Jalan “Angker” Kluang – Mersing

Mungkin ramai dah bercerita pasal angker di Jalan Kluang Mersing.Rata-rata penduduk sekitar pun mungkin dah lali dengar cerita pasal jalan tu.Dah lapuk.Dah lali.Aku pun teringin kongsikan pengalaman juga.Mungkin jalan cerita nya sama.Aku kurang pasti.Cuma lain orang lain rasa,lain kejadiannya,lain cara cerita.

Cerita ini terjadi dalam tahun 2010/2011.Ingat ingat lupa juga la tapi pengalaman ini yang paling dekat aku ada dengan makhluk ghaib.Cerita bermula masa aku balik “study week” ke rumah kawan di kajang.Niatnya untuk ikut kawan balik ke kampung halaman dia di Mersing.Teringin pergi sebab tak pernah sampai sana.

Mulanya kami bertiga (semua erempuan) balik dari Kajang.Kami bertolak awal pagi dan sampai di Kluang sekitar jam 2 petang.Kami singgah berehat di rumah keluarga salah seorang dari kawan aku.makan tengahari dan sebagainya.Kemudian sekitar jam 4 atau 5 petang kami beransur menuju ke Mersing.Dalam perjalanan kami singgah di petrol station di pekan sebelum masuk Jalan Kluang Mersing untuk mengisi minyak penuh.

Kalau yang tak pernah sampai kawasan tu,meh nak bagitau.Jalan dia dua hala dan setiap hala ada satu lorong.Kiri kanan ada ladang.Jalan tu macam lalu atas batas la dan kiri kanan tu ada macam gaung sikit.Pekan Mersing ni macam kawasan dalam sikit.Masa pergi sana kawan aku cakap ada dua jalan je pergi dan balik daerah Mersing,satu nya jalan kami lalu ni,dan satu lagi yang menghala ke Pahang.

Okay berbalik kepada cerita asal tadi.Lepas kami isi minyak kami teruskan perjalanan.Masa tu jam menunjukkan lebih kurang 6.30 petang.Driver yang merupakan kawan aku sempat cakap lagi “takpe kita bawa slow2 je.dah lewat petang ni” betul betul sebelum masuk jalan yang macm batas tu.Dia drove pun dalam 50/60kmj je.Niatnya nak berhati hati la kan.Tapi tu la.Tak tau pula apa yang akan jadi nanti.

Jalan nampak lengang tak banyak kereta lalu,dalam dua tiga biji je ada selisih.Betul betul dalam 10 minit lepas kami mula lalu jalan tu,aku rasa macam mengkhayal sikit..Aku pejam mata sebab ingatkan mabuk ke apa sebab duduk di tempat duduk belakang.Oh ya,kami naik Toyota Camry model lama masa tu,tak terlampau lama,tak terlampau baru.baru dalam 5 minit saya pejam mata tiba tiba “Dummm!eeeeek!screetch!Sssssrrtt!”.Masa tu dalam hati “mak,ayah,aku nak jumpa mak ayah lagi :'(.”

Terus terbeliak mata aku.Tapi buka mata pun pandangan mata kabur kabur.Nampak merah merah di mata kiri dan kelopak mata rasa berat.Aku pegang mata rasa melekit dan terus cari spek mata(rabun kan).Nasib ada atas muka lagi tapi senget.Aku buka spek baru nampak ada d***h di bucu bingkai kiri.Aku cuba bangun,tak boleh.Terus aku cakap “weh kenapa ni?”.

Aku dan kawan yang jadi penumpang terus cemas.Mujur kawan yang drive tadi jenis yang cool je.Terus dia tarik nafas dalam dan cakap okay semua tenang.Kita setel satu satu.Barulah perasan yang kereta kami dah terbalik,kereta kami sekarang berdiri di sebelah pintu kanan,mat salleh cakap sideways (tak pasti melayu cakap apa).

Kawan yang drive tadi terus cakap dekat penumpang depan “Kak kau jangan buka seat belt kau,nanti penyek aku.Tingkap aku dah pecah ni”.Jadi dia yang buka seat belt dia dulu,dan ke belakang.Aku yang awalnya duduk di belah kiri seat belakang dan tak pakai seat belt dah tercampak belakang seat driver.dia terus cuba buka pintu belakang belah kiri tapi sebab kereta dalam keadaan berdiri,pintu terkatup balik.Yela perempuan kan,baru lepas accident lagi tak terlarat nk tolak pintu dan tahan.

Kakak dia lepas dah buka seat belt cuba tolong dia.Aku bukan tak nak tolong tapi antara kami tiga orang,aku yang paling teruk tahan sakit masa tu.Yelah pandai kan tak pakai seat belt.Melambung la aku kat belakang dan terus kesakitan.Kaki aku rasa sengal2.Nasib tak patah je.

So nak dijadikan cerita,kali ketiga dia orang cuba tolak dan buka pintu tadi terus ada abang tu tahan pintu.Dia cakap cepat dik keluar abang tolong tahan.Kawan kawan aku tadi keluar dulu dan aku menyusul sambil merangkak keluar pakai tangan je,kaki sakit.Keluar je dari kereta ada abang tadi dan seorang pakcik tengah tunggu luar kereta.Abang tadi terpaksa dukung aku naik balik atas jalan batas tadi dan baru aku perasan,dalam juga kereta kami jatuh.dah macm gaung dah.ada la dalam 20-30 kaki dari jalan tadi.Dan kami pun duduk la atas jalan tar yang ada alas karpet.Orang ramai bentangkan.

Ada makcik dan abang abang situ hulur air.tapi untuk aku,dia orang cakap janga.takut aku ada pendarahan dalam sebab rupa aku paling teruk.Abang yang bawa kami naik tadi tanya macam mana boleh hilang kawalan tadi.Abang tengok kereta depan kau orang tadi dua biji okay aje,yang belakang 3 biji tu cuba elak kau orang.Kereta korang je yang terhuyung hayang.Kami pun mula pelik dah.Sebab masa kami drive tadi,depan kami tak ada kereta.Belakang ada dalam 2/3 biji tapi jauh.Jalan tu kami lalu,kosong.Cuma abang tu cakap jalan tu banyak kereta lalu lalang.Aikk???

Kawan aku yang drive tadi cakap.Masa drive tiba2 dia rasa ada berdentum belah kanan kereta.Dan kereta terbabas sikit ke kiri sebelum dia tekan brek dan balas stereng ke kanan.Bila dah ke kanan dia nampak kereta laju dari arah berbeza terus dia brek sekali dan balas stereng ke kiri balik.semat tekan brek dua kali sebelum kami terus masuk gaung tu.Tak ada kereta yang langgar kami.Dan dengan kelajuan 50-60kmj kami patutnya dah berhenti dengan jayanya kalau dah 3/4 kali brek kecemasan.Tapi laju je kami masuk gaung.Nak kata tayar meletup,tak juga.Empat empat tayar okay je.

Masa tu pun hujan renyai sikit je,tak lebat.Dan abang tu terus cakap,ada la tu yang ganggu kamu.Abang tu cakap lagi kalau ada nak jadi perkara ghaib,abang memang tergerak hati nak lalu jalan ni (abang tu memang nampak warak la pakai kopiah dan baju melayu putih).Sebab tu kebetulan masa kamu terbabas,abang betul belakang kamu naik motor.Mujur abang perasan kamu terbabas kalau tak,abang rasa tak siapa tau kamu masuk dalam tu.

Kami pun tanya la orang awam situ.Kenapa dengan jalan ni.Apa maksud abang tu ada yang ganggu kami.Makcik makcik tu pun cerita la jalan tu memang keras.Dah selalu dh kemalangan,ada yang menyebabkan kematian.Baru tahun sebelum tu je ada driver meninggal kat tempat sama kami jatuh tu.Dia terbabas masa hujan lebat dan takda yang perasan.Orang jumpa kereta dan mayat dia seminggu lepas accident.

Abang tu cakap yang kamu rasa berdentum dari kanan tu benda tu hentam kereta kamu.Mungkin dia marah.Abang nampak ada patung dalam kereta kamu (teddy bear kitorang) yang mungkin benda tu cuba nak rasuk.Tapi ada la sebab dia yang benda tu tak boleh masuk dan dia marah.Kami pun teringat yang memang ada simpan al Quran dalam dashboard.Mungkin tu yang dinding kami.Meremang juga kami dengar cerita tu,sama ada sebab takut atau terbayang kami nyaris meninggal.

Orang ramai lalu lalang tengok kereta pun tanya,ada kematian ke.Kitorang yang duduk tepi jalan pun macam,heyyy,kami kat sini okay.Sebab badan kereta teruk.Cuma nasib baik kami pakai kereta body kuat.Kalau naik Kancil ke Viva ke,tak sanggup nak bayang apa yang jadi.

Okay tak cukup situ je seramnya.Lepas balik dari hospital (alhamdulillah tak serius kecederaan tu),kami bertiga kena mandi bunga dan air yassin.Atok dan nenek kawan aku tu kebetulan memang mengajar quran jadi diorang yang suruh mandi tu.Katanya halau gangguan.Ada yang mengikut kami balik.Jadi tanpa banyak soal kami ikutkan aje.Terpaksa la aku dimandikan kawan aku sebab aku tak boleh bergerak macam biasa,berbaju la tapi.

Lepas mandi kami dengar atok bacakan quran dan ayat pendinding.Malam tu kami buat keputusan tidur pasang ayat Quran kat handphone.Takut juga kalau ada apa apa jadi kan.Tidur bergelap sebab ada yang tak boleh tidur pasang lampu.Awal juga kami tidur malam tu dalam pukul 9/10 malam.Lupa nak cakap,bilik kami tu master bedroom di rumah tu.Bilik paling depan dan penjuru.Keliling ada tingkap bilah kecik macam tingkap rumah teres lama.

Ingatkan dah ada pendinding tak ada la yang ganggu.Kami silap.Malam tu kami tidur satu katil queen.Aku tidur dekat hujung sekali tepi dinding,tepi aku dan kat kepala aku ada tingkap.Kawan aku lagi dua ada sebelah aku.Kaki aku menghadap meja solek zaman dulu yang ada cermin panjang.

Ni yang lagi takut.Baru nak terlelap ada pulak yang main cakar dinding kayu bilik kami,dari luar.Aku teringat orang cakap,jangan tegur jangan terlampau fikir.Tapi ada la aku terfikir,sape pulak tengah malam ni main cakar cakar ni.Nak sedapkan hati aku fikir je yang mungkin atok dia tengah alihkan barang ke,tengah dinding lagi ke.Terus sambung tidur.

Tiba tiba pukul 3 pagi macam tu bilik terang.Aku terjaga ingatkan nenek atau atok dia tengah tengokkan kami ke.Rupanya kawan aku yang drive tadi buka lampu,tangan dekat suis lagi.Aku dengan lagi sorang tanya la kenapa dengan dia.Dia cakap takda apa la tidur je esok aku cerita.Berterang pula la kami tidur tapi sebab terlampau penat dan sakit badan,tak fikir apa dah.terus tidur balik.

Esok bangun pagi terus kawan aku yang drive tu tanya malam tadi ada korang rasa apa apa tak.Semua rasa benda lain lain.Aku yang dengar cakar tu,kawan aku yang tidur kat tengah tu dengar suara halus je.Yang buka lampu tu paling scary la.dalam 2 pagi lebih macam tu dia terjaga.Dia nampak ada susuk badan rambut panjang berdiri menghadap cermin,kaku je.Cermin yang kat hujung kaki aku.Dia cuba kejut kami.Terus terang aku cakap aku senang terjaga.Kalau dengar katil sebelah goyang pun aku terjaga.Tapi yang peliknya,kawan aku cakap dia sampai tahap goncang badan kami tapi tak juga kami bangun.Tu yang dia fedup terus dia buka lampu dan baru lah kami terjaga.Bila buka lampu tu baru susuk badan tu hilang.Dan dia kuatkan speaker handphone dengan bacaan Quran tu sebelum kami sambung tidur.

Subuh tu kawan aku yang drive dan atok dengan nenek dia pergi balik tempat kami terbabas.Ada la bawa imam kampung tu juga masa pergi.Atok dia minta azankan tempat tu.Kawan aku join siram air yassin dan air bunga (macam yang siram kat kubur) kat tepi jalan tempat tu.Atok dia cakap roh tempat ni tak tenang.Atok dia doa minta jangan kacau cucu cucu dia termasuk aku.Jangan ikut kitorang dah.Lepas diorang balik dari tempat tu alhamdulillah tak ada dah yang ikut kami ganggu kami.

Orang awam yang kami jumpa termasuk la pekerja wad kecemasan tu ada cakap,bukan benda baru la accident kawasan tu.Bukan benda baru juga diorang dengar makhluk ghaib kacau tempat tu.Dah terbiasa.Tiap tiap minggu ada je kes tempat tu.

Nasib dan pengalaman aku dengan makhluk ghaib ni tak seberapa takut dan hebat macam orang lain.Tak tau la nak kata nasib baik ke apa cuma aku minta tak nak lagi la rasa pengalaman menakutkan ni.Yang ni pun aku dah rasa seram,tak boleh bayangkan kalau aku nampak lagi bukan bukan dari ni.

Moga kita semua ditutup hijab dan dilindungi Allah sentiasa.

TQ Min!

Zerr Aziz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.5]

19 thoughts on “Jalan “Angker” Kluang – Mersing”

  1. Sy duduk kat mersing.. bukan asal sini, takdir kerja kat sini. Mmg jalan dari Kluang-Mersing agak bahaya. Selekoh yg berbelok2 dan blind spot.. Sy tau selekoh mana yg adik ni ceritakan. Terpulang pembaca nak percaya ke tak.
    Bnyk jugak binatang liar melintas. Ni binatang yg besar2 mcm b*bi hutan, biawak, ular dll. Bnyk kemalangan di jalan tu, bnyk juga yg melibatkan kematian.
    Waktu siang, lori pulak bnyk lalu. Waktu malam, bahaya nak lalu. Tapi nak buat mcmana tu lah laluan kami.
    Sy harap sgt rancangan mmbina Airport di mersing utk support pelancongan di tioman jadi lah hendaknye tahun 2019 ni. Dah bnyk tahun dengar kabar angin. (panjang pulak aku mmbebel)

    Reply
  2. “Terpaksa la aku dimandikan kawan aku sebab aku tak boleh bergerak macam biasa,berbaju la tapi.”

    Orang joho ke sis? tapi tapi kat belakang ayat tu. haha
    walaupun duduk joho, sampai sekarang ni tak pernah sampai mersing. teringin jugak nak pergi sana. katanya ada tempat peranginan yang cantik. macam dekat Pulau Besar tuu.

    Reply
  3. Sumpah jalan dari simpang 3 Felda Nitar ke Politeknik Mersing tu seram, horror dan scary! Walaupun siang hari, kau akan selisih 2-3 buah kenderaan je, bayangkan waktu malam? Aku pernah kena ‘road block’ dgn sekumpulan monyet2 hutan di tengah jalan, sangat bahaya kalau bawa laju sebab kawasan berbukit, tak nampak diorang. No wonder sepanjang jalan tu, penuh dengan papan tanda simbol tapir tulis ‘Awas kawasan hidupan liar’. Jalan tu juga akan nampak simpang2 kecil di kiri dan kanan jalan utk ke kampung orang asli.

    Reply
  4. Puluh tahun x lalu jln kluang jemaluang mersing, 2014 lalu pkul 3 pagi naik ambulan bersama jnazah ayah… driver tu kata tau jln nk g mersing… kami dr kl… mujur x de apa2… tp jln nyer mlambung2 la.. naik ambulan faham2 la

    Reply
  5. laluan ni memang.. pernah ade bas bawa pelajar terbalik.. nasib baik xde kematian… waktu senja2 pn dh gelap.. mmg sgt bahaya sbb ade lori nye banyak besar2 dn terlebih muatan…jangan ikut rapat belakang lori jangan main p****g lori sangat. mcm mana la orang boleh tinggal di area ni..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.