JAGA

Assalamualaikum. Nama aku Adi. Aku nak ceritakan pengalaman seram aku sewaktu aku kerja part time sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital area utara tanah air. Time tu tengah cuti sem so daripada duduk saja dekat rumah aku decide untuk kerja part time. Kawan aku bagitau ada kerja kosong sebagai “jaga” kat hospital. Aku pon tak fikir panjang terus apply kerja tuh. Lepas sehari company security tu panggil interview then lepas interview aku pon dapat kerja. Mula-mula kerja tu memang awkward la, orang lain semua dah berumur, aku dengan kawan aku Shah sahaja yang muda.

Umur aku time tu 19 tahun tak salah aku. Muka budak-budak la katakan haha. Biasa la masyarakat, bila tengok budak-budak muda jadi security mula la mengata, tak sambung belajar ke, kenapa tak cari kerja lain la itu la ini la. Negatif betul pandangan dorang dekat kami. Aku pekakkan je la telinga, malas nak ambil kesah. Bukannya aku mencuri pon, jadi ‘jaga’ pon salah ke. Haha. Apa aku melalut nih.

Okay, back to main story aku dengan Shah kerja shift malam. Kami berdua kena jaga post public parking. Post ni juga adalah laluan untuk ambulance ke emergency drop off. Selain kena tengok – tengokan parking, kami juga kena jaga gate laluan ambulance. Dah sebulan lebih aku kerja sebagai ‘jaga’ nih tak ada lagi la benda pelik-pelik berlaku. Cuma selalu la aku dengar makcik-makcik jaga ni bercerita pasal dah ramai kena kacau. Antara cerita yang aku dengar, Abang Razi senior tempat aku kerja kena kacau dengan pocong time dia pergi buat clocking.

Lagi aku dengar pasal post berdekatan rumah mayat. Makcik Saadiah kena kacau minggu lepas, dengar macam orang berjalan tapi bila tengok dekat lorong ke rumah mayat tak ada orang pon. Masa tu lebih kurang pukol 2 pagi. Dia ingatkan mungkin la staff nurse yang berjalan sebab lorong ke rumah mayat tu boleh tembus ke parking staff. Setakat bunyi orang berjalan tak apa lagi, ini ada seorang budak tetiba muncul berdekatan post yang makcik Saadiah jaga. Dia ingatkan ada budak sesat ke apa ke, dia pun panggil la budak tu, “Dik, adik nak pergi mana malam-malam ni? Mak ayah mana?”. Budak tu diam je sambil tunduk ke bawah. Tiba-tiba budak tu berjalan ke lorong rumah mayat dan ghaib betul-betul depan mata makcik Saadiah. Apa lagi berlari la makcik Saadiah ke post lain. Dengar kata seminggu la juga demam. Aku yang dengar cerita-cerita mistik ni malas la nak percaya sangat sampai la malam tu.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Dengar macam cliché je sebab cerita hantu je mesti tengah malam tak pun pukol 3 pagi. Entah la maybe waktu-waktu tu banyak hantu yang merayau kot. Aku dengan Shah duduk dalam pondok jaga sambil sembang kosong. Biasa la kerja jaga ni memang tak ada kerja sangat pon. Dia punya bosan sampai imaginasi kau habis dah. Dah tak tau nak imagine apa lagi. Nak main fon tak boleh nak tido tak boleh so sembang je la. Sambil borak-borak kosong kami terdengar jeritan seorang perempuan dari bangku berhadapan dengan pondok kami. Sekejap dia menjerit sekejap dia ketawa then dia menangis.

Aku dengan Shah memang dah cuak gila dah ni. Aku rasa macam akak ni dah kena histeria ni, nak tolong tapi rasa takut buat aku kaku dekat dalam pondok. Nasib ada Shah, dia roger In charge kami guna walkie talkie bagi tau apa yang berlaku. Dalam 3 minit lepas tuh Abang Rahim In charge kami datang dengan seorang pakcik berserban. Aku pun tak tau sape pakcik tuh tapi nampak gaya macam orang ada ilmu. Pakcik tu arahkan kami pegang kaki dan tangan akak yang histeria halang dia dari terus meronta, lepas tuh pakcik tu baca ayat-ayat Al- Quran. Makin lama makin kuat rontaan akak tuh, kami 3 orang pun tak mampu nak pegang.

Tiba-tiba pakcik tu suruh aku carikan botol kosong, aku pun tak cakap banyak masuk dalam pondok jaga ambik botol air mineral kosong. Lepas bagi botol kosong pada pakcik berserban tu dia terus kuatkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Tiba-tiba akak yang kena histeria tu diam tak berkutik, pakcik tu still teruskan bacaan. Aku dengan Shah terkumat kamit baca surah-surah yang kami hafaz, tu pun berterabur la. Agak lama akak tu diam then tetiba dia gelak. Dia punya gelak tu buat aku rasa macam nak terkencing. Gelak yang menakutkan, tambah pulak dengan mata akak tuh menjeling tajam ke arah aku.

Lepas gelak tu dia diam sambil tersenyum, mata dia tetap tak lepas dari menjeling ke arah aku. Peluh tak payah cakap la, macam baru lepas berlari. Dalam otak just fikir nak blah dari situ. Makin lama makin kuat dia meronta-ronta dan tiba-tiba dia menjerit nyaring dan terus pengsan. Aku nampak pakcik berserban tu masukkan sesuatu dalam botol kosong tadi. Tapi bila aku tengok dalam botol tu kosong je. Maybe tak nampak di mata kasar. Lepas selesai baca ayat-ayat al-quran, akak tu dah sedar tapi sangat lemah. Jadi kami panggilkan nurse untuk bawa akak tu ke bilik rawatan dan hubungi keluarga dia.

Aku dengar pakcik serban cakap dengan Abang Rahim yang dia nak pasungkan benda tu dekat pokok besar di sebelah parking awam. Bagaimana caranya aku sendiri pun tak tau. Yang pasti aku tak akan pergi dekat dengan pokok tu. Besoknya aku dengan Shah ambil MC. Demam terkejut, dekat 3 hari jugak la MC. So, sampai sini dulu cerita aku. Maaf la kalau tak seram or cerita meleret-leret. Hehe. Benda-benda ghaib ni memang wujud. Perlu percaya tapi jangan terlalu taksub.

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.1]
Adi

8 thoughts on “JAGA”

  1. tak silap saye, ade seorang ustaz yang slalu mengubat org yang terkena benda mistik ni, dia ckp memang jam 3 pagi sehingga sebelum subuh waktu paling digemari dan paling aktif makhluk2 ni. Wallahualam.

    Reply
  2. Yang part org kita tmbh2 muda2 keja guard mest akan ad pandang serong tu aq stju sgt..sbb aq pnh rasa bro hahah..n for ur info aq prmpuan.. Mcm kau gak aq tlg ayah aq part time cover sbb org xckup..aq time tu ngah cuti sem n aq stju jer nk tlg bapak aq sbb diorg bayaq cash..sape xnak kan..n tu lah org ingt aq nie pmpuan xde msa depan hahah..

    Reply
  3. Masa zaman 90-an dulu, jam tangan jenama JAGA adalah sangat femes dan trending dalam kalangan budak sekolah iaitu anak orang berada. Harga dalam RM40-50 sebiji, kira mahal la masa tu. Kualiti jam tu pun baik dan tahan lasak. Aku pernah merasa satu, hadiah dari ayahku kerana khatam quran semasa darjah satu. Sekarang aku cari balik jam jenama tu tak jumpa pulak. Buka fiksyen syasya ni terjumpa tajuk JAGA, terus aku klik.

    Reply
  4. jelingan orang yg kena rasuk tu memang menyeramkan!! cos aku pun pernah alami
    situasi cengitu. alamak!! seram pulak sorang2 gini.byee..!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.