HOTEL M 2 CERITA

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Nama pena aku tak ada. Tapi korang leh panggil aku Acap dan aku orang Pantai Timur. Kerja sebagai FO di hotel 2 bintang dekat Port Dickson. Ini penulisan pertama aku jadi kalau tak seram pandai-pandailah korang nak seramkan diri. Selamat membaca. Ok, hotel yang aku bekerja sekarang ni dah buka hampir 2 tahun dan dulu kawasan hotel ini kawasan semak dan hutan pantai. Masa mula-mula buka dulu tak banyak cerita seram yang aku dengar dan alami tapi nak dekat penghujung 2016 baru ada.

Kisahnya bermula waktu aku kerja shift malam waktu tu jam 4 pagi, ade dua orang couple yang check in dengan aku. Yang perempuan tolong check in kan yang lelaki ( macam biasa duk dalam kereta) muda lagi masing2 umur dalam lingkungan 20-an. Waktu tu guest agak ramai jadi aku terpaksa bagi mereka bilik dekat bangunan yang lagi satu.

Dah settle check in, perempuan tu dengan muka happy terus ucap thanks dekat aku dan menuju ke kereta “ balak ” dia. Aku pun teruskan kerja aku macam biasa.
Tak lama kemudian, aku dengar bunyi kecoh dekat luar dkt tmpt duduk Guard, India dan nama dia Subra. Lepas tu, mereka masuk dan rupanya budak perempuan dengan “balak” dia tadi. Aku tanya kenapa kecoh-kecoh dekat luar ( dengan nada sopan ).

Mereka pun jawab “ Bang, ada hantu lah dalam bilik saya!!”. Tergamam aku sekejap sebab tak pernah2 guest mengadu ada hantu dalam bilik yang ada pun mengadu pasal air cond tak sejuk, nk extra pillow etc. Jadi aku pun tanya mereka balik,

“Eh biar btul awak ni. Selama saya bekerja mana ada guest complain pasal hantu2 ni. Budak perempuan tu balas, “Ade bang..kami bukak je pintu, hantu tu duduk atas katil, baju putih rambut panjang kaki tak cecah tanah. Benda tu duduk dkt penjuru katil tu!! . Muka Uncle tu dah pucat, yang guest tu double pucat.

Aku pun suruhlah Uncle tu pergi tengok bawa guest tu sekali untuk pastikan. Uncle tu geleng-geleng kepala cakap tak nak dia pun dah cuak. Terpaksalah aku pergi tengok dengan diaorang sebab bukan ape takut guest tu tipu manalah tau kan. So kami pergi ke bangunan hotel sebelah, masuk lift tekan nombor 3. Dah smpai tingkat 3 tu, keluar je daripada lift badan aku dapat rasa semacam.

Bulu roma aku menegak dengan tiba-tiba dan rasa sejuk lain macam pulak. Bf perempuan tu diam aje daripada tadi. Sampai je dekat bilik yang aku bagi dekat mereka tu, perghhh jantung ak ni berdegup kencang jugaklah al maklumlah bukan berani sangat aku ni. Aku baca ape yang patut dan bukak pintu bilik tu. Maakk aihh bau bilik tu busuk semacam!!

Bilik bersepah, semua benda dalam bilik tu berterabur dan dekat cadar tu pun macam koyak-koyak sikit ada kesan cakaran. Guest tu pun terkejut beruk sebab masa mereka masuk tadi bilik ok cuma ada benda tu aje atas katil. Arghh ni tak leh jadi ni, kami pun cepat-cepat nak blah tapi si bf tu mcm terpaku plak dan pandangan dia menuju ke arah cermin tingkap bilik.

Aku pun tengoklah, aduyaii nampak jelas dekat luar tu ade benda duk terbang2 dekat situ dengan muka yang amat mengerikan. Aku cepat2 alihkan pandangan aku dan tarik si bf tu dengan gf dia sekali ke arah lift. Berpeluh dingin aku dalam lift tu, guest yang perempuan tu dah nak nangis dah, bf dia pulak diam seribu bahasa.

Sampai je dekat bawah aku istighfar banyak-banyak. Aku terus ke kaunter dan bagi guest tu refund. Aku minta maaf dekat guest tu banyak-banyak dan mereka pun boleh terima sebab bukan salah aku pun. Bf tu pun jawab

“ Mungkin ni balasan Allah dekat kami bang, sebab kami ni tak kahwin lagi tapi dah nak check in bilik berdua”. Aku pun diam je dan anggukkan kepala. Mereka pun keluar dan berlalu pergi dari hotel aku. Aku pun keesokkan harinya cerita benda ni dekat supervisor aku.

Dia pun bukalah cerita sebenarnye hotel ini memang ada makhluk2 halus ini tapi dlu agak kurang sebab dia dan isteri dia selalu sembahyang dkt atas bangunan tu. Cuma lepas wife dia resign dan dia pun jarang ada dkt situ, ditambah lagi dengan bangunan tu hari2 biasa tak ada guest yang check in, jadi benda tu menumpang duduk dekat sana.

Uncle guard tu pun cerita dekat aku yang dia pernah kena tolong temankan bos aku pergi check bilik dekat bangunan yang lagi satu tu, dan dia kena pergi tingkat 3 tu jugak. Time tu pukul 2.30 pagi so dia pergilah, tengah dia check bilik tu ada satu bilik ni bila dia sampai je dia dh rasa tak sedap hati dan lain macam.

Dia buka pintu dan sendalkan kayu dekat celah lubang untuk halang pintu tu daripada tertutup. Oleh kerana rasa tak sedap hati dia pun macam nak cepat lah tapi dengan tak semena-mena pintu yang disendal dengan kayu tu tertutup dengan sendiri dan macam kena hempas DUMM!!! Menggelabah Uncle guard tu siap cakap “Aiyooo !!”.

Cepat-cepat dia buka pintu tu dan pergi ke lift. Sebelum nak sampai ke lift tu, ada macam satu hembusan angin yang kuat menampar pipi dia. Lagilah dia gabra dan kelam kabut masuk ke dalam lift sambil doa dekat Tuhan.
Sampai-sampai je dekat level bawah lutut dia masa tu dia cakap dah longgar macam tak bermaya dah nak jalan dan bos aku tadi terkejutlah tengok keadaan dia. Esoknya dia MC 3 hari, demam.
Sekian

asyraf

Leave a Reply

17 Comments on "HOTEL M 2 CERITA"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
kakak garang

Padahnya nak check-in sangat.. Si gf nampak beria nau2 nak berdua2 dengan bf.. Haihhh.. Awak tak rasa bersalah ke bagi orang bukan mahram check in situ?? Hmmm..

miss silent

Sy bekerja di hotel jugak sbg FO.. polisi hotel adalah takleh membangkang kehendak guest… kita takleh nak suka ngata ” eh tk kawen lg tkleh check in…”… awk ingat FO ni tkde keje ke nk mtk sijil nikah dkt pasangan yg nk checkin…. kang tk pepasal makan penumbuk… lgpun lelaki FO dlm cerita ni bukan thu pun pasal lelaki yg diam tu balak die…. die thu sbb lepas kejadian laki tu ckp sndri yg die tk kawen lg…. so cerita yg diceritakan adalah selepas kejadian…bukan sebelom… ape lah awak ni… jgn nk pertikaikan pekerjaan org… ktorg makan gaji je…bukan tokey hotel nak negur guestt sesuka hati…

kakak garang

Sy tak de pun suruh cakap xleh check in bagai kan.. At least try to make some excuses lah.. TRY.. Lagi satu dari ayat dia awal2 tu macam dah tau dorang tu just couple je..

“”Yang perempuan tolong check in kan yang lelaki ( macam biasa duk dalam kereta)””

Tak tau lah kalau perasaan sy je anggap encik ni dah tau dorang tu couple.. Apa pun sy mintak maaf la ye cik silent.. Takde niat nak perkecilkan keje awak2 semua ni.. Saya pun keje bese2 gak..

Muhd Firdaus

Ada hotel (tak banyak) yang akan minta kad kawin jika nak daftar masuk. Semua tu hotel yang islamik (bos muslim). Hotel lain, mewah hinga bajet, banyak tak ikut cara tu. Sebab tu lah. Makan gaji..

Bapak Garang

Itu la bodoh konon2 nak komen awal2 bawak watak kakak garang konon nye laaa…
Lain kali kalau tak tahu jangan cepat buat andaian..

kura2 hijau

hantu tu pun marah dorang nk buat bnda xelok tmpat dia..huhuhu

nainiee

hantu tu marah dyorang nak buat maksiat kahkahkah👻👻

Tiah

Encik Acap, aku mintak tolong dekat kau, tolong la kalau ada budak2 macam ni yang gatai gedik tak kahwin lagi tapi nak check in bagai, tolong kata bilik penuh. So kau pun tak terlibat dalam dosa dorang. Buat la helah apa2 asalkan dorang x buat maksiat sebab kau.

kakak garang

Kan… Pernah baca pengalaman someone yg keje kaunter receptionist hotel.. Dia pun wat alasan bilik penuh lah.. Tinggal bilik mahal je lah.. Tu je cara dia nak halang budak2 check-in situ.. Hmmm.

miss silent

wahai kakak yg garang….. hotel mahal n berbayar 1 bilik atas rm300 tak dibenarkan mempersoalkan hak guest…. lain lah hotel cikai yg sorg je jga kat kaunter… hotel 3 bintang ke atas, setiap kaunter supervisor n manager ada di setiap servis kita…. ktorg bukan tokey hotel… n ktorg ikot tatacara hotel berbintang bukan rumah penginapan murahan… apa yg diberi itu je kami wat…n mmg kami keje makan gaji pun… sbb tu rezeki kami…. awk tkleh nk menindakkan kesilapan n keterlajuran management syarikat org… dan untuk pengetahuan awk hotel besau2 ni owner slalu bukan mlayu… dan dorg bukan jenis mcm kita tahu halal haram… chill ok?

kakak garang

hahaha.. yelah diknon… i rest my case.. terpulang pada individu.. sy tulis apa yg sy rasa je.. 😀

Langsat

dalam cerita ni, hantu tu kiranya baik la…sebab halang bebudak tu buat maksiat…si bf tu pun rasa insaf dan teringatkan Allah…all iz well, all iz well

cikharum

Mungkin jim islam kot. Hhahahahahaa

Kak Yulie

Kate kalau bukan muhrim berdua-duaan akan ade yg ketiga…
Sikit punye cemerlang Kak Ponti dh stay awal2 atas katil…
Tup2 member lari terus check out…
Mesti Kak Ponti dh kompius plus kecik hati bagai…
“Salah aku ke jadi yg ketiga skrg ni…?”

ummi eira

hahahaa…Kak Ponti gak yg teraniaya nye..

Kakak Garang

Sy pernah je check-in berdua dgn bf dulu sbelum kawin tapi xde la nak bgtahu kan yg kita ni belum kawin lg..hmmm

Kukukuk

Kakak garang please chill out kay.

wpDiscuz