#Izul – Banglo Peninggalan Arwah (Part 2)

“Woi! Berangan. Kau ni sejak sampai sini mengelamun jer. Ada masalah ke?” berkali-kali Acai menepuk bahu aku.

“Nak tercabut bahu aku.Sakit la.. Aku bukan berangan,tengah fikir cerita yang kau bagitahu ni.Betul ke orang-orang kampung kita yang kena rasuk tu seru nama aku? Kenapa tak ada siapa-siapa yang telefon bagitahu aku pasal ni semua?” bagaikan terkilan nada suara aku.

“Kamu faham-faham jer la Izul. Kami semua tak nak menyusahkan kamu. Lagi pun, kes rasuk semua tu tak adalah melarat lama. Lepas kes dua orang yang menegur tu kena, tak ada orang kampung dah yang berani lalu depan rumah kamu tu,” sampuk Pak Omar sambil menghidangkan makanan yang aku dan Acai pesan sebentar tadi.
Berkerut-kerut dahi aku memikirkan perkara ni. Aku ingatkan lepas kematian Umi dan Abi, semua gangguan ini telah berakhir.Ternyata aku silap.

“Kamu betul ke nak tidur di rumah tu malam ni Izul?” Pak Omar menarik kerusi di sebelah aku dan duduk di situ. Berkerut-kerut muka Pak Omar memandang aku.
“Mana lagi saya nak tidur Pak Omar kalau bukan rumah keluarga saya. Itu jer rumah yang saya ada kat kampung ni,” aku mejawab sambil tersengih-sengih memandang Pak Omar.
“Berani sangat kamu ni. Aku risaukan keselamatan kamu. Acai! Kamu tu jangan tahu makan ajer. Kamu pergi la teman Izul. Tak adalah aku risau sangat. Daripada seorang baik berdua,” tersedak Acai mendengar cadangan Pak Omar. Nasi di dalam mulut Acai habis tersembur keluar. Tergelak besar aku sebab aku tahu si Acai ni memang penakut.

Hari pertama Acai pindah ke rumah aku di Kuala Lumpur tu pun mintak berteman bila nak ke tandas. Inikan pula rumah banglo aku di kampung yang memang sah-sah berpuaka. Mahu terkucil Acai kalau kena bermalam.

“Tak apalah Pak Omar. Jangan risau. Pandai la saya ‘uruskan mereka’ malam ni,” terpancar riak lega di wajah Acai dengan jawapan aku. Haishh..penakut betul Acai ni.
Pak Omar hanya menggeleng lemah. Dia tahu aku memang seorang yang degil sejak dari dulu lagi.

Sedang aku, Acai dan Pak Omar rancak berborak, kami disapa oleh Maiza dan Nora, kawan sekolah aku dan Acai dulu.
“Eh, macam kenal. Izul yer? Lama tak nampak kau.Sihat?” Maiza menyapa.
“Kenapa lama sangat kau tak balik? Dah tak mengaku orang kampung ke?” Nora menyindir sambil menjuih-juihkan bibir ke arah aku.
“Alhamdulillah sihat, Maiza,” soalan Nora aku biarkan sepi tidak berjawab.
“Izul yang kacak bergaya ni memang dah tak nak mengaku satu kampung dengan kau. Buat jatuh standard ajer,” Acai pula yang menjawab bagi pihak Izul.
Merah menyala wajah Nora menahan marah.
“Kamu berdua nak pesan makanan apa? Nak makan sini ke bungkus?” Jelingan tajam Nora pada aku dan Acai dikalihkan setelah mendengar soalan dari Pak Omar.
“Nasi goreng ikan masin bungkus dua yer. Dah lewat sangat ni kalau nak makan sini,” Maiza membuat pesanan sebelum duduk di meja sebelah.

Aku memberi isyarat pada Acai untuk bergerak pulang. Sebelum minah dua orang ni menjalankan siasatan terperincinya ke atas aku, baik aku cabut dulu. Aku malas nak bersoal jawab dengan mereka. Setelah selesai membuat bayaran, aku pantas ke bahagian belakang motosikal. Suara Maiza dan Nora berbisik-bisik langsung tidak aku endahkan. Lantak mereka la nak mengata, tiada kena mengena dengan aku.

Motor Acai laju meninggalkan warung Pak Omar. Jam pun sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Perjalanan pulang yang sepatutnya mengambil masa hanya lebih kurang 3 minit, dirasakan panjang. Sudah lebih 10 minit kami tinggalkan warung Pak Omar, namun masih tidak sampai-sampai ke rumah aku. Jalan yang sama kami lalu ke warung Pak Omar tapi tidak ketemu jalan pulang. Aku menyuruh Acai memberhentikan motor di tepi jalan. Acai yang panik ketika itu berhenti secara mengejut dengan riak muka seperti hendak menangis. Aku tahan tawa untuk menjaga hatinya.

“Kenapa kau suruh aku berhenti? Gelap la kat sini,kepala lutut aku menggigil-gigil dah ni,” aku membaca ayat-ayat Ruqyah untuk melindungi dan menghalau segala ‘gangguan’ tanpa menghiraukan soalan Acai.
Tiba-tiba Acai menjerit. Seekor pocong kelihatan tidak jauh dari kami bersama bau yang sangat busuk menyucuk hidung.
“Pulanglah engkau ke tempat asal! Jangan kau ganggu anak cucu Adam. Tempat kau bukan disini! Allahu Akbar!,” Ku pasak tangan di atas tanah dengan sekuat hati. Kelibat pocong itu terbakar lalu hilang bersama kepulan asap yang tebal.

Acai terduduk di tepi motor dengan muka yang pucat dan baju yang sudah lencun dibasahi peluh. Nasib baik kawan aku yang seorang ni tak pengsan tadi. Kalau tak, memang kena bahan la pagi esok. Aku menunggang motorsikal Acai manakala Acai pula kini menjadi pembonceng. Confirm jatuh dalam longkang kalau aku biarkan Acai menunggang motorsikal dengan keadaan yang separa sedar itu.

Aku menghantar Acai ke rumahnya dan mengambil secawan air suam di dapur dengan bantuan Atok, lalu aku selawat dan hembuskan ke dalam air untuk pulihkan semangat Acai.

Setelah tenang, aku meminta diri untuk pulang. Motor Acai aku bawa pulang atas desakan Atok kerana bimbangkan keselamatan aku.

Sampai sahaja di rumah, pintu rumah yang telah aku pastikan berkunci sebelum keluar rumah tadi, kini terbuka sedikit seperti ada yang menyambut kepulanganku. Lampu di ruang tamu yang aku biarkan terbuka juga kini sudah padam dan rumah aku berada di dalam keadaan yang gelap gelita tanpa satu cahaya pun. Aku bacakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi melawan makhluk-makhluk yang tidak sedar diri tentang kedudukan mereka di muka bumi Allah ini.

“Jangan kau fikir kau dapat sakiti aku sepertimana apa yang telah engkau lakukan kepada kedua ibu bapaku. Aku pulang dengan persiapan yang lengkap untuk melawan engkau!,” tajam amaran aku kepada ‘mereka’. Muncul seorang perempuan di tengah ruang tamu dengan d***h yang penuh di muka beserta bau hanyir yang meloyakan anak tekak.

Dia dipanggil oleh orang kampung dengan panggilan Tok Uda. Ketika aku masih bersekolah rendah, cerita mengenai Tok Uda ini sangat popular kerana susuk tubuhnya dahulu ketika hidup tidak pernah kelihatan tua walaupun ketika itu umurnya sudah mencecah 83 tahun. Tok Uda dahulunya adalah seorang bomoh tetapi telah meninggal dunia lebih kurang 15 tahun yang lepas. Dia datang untuk membalas dendam dan dendam ini tidak akan terhapus selagi aku masih hidup.

“Aku akan hapuskan kau dan keturunan kau. Rumah ini dibina di atas tanah aku! Ayah kau telah merampas hak aku!,” begitu nyaring jeritannya sehingga membingitkan telinga.

“Engkau sudah lama m**i. Tanah ini bukan hak engkau. Engkau tiada hak ke atas tanah yang dibeli hasil titik peluh Abi,” aku menjawab tanpa sedikit pun rasa gentar.

Aku pantas duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu sambil menadah tangan ke atas dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh melawan kuasa syaitan ini hasil perguruan aku dengan Ustaz Bakar. Ayat terakhir aku tekankan bersama dengan kedua-dua belah tangan aku tekapkan ke arah lantai. Tok Uda menjerit kesakitan dan muncul seekor pontianak dari bilik ketiga dan seekor lagi hantu polong dari bilik Umi dan Abi ku.

Aku tidak berhenti dan tidak putus membaca ayat-ayat Allah. Ayat Kursi aku laungkan dan aku lontarkan kepada kedua-dua ekor suruhan Tok Uda. Terbakar kedua-duanya bersama jeritan yang bergema ke seluruh kampung.Tok Uda masih belum berputus asa. Jelmaan kedua-dua ibu bapaku dihantar bagi melunturkan semangatku untuk melawan. Allahu. Sedih rasa hati. Aku tahu itu jelmaan syaitan tetapi wajah sayu kedua ibu bapaku, sedikit sebanyak menggangu akal warasku ketika ini. Aku pandang mereka tidak berkedip. Menitis air mataku kerana sungguh aku rindukan mereka.

“Bismillahhirrahmanirrahim… Dengan nama Allah, aku akan hapuskan engkau dari kampung ini. Engkau jelmaan syaitan dan tempat engkau bukan di sini. Allahu Akbar!,” aku harus kuat melawan. Sekuat hati aku lontarkan ayat tersebut bersama ayat-ayat Ruqyah dan yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya yang benar. Jelmaan tersebut hilang bersama-sama Tok Uda. Ya, Tok Uda akan kembali. Bukan semudah ini untuk hapuskan Tok Uda.

Aku sudah lemah mengerah tenaga melawan mereka. Aku bangun dan menuju ke bilikku. Sebekas garam dan biji lada hitam yang aku bawa dari KL, aku ambil dan baca. Kedua-dua bahan tersebut aku tabur di sekeliling rumah sebagai pendinding.Setelah selesai, aku membersihkan diri dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Aku memanjatkan doa semoga roh kedua ibu bapaku tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh kerana kesibukan pada hari ini, aku tidak sempat ke pusara Umi dan Abi. Pagi esok selepas Subuh aku akan terus ke pusara mereka.

Mata aku tidak mahu lelap memikirkan Tok Uda yang yakin menuntut tanah ini sebagai miliknya. Satu perkara lagi yang aku rasakan aneh adalah mengenai kewujudan hantu polong sebentar tadi. Hantu polong biasanya dipelihara oleh manusia dan dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuhnya. Siapakah manusia yang sanggup melakukan perbuatan syirik seperti ini selain daripada Tok Uda yang telah lama meninggal dunia? Siapakah yang menghantar polong untuk memusnahkan aku? Aku harus bertemu Atok, orang lama di Kampung Sungai Papan. Asal usul tanah keluargaku dan kaitannya dengan Tok Uda, semua ini harus ku gali dan siasat.

Entah pukul berapa aku berjaya melelapkan mata dan hari esok yang bakal menjelma akan aku gunakan sebaik-baiknya sebelum aku pulang ke KL.

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”
Surah Al-Baqarah, Ayat 250.

Panjangkan umurku Ya Allah. Moga esok masih ada nyawa di dalam jasadku untuk aku terus berjuang di jalan-Mu.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Izul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

18 thoughts on “#Izul – Banglo Peninggalan Arwah (Part 2)”

  1. Terima kaseh semua atas maklum balas yang positif.
    Part 3 sudah separuh siap. Insya-Allah selewat-lewatnya esok akan dihantar kepada admin.
    Salam Aidiladha.

    Reply
  2. Izul,kalau boleh panjang n padat kan lg intipati crita ni,akak ni suke sgt bace crita ala2 mmbaca novel gitu,memang suspen nak tunggu sambungan die.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.