Jaga Perumahan Terbiar

Pengalaman seorang jaga

Masa itu aku dan dua orang kawan ku ditugaskan untuk menjaga kawasan perumahan yang tidak
lagi ditinggali.Kawasan tersebut berada di atas bukit yang tersembunyi dalam semak samun.Dengar cerita kawasan perumahan tersebut di punyai oleh ‘orang kenamaan’ dan dulunya dihuni oleh ramai orang vip. Kenapa kawasan tersebut kosong hingga masa ni pun menjadi tanda tanya memandangkan rumah rumah disana masih cantik. Ada dalam tiga deretan yang terdiri dari banglo banglo besar.
Dipendekkan cerita. Malam tersebut seperti yang di nyatakan diawal cerita,aku,Sadik dan Samrin ditugaskan mengawal disana.Sadik dan Samrin berada di dalam pondok manakala aku berjaga diluar pagar.

Aku masih ingat jam waktu atu menunjukkan pukul 9 malam.

Tiba tiba aku terkejut melihat kedatangan beberapa kereta mewah yang beratur di pintu gate.
Siapa mereka? Dari mana? Soalan tersebut hanya mampu bergema di fikiran.

“Buka pagar ni saudara…kita nak masuk” tiba-tiba menjengah seorang lelaki dalam perumuran 50 an dengan memakai baju batik melalui jendela kereta yang separuh terbuka.
Aku masih tercengang.

“Saudara dengar kah?”

“Minta maaf ..encik dari mana dan apa tujuan masuk kedalam?” Aku masih hairan melihat sebaris kereta kereta yang entah dari mana datangnya yang sedang menunggu untuk masuk. Perumahan terbiar tu memang sudah lama tidak ada pengunjung.

“Kita dijemput datang. Ada majlis besar. Saudara tidak tahu kah?

Majlis?Sumpah kami tidak diberi apa apa maklumat tentang majlis malam itu. Takut aku yang tidak terperasaan aku hanya memberi isyarat tunggu.

“Sekajap encik”Aku berlalu untuk ke pondok bertanyakan Sadik dan Samrin kalau kalau mereka tahu.

Demi saja ku masuk cuma Sadik yang ada disitu dan sedang terlelap.
“Sadik”Aku menepuk bahunya.Sadik terbangun dan terus ku tanyakan jika dia tahu tentang majlis malam itu.Sadik hanya menggeleng geleng lemah dan meneruskan tidurnya.Kebetulan Sadik kurang sihat. Aku cuba mencari memo dari atasan. Tapi hampa.

Siapa yang buat majlis disini? Aku cuba menghubungi pegawai tapi ganjilnya tiada isyarat langsung. Berkali kali ku cuba lagi. Line masih gagal.

“Saudara….kita sudah lambat”

Aku terus kembali ke pintu gate.Lelaki tersebut keluar dan bersandar di keretanya.
Wajahnya kelihatan tidak semesra tadi.

“Benarkan kita masuk sekarang….”

Entah kenapa..aku tanpa banyak soal terus membuka kunci pintu gate. Orang tersebut terus memberi isyarat untuk kereta kereta lain masuk.

Mataku hanya mampu melihat sebuah demi sebuah kereta kereta mewah yang becermin gelap itu masuk ke kawasan perumahan tersebut dan alangkah terkejutnya bila ku lihat kawasan perumahan yang selama ini gelap menjadi terang benderang. Siapa yang buka semua lampu?

Aku terpaku.Mulutku terkunci.Majlis siapa?Selama ku berjaga disitu..tidak pernah ada tetamu tetamu apalagi majlis majlis keramaian diadakan disana.

“Anak…”Spontan aku menoleh. Terlihat sepasang lelaki dan wanita dalam perumuran 40an. Aku menatap keduanya tanpa berkedip.

“Dah nak mula majlis nya ya?”

“Aa..aa…dah nak……”tergagap gagap aku menjawab.Aneh.Siapa mereka?Yang lelaki memakai sepersalinan baju melayu lama. Yang perempuan memakai baju kebaya lama dengan rantai emas bertingkat tingkat seperti yang selalu dipakai pengantin dimajlis berbedak. Rambutnya disanggul tinggi dengan selendang bewarna hijau tua tersandang dibahunya. Rautnya sama dengan pelakon zaman P.Ramlee tapi aku tidak ingat siapa.

“Makcik nak kemana?”Hairan kerana aku tidak melihat sebuah kereta pun diletakkan behampiran mereka.

“Ohhh…kita ni dari bawah bukit ..tu rumah kita. Kita selalu nampak anak anak ni”
Aku menoleh ke semak samun yang dikatakan rumahnya.Hatiku mulai gementar. Kawasan tu tidak ada penempatan selain banglo banglo tinggal ini.

“kita jalan dulu yah..kita ditunggu”

Dan aku menyaksikan tubuh keduanya bagai melayang berjalan menuju ke kawasan perumahan.
Ya Allah apa yang ku saksikan.

Aku terus meluru mendapatkan Sadik di pondok. Sadik masih terlelap dengan lenanya dan aku berusaha sedaya upaya untuk membangunkannya tapi Sadik bagai tidur m**i.

“Sadik Sadik…bangun sadik!” Aku terpaksa mengherdik dengan suara yang sedikit keras supaya dia tersedar. Namun, Sadik masih terkulai seolah tidak sedarkan diri.Lalu aku teringat akan Samrin. Aku melihat alat penghubung yang terletak diatas meja. Hairan.kenapa Samrin meronda tidak membawa alat tersebut. Dimana Samrin?

Dengan hati berani takut dengan perlahan aku keluar dari pondok dan terus menuju ke kawasan perumahan yang terang dengan lampu dan cucul.Sejak bila cucul cucul itu terpasang pun aku tidak ingat.

Terlihat kereta kereta mewah tadi tersusun rapi dihadapan sebuah rumah utama yang agak besar dan aku pasti acara itu di adakan disana.Rumah tersebut yang biasanya suram dihari lain nampak besar dan meriah.Kedengaran hiruk pikuk didalam seolah olah majlis besar besaran.

Dengan lafaz bismillah aku memulai dengan langkah kaki kanan dan melangkah ke bendul pintu yang lagaknya seperti sebuah gerbang.

Demi saja aku masuk, lampu lampu terpadam. Suara riuh rendah tadi pun senyap. Hati ku semakin gementar. Entah kenapa,kakiku terus melangkah dan akhirnya aku berada di tengah tengah ruangan kosong.

Ruang tersebut gelap dan anehnya cuma diterangi dengan cahaya lilin. Lilin??

Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat seorang lelaki duduk membelakangi aku dan dikelilingi oleh empat batang lilin yang besar.

Perlahan dan bertawakal, aku menghampiri lelaki itu dengan berhati hati.

” Samrin!” Alangkah terkejutnya aku melihatkan Samrin duduk disitu seperti orang tidak sedar apa apa.

” Samrin..Samrin…kenapa kau sini..bangun bangun”Aku menggoncang bahu nya dengan sekuat hati.

“Aku dimana ni Li!”

Samrin terus berdiri dengan wajah yang ketakutan.

“Bangun cepat..kita keluar” Dan belum sempat kami melangkah terlihat sekumpulan manusia manusia berdiri sederet menghalangi kami.

“kamu mengganggu majlis kami!”Jerit salah seorang dari kumpulan tersebut. Suaranya berdentum seperti guruh. Disebalik samar samar cahaya aku dapat melihat ruas wajahnya yang pelik. Keningnya dan semua orang yang ada disana sangat tebal dan bercantum.Mata mereka tidak bersinar seperti manusia biasa. Aku sudah mengetahui yang mereka bukanlah manusia.

“Pulangkan dia!” dia menunjuk ke arah Samrin. ya Allah.Samrin kelihatan gementar. Aku tahu ini kali pertama Samrin mengalami perkara menakutkan.

“Kalau kamu keras…kami kurung kamu disini!”

Dan wajah wajah mereka mulai berubah menjadi bengis dan mereka mulai menghampiri kami. Aku seolah berada diruang dimensi lain. Semangatku melayang jauh. Fikiran ku statik.

Tiba tiba aku teringat untuk membaca ayat kursi. Dengan perasan gementar aku mula membaca . Mula mula bacaanku berterabur dan mereka ketawa mengejekku. Kali ke tiga ayat kursi ku, aku mulai rasa yakin. Ayat kursi ku ulang 7 kali dan tumit ku pusing sekuat kuatnya ke dasar lantai dengan spontan. Tedengar pekikkan kemarahan memenuhi ruang. Bau busuk seperti bangkai mula menyengat hidung.
Tiba-tiba rumah tersebut bagai mahu runtuh.

‘Mereka’ terus bertempiaran lari dan ada yang terbang menyusup keluar melalui jendela dengan menjerit jerit.

Tanpa berlengah, aku menarik Samrin keluar dan terus berlari menuju ke pondok.

Sadik terbangun sebaik saja kami berada di dalam.

“Kamu dari mana?” Aku hanya terdiam.Malas untuk membuka cerita kerana aku tahu Sadik penakut.

“Aku dengar orang beteriak tadi..siapa?” Sadik menggosok gosok matanya yang merah.

“Takde apa apa…tidurlah balik” Aku memberi isyarat mata pada Samrin supaya berahsia.Samrin yang pucat lesi masih diam. Aku nampak dia menggeletar.

Sadik duduk semula sambil mengurut urut pangkal lehernya

“Seram aku nak tidur lagi….tadi aku mimpi …mimpi rumah yg kita jaga ni ada orang buat majlis…ramai orang datang..dengan kereta besar besar…meriah..rupanya
macam majlis orang nikah kawin ..yang aneh aku nampak kau yang jadi pengantinnya!”Sadik menunjuk Samrin yang pucat. Terlopong Samrin. Samrin memandang aku dengan pandangan cemas.

“Tapi aneh betul mimpi aku tu…kau pun ada Ali, aku nampak kau tarik Samrin dan orang orang ramai yg mengeliling kamu dah betukar jadi hantu…rasa macam real pun ada” sadik melurut bulu roma tangannya yang tegak berdiri.

Aku dan Samrin berpandangan sesama sendiri.

Malam itu aku terpaksa memujuk Samrin supaya tetap bertugas malam itu kerana tanggungjawab. Semua ini adalah dugaan untuk orang orang yang menjalankan amanah.Selagi kita beriman kepada Allah selagi itu kita akan di uji.

Memang di dunia ini…bukan hanya kita yang tinggal tapi juga ada ‘mereka’.

Lalu aku terkenang akan sepasang lelaki dan wanita yang katanya tinggal di dalam semak dibawah jalan.

Ya Allah. Sungguh pengetahuan kami amat terbatas dan memang tiada yang mustahil tanpa izinMu.

Wallahualam

Hud

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

33 thoughts on “Jaga Perumahan Terbiar”

  1. Bukan calang-calang orang yang diduga untuk hadap pengalaman-pengalaman seperti ini. Gaya penulisan yang matang dan mudah difahami hingga terasa turut sama berada dalam situasi yang mendebarkan itu. Terima kasih kerana kongsi pengalaman yang menarik walaupun agak pelik seperti ini.

    Reply
  2. Ini fiksyen atau betul2 terjadi? Saya ada senior yang memang boleh nampak makhluk halus. Dan, kami tinggal dekat asrama. Ada satu masa tu, lebih kurang macam nilah dia alami. Tapi tak ada pula benda tu tuntut apa2. Mungkin sebab dia tak masuk kot.. and diorang x tahu dia nampak diorang.. tapi, pakaian ‘tetamu2’ dalam dewan besar tu ala2 bangsawan inggeris british..

    Reply
  3. Menarik cerita ni. Xpnah baca cerita mcmni sblum ni. Ada betul nya yg penulis kata. Slain kita ada makhluk lain yg menghuni slain manusia. Harap akn ada cerita tbaru dri awk. Cant wait👍🏻👍🏻👍🏻

    Reply
  4. Boleh tahanlah. Plot cerita ni agak senang dijangka. Gaya bahasa semakin skema menuju ke pengakhiran cerita. Nampak macam ada penggunaan bahasa Brunei di awal cerita tapi semakin lama semakin hilang dan mula bertukar jadi macam gaya Ramlee Awang Murshid sikit.

    Tak kisah sangat kalau bukan cerita benar pun sebab saya suka gaya penulisan dalam cerita ni. Kalau ada rezeki, harap boleh hantar lagi cerita ke sini.

    Reply
  5. Cucul tu apa maksudnya? First time jumpa perkataan tu. Best la cite ni. Nasib Ali ingat nak baca bismillah, kalau idok dgn Ali Ali tenggelam dlm pesta alam ghaib tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.