Hotel Mewah

Terima kasih admin kalau cerita ni dikeluarkan. Hello, aku nak cerita pengalaman aku bermalam buat pertama kalinya di salah satu hotel termewah di Selangor kalau yang tahu tu tahu lah hotelnya ala ala istana. Aku bermalam di sana sebab ada satu program dan aku menjadi salah satu secretariat dalam program tu.

Jadi setelah kami semua berkumpul dan dibahagikan dengan tugas masing masing, ada sedikit isu tentang penginapan jadinya kami semua diminta untuk tunggu dan akan diberitahu tempat penginapan kami. Akhirnya, setelah beberapa jam kami menunggu sambil berkenal kenalan dengan yang lain kami pun diberitahu tempat penginapan kami di hotel sekian. Aku dan kawan aku teruja bukan main sebab yela pertama kali duduk hotel mewah lepastu free pulak.

Kami pun bertolak menuju ke hotel, kami mengambil masa dalam beberapa minit untuk sampai ke hotel tersebut tak jauh dari tempat program , setelah sampai kami menunggu untuk check in dan diberi kunci bilik masing masing. Orang kata masuk mana mana tempat mulakan dengan bismillah dan salam tapi aku dengan kawan punya excited ya satu apa pun tak ingat.

Bilik yang kami dapat boleh masuk bertiga jadinya aku, kawan aku Jay dan sorang akak ni. Kami pun buat hal sendiri ada yang mandi ada yang duduk saja saja, tiba lah waktu nak tidur aku dan Jay ni biasa je tidur gelap cuma kena ada cahaya sikit lah tapi akak ni suruh kitaorang tutup semua lampu, aku dengan Jay dah pandang sesama kitaorang.

Tapi, aku tutup juga lampu then buka lampu toilet sebab taknak gelap sangat. Aku pun cuba untuk lelapkan mata sebab dah agak lewat juga, aku punya posisi katil sangat dekat dengan almari yang mana almari kayu tu nampak sangat antik dan ukiran ukiran lama macam tu. Almari tu aku buka pintu dia sebab taknak baju berbau dalam tu , masa aku tidur aku menghadap almari tu tapi aku rasa tak sedap hati aku pusing sana pusing sini akhirnya terlelap tapi aku tak deep sleep, aku tersedar dalam pukul 4 pagi macam tu aku tengok Jay dan akak tu tengah tidur lagi.

Aku palingkan muka aku menghadap almari yang terbuka tu lagi dalam keadaan aku tutup mata cuba untuk lelap semula, aku rasa macam ada orang tengok aku, aku cuba tenangkan diri maybe penat sebab jalan jauh, aku pusing pusing badan dua tiga kali , kali ketiga aku pusing menghadap almari tu balik aku terus rasa ‘benda’ yang pandang aku lari mengejut macam kearah muka dan sebut nama aku dengan bunyi yang sangat aku tak boleh nak gambarkan, semacam marah tapi aku tak pasti. Aku terus bangun menggigil semua perasaan ada time tu. aku terus kejut Jay dan bersyukur sebab ngam ngam azan subuh dari phone terdengar.

Pagi tu, kami semua berkumpul di lobi sementara menunggu kami punya leader turun, tiba tiba sorang abang ni buka cerita, aku bagi nama abang wan lah ya ,dia tanya kitaorang semua okay ke semalam. Aku dengan kawan aku cakap okay je tapi abang tu buka cerita , malam semalam dia keluar kejap then masa dia balik tu dekat koridor sebelum nak ke lif ada satu pintu kaca automatik which is kalau kita lalu baru dia terbuka tapi abang tu dah lepas pintu kaca auto tu dia nak masuk ke lorong bilik dia, dia saja tengok pintu tu. Apa jadi ya pintu tu masih lagi buka tutup buka tutup dia kata macam ada benda tengah main dengan pintu tu then dia sedapkan hati abang wan kata maybe pintu auto tu rosak hahaha okay habis cerita abang wan roommate abang wan pulak cerita.

Aqil, aqil ni cerita dia masa tengah mandi oh tapi bilik mandi memang besar dan ada banyak cermin yang bila kau masuk tandas tu rasa macam ada je yang tengah tengok kau, okay berbalik dengan cerita aqil dia tengah nak mandi dia pergi dekat cermin yang biasa lah tempat nak gosok gigi ke basuh muka semua , lepastu dia pergi mandi lepas je aqil ni mandi dia nak ambil tuala dia lah dekat belakang pintu dia terkejut sebab tuala dia bergoyang goyang macam ada orang baru lepas lari langgar tuala dia apa lagi cepat cepat dia keluar tandas dan abaikan saja sebab kitaorang ada beberapa hari lagi dekat situ.

Abang wan minta kitaorang kalau ada apa apa cuma jangan layan dan kuatkan semangat je. Hari terakhir, masa dalam kereta kawan aku tanya aku masa hari pertama tu okay ke tak.
Lepastu aku pun cerita lah dengan dia apa semua , rupanya malam kitaorang sampai tu dia pandang aku sebab dia ada dengar bunyi mencakar cakar dan orang ketuk ketuk dinding dekat bilik sebelah tapi dia tak cerita dekat aku sebab taknak masing masing fikir bukan bukan.

Cerita aku mungkin tak berapa seram tapi kalau siapa yang mengalami nya je yang tahu perasaan tu macam mana, tapi saja nak kongsi pengalaman yang takboleh dilupakan. Tapi suara yang panggil nama aku keluar dari almari tu masih aku ingat cuma tak dapat nak digambarkan. Terima kasih -Tamat-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 2.8]

4 thoughts on “Hotel Mewah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.