Ini adalah kisah benar yang terjadi semasa usia aku 19 tahun. Nama aku Echa. Aku seorang gadis yang kasar, senang naik baran dan smoker. Sekasar-asar alam. Bab baran tu bertempat lah. Aku bukan jenis yang suka belajar. Tapi disebabkan desakan mak abah yang nak sangat aku sambung belajar, aku turutkan. So, aku decide nak amek sijil je.
Cukuplah aku beritahu tempat aku belajar tu dikenali sebagai IPS, di Kelana Jaya. Dan tak sampai sebulan pun aku study situ. (sebab baran aku…bergaduh dgn lecturer then aku terus blah tak sembang banyak). OK dah cukup perkenalan.
Separuh dari kisah ni terjadi masa aku dalam separuh sedar. Ada yang aku ingat, ada yang aku tak ingat atau sedar. Yg aku tak ingat tu, roommate yang cerita balik kat aku.
OK start!
Hari Jumaat, malam. Dalam 30 gadis-gadis termasuk 2 warden memulakan bacaan Yassin di ruangan dapur. Aku salah seorang yg tak boleh baca (period). But still kena duduk jugak dengan orang yang membaca. Dalam 10 minit lepas bacaan Yassin bermula, aku terdengar ketukan dari pintu masuk.
So aku palingkan kepala ke belakang tengok sapa yg masuk. Dalam aku khusyuk dok usya pintu masuk, aku perasan satu kepala mengintai dari dinding diantara pintu bilik warden dgn pintu masuk. Rambut panjang tutup mata, yang aku nampak just mulut dia yg bagi senyuman sinis macam ajak aku bergaduh! (Fyi.. aku duduk betul membelakangkan pintu dapur. Dari pintu dapur tu, akan lalu 2 bilik tidur belah kiri, 2 bilik air belah kanan, straight lagi bilik warden dan sebelah pintu bilik warden adalah bilik masuk. Ha korang bayangkan la k..).
2-3 kali kepala aku berpaling tengok pintu masuk budak mana pulak yang tak balik lagi. Tapi tak masuk-masuk. Member aku, Ira cakap, kali ke 3 kepala aku berpaling ke belakang, kepala aku tak gerak-gerak paling ke depan balik sampai bacaan Yassin habis! (Ni aku memang tak perasan pun yang aku pandang belakang lama gila.) Habis Yassin, budak-budak dah perasan aku ni duduk keras mcm batu dengan kepala dok teleng pandang kebelakang, dorang bagitahu warden.
Warden panggil aku, ‘Cha…?’ aku tak nyahut. Lagi sekali dia panggil aku sambil pegang bahu aku. Baru aku mcm terkejut jap pastu rasa tengkuk aku lenguh bak hang! Dia tanya aku ok ke tak, aku jawab ok dengaan cara confius. Masa ni aku dah rasa lain macam. Macam rasa marah.
Mungkin pasal senyuman yang macam nak ajak bergaduh tu! Aku cuba coolkan diri aku kat ruangan dapur lepas semua dah bersurai. Tinggal aku dengan Ira je kat dapur. Ira cakap aku dok jalan kehulur-kehilir macam fikirkan sesuatu. Tapi aku taktahu kenapa dengan aku. Ira ajak aku lepak dalam bilik.
Dah jalan lagi 2 tapak je nak sampai pintu bilik, aku jammed! Aku tercegat je. Sambil pandang pintu masuk yang aku nampak si pemberi senyuman sinis tu. Ira kat belakang aku lagi la pelik kenapa aku tercegat je kat situ. 2-3 kali dia panggil aku tapi tak nyahut jugak.
Then dia terus tepuk bahu aku sambil tolak lembut bahu aku masuk dalam bilik. Dah masuk bilik, aku rasa panas dan baran. Aku terus duduk bersila mengadap katil double-decker. (Double-decker diletakkan secara melintang di tepi dinding). Makin lama aku rasa makin panas, mcm nak mengamuk, penuh amarah. Dalam 5 minit aku pandang je dinding, terus aku amek rokok aku dgn lighter then mintak kunci dekat Ira, aku cakap nak lek jap kat bawah amek angin malam. (Hostel aku ni shop-lot)
Aku dah sampai bawah, aku duduk kat tepi kakilima menghadap block lagi satu yg masih kosong. Aku bakar rokok, then nampak seekor kucing hitam ni catwalk depan aku banyak kali. Dengan berterusan,berulang kali. (Setiap blok sangat panjang dan besar, so tak mungkin dgn sekejap je kucing tu boleh sampai balik pusing kat depan aku).
Masa ni aku mmg dah hampir 80% tak sedar apa jadi kat keliling aku,waktu berlalu pun aku tak sedar.
Tahu-tahu aku terus nampak cahaya terang-benderang kat ekor mata kanan aku. Si Mirul datang naik motor. Rupanya daripada atas lagi Ira follow aku dari belakang tapi aku tak sedar. Ira yang call Mirul suruh datang tengok keadaan aku. Rokok yang aku bakar tu. Aku tak hisap pun, tahu-tahu sebatang abu je tinggal. Dorang cuba borak dengan aku tapi aku tak cakap apa apa pun. Otak aku still confius + hati rasa panas. Nak dekat setengah jam jugak la dorang cuba borak dgn aku. Respond aku sama, senyap je.
Lepas tu, aku dah rasa rimas, aku bangun then beralih pergi dari dorang. Aku sambung duduk jauh sikit jarak dalam 5 meter. Aku duduk betul-betul depan pintu, ngam-ngam belakang pintu tu pulak ada machine auto-pay. Di sebalik pintu dengan machine auto-pay tu, aku ternampak sepasang kaki yang buruk seolah-olah macam terapung atau tergantung. Buruk gila.
HAH! Ni part yg aku dah nak rasa total lost. Ira dengan Capik still temankan aku. Suruh aku istighfar ingat Allah. Tapi aku tak boleh. Capik call warden dengan ustaz lelaki yang ada, Ira call warden perempuan suruh turun. Time ni Ira dah cuba tarik-tarik aku ajak naik atas sebab aku punya pandangan mata kat dorang dah betul-betul lain. Macam binatang dah get ready nak menerkam.
So, beberapa budak lelaki berkampung jap kat situ cuba bantu. Warden perempuan cuba sapu Air Yassin kat kepala aku, aku pergi tepis tangan dia. (Dah tercampak air Yassin tu..Ampunkan aku Ya Allah). Ustaz pulak buka langkah baca-baca kat kepala aku, aku jadi makin buas.
Sambil duduk tu,kaki aku terketar-ketar, jari kaki dengan tangan semua mencengkam sendiri, rambut aku dah serabai tutup muka. Ustaz suruh semua pegang aku. Dorang cuba angkat aku tapi aku sikit pun tak berganjak. Badan aku mcm berat badak. Aku dah meronta-ronta mintak dilepaskan.
Ustaz siram air Yassin kat kepala aku, makin mengamuk aku dibuatnya sampai warden perempuan kena tendang kat perut, budak-budak lelaki kena tempias jugak masa aku mengamuk. Ustaz meneruskan bacaannya.
Lama-lama aku dah start lemah. Semua papah aku. Dah sampai atas, Ira cakap yang aku sendiri cakap aku taknak masuk bilik kitorang. Aku nak masuk bilik senior. So terbaring lah aku dalam bilik senior. Tahu-tahu aku buka mata je, muka warden perempuan yang aku nampak sebab dia cuba baca-baca kat telinga aku nak bagi aku dengar.
Malam tu jugak, mak abah datang amek aku bawak balik rumah. Warden cerita kat mak abah mungkin aku kena sampuk. Apa yg aku betul-betul ingat malam dan takkan boleh lupa, perempuan yg bagi aku senyuman sinis, kucing hitam yg entah dari mana Dan sepasang kaki buruk tergantung tu! Damn… Benda-benda ni biasa buat orang takut, tp ‘dia’ buat d***h aku naik. Lepas kejadian, 2-3 hari jugak budak-budak demam, warden muntah-muntah lepas kena tendang dgn aku. Sorry guys…. Bukan aku tu.
Btw, aku dah lost contact dengan semua rakan-rakan dan warden di IPS. Ada laa 2-3 orang yg still follow aku kat Ig. Semoga semuanya sihat-sihat belaka ok! Tq admin kalau sudi post kisah aku ni. Maaf kalau ada banyak kurang..
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
menarikk…seram
Ig?
Instagram 😊
kena berhenti hisap rokok.
hantu marah tu.
smoking is not good for you.
better stop before it’s too late.
good
Lps kejadian tu terus ko berenti dr IPS tu ke cha?? Menarik jln cerita x melalut²..
dasyat nye….xpe…dalam keadaan tak sedar….mgkin sbb mase tu kau lemah sbb bendera merah…lgi r benda tu senang nak masuk….apepon….pengalaman ni menarik….
bolehla
Apa yg aku perasan ‘benda’ ni mmg suka mengusik org yg x leh nk kawal temper, sbb sng dia nk merasuk. So klu rasa len maciam cpt2 la g amek air semayang. Sekian
selalu ganas2 camni..baran2 camni..open game atas katil jd pendiam terus
aummms nak rasa sikit Cha.
ganas dgn baran sgt ke kau ni?
smoker tu…ni mesti pnh smbil kongkek smoke
Apa yang nak dibanggakan sangat jadi perempuan kasar.. Kasar perempuan, takat manalah kan…
But nice story.. Tq share.
simple and nice, senang difaham .