hysmr-Dengki

Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih kepada admin kalau sudi siarkan kisah aku ni. Dah lama jadi silent reader kat FS ni, banyak cerita menarik yang aku dah baca. Respect kat semua yang berani share cerita masing-masing. Intro, aku perempuan dan berusia 20 tahun tu je kot haha. Maaf kalau cerita aku kurang menarik atau tak seram tapi harap dapat jadi pengajaran & boleh ambil iktibar.

Ayah aku seorang peniaga, di pasar basah area Negeri Sembilan. Tak perlulah aku spesifikasikan tempatnya. Ayah aku mula mengalami kejadian pelik sejak hujung tahun 2015, pada mulanya aku taktahu pun pasal ni tapi aku terdengar mama & ayah aku bercerita. Ayah selalu mimpi ular besar dan kadang-kadang kucing. Ayah aku ni rajin jugak ke masjid, jadi dia ade merujuk pasal mimpi ni pada imam masjid dan imam tu kata kalau mimpi binatang macam ular, kucing ni semuanya jin. Sama ada orang hantar, dia sukakan kita, atau mungkin saka dari keturunan sendiri yang nak menurun kat kita. Imam tu cuma ada bagi ayah aku ayat-ayat Ruqyah sebagai pendinding. Mimpi tu berkurang tapi masih lagi berterusan cuma tak kerap macam dulu.

Makin lama, mimpi tu jadi kerap balik. Sampaikan kadang-kadang masa tidur ayah aku bercakap, menjerit dan kumat-kamit bahasa bukan-bukan. Mama aku suruh ayah aku cuba pergi Darussyifa’ untuk scan badan dia kalau-kalau ada yang tak kena. Mula-mula ayah taknak, sebab dia kata takde apa-apa gangguan mimpi je tapi bila mama selalu paksa baru lah ayah nak pergi tempat rawatan tu.
Bila pergi Darussyifa’ ni, ustaz yang ada tu scan ayah aku (proses dia tak perlu lah aku ceritakan). Tapi lepas je proses tu ayah cerita masa ustaz tu scan kaki dia belah kiri sejuk & ustaz tu bagitahu kalau sejuk di belah kaki kiri bermakna jin tu jin kafir. Ustaz tu ada beritahu jugak yang ada orang dengki dan hantar benda tak baik kat ayah, tapi bila tanya siapa ustaz biasalah dia takkan bagitahu siapa takut kita ni jadi marah dan buat benda tak baik pulak pada orang tersebut.

Lepas scan tu ustaz tu suruh ayah aku datang lagi untuk teruskan rawatan supaya boleh buang segala benda dalam badan ayah aku. Masa rawatan kedua dibuat, ustaz tu ada baca-baca dan tiba-tiba je ayah aku mengeram keluar suara garau yang bukan suara dia, ayah tukar posisi duduk dari kaki melunjur tiba-tiba bersila dan menunduk . Ustaz tu mula dengan bertanya “Siapa tuan kau?” beberapa kali jugak tapi ayah diam je tak bersuara cuma kadang mengeram macam tak suka.

“Aku tanya kau taknak jawab ye nanti kau.” Ustaz tu pegang hujung kaki ayah dan baca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Tuan aku benci pada dia!! Tuan aku tak suka!” ayah mula bersuara. Aku, mama dengan adik-adik aku yang tengok benda tu terkejut sangat.

“Kau ada berapa ramai?” tanya ustaz tu lagi.

“banyakkk” suara ayah masa tu memang mengerikan. “Sekarang aku nak kau keluar dari tubuh anak Adam ni, jangan kau ganggu!” ustaz tu sambung baca lagi ayat-ayat.

Tangan & kaki ayah aku belah kiri tiba-tiba je bergetar macam menggigil. Ayah jerit dan masih keluar suara garau tadi. Ustaz tu masih teruskan bacaan dia dan tangan dia macam menolak sesuatu dari atas kepada ayah sampai ke hujung kaki “Allahuakhbar!” dan tiba-tiba ayah tersedar tapi mata dia merah sangat dan berair. Ustaz tu pun nampak macam lelah.

Ustaz tu terus tanya “Bang ok ke?” ayah aku cuma diam je dia nampak penat sangat.

Ustaz tu mintak isteri dia ambilkan secawan air dia baca-bacakan dan dia bagi pada ayah. Rawatan pun selesai ayah dah tertidur atas kerusi sebab kata ustaz tu badan ayah aku sakit-sakit dan sedikit letih lepas rawatan ni.

“Kak, lepas ni saya akan bagi air yang saya dah tawar. Mintak nanti balik akak suruh abang mandi dengan air tu dengan limau nipis. Sebab mungkin lepas ni badan suami akak akan bisa-bisa kesan daripada rawatan ni.” Mama aku cuma mengangguk.

Ustaz tu bagi tiga botol besar air yang dah siap dalam plastik pada Mama, dan dia ada berbual sikit. Lebih kurang macam nilah perbualan mereka,

“Sebenarnya kak, sejak bila suami akak mengalami mimpi pelik-pelik ni ?” -ustaz

“Akak tak pasti tapi dia mengadu mimpi macam-macam sejak tahun lepas lagi(2015). sebelum ni dia ada mimpi jugak tapi tak kerap macam sekarang.” -mama

“Suami akak ni dah lama sebenarnya kena, cuma benda tu tak dapat nak serang teruk sangat sebab suami akak mungkin tak tinggal solat. Mohon lepas ni selalu berjemaah sekeluarga sebab takut-takut dia hantar pada akak atau anak-anak jugak.” -ustaz

“In shaa Allah ustaz.” -mama

Balik tu mama yang drive, ayah tak larat dia cuma tidur je masa dalam kereta. Balik lepas mandi dengan air yang ustaz tu dah tawar, ayah terus masuk tidur. Untuk makluman korang, ayah aku ni selagi belum pukul 2 3 pagi dia tetap jugak depan tv. Tapi ni sebab letih sangat dia terus masuk tidur. Seminggu jugaklah ayah mengadu badan dia bisa-bisa, tapi Alhamdulillah tak ada dah mimpi pelik-pelik.

Tapi, ingatkan sampai situ je. Rupa-rupanya lebih kurang sebulan lepas tu, ayah mengadu ternampak pontianak dekat dapur dan luar rumah, mimpi kucing berlawan dengan ular. Ular tu hitam berkilat dan kucing tu warna putih bersih. Ustaz yang rawat ayah aku tu pulak dan berpindah cawangan ke Bangi. Kebetulan kawan mak aku kenal sorang ustaz dari Kelantan tapi duduk area Seremban jugak. Ustaz F. Terus call dan set tarikh untuk jumpa, ustaz tu taknak jumpa kat luar dia nak jumpa kat rumah aku. Katanya dia nak tengok rumah sekali lepas ceritakan masalah ayah kat dia.

Ustaz F ni tak banyak sangat bercakap, masa dia datang dia tengok rumah dan mintak satu family aku duduk berkumpul kat ruang tamu rumah lepastu dia terus pegang kepala ayah dan bacakan ayatul Qursi, 3 kul dan beberapa surah yang aku tak pasti surah apa. Masa proses tu, ayah aku menangis tiba-tiba. Air mata dia mengalir muka dia macam menahan sakit. Selesai je sesi rawatan tu ustaz tu mintak izin nak ajak ayah aku & satu family aku solat jemaah kat rumah aku. Kebetulan masa tu nak masuk waktu maghrib dah, ayah on je.

Selesai solat, biasalah tetamu datang hidang apa yang patut. Ayah aku tanya, “Sebenarnya kenapa ustaz?” ustaz tu senyum je. “Abang ada berniaga ke kat mana-mana?” dia terus tanya macam tu. Sebab untuk pengetahuan korang, mak aku cuma cerita ayah aku alami mimpi pelik-pelik dan nampak bukan-bukan je tak ada cerita meniaga ke apa.

“Ada ustaz.” ustaz tu cuma mengangguk je. “Ada apa sebenarnya ustaz ?” mama pulak tanya. Curious lah tu huhu siapa je tak curious kalau jadi macamni kan.

“Meniaga abang macam mana?” tanya ustaz tu lagi. “Dah dekat 2 3 bulan jugak lah, sale makin kurang. Kadang-kadang tu barang rosak buang je pasal customer kurang.”
“Nanti saya nak pergi tempat berniaga abang, nak tengok kedai.

Macam nilah bang, sebenarnya ada orang dengki ngan niaga abang ni. Dah lama dia duk perati, dah lama dia nak hanta tapi tak jadi pasalnya abang solat. Kira ada pendinding la.” jawab ustaz F. Ayah ngan mama cuma angguk-angguk je. “Saya taktahulah ustaz rasenya saya tak ada musuh.” kata ayah. Ustaz tu senyum je “Kalau orang dengki bang, kawan pun dia dah tak kira. Takpelah, kita ikhtiar.”
Lepas pada tu ayah aku mimpi, ada ular nak patuk dia tapi tak dapat nak patuk tapi tak dapat. Ayah tak mengelak tapi memang ular tu macam susah nak patuk ayah. Ayah cerita pada ustaz F, ustaz F kata bila ayah free nanti dia nak ayah bawak dia pergi kedai ayah. Bila dah set masa, ayah bawak ustaz ke tempat niaga ayah.

Ayah pergi dengan mama, aku dengan adik-adik tak ikut. Bila balik mama cerita, ada orang tabur lada dengan tanam sesuatu depan kedai ayah. Aku pelik gak nak tanam macam mana sebab kedai ayah pakai simen bukannya tanah. Mama kata dia tanam cara halus, untuk tutup rezeki ayah. Biar orang tak nampak kedai ayah.

Beberapa minggu lepas tu ustaz F datang rumah dan mintak sediakan dua mangkuk besar garam kasar. Ustaz tu bacakan surah Ruqyah dan beberapa surah yang aku pernah dengar tapi tak pasti nama surah tu. Ustaz F mintak taburkan sikit garam tu depan kedai ayah setiap hari , depan rumah dan selebihnya buat untuk masak. Ustaz tu kata bukan garam ni yang menyembuhkan , ni ikhtiar semuanya atas kuasa Allah. Alhamdulillah beberapa lama lepastu, ayah dah tak ada mimpi yang bukan-bukan lagi.

Tapi ustaz tu kata nak merawat aku pulak sebab gangguan tu ada terkena pada aku. Ustaz tu tanya ada mimpi yang pelik ke, aku jawab kalau mimpi pelik-pelik tu tak ada tapi aku selalu mimpi baby(bayi) dan budak kecik. Ustaz tu kata kalau mimpi budak ni sebenarnya jin.
Dia suruh aku & ayah mandi pakai garam yang dia beri tu dan dia kata gangguan pada aku tak teruk cuma terkena tempias je. Dia baca-bacakan, aku terasa sakit kat bahu masa rawatan tu. Panas dekat atas bahu bila ustaz tu baca-baca dan lepas je ustaz tu tarik sesuatu dari kepala aku, hilang rasa panas tu.

Cuma mata aku rasa mengantuk lepas daripada rawatan tu padahal sebelum tu ok je. Ustaz kata itu memang kesan dia, mengantuk & sakit. Ayah aku pulak muntah-muntah lepas rawatan tu tapi tak ada lah keluar jarum atau pun paku. Cuma ada 2 3 butir kaca yang ustaz tu kata di hantar melalui angin sebab tu badan ayah sakit-sakit. Sebab kaca tu. Ustaz tu ambil kaca tu dan tanam kat mana tu aku tak pasti. Ayah kata dia ada mimpi seseorang yang dia kenal, tapi ayah tak bagitahu nama.

Dalam mimpi tu, orang tu datang mintak maaf sebab buat macam tu. Ayah kata dia tak simpan dendam, cuma dia tak sangka. Ada jugak manusia macam ni zaman sekarang. Rezeki orang pun nak dengki ke deyyyyy! Marah ni huhuhuhu. Sekian je cerita dari aku. Maaf terlalu ringkas dan tak seram, cuma aku nasihatkan kalau kita ada mengalami mimpi yang bukan-bukan jangan abaikan sebab takut sebenarnya tu sebagai tanda & jangan dengki dengan orang sebab Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.

10 comments

  1. citer awk ni lebih kurang cam famili sy…org kenakan kat abah n tempias kena sket kt sy (tp sy tak pasti masa tu sy kena sbb benda yg anta kt abah atau skolah)….pelik org yg suka dengki ni…kita ni x de lah kaya pn tp tetap juga x puas hati…Alhamdulillah skang x de dh

    1. Kaannn…
      Payah nak hadam alkesah manusia yg peel cenggini…

      Masalahnye yg dianiaya tu belom pon jd hartawan, yg menganiaya pon idokler jd kaya raya…

  2. huhuhuhu masa parents sy ada kedai makan dulu, yg paling sy ingt… kedai ktorg tu org pernah x nmpk yg ktorg bukak selama sebulan…
    santau..pukau…tu mmg dh mcm2 ayah sy kena…
    semoga org yg menzalimi parents kita tu bertaubat la ye

  3. Alllahuakbar…… dik smuga ko n family terhindar dr sihir2 ni. Nampak tak iktibar dr cerita ko ni… solat tu pendinding. Syukur ayah ko tak kena teruk, sbb byk je kes sehingga rosak organ smpai bawak maut. Solat jangan tinggal, nasihat untuk semua dan diri akak gak. Salam

  4. Alahai manusia. Tak pernah la puas ye. Tak boleh ke takde rasa hasad dengki tu. Takpe la.. ayah awak pn takde dendam apa dengan dia. Moga dia sedar dan bertaubat. Moga awak sekeluarga tabah.

  5. Santau dengki ya Allah x tahulah nk kata mmg bnyk…slalu dngr…aduh sedih dngn perangai masyarakt yg slalu dengki ni. Baru je dengar mak kawan sya sakit badan2 dia. Mak dia ni berniaga…sya rsa dah boleh agak dah kenapa dngn mak dia tu…tetiba ka jadi mcm tu…bukan sngka buruk just mcm agak2 je… Smpai x leh jalan dibuatnya…

    Mak sya pun ada kene jg. Smpai semput mak sya mcm nk maut dah…

    Pleaselah yg amal² perkara syirik ni tlonglah berfikiran waras sikit. Sma² majulah… Jngn nmpk org senang sikit rsa x puas hati…

    Sakit nya hati dngn geng² ni…

  6. Terima kasih pada yang mendoakan saya & family alhamdulillah sekarang semua dah oke. Kepada reader yg ada alami benda sama, moga kita semua bawah lindungan Allah aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *