Hotel Petaling Jaya

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha , nama saya tehah, hari ni saya tergerak hati untuk menulis cerita dalam fs ni tentang hotel haunted di petaling jaya pada tarikh 10/03/2019 . Ini kisah saya yang betul-betul terjadi pada minggu lepas . Dan saya sendiri alami . Sebelum tu maaf jika cerita ini tidak seram . Sesungguhnya semua mahluk dimuka bumi ini adalah ciptaan daripadaNyA . Ceritanya bermula begini .

Saya memang selalu datang ke subang tujuan bisness trip and meeting dengan join venture saya. Dan pada hari tu , saya perlu pergi ke subang last minite, berseorangan . Dan saat tuu hotel tak booking lagi .Kemudian saya google hotel yang dekat dgn subang airport sebab senang saya nak return back dan saya jumpa hotel ni . Selepas sahaja landing dah nak dekat magrib dan saya sampai je di reception saya check in.

Bila dah dapat bilik , saya excited nak pergi masuk landing sebab rasa penat sangat .Sepanjang laluan pergi ke lif ada swimming pool dekat bawah memang cantik . So saya memang excited nak masuk bilik . Dan sampai dekat lif saya perasaan macam ade something tengah perhatikan saya , tapi saya buat dont know sebab cuba fikirkan positif .

Bila sampai dalam bilik tiba-tiba je meremang bulu roma saya. Saya buat tak tahu lagi . Saya letak luggage and ambik towel nak pi mandi. masuk sahaja bilik air , dalam keadaan mood tenang.Saya masuk ke dalam bathtub.
Waktu ini ah, bagai nak luruh jantung saya. Terpacul satu tubuh berdiri dekat pintu.Susuk tubuh macam manusia warna hitam  ! terkejut sangat waktu tu.Apa yang boleh saya buat hanyalah tutup mata. Bila saya tengok kali kedua hilang ! Natey sungguh dio main guraa! Saya ambik towel kemudian keluar dari bilik air dalam keadaan masih lagi trauma. Saya cuba menyedapkan hati.Mungkin itu cuma khayalan saya sahaja.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Saya still tak boleh tidur sebab saya rasa macam ade orang tengah perhatikan saya , macam masa saya nak naik lif tadi bercampur dengan ape saya tengok tadi . Saya cuba lelapkan mata tapi xboleh. Saya bangun dari katil duduk di sofa depan katil sambil tengok view depan ade tasik . Sebab bosan saya pun buka laptop menghadap laptop siapkan kerja sedikit . Lama tengah hadap laptop , mata saya dah lali dan nak tido , tengok jam dah pukul 2 pagi .

Bila saya naik atas katil than nak pejam mata , sekali bunyi orang tengah susun perabot tingkat atas dari bilik saya ” aduh apa pula kali ni” . Yang pelik nya , hotel 5 star tapi why boleh dgr orang susun perabot hotel ?? suppose to be privete .
Tak kan housekeeping kot pukul 2 pagi ??? . Haihh bunyi makin kuat. Saya tak boleh tido sebab ganguan bunyi . Saya baca ayat kursi.Bunyi tak da dalam 10 minit jugak bunyi orang susun perabot . Saya ambik phone dan text adik saya with whatssap than cerita dekat dia yang saya dengar . Masa saya text dia saya mengiring sebelah kanan , kemudian bila saya nak mengiring sebelah kiri hadap tandas…

Ada benda.Benda tu tengok saya tak berkelip, susuk tubuh lelaki gelap , mata je nampak merah dan tak bermata hitam , benda tuu hanya tengok dia tak masuk dekat , betul laaa ape yang saya rasa masa nak naik lif tadi , allahuakbar ! saya ambik selimut kemudian tutup seluruh badan , saya ambik fon buka terus buka alunan zikir ” bismillahilazi ” dengan kuat dan saya ikut zikir itu juga .

Selang 15 minit , saya buka selimut. Benda tu dah tak da , saya baca zikir tuu sampai saya tertido dengan lampu semua terbuka. sebenarnya jenis saya tak suka tido lampu terbuka , tapi bila masuk bilik hotel tu saya tergerak hati nak buka semua lampu termasuk lampu katil . Dan pukul 6 pagi saya bangun , rasa badan saya sakit-sakit hhmm tak tahu kenapa.

Saya bangun memang dah tak tido sbb saya nak tunggu pukul 8 nak gi reception nak pi tanya ade orang tak bilik atas saya . Bila saya sampai di reception than dia check bila atas saya kosong tak da guest than dia tanya why? . Adoi ! masa tu saya cepat-cepat naik bilik kemas luggage than saya check out pagi tu jugak even ada baki lagi satu malam dekat sini saya rela burn duit and pergi another hotel . Tengah nak tunggu grab saya google tengok hotel haunted dekat petaling jaya nah sekali keluar nama hotel yang saya stay semalam . Natangg ! Terkena sis .

Allahamdulilah sampai dekat hotel lain, tak de pape even last minit memang cekik d***h la harga tapi tak pela rela daripada dengar orang susun duk perabot malam and nampak ‘ benda ‘ tuu sis sanggup tukar hotel dikk .

Sekian cerita saya maaf jika tidak seram and penulisan saya teruk . Pesan saya kepada fs ni , before check in better tengok dulu about hotel jangan jadi macam sis sebab last minit . Assalamulaikum .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
NURFATIHAH HABIDIN

16 thoughts on “Hotel Petaling Jaya”

  1. Tak seram cerita ni , chiclè . Kalau baca fs sepuluh kali mungkin jalan cerita camni leh jumpa 3 kali . Harap admin tak post cerita yg berulang sama jalan cerita dia

    Reply
    • Cliche, bukan chicle. Takde sapa paksa kau baca. Kalau dah memang dia kena macam tu dan nak cerita, biarlah. Kau tak suka tak payahla baca.

      Reply
  2. Holiday Villa and Suites kan ? Boleh saya tahu tak bilik number berapa ? Saya bilik 809, memang dengar bunyi susun perabot dari atas, memang sakit sakit badan ni, saya baru balik dari sana, saya check in dari 9/12/2019 – 11/12/2019. Saya dah risau ni sebab bahu masih sakit.. yang menghairankan saya lampu di kolam ditutup pada waktu malam.. view tasik memang semacam..

    Reply
  3. Nama hotel tu holiday villa kan dekat area subang jaya..
    Hotel tu memang tutup sejak pkp tahun lepas dh 2 tahun tutup hotel tu…saya baru lalu tadi memang scary hotel tu..

    Reply
    • saya suspect mesti sis tgh cerita pasal holiday villa 😂

      sy buat intern kt sana 2015.. (front office, GSA) memang suasana hotel tu seram.
      ada satu building (old wing) memang diaorg xkan jual bilik old wing tu.. macam dh lock lah
      total ada 200+ bilik, walau macam mana busy occupancy pun. bilik2 yg ada ‘benda’ tu diaorg xkan jual and xkluar kat system pun

      setiap kali buat night shift mesti ada 2/3 guest complain ada benda kacau walaupun tinggal kt new wing/bilik yg ok 😂

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.