Ini Terjadi Bila Saka Dah Sebati

Assalamualaikum.. untuk pertama kali aku tampil “keluarkan” cerita mistik versi aku sendiri setelah aku sendiri menjadi pembaca setia Fiksyen Shasha. Setakat ni aku suka sangat episode “BOSS BUAT HAL LAHH” haha… memang seram habis and aku harap sangat abang tu ada sambungan story dia.

First thanks admin sebab sudi share cerita saya ni, mungkin agak boring dan panjang tapi ini adalah antara pengalaman paling seram pernah saya lalui selama hidup 24 tahun.
Ceritanya bermula apabila saya bersama sekumpulan rakan kerja ke johor kerana company event kat sana. Kami pergi dengan satu van dan satu kereta, 7 perempuan dan 6 lelaki kalau tak silap(lupa haha).

Kami bertolak dai KL dan sampai di JB petang jumaat. Kami semua duduk serumah bercampur lelaki dan perempuan. Rumah banglow 2 tingkat. Belah atas ada 3 bilik belah bawah ada satu bilik di hujung ceruk bersebelahan dengan dapur. Kitorang Desided lelaki semua tidur tingkat dan perempuan tidur tingkat atas.

Pada asalnya aku nak je duduk kat bilik bawah memangangkat bilik atas semua penuh tapi yang lelaki taknak jadi pape lagipon bilik hujung tingkat bawah tu macam seram sikit. So aku pon follow jela walaupon hakikatnya kitorang ni setiap kali event company memang jenis tidur bersepah tak kisah kau lelaki ke perempuan as long kau tak buat bukan2.

Mula2 masuk rumah t upon aku dah start rasa pelik sebab rumah tu di setiap penjuru dan bilik ada yassin. Tambahan lagi rumah tu besar cantik tapi sedikit menghairankan bila tuan rumah taknak duduk sendiri, dindingnya pon dah kusam lama tak cat baru.

Kisahnya bermula pada malam kedua kat situ iaitu hari sabtu. Kitorang biasanya lepas habis event companya dalam pkul 12 malam baru sampai homestay. Mula2 masuk tu semua muka kepenatan, rata2 masuk terus nak tidur tak mandi tak solat apa pon.

Tapi aku jenis tak selesa kena mandi dlu kalau baru balik dari mana2 tempat sebelum tidur. Sebenarnya masa mula2 masuk rumah tu aku ada perasan satu lembaga putih melintas di dapur berdebelahan bilik tu tapi dek kerana aku ni letih sangat aku pikir mungkin hayalan aku je walaupon lama jugak la aku terpaku kat situ nak pastikan betul tak apa mata aku ni tengok huhu.

Lepas je mandi aku tengok semua perempuan yang tidur bilik atas dah dibuai mimpi rata2nya.. yang aku ni pulak bila badan dah segar mata pulak buat hal taknak tidur. So aku pun turun ke bawah tengok mana taw ada yang belum tidur.

Riuh jugak la sebab 2-3 orang lelaki belum tidur lagi termasuk aku dan 2 sorang lagi kawan perempuan aku. Dorang sibuk dengan shisha. Aku cuma peratikan je sorang kawan perempuan aku ni bergurau agak berlebihan dengan manager kami, sambil tu kami yang lain pon tumpang gelak tengok dorang main kejar2 main tindih2 laki perempuan.

Sorry to say memang agak keterlaluan diorang bergurau sampai satu tahap bergurau macam nak berjimak. Aku pon ikut je kepala otak diorang, biasa lah semua muda2 tak pikir sangat dosa batas pergaulan.

Jam dah tunjukkan pukul 2 pagi aku pon dah mamai aku baring je kat tilam yang dibentang kat lantai depan tv. Diorang tengah syok lagi bersembang bergurau sampai lah tetiba perempuan yg sorang ni aku pggil A menjerit2.. masa tu dari seronok terus semua cuak mujur lah 2-3 orang laki kat situ pandai sikit bab agama so diorang baca sikit2 then akhirnya si A tertidur lemah.. aku pikir da habis kat situ rupanya belum.

Yang perempuan sorang lagi ni aku bg gelaran B tetiba dia punya agresif lain macam. Makin rancak dia bergurau dengan sorang lagi manager sedangkan baru je lepas satu hal. Aku dah pikir lain macam, so aku pujuk si B untuk mandi aku temankan. Tapi dia tannak, katanya kaki dia sakit2 badan dia tak selesa.

Aku dah start berjaga2 utk sebarang kemungkinan. Si B tetiba bangun nak bergurau dengan manager aku. Si B seolah2 sangat bernafsu dengan manager aku tu sampai kan tak pikir kami yang ramai2 tengah tengok. Selamber je di duduk atas badan manager aku macam adegan suami isteri siap goda nak cium bagai. Sumpah daring habis dalam masa yang sama muka dia bernafsu tapi menyeramkan.

Aku dah start rasa tak sedap. Mujur manager aku t upon ada ilmu sikit, so dia pon dah mula dapat agak bila aku pon bagi isyarat. Kami semua dalam. Si manager aku sorang dengan 2 lagi lelaki cuba Pancing untuk benda tu keluar. Lama jugak benda dalam badan si B ni main tarik tali taknak tunjukkan diri sampai sempat la si B ni berjalan keluar rumah sambil diawasi sorang laki kawan kami. Bila dia masuk je rumah masing2 yang lelaki dah bersiap sedia nak keluarkan benda tu dari badan si B.

benda tu apa lagi mula la mengamuk berlawan kutrat dengan 4 lalaki. Jenuh jugak nak kluarkan tetap tak Berjaya sampai semua penat termasuklah si B. jam dah tunjukkan pukul 4 pagi. Tiada pilihan lain kami terpaksa hubungi ketua manager kami untuk selesaikan hari itu jugak. Perempuan2 lain semua dah terjaga dan berkumpul di bawah sejak si B mula hysteria. Masing2 berjaga.

Sampai sahaja ketua manager dia bising2 dan mula menyoal aku macam2. Aku pon cuba lah sebaik mungkin untuk tak cerita yang sebetulnya sebab aku taknak nanti manager aku tu dapat masalah pulak. “ni mesti korng ada buat bukan2 ni kalau tak ape sebab semua ni nak jadi?” bebel dia aku dan yang lain diam je malas terus terang. “mula2 aku tengok rumah nip on aku masuk aku dah agak ada yang tak kena” katanya lagi. Kami masih berdiam diri. Ustazd da dihubungi tapi katanya nak buat rawatan sekarang tak boleh sebab pusat rawatan masih tutup dan aku pon tak tahu ape sebab ustadz tu sendiri taknak datang.

So kami kena tunggu subuh baru ustadz tu kata boleh datang ke pusat perubatan dia. Dalam tempoh tunggu t upon sempat lagi si B bergurau mengamuk sekali lagi sampai penat la 5 orang lelaki nak pegang.

Dalam pukul 6 lepas azan subuh kami semua keluar tergesa2 untuk ke pusat rawatan. Masing2 tanak naik van so terpaksa lah aku dan 2 orang lelaki temankan si B takut dia mengamuk dalam perjalanan. Tapi nasiblah dalam perjalanan tu takda lah dia nak mengamuk cuma dia ajak borak2 je. Itu pon kami tau yang kami borak tu bukan orang tapi dia.

Dalam borak2 tu sempat dia cabar sorg budak laki yang pegang dia sambil kata, “ kau bukaklah spec mata kau tu kalau kau berani sangat” mata dia bersinar2 tengok mata budak lelaki tu huhuuu.. aku dah seriau kat belakang. “kenapa? Kau tak berani kan tengok mata aku?” seringai dia sambil ketawa.. buat hal betullah hahaaaa. Rajin pulak dia ajak kitorang berborak dengan muka senyum tapi pandangan tetap daring and menyeramkan. “kenapa korang nak kacau aku? Aku tak kacau sesiapa ponnn.. aku dah lama dalam badan diaaaa” katanya mula marah.

Part paling aku seram bila dia kata “kalau aku pusing stereng ni semua mati hahahhahahahaa” kata si B sambil ketawa besar mata melilau tengok sorang demi sorang dalam van tu. Dahlah dia duduk kat seat belakang driver. Haihh buat hal pulak, kecut perut aku dengar…

Sampai je kata pusat rawatan hari pon hamper siang kami pon semua sampai bergelimpangan tidur kat sana dek kerana terlalu penat huhu.. aku langsung tak sedar macam mana ustazd ubati si B. tapi bila semua siap2 untuk balik aku tnya la jugak kawan aku ni dah keluar ke benda tu, jawapan dia cukup tak meyakinkan aku.

Pagi tu ahad kami balik homestay just utk siap2 hari terakhir event sekaligus angkut semua barang2 kami. Si B ni direhatkan dan dikecualikan dari sebarang kerja kt event di hotel tu.
Sampai lah malam event tu pon habis dalam pukul 12 kami pon berkemas nak terus balik KL. Dalam van tu aku mula rasa lain macam jadi aku text ketua manager aku. So kami pon jalan beriringan yg kereta semua di depan dan yang van follow belakang. Lepas saja dari tol JB-KL(tol apa tak igt huhu) si A mula meracau.

Nak taknak kami terpaksa berhenti di tepi hentian. Kat atas jalan tar tu jugak si A ni mengamuk sampaikan peronda pon berhenti tolong sama. Yang peliknya si B ni taknak pulak mengamuk. Elok je dia duduk dalam van perhatikan sorang2 walaupon kami pon sebenarnya berjaga2 jugak dengan dia takut dia buat hal lagi. Agak dah reda kami berkira- kira untuk bergerak walaupon masing2 tak sedap hati.

Yelah manalah tahu kat tengah2 highway nanti diorang buat perangai lagi tak ke nahas dengan waktu yg tengah2 pagi buta tu. Bila di pikir2 kan balik kami buat keputusan untuk berhenti di Melaka, berubat dengan orang sana yg kebetuna salah sorg dari kami kenal. Sampai dalam pukul 3 pagi.

Pakcik tu menymbut kami dengan muka segar macam tk mengantuk. Katanya dia baru je habis ubat orang. Dari situ pakcik tu mulakan rawatan. Pakcik tu ubatkan sekali gus si A dan si B. selepas dah discan baru kami tahu dalam badan si A ada sepasang dan dalam badan si B ada sekor. Mula2 pakcik tu keluarkan yang ada dalam badan si A sepasang suami isteri, melalui apa yang didengari pasangan jin tu marah sebab kami tak hormat tempat mereka dan duat bukan2.

Si isteri mengalah dan mahu peluk islam dan mahu nama tapi yang suami taknak peluk islam so pakcik tu kurung dalam botol. Katanya mahu buang di sungai nanti. Selesai dengan si A tiba giliran si B. ustadz Berjaya pujuk sekor lagi yang ada dalam badan si B.

Bila keadaan dah pilih si A dan si B ni pon beransur baik. Aku dapat tengok si A dah kembali normal. Tapi hati aku masih tak sedap dengan si B. di sebabkan kepenatan melampau aku tak hiraukan sangat perasaan tu. Kami pon beransur pulang ke KL.

Nak dijadikan cerita satu hari aku berborak dengan manager aku. Katanya sebenarnya ustadz tu tak Berjaya buang sekor lagi. Dia hanya buang jin2 yang datang dari homestay tu je bukan yang memang dah ada dalam badan si B. katanya dia tak cukup kuat untuk lawan. Dan sebenarnya yg berada di dalam tubuh si B tu tak pernah keluar pond an dah sebati dengan tuan badan. Mungkin saka. Patutlah lepas kejadian di JB aku tengok perangai dia lain macam tak kena tapi semua yg tahu diamkan je tknak bersuara.

Sampai situ je yang aku tahu, terima kasih sebab baca. nasihat aku bila pergi tempat orang jaga prlakuan sebab ada makhluk lain yang memerhati. Sorry kalau agak membosankan dan terlalu panjang.

12 thoughts on “Ini Terjadi Bila Saka Dah Sebati”

  1. Setuju dgn afiq, sedangkan berdua duaan dgn bukan mahram pun ada setan kt tengah2,inikan pulak korang baper ramai campur lelaki pompuan.. kalau xde jin tu pun korang sendiri perangai dah mcm jin.. bergelak tawa campur lelaki pompuan..

    Reply
  2. tidur satu rumah satu hal lah..bergaul tanpa batasan n buat bising kat rumah orng…sesiapa je mengamuk…

    next time, kalau dtng dr tempat jauh, elok mandi dulu solat . before tidur baca 3 kul and ayat kursi..In Sya Allah tak diganggu

    Reply
  3. muda ke tua tak ada yang terlepas dari dosa. tak boleh la nak kata zaman muda ni bebas buat macam2.

    kalau ada event lagi bawa bincang la asing laki perempuan tempwt tidur.. walaupun tidur tingkat atas or bawah manusia tetap manusia. Bernafsu,kita tak buat,orang lain mungkin ada yg berniat jahat.

    memang ada hikmah kejadian ni,harap masing2 sedar la..

    Reply
  4. Pelik dgn perempuan2 yg langsung xd rasa segan duduk serumah dgn lelaki. Kita ni kalau dtg rumah saudara, ada saudara mara lelaki pun kita segan. Apatah lagi dgn lelaki yg kita tak knl.

    Reply
  5. Hmmm…jimat2 jugak….tp dok la berasingan…..gtau company…..benda tu pn tau pe yg korang buat tu x elok…mau sakit jantung ustaz kalo masa tu dia dtg wat rawatan kt umah

    Reply
  6. kedekut sangat ke bos syarikat tu smpai x mampu sewa homestay 2 biji? 1 utk lelaki 1 utk pompuan…. pelik tol aku… nasib baik hantu tu marah.. klu x marah lain plak jadinyeeeee………

    Reply

Leave a Comment