Jalan FELDA Semenchu

Nama aku Naz. Aku photographer kat Klang Valley. Masa zaman sekolah dulu aku tinggal kat FELDA Semenchu, Kota Tinggi. Adalah kebiasaan jalan masuk ke Tanah Rancangan (biasanya orang panggil penempatan FELDA ni Tanah Rancangan) dari jalan utama agak jauh ke dalam. Untuk Semenchu ni kira-kira 5km. Sebesar zarah pon kau takkan terlintas nak jalan kaki untuk sampai ke tempat ni dari jalan utama. Melecet celah bedah oi!

Zaman bujang tak sah kalau kau tak main motor. Walaupun tak merempit, main motor tu memang sejajar dengan umur menginjak 20an. Malam tu aku join melepak dengan kuncu seangkatan kat simpang jalan utama yang menghubungkan Tanah Rancangan. Niat berkumpul bukanlah untuk melakukan perkara yang berilmiah melainkan yang lagha lagi melalaikan belaka. Melepak sambil tengok “mini Race”.

Puas melagha aku tengok jam dah masuk pukul 2 pagi. 2-3 ketul dah menguap. Dah bole “tutup kedai” la untuk sesi malam tu. Lepas warm up motor, sesi disudahi dengan sprint test ke rumah masing-masing. Apa korang ingat disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr ke? Tak kena acara weh. Husnuzon btol.

Tengah dok sedap layan sprint, aku dah rasa tanda-tanda yang tak best. Yang mana tadi aku berkedudukan selesa di tengah-tengah, slowly semakin kebelakang. Jentera talaan jurutera merangkap rider (aku la tu) dah mula tersendu-sendu. Masih ada berbaki 3km untuk ke garisan penamat. Ni jangan kata podium, silap-silap DNF (did not finish) ni. Jangkaanku berada di laluan yang tepat. Motor aku m**i semati-matinya separuh jalan. Teman-teman seper”lagha”an aku langsung takde menoleh. Sayup-sayup hilang ditelan kegelapan. Namun tak lupa aku titipkan makian bertubi-tubi dalam hati.

Aku ni takde la penakut mana. Tapi kalau dah tetinggal sorang-sorang, kiri kanan ladang sawit, gelap gelita, combo plak dengan motor tak mau hidup, kunyit jugak aku kat sini. Nak tercabut kick starter motor ni aku henjut sebelum akhirnya aku redha ke hadrat Ilahi. Memang setimpal balasan yang aku dapat atas amalan aku malam tu. Kalau tak sebab dah tengah malam buta, pasti bersujud syukur aku disitu.

Selepas lafaz Bismillah, aku mulakan langkah sambil menolak jentera kesayangan (bapak) aku. Kan bagus kalau mula-mula tadi aku baca Bismillah, mungkin motor Sudin yang tersadai kat sini, bukan aku. 2.5km kalau jalan kaki bole tahan lencun ketiak. Ni tambah pulak menolak motor, mau je aku humban motor ni ke parit. Tapi esok pagi aku pasti aku pulak yang “diparitkan” bapak aku sebab motor takde.

Alhamdulillah perjalanan 500m pertama berlalu lancar. Sejuk pagi buta tak terasa dek kerana kehangatan menolak motor. Tapi keheningan malam itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan bala yang aku dapat. Dirasakannya tak cukup bala lagi bala aku tu. Balakhrisnan btollah! Hati aku yang baru je tenteram didebarkan dengan angin sejuk melampau menyapa tengkukku.

“Ahh! Persetan! Aku nak sampai rumah cepat. Takde masa nak seram-seram”. Getus dalam hati. Nah kau! Betul-betul setan yang muncul kat tepi pokok sawit tu. Gaya tipikal hantu Malaysia. Rambut panjang, baju lusuh putih. Aku tak nampak muka. Tidak ku toleh walau 1 darjah ke arah Kak Limah. Aku buat-buat tak nampak. Harap-harap dia tak perasan yang aku dah nampak dia. Aku terus menolak sambil terkumat-kamit baca ayat kursi dalam hati. Harap-harap jugak dia tak perasan tajwid aku tunggang tebalik. Mau dia gelak mengilai. Lagi seram wey!

Alhamdulillah berjaya melepasi Kak Limah dengan jayanya. Aku rasa perjalanan aku diberkati. Hahaha. Belum lama aku bersenang hati, “Ah sudah! Apa lagi ni!!”. Motor yang aku tolak aku rasa semakin berat. Sumpah masa ni aku nak humban je motor tu ke paya tepi jalan ni. Memang kat jalan tu ada 1 kolam/paya. Ngam-ngam plak time tu aku sampai situ. Dah takde masa nak seram-seram dah, peluh jantan betina bercampur sesama bukan muhrim. Yang dari celah ketiak dah sampai pinggang. Yang dari… Ahhh mana-mana jelah, dah sampai ke kaki. Panas dah hati ni.

“Kot ye pon tolong la tolak, penat ni!!”

Nah, done-done terus ringan. Siap rasa macam dibantu pulak ringannya. Serius cakap memang aku dah tak lalu nak rasa seram. Rasa nak berterima kasih pon ada. Tapi aku pendam dulu. Tunggu dah sampai rumah baru aku cakap. Yela, kang aku cakap terima kasih awal-awal kang dia blah plak. Jauh lagi nak menolak sorang-sorang. Hahaha. Depan sket ada turun bukit kita naik sama-sama. Pastu naik bukit kita tolak sama-sama.? Semenchu ni penuh dengan turun naik bukit wey.

Akhirnya aku selamat sampai kat rumah. Aku park motor elok-elok. Basuh kaki, salin baju terus landing kat katil sampai tengahari buta. Subuh ntah kemana, memang dasar setan. Ngam la tu berkawan dengan setan. Tapi cerita seram aku tak habis kat situ. Yang paling seram bila bapak aku kata jangan harap aku dapat pakai motor dia lagi kalau aku tak betolkan. Fuhh… gila kau! Seram nak mampos! Petang tu jugak aku betolkan. Alhamdulillah pastu dah tak seram dah.

Aku tau cerita ni tak seram pasal aku tak berapa penyeram. Senang cerita tak mudah takut. Aku tau mende-mende halus ni memang ada. Sikit pun aku tak nafikan. Tapi kau tempat kau, aku tempat aku. Yakin aku kat Allah. Walaupon perangai aku sikit-sikit ada macam setan. Dululah. Sekarang dah boleh duduk sebaris dengan Pencetus Ummah. InsyaAllah ?

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Sappil

19 thoughts on “Jalan FELDA Semenchu”

  1. yup. satu gaya penulisan yg sangat baik!??

    jarang aku gelak mcm ni bila baca apa2 cerita walau cerita lawak sekalipun

    well done bro! hope to see more stories from you

    Reply
  2. Yang dari celah ketiak dah sampai pinggang. Yang dari… Ahhh mana-mana jelah, dah sampai ke kaki. Panas dah hati ni.

    hahahaahhaahhahahahahahahahahha. tak jadi seram .

    Reply
  3. Benda apa yg tolong ‘tolak’? Benda sama kat pokot sawit tu ker? Nak tau jugak gaya dia ‘menolak’ tu mcm mana… Tapi kalau bapak ‘naik hantu’ mmg lagi seram dari hantu betul. Cerita lawak! Kipidap!

    Reply
  4. mengekekk aq gelakk bace cite ko kt opis nie bangg..hahahha
    buad lg cerita lain..yg seram2 klaka mmg seronok bace buad hilang strss..i’m your fanss now!!

    Reply
  5. cerita bro boleh buat orang gelak2,thorbaikkk! baru nak fefeleling seram terus tak jadi. buat lagi cerita lain ya. =)

    Reply
  6. Yg peluh jantan betina bercampur sama bukan muhrim tu, aku rasa nak pinjam ayat ko ni la. Terbaik do lawak ayat kelakar seram ko ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.