Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada Team FS dan pembaca sekalian. Semoga semua dalam kerahmatan dan perlindungan ALLAH SWT selalu. Kali ini saya ingin berkongsikan kisah yg baru saja terjadi pada saya sekeluarga. Gangguan dari ilmu hutan dusun sarawak yang menyerang kami dengan izinNya. Masih dalam proses rawatan dan sedikit sebanyak di duga berkait dengan sakit dan mistik. Walaubagaimanapun tiada apa yang berkuasa selain dari ALLAH SWT dan wajiblah kita yakin denganNya. Ikuti kisahnya…
Bermula dengan penggunaan ilmu pengasih kepada salah seorang anggota keluarga saya yang telah berkeluarga. Di beri makan benda yang kotor dan didamping hampir setiap hari, dengan izinNya ia berhasil sehingga menggoyahkan rumah tangga yang dibina. Tetapi ia tidak berhenti disitu, hati si wanita itu tidak pernah puas dek harta yang dikejar.
Ibu saya memaklumkan perkara berkenaan dan kami beriktihar untuk memulakan proses rawatan sendiri memohon pada-Nya. Oleh itu saya dan ibu menjalankan proses utk merawat dengan bermacam cara menggunakan Al Quran. Antaranya bacaan yaasin 7 mubin, Al Ankabut, Al Baqarah dan menggunakan medium gambar wanita tersebut sebagai tujuan untuk menawarkan ilmu yang digunakan. Bukan senang hendak mengharungi dan bermacam yang dihantar bila kami memulakan proses rawatan.
Setiap kali sesi rawatan bermula antara gangguan yang datang adalah dalam bentuk menyerupai wanita tua hodoh. Lidah panjang, gigi tajam dan dalam keadaan separuh bogel yang amat hodoh. Berambut putih panjang sambil mengetuk tingkap dengan kuku yang panjang hampir sekaki. Saya tak sanggup nak tenung kerana ingin fokus pada bacaan. Rasa seram dan sejuk menusuk ke dalam diri, namun pada ALLAH SWT saya memohon perlindungan. Saya tidak ingin kalah dengan penampakan dirinya. Bila gambar wanita berkenaan ditenung, ditunjukkan pada saya olehNya rupa dan jenis ilmuan yang digunakan. Gambarnya berubah serta merta dalam keadaan yang amat jauh hodoh dari apa yang saya sangkakan malah jauh lebih hodoh dari apa yang ditunjukkan dalam tv.
Bermacam jenis gangguan yang berlaku tidak kira siang atau malam. Hanya kekuatan dan penyerahan diri pada Allah sahaja yang mampu menepis segala gangguan yang datang. Diantaranya seperti..
Bunyian loceng basikal disiang hari di dalam rumah yang tidak henti-henti. Mengganggu dan terus menggangu dengan tanpa henti. Jelmaan makhluk seperti bajang yang akan muncul di malam hari menjenguk dari dedaun jendela. Menjeling dengan muka panjang, bergigi tajam dan berkepala botak sambil mulut berdarah. Semasa tidur malam pula, jelmaan wanita hodoh berambut putih menjelma dalam keadaan yang marah dan benci. Memaki hamun didalam bahasa yang tidak difahami oleh saya.
Gangguan masih berlaku dan baru-baru sahaja berlaku, muncul jelmaan yang menyerupai anak buah saya tetapi mukanya lonjong sedikit dan dagu memanjang. Makhluk itu hanya duduk di hujung kaki saya sambil memerhatikan saya yang sedang baring nak tidur. Jelmaan wanita hodoh itu kembali muncul di depan saya walau di siang hari sambil mempamirkan rupa yang hodoh dan seram.
Proses perawatan dan berserah kepadaNya tidak pernah putus, namun kesembuhan itu hak mutlakNya. Siapalah kita sebagai hambaNya hendak demand dan soalkan apa yang terjadi. Inshaa ALLAH saya akan kongsikan sambungan penyudahan kepada dugaan yang sedang menimpa saya dan keluarga.
Tidak kira apa kaum, keturunan, ilmu, cara dan kaedah yang digunakan dalam sesuatu ilmu.. Tiadalah ia terjadi tanpa izin ALLAH SWT Pencipta dan Raja segala makhluk..
sebenarnya cerita ni fiksyen je..
hehe
JAHATNYE menyamar sebagai penulis. ko fake.
woi kau sapa?
apesal guna nickname aku..
k.
o.
Owhh..
Auww
OOyeakew. .”soo far sOo goOd. .t.t. .
Tulis punya panjang, isi kosong last2 dok sembang ja lebih.. puih pooodah cit
kau ckap elok2 sikit khinzir aku santau kau nnt..
Waaaahhh kata perawat islam.. x kan main santau.. takuuuutttt
Tuan syed sila keluarkan makhluk halus dari badan manusia ini.