg berak. Hah, sudah..

    Aku pun mula syak, siapa pula yg masuk. Mungkin house keeping kot, diorang je yg ada master kad akses utk semua pintu bilik. Aku ajak kawan aku pi jumpa pengurusan utk check CCTV, tapi dia tak nak. Katanya biarlah, dia tak kacau kita pun…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.