Jalan Jabor Lama

Assalamualaikum buat semua. Ini merupakan cerita kedua aku untuk FS. Kejadian yang akan aku ceritakan ni terjadi dekat diri aku sendiri. Aku memang sejak kecil dah biasa dengan hantu dan seangkatan dengannya. Sejak kecil lagi aku dah biasa kena ganggu atau kadang-kadang benda tu nak bagitahu dia ada di situ.Jadi boleh dikatakan aku dah terbiasa dengan semua gangguan ni. Cuma, gangguan yang aku alami biasanya sekadar bauan, kilasan, atau bunyi2 pelik. Seumur hidup aku, aku tak pernah nampak lagi hantu2 ni.

Korang suka drive lewat malam? Aku memang jenis yang suka drive tengah2 malam lebih2 lagi kalau perjalanan jauh. Jalan Jabor Lama.

Malam itu merupakan kali kedua kami menggunakan jalan tersebut. Dulu masa nak balik raya haji, masa tu aku mengantuk sangat. Tak fikir yang bukan2. Kami dari Shah Alam nak balik ke Seti. Aku memang suka guna jalan Jabor Lama sebab nak elak tol plus malam2 keadaan kat situ sunyi, best. Aku suka. Boleh tenangkan fikiran.

Kebetulan malam tu hujan. Aku dah dapat rasa mungkin ada sesuatu yang tengah menanti aku di pertengahan perjalanan. Wife, kakak ipar dan 2 org anak saudara aku dah lena tidur. Jam 1 lebih masa tu. Malam tu aku betul2 segar tak macam sebelum ni. Mungkin lepas aku pekena setin Livita.

Aku tak tahu kenapa malam tu aku boleh celupar. Aku cakap sorang-sorang, “sunyi macam ni takkan kau tak nak muncul. Aku tak pernah tengok kau. Cuba kau munculkan diri.”

Selang beberapa minit lepas tu, tiba-tiba berdentum cermin kereta depan aku. Aku nampak. Tiba-tiba burung terbang di hadapan kereta dan melanggar cermin depan kereta aku. Aku terdiam. Fikiran aku mungkin burung tu tak nampak. Teruskan perjalanan. Selang beberapa minit selepas kejadian tu, tiba-tiba ada seekor burung hantu terbang betul-betul di sebelah kiri kereta aku. Mungkin lebih kurang 4 hingga 5 saat. Dalam hati aku berbicara, mungkin kali ini kau akan munculkan diri.

Selepas 2 kejadian burung tu, aku drive macam biasa. Sambil2 nyanyi lagu ikut radio. Tiba- tibaa. Uishhh. Apa benda pulak yang bertenggek atas paip tu. Dari kejauhan aku nampak ada lembaga sedang bertenggek atas paip besar tu. Aku bagi lampu tinggi, kot-kot aku salah tengok. Tak jelas. Aku nekad untuk slow kan kereta. Semakin dekat dan semakin dekat. Aku lalu sebelah lembaga tu, dan masyaAllah. Itulah dia. Mata aku sendiri menjadi saksi. Aku nampak lembaga itu berbulu, badannya besar mungkin 2 kali badan manusia normal, matanya kuyu dan rupanya amat amat hodoh. Tidak dapat disamakan dengan rupa manusia langsung! Dan boleh pulak waktu aku pusing kepala aku untuk tengok dia, timing yang sama dia pusingkan kepala dia untuk tengok aku. Dan kami bertentang mata. Allahu.

Aku cuba untuk bertenang. Mungkin malam ini Allah tunaikan permintaan aku. Walaupun aku masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat, aku tetap yakin bahawa itulah dia. Sejam perjalanan selepas itu, sekali lagi kelibat muncul. Kali ini aku nampak satu lembaga bentuk badannya seperti manusia. Berada betul-betul dia tengah jalan. Jalan terus ke tepi jalan nak masuk ke dalam hutan. Ghaib. Aku tak tahu ke mana lembaga itu pergi dan ghaib.

Lebih kurang 6 jam perjalanan, 2 peristiwa penampakan itu betul-betul memberikan pengalaman berharga untuk aku. Kalau korang nak cerita yang lebih seram, nanti ada masa aku share. Sekian .. Jumpa lagi..

Hanatar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Mutalib

2 thoughts on “Jalan Jabor Lama”

  1. Mmg betul.. aq pernah sekali je lalu jalan jabor Lama.. time tu drive malam.. Mata mengantuk.. nk dijadikan cerita, aq stop kat satu stessn minyak sebab nk reheat sekejap.. sebab aw tahu kalau kat aq teruskan perjalanan key depan nnty dh susah nk jumpa stesen minyak.. so aq rehat kejap dlm kereta.. dh Segar sikit aq nk ke tandas.. time tu sumpah susah aq nk cari tandas.. cari punya cari X jumpa².. last² aq terjumpa satu pintu.. aq try lah bukak.. time tu Allah je tahu apa yg aq nampak.. aq nampak ada satu susuk tubuh berbungkus dgn Kain putih berbaring atas lantai Dan Di sekeliling susuk tubuh tu.. Ada ramai org berjubah hitam macam membaca sesuatu kepada susuk tubuh itu.. aq punya terperanjat.. Dari nk kencing.. terus tak jadi.. aq lari sekuat hati masuk dlm kereta Dan tenangkan hati aq serta bukak surah² Dari radio.. so aq sambung perjalanan.. tibanya Hari aq nk balik ke rumah aq.. aq gerak lalu jalan itu LAGI sekali tapi Di Siang Hari.. setibanya aq berhampiran dgn stessn minyak tu.. alangkah terkejutnya aq tgk keadaan stesen minyak tu dah terbengkalai.. mmg dh lama tutup.. aku mmg dh m**i akal dh dengan peristiwa ni.. aq pun apa LAGI,, Ada seorang Pak cik ni DIA bawak motor lama lalu dpn stesen minyak tu.. aq pon try berhentikan Pak cik tu.. Dan aq Tanya kat DIA.. pasal stesen minyak tu.. pakcik tu KATA mmg stesen minyak tu dh lama terbengkalai.. aq lpstu blah Dari situ.. mmg Seram bab1 lah kalau nk beritahu… Adeh…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.