Arghh!!! Belok kiri!! Belok Kiri cepat Nanti LANGGAR!!
Pin!!!!!!!!!!
Cerita ni mengisahkan cerita benar yang 80% terjadi terhadap diriku dan suami yang melalui jalan Baling ke grik pada waktu malam. Pada korang mungkin tak seram tapi pada aku rasa macam nak tercabut nyawa tauu dya punya tahap kacau tuh.
Macam pasangan berkahwin lain aku pun turut teruja bila beraya ditempat orang,
yer la asyik beraya dikampung sendiri jer nak juga merasa tempat orang nak nak pulak kelantan yang meriah bila hari perayaan. Tapi oleh kerana, hari sebelum raya aku masih lagi bekerja jadi kami mengambil keputusan untuk bertolak jam 2 pagi untuk mengelak jem.
Kami dari kedah melalui jalan pengkalan hulu dan memasuki grik, dalam setengah jam perjalanan aku dah merasa tak sedap hati rasa macam ada sesuatu disebelah kiri cermin kereta iaitu cermin penumpang!
Bila tengok dari ekor mata nampak macam kain putih bertebangan, ahh sudah tak kan lah dia pun nak tumpang balik kelantan juga jauh lagi perjalanan ni.
Aku toleh kearah tok laki, masa tuh dya tengah tukar tukar siaran radio maklumlah bila dah lalu jalan pendalaman macam tuh siaran pun dengar tak dengar jer haa. Lepastu bila aku kalih balik kearah cermin penumpang aku NAMPAK!
Aku nampak kelibat macam manusia duduk bercangkung atas divider jalan dengan pakaian lusuh warna putih. Masa tu, tak rasa takut lagi sebab tak terlintas lah pulak dalam kepala ni nak kata hantu ta hantu jadi hunuzon jer fikir mungkin orang yang kereta rosak tengah jalan tapi tak nampak pulak kereta yang tersadai. Ahh biar jelahh.
Selepas pada naik jer grik (maksudnya start mendaki la) tuh kan jalan dia banyak belok belok kiri kanan kiri kanan masa tuh memang dok nampak tok laki macam mengantuk dah haa jadi ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk rehat dan lelapkan mata sekejap.
Kawasan kat luar masa tuh macam biasa lah berkabus tebal, sejuk jer rasa suasana dan haaa mana ada orang berhenti pun dekat situ kecuali kami.
Ingat lagi masa ni tok laki memang dok sebelah tidoq ta sedaq dah haa, aku ni memang jenis susah nak tidoq kalau bukan atas tilam ( hamboii kau demand haa) jadi aku pun dok kelipoq kelipoq mata ni dok tengok luar pastu kan dekat perhentian kami ni ada macam pondok tau tapi macam dah lama kena tinggal la lepas tuh bila tengok lelama pondok tuh macam nampak kepala terjuntai keluar macam orang main aci nyorok tuh haa dok tggu tengok kat luar.
Masa ni aku perhati lagi kecilkan mata sikit bila amati betul2 manusia belakang pondok tuh macam berjalan keluar dari belakang pondok menuju kearah aku, haa sudah dia perasan apa aku dok perhati dia dari tadi.
Terus gerak tok laki suruh gerak slow slow, masa tuh memang muka pucat macam tak dak d***h haa tau dak sebab apa?
Masa dya jalan nak menuju ke arah kenderaan kami tuh plan plan dya cabut kepala pastu pegang.
Ko rasa nak aku tunggu dia buat apa haaa memang suruh gerak lah tak kan nak tunggu dya cabut kaki pulak ye dak?
Bila dah sampai puncak titiwangsa minta tok laki benti sat sebab rasa perut memulas2 besa lah bila bukak puasa macam2 ang nak sumbat masuk dalam perut konon tak nak berhenti dah tengah malam nanti last2 haprak terpaksa juga berhenti.
Sampai ja RNR perhentian tuh kawasan situ macam lenggang sikit rasa ada 3 4 biji kereta ja yang park kat depan tandas tuh. Time ni tok laki dok dalam kereta sambal tunggu dia sambung tidoq balik sebab kacau dya tidoq tadi kan haa, time masa dah masuk dalam tandas tuh kan ada cermin kat tandas tuh.
Aku nampak ada makcik muka sayu ja beratoq belakang aku time tuh aku senyum jer lah kat makcik tuh melalui cermin tapi keharam dya tak balas pun. Gamaknya mungkin dya ta tahan nak melepas hajat ataupun dya baru bangun tidoq maklum lah masa tuh dah dekat jam 4pagi haaa.
Masa tuh pulok tandas lagi satu tuh rosak satu lagi ada orang guna tinggal satu lagi jadi aku beratoq dekat tandas yang orang guna tuh bagi makcik tuh tandas yang tak dak orang, memang menyesal pulok bagi sebab orang yang duk guna tandas tuh lama kemain, gamaknya dah seminggu kot tak lepas hajat.
Sumpah tak tahan dah haaa, last last dya keluar dari tandas tuh terus aku masuk melepas hajat.
Dok tak sampai 5 minit dengar sayup sayup suara orang esak esak aku pelik dah time ni, sebab tak salah aku lepas orang tuh keluar makcik tadi tuh pun dah keluar haa jadi maksudnya??
Aku sorang jer la dalam tandas tuh, haaa sudah sapa pulak dok menangis pagi pagi buta pulak nih.
Lepas setel hajat semua nak basuh tangan aku nampak macam kelibat putih melintas dalam cermin, aku bila basuh tangan aku suka tengok tangan sambil basuh ( buat macam aku sorang yang tengok tangan sambil basuh, hihi) jadi bila kelibat lalu nampak sekilas jer laa yang penting aku nampak dya tuh (kelibat) pakai baju warna putih haa.
Dah setel memerut semua jalan lah nak p dekat kereta alih alih nampak makcik tadi tuh dekat kerusi dok makan kuaci haa, aku ingat nak p tegur lah saja nak beramah mesra tapi aku takut satgi menganggu pulak jadi aku straight p dekat kereta.
Gerak tok laki suruh p basuh muka apa semua pastu sambung perjalanan balik, kalau boleh nak cepat sampai bukannya apa esok kan raya nak iron baju lagi nak prepare barang barang lagi. Maklumlah excited nak raya tuh ta nyempat nyempat rasa nak sampai haa.
So kami pun mulakan perjalanan menurun pendakian, keadaan waktu tuh memang gelap tanpa lampu jalan langsung. Lepas tu atas jalan tuh daun daun kering bertaburan haaa serius macam jalan yang lama orang tak pernah lalu.
Mungkin time tuh dah nak dekat 5 lebih dah jadi mungkin semua selamat sampai ke destinasi prepare nak subuh lah kot, husnuzon lagi haaa. Sampai dekat satu selekoh tuh ada terowong yang terbuka tuh tak pasti jalan sekarang ada lagi ke tak. Bukan sebab lama tak balik ya sebab sekarang dah duduk ipoh jadi banyak lalu laluan Cameron gua musang haaa.
Jadi lebih kurang 1km sebelum memasuki terowong kami slow kan kenderaan sebab depan kenderaan kami ada lori hantu (bukan sebab ada hantu ek) lori yang bawa tanah tuh haaa. Jadi bila dah keluar terowong tok laki prepare nak memotong lah kiranya sebab lambat sangat bawa kebetulan tak ada kenderaan bertentangan.
Masa tukar gear nak memotong tuh , kira macam dah suku ekor lori tuh tiba tiba ada lori hantu diarah bertentangan. Kau bayangkan ekh jalan tuh ada 2 lorong ja means 1 lorong untuk setiap haluan masa kami p****g tuh pun garisan putih tuh 2 line maksudnya tak boleh memotong okay so memang sah kami salah. Bila dah p****g lori dah suku kau rasa kami nak masuk kekiri biar berlanggar dengan lori yang nak d******g?
Memang tak lahh!! Masa tuh aku memang mengucap abis fikir tak sempat raya lah fikir nak m**i lah fikir dosa lahh. Macam macam dalam pemikiran ni haa. Last2 tetiba dekat depan tuh kiranya dalam 800meter nak berlanggar dengan lori hantu tuh ada 2 line maksudnya satu line daki satu line memotong terus rasa macam huh ALLAH selamatkan kami waktu tuh.
Tapi guest what? 2 lori hantu yang tadi tuh maksudnya yang kami nak p****g dan yang berhadapan dengan kami tuh hilang!! Tak ada!! Yilek!! Aku macam pelik sebab rasanya ta sampai 5 minit pun lagi tadi bukan main slow ni tetiba hilang sekelip mata. Aku pandang tok laki tok laki pandang aku.
Masa tuh memang ta sedap hati dah, memang suruh tok laki pecut last kami sampai dekat sempadan perak dengan Kelantan tak ingat dah apa JELI kot tak silap aku. Masa tuh dah azan subuh singgah solat dekat masjid dan teruskan perjalanan ke Kota Bharu.
Semua ni memang pengalaman yang sungguh tinggal kan kesan sampai next raya memang kami tak kan lalu dah jalan nih, tapi raya tahun 2018 ni akan mengulangi sejarah. Harap tak jadi kejadian seperti ni lagi lah. Bagi sapa yang rancang nak memandu waktu jam 2 pagi tuh sila lah prepare CD mengaji or zikir untuk buat pendinding. Dan jangan lupa bawa kenderaan dengan berhemah. Selamat Hari Raya semua
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
tunggu komen…
“Bukan sebab lama tak balik ya sebab sekarang dah duduk ipoh jadi banyak lalu laluan Cameron gua musang haaa.”
Then —-
“Semua ni memang pengalaman yang sungguh tinggal kan kesan sampai next raya memang kami tak kan lalu dah jalan nih, tapi raya tahun 2018 ni akan mengulangi sejarah. Harap tak jadi kejadian seperti ni lagi lah.”
So lalu ke tak?
menulis tu jgn utk syok sendiri gune bahase ke short form yg kau sorg blh faham. xlalu nk bce smpi abes
Tula pasal..mcm org mabuk buat karangan..x seram langsung..aku yg balik baling dr nilai biasa 3@4 pagi panjat gunung inas nk ke pengkalan hulu mcm2 benda aku jumpa..ok je..yg penting tawakal..keraskan hati..pasang niat balik nk jumpa family bkn nk jumpa hantu
akak saya tak paham cita akak,,serbut pulak rasa dengan shortform dan mix bahasa..sekejap baku sekejap bahasa loghat..hoho..sekejap jdi ni..ttba eh..xjadi pulak.. -.-
ai pernah balik raya lalu grik dengan bang ngah n mak. terlelap je tgh jalan tu. sampai lah tetiba terjaga bang ngah stop in middle of nowhere untuk bersahur. tp ada warung by the roadside. an warung tu gelap weiii. ada 2-3 kereta kat sebelah. so ai turun tanya bang ngah yg tengah sedap makan, “depa berniaga ke gelap2?” yes depa meniaga. katanya black out kejap. so cemana depa masak? katanya pakai generator kt blkg. yang mana ai masih rasa gelap juga. and kalo ada generator, asal tak hidupkan lampu kt tpt pelanggan tu sekali? ai tanya apa bang ngah makan? mi goreng katanya. hmm makan mi goreng dalam gelap, dah hilang akal bang ngah aku ni. so ai bersahur dengan roti gardenia bekal dari penang je pagi tu. tak tergamak lah ai nak makan mi goreng dalam gelap2 gitu.
kt jln gerik tu ada kedai kari kepala ikan ..seram gak situ, adik aq pnh kena sbb kwn2 dy ajak jugak nk try mkn situ wlpon ada mmber deme pnh gtau pnh nmpak hantu raya jilat pinggn customer sbelah meja dy.. hrtu adik aq mkn mee goreng baru seurat mkn dh skit prut, order teh o beng, air bau longkang (lps kluar dr kedai baru perasan)
betul tue, avoidkan guna kata singkatan yang berlebihkan kerana ia akan membuatkan pembaca tak faham ..
nasihat ikhlas ya
dah semangat nak baca,….sekali bercampur-campur loghat…jd tak syok nak baca.seram tu tak sampai..heheh
Ntah apa2 cerita.
time part nk p****g lori hantu tu, tolong la letak koma ke, noktah ke. xcukup nk tarik nafas membaca panjang lebar
Semput weeh masa baca part tuh…nak habiskan senafas..macam dah nazak kan…
Excited btol ko nk bercerita.takut dang ke org lain ke guane ni?
Fuh..ejaan…berpinau mata aku baca,
memang nak tulis dlm blog ni perlukan tatabahasa yg tahap tinggi? 😅
Yang penting pembaca faham.Pakai Bahasa Melayu yang betul itu suatu tambahan supaya ayat lebih menarik.Pendapat saya,gunakan Bahasa Melayu lebih baik.
#bahasajiwabangsa
Yes, pleaseeeeee. Saya memerlukan bahasa tahap tinggi supaya apa yang nak disampaikan tu senang difahami.
memang perlu ke pakai tatabahasa tahap tinggi kalau nak bercerita kt sini? 😅
tak jugak..pakai bahasa simple dan santai pun ok. yg penting cerita “sampai” pada pembaca.
pada saya, jika para penulis disini nak pakai ayat2 maki-hamun, campur2 cina+melayu+english+tamil dsb tak jadi hal as long as the story dan cara bercerita buat pembaca terhibur
just my 2 Indonesia Rupiah
2x akak baca cerita awak ni Nurul Medina. Bukan nak kondem cuma pening nak memahamkan jalan cerita.
Nk tanya kak, tok laki tu ape?? Srius sy rse cm annoying plak.. Sbb pemahaman sy da jd lain da
tok laki == suami dalam loghat klantan. kekekeke
Sejak 2-3 harini slalu jumpa perkataan sambil di eja menjadi sambal kt dalam artikel yang berlainan di blog yang berlainan.apa masing-masing dok teringat sambal ke waktu dok menulis tu.hehe.
kalau menaip kt gne Microsoft word, bila taip sambil, dia akan auto-correct jadi sambal. Sebab tu ramai yang menasihatkan check balik penulisan, sbb asalnya bukan salah penulis, tapi auto-correct by Mic Word
P jln2 dgn laki hg ke dgn tok laki hg?hahaha..pening baca
memang kalau bahasa terengganu dan kelatan biasanya suami dipanggil tok laki .
Teman biasa ikut jln tu bila nk blk Kelate..x pernah lg kn kaco…dh berpuluh kali lalu cuma sekali jer terserempak ngan sekawan gajah liar…dok stgh jam gak berenti sampai deme clear…dok kn ganggu mcm dlm cerita ni x pernah lg…tp dok rs kereta berat semacam ms mendaki tu pernah lah…sentiasa amalkan ayat kursi..3 qul…insyaallah selamat perjalanan tu..
kalau setakat kereta rasa berat tu biasa la. Tu sebab enjin dah tak power
yg perlahan2 dye cabut kepala tu seram
prnh lalu waktu maghrib.. kna blik raya perak.. fuhhh meme seram boh jln tu, siap jupo gajah lgi
Cerita best..Aku faham je.. 😛
banyak ayat anti-klimaks. Lepas penulis citer ‘nampak kelibat macam hantu’, aku rasa macam dah nak seram dah, suddenly stop gitu je terus sambung babak lain. Tak cerita buat apa2. Tak fikir apa2. Aiseh, baru lepas nampak hantu takkan tak berlegar2 dlm kepala tu betul ke tak tu hantu, tak toleh 2-3 kali, rasa meremang bulu roma, seram sejuk, tok laki terkejut, tanya apsal pucat, nampak tok laki pun pucat,… Takde??? Memang la tak seram. Kena masuk kelas buat skrip drama ni.
Haha rnr masa Raya pun xdk org ke?
tak terdaya nak abiskan cerita hakak nie hahahha..
Penah kena jgk kawasan yg sama…
Wlpn sy ni bknlah seorg yg berilmu,mohon izin sy nk kongsi kan bbrp tips sblm nk memandu dlm jarak yg jauh..doa sblm trn rumah,doa naik kenderaan tu biasalah mmg kna baca dan sy rs smua org dh maklum..utk tmbhn sy cdgkan spray atau renjiskan dlu kenderaan dgn air ruqyah luar dan dlm..air ruqyah blh dptkan dgn mn² org alim atau pengamal rawatan islam atau blh je ruqyahkan sndiri..caranya ambil air yg blom dimasak seeloknya air tapis sbb blh air tapis dh tentu bersih dan blh jgk utk mnm..kmdian mulakan dgn al fatihah pastu bc ayat kursi sekali dan ulangkan wala ya’uuduhu hifzuhuma wahuwal ‘aliyyul ‘azim sebyk 70x,tiupkan pd air tu..pastu spray atau renjiskan pd luar dan dlm kenderaan trmsk kt enjin,tayar dan smua la smpai rata..isi air ruqyah jgk dlm radiator dan air utk pancut kt cermin tu..bila dh renjis air ruqyah luar dlm agak² blh tak bnda² tu nk kacau bertenggek atas kenderaan kita atau nk msuk tumpang dlm keta kita 😁?tentu la tak kan?nk dkt pn diorg xblh dan xbrani pn..inikan nk tumpang..kita je nmpk air biasa tp bg alam diorg nmpk lain sbb kita dh ruqyahkan air tu..dgn izin Allah perjalanan kita selamat dari sgl halangan xkira hantu ke apa ke sbb kita berserah diri pd Allah..sekian..semoga brmnfaat
Saya pula jika jalan jauh waktu mlm mmg pasang rukyah dlm kereta sampai pagi..kemudian berzikir spjg perjalanan..setakat ni tak pernah diganggu lagi la..begitu juga jika menginap di hotel atau homestay..mmg pasang rukyah 24 jam selain mengaji Quran..insyallah jin setan dlm tu pun akan lari.
Sy suami isteri bpuluh kali dok ulang alik blk kelantan dr lumut. Sllunya mlm ni kami btolak.. Alhamdulillah tkde ape2 gangguan. Dan hrpnya jgn le ada yg nk mngganggu. Klu skdr gajah bkwn2 tepi,tgh jln tu biasalah, tmpt dia. Cuma pnh skli blk dr kelantan nk ke lumut, tgh mendaki bukit tu kete slow, tngkp plk buka (tk on aircond) kononnya nk amik angin mlm. Tiba2 ada org lelaki bju serabai jln sorang2 smbil tunduk dlm hutan rimba tu. Mmg ms tu tk terkata2, diam je tgk. Ble berenti kt rnr titwangsa tu br berani tnye suami, dia kata tu org asli yg dok kt situ, tp sy rs bkn org😂. Tp, skrg ni sjk bukit2 kt situ selalu je ada tanah runtuh, kami suka btolak siang hari. Mlm2 jarak penglihatan kurang.
sikit2 cerita duk taip “haa” pahtu taip slang negeri kedah yg ade ejaan ‘q’ kat blkg. bukan semua org blh faham unless u taip lah balik dlm ejaan yg betul.
kejap ckp kelantan kejap ckp utara. pening la. hubie kite pn org kelantan tp xde la nak rojak2 kan
Jenuh nak habiskan cerita dia walaupun baca dalam hati
Klau nk ikutkn dr segi pengalaman penulis, cerita ni seram. Tapi disebabkan penggunaan bahasa yang menyebabkan pembaca susah nak faham dan tahap seram tu tak sampai. Klau boleh kurangkan penggunaan loghat tu sis. TQ
X..xkisah pasal loghat 2…xlaqat nak bce dok haa memanjang hjg ayt dia