“Hotel” Bersalin di Bandung

Assalammualaikum para pembaca fiksyen Shasha, dah lama aku jadi silent reader of fiksyen shasha dan baru harini terdetik untuk menulis pengalaman seram aku semasa bercuti di Indonesia. Aku ni tak pandai sangat bercerita, tapi kalau cerita ni tak seram, i am so sorry.

So kisah dia terjadi pada tahun 2014 kalau tak silap aku. Masatu aku dan family besar sebelah mak aku adakan family day di Indonesia..

Cerita dia terjadi pada malam kelima ketika kami berada di Bandung. Sesampai di Bandung, aku dan keluarga terus check-in di salah sebuah Hotel di sana. Dari luar hotel tersebut nampak mewah serta mempunyai rekaan yang elegant. Aku agak terpegun dengan hotel tersebut. Dipendekkan cerita, pada malam tersebut setelah selesai dinner, aku dan sepupu aku( ali) turun ke lobby untuk melepak.

Tepat jam 1 pagi aku pon hendak naik semula ke bilik. Macam biasa, kami tekan lif yang dah sedia ada di tingkat G. Agak janggal kerana lif tersebut tak bukak. Sekali lagi ditekan still tak bukak. Selang beberapa minit lif tersebut terbukak and kami pon masuk. Lepas masuk aku tekanla tingkat bilik kami, dengan tiba tiba lampu dalam lif terpadam dan lif tu terus berhenti di tingkat paling atas bangunan. Bukak je pintu lif terkejut kami melihat keadaan hotel yang suram.

Kami hanya mampu membaca doa dalam hati tanpa memandang satu sama lain. Keesokan hari semasa breakfast aku bagitau la dekat mak aku apa yang terjadi. Baru la makcik makcik aku nak bukak cerita. Sebenarnya dari selepas maghrib lagi gangguan dah terjadi. Makcik aku cuba telefon anak dia yang tak ikut trip tersebut sewaktu selepas maghrib. Dia cakap masa dia call anak dia deringan tu sepatutnya macam biasa ” tuttt tutt.. Tuttt tuttt” tetapi sebaliknya yang terjadi. Ketika deringan “tutt tutt” masih berdering, ada seorang perempuan menjawab telefon dan berkata “hello, HAHAHAHHA”, perempuan tu gelak macam mengilai. Yang menghairankan makcik aku, macam mana deringan tu masih berdering tapi dah ada yang menjawab. Dan suara perempuan tu makcik aku describe as macam perempuan zaman dahulu suara dia.

Makcik aku yang number 2 pulak cerita, dalam jam 11 macamtu dia tengah layan sinetron indon la dekat TV. Tiba tiba dia terdengar macam ada orang ketuk pintu, dia pon perlahankan volume tv untuk dengar dengan lebih jelas. Tapi tiba tiba diam tak bunyi dah. Selang 5 minit, “tup tup tup”. Makcik aku mula terasa seram sebab ketukan tu datang dari arah tingkap. Yang menghairankan lagi bilik kami di tingkat 5 memang mustahil untuk orang panjat kat situ. Selepas bunyi ketukan, makcik aku nampak bayang perempuan tengah dukung budak dari luar tingkap. Makcik aku terus tidur tanpa menutup tv sebab terlalu takut.

Makcik aku yang mula mula tadi pulak cakap masa dia tengah tidur, dalam pukul berapa pagi dia dengar macam ada orang tengah proses beg baju dia. Sedangkan suami dan anak anak dia ada di sisi dia. Selama sejam lebih dia dalam ketakutan mendengar tapak kaki dalam bilik dia, bagasi dia ditarik, dihempuk dan dia dengar bunyi macam baju baju dia dicampak keluar dari beg. Keesokkan pagi, dia dapati semuanya masih dalam keadaan asal.

Setelah mendengar cerita tersebut kami sebulat suara untuk keluar dan cari hotel lain. Kami pon cerita apa yang terjadi kepada supir kami dan kami baru dapat tahu dari Supir kami di Indonesia yang hotel kami duduk tu dulu merupakan Hospital Bersalin. Nasib baik gangguan tu tak ikut kami pulang.

Hantar Kisah Anda; fiksyenshasha.com/submit

Mal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

2 thoughts on ““Hotel” Bersalin di Bandung”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.