Ikut Rentak ku

Hai semua! Terima kasih kepada Fiksyen Syasya kalau coretan aku ini di publish. 😘

Intro sikit berkenaaan diri aku. Nama aku HD, seorang lelaki, berwajah innocent tapi rupa tak mewakili perangai dan sikap aku yang sangat nakal dan gila2. Cerita yang aku nak share ini merupakan pengalaman pengalaman aku sendiri. Mungkin tak seram bagi korang tapi cukup memberi kesan kepada aku untuk aku kenang. Maaf kalau bahasa, gaya penceritaan ke laut since aku bukan penulis dan taip ni pon guna HP je.

Ikut Rentak Ku…

Kisah ni took place masa aku berumur 15 tahun. Masa ni aku memang nakal sangat. Nakal sangat sampai tahap hampir sebulan misteri siapakah empunya diri Mohamad H********* disebabkan dari awal tahun masa Form 3 ni aku just datang sekolah untuk ambik kedatangan lepastu ponteng sampai ke tengah hari. Oh ya, Aku sebenarnya pelajar sesi petang tapi pandai2 sendiri tulis surat mintak tukar ke sesi pagi, tiru tandatangan bapak aku beralasankan aku tak boleh sekolah sesi petang sebab mak aku kerja di sebelah malam dan bapak aku kerja di sebelah pagi then takda orang nak jaga adik2 aku bila mak aku pergi kerja seblah malam. Tapi tu semua poyo, alasan semata2. Hehehehe…

Suatu hari, selapas habis drama cina di TV3 pukul 6 petang, aku pun rasa boring taktahu apa nak buat. Aku pun text la kawan aku si Apis ni ajak pergi cyber cafe kat pekan. Masa ni xdak whatsappp bagai lagi, hanya ada HP Nokia, Motorola, Sony Ericson semua tu je. Pergi cc pon setakat nak main friendster pastu main game online Super Dancer Online. Pujuk punya pujuk last2 aku pergi seorang je sebab si Apis ni malas nak pergi katanya. Malam tu dalam pukul 2.30 pagi, aku pun berjalan kaki nak balik ke rumah dari cc yang terletak di pekan. Perjalanan ke rumah tu pulak ambil masa dalam 30minit. Gigih! Malam ni jugakla aku disamun, habis duit belanja sekolah aku sekali dengan duit hasil ‘pow’ member kat sekolah. Nasib baiklah HP Motorola L6 aku dah simpan siap2 dalam underwear sebelum nak keluar dari cc. Hehehehe

Kampung aku ni jenis memanjang which is sungai sebelah kiri dan rumah rumah semua di sebelah kanan sampai ke hujung kampungdan rumah aku ni terletak di tengah2 selepas selekoh tipis ke kiri dan selekoh ini jugaklah terletak sebuah rumah lama usang yang tak berpenghuni.. Masa berjalan kaki masuk ke area kampung ni memang sunyi memandangkan masih hari persekolahan. Hanya aku si kupu2 malam bertemankan sinaran bulan yang berjalan keseorangan. Jalan punya jalan dengan selipar capal yang korang tahu macam mana bisingnya( ketak ketok ketak ketok) tiba2 aku terperasan macam ada bunyi tapak kaki lain berjalan kat belakang aku. Toleh belakang tapi tiada apa di situ. Husnuzon tu Cuma bunyi gema capal aku je.

Dalam husnuzon aku dah rasa tak sedap hati. Nak sedapkan hati supaya tak pikir bukan2 aku pon berhenti melangkah. Lepas tu try hentak kaki sekali then bunyi kat belakang pon sekali je. Try hentak dua kali cepat2 pon sama jugak bunyi kat belakang. Then aku pon teruskan melangkah tapi tiba2 bulu roma meremang memikirkan aku akan lalu kawasan rumah lama usang. Time masa ni jugaklah terimbau kisah orang lalu situ malam2 ternampak penampakan kerbau hitam yang besar, Kak Ponti terbang beriringan semasa orang memandu melalui area situ. Namun ku gagahi jua teruskan melangkah.

Hampir tiba di kawasan rumah usang, aku pun berhenti sekali lagi berkira-kira sama ada nak berlari atau terus melangkah berjalan saja. “Ketak, ketok, ketak” bunyi capal di belakang namun pada masa tu, aku dah berhenti berjalan. Serta merta degupan jantung aku berdegup pantas. Terus dengan bodohnya aku hentak 3 kali diikuti 3 kali bunyi di belakang. Fuhhh, lega.

Capal di kaki ku tanggalkan berkira untuk berlari melalui rumah usang terus sampai ke rumah. Capal ku jinjing di tangan dan aku pun berlari. “Ketak, Ketak, ketak” degan pantas seperti berlari bunyi capal tapi capal sudah ku tanggalkan, sambil berlari berkaki ayam aku pun menoleh ke belakang namun tetap juga tiada apa cuma bunyi sahaja capal sahaja kedengaran. Ketakutan dan rasa nak menangis, lantas aku menjerit “Makkkkkkkkkkkk!” Tanpa sedar aku berlari membelok ke rumah orang, berkira hendak mengetuk pintu rumah atau paling tidak mintak ditemankan hantar pulang. Tercungap cungap menarik nafas selepas berlari, berdiri pegun aku memandang jalan raya dihadapn selepas niat untuk mengetuk pintu rumah orang ku batalkan.

Hampir 15 minit aku berdiri pegun memandang jalan raya ketakutan sehingga aku mendengar bunyi motosikal. Rupanya itu si Toyol( nama mamat yang bonceng motosikal) yang pulang dari bekerja di kedai Satay di pekan. Si Toyol ni tinggal di hilir kampung which is hujung kampung. Si Toyol ni memang selepas kerja memang dia akan minum dan mabuk and yes malam tu pon dia mabuk. Hanya berbalas senyum je aku dan dia semasa aku berlari beriringan dengan dia sampai ke rumah. Sesampai di rumah aku pun mengetuk pintu rumah sehingga mak aku membuka pintu. Capai tuala, pergi mandi dan selepas itu tido. Esoknya aku tak pergi sekolah. Hahahahha.

Sekian.

Maaf kalau korang tak paham sebab aku peperiksaan SPM pun dapat 8. Yang peliknya Bahasa Inggeris aku kredit pulak. Lagipun bahasa melayu hanya digunakan di sekolah sahaja memandangkan aku berasal dan bersekolah di Sarawak. Sarawak, tanah tumpah airku. ✌️

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *