Jalan ke Bukit Fraser

Assalamualaikum admin, aku banyak baca kisah dalam fiksyen shasha ni. Terdetik pula aku nak kongsi kisah aku yang tak seberapa ni. Kisah ni bermula pada bulan november tahun lepas. Sebelum mula cerita nak bagitahu yang kami ni asal dari penang. Malam tu asalnya nk pergi ke bukit fraser. Tapi pada masa yang sama kitorang nk singgah ke cameron highland bermalam disana.

Jadi malam tu kitorang bermalam la kat cameron highland dan keesokan harinya dalam pukul 10 pagi kami dari cameron highland gerak nak ke bukit fraser. Perjalanan dari cameron highland ke bukit fraser agak jauh.

So sepanjang drive memang suami aku je yang drive. Nak dijadikan cerita kami ikut jalan dalam ke bukit fraser. Perjalanan ke bukit fraser tu terasa jauh sangat bila dikelilingi hutan sepanjang jalan. Macam biasa kami guna gps untuk pergj ke bukit fraser. Sesampainya ke selekoh untuk naik ke bukit fraser kami tengok laluan naik dia macam jalan yang tak terurus. Dengan ada dahan dahan pokok buluh yang jatuh diatas jalan.

Memandangkan aku tengok tak ada jalan lain untuk naik ke sana. Sebab jalan nak naik one way. So kami teruskan juga perjalan kami. Masa nak naik masa tu jam menunjukkan pukul 4 petang dah. So kami teruskan lah juga naik kesana. Bila sampai je kat atas kitaorang pun jalan2 kat atas tu.

Memandangkan bukit fraser tu macam pekan kecil so memang tak banyak tempat boleh pergi. Dalam pukul 6.30 petang suami aku tanya nak tidur sini ke nak turun. Sebab aku fikir tadi sepanjang jalan aku ada nampak signboard ke kuala lumpur so aku buat keputusan kita turun la balik terus ke seremban sebab rumah parents aku kat sana.

Suami aku ikut je sebab nak jimat kos. Kami pun cari jalan turun, benda yang sama nak turun pun one way. Sama macam jalan naik tadi, jalan dia mcm tak diselenggara tapi better sikit la dari jalan naik tadi. Lebih kurang 5 min turun hati aku rasa tak sedap. Masa tu dah pukul 7 aku cakap kat suami aku apa kata kita naik atas cari jalan turun lain. Sebab memang tak nampak kereta turun pun. Hanya kereta aku sebiji.

Suami aku cakap tak ada apa. Turun je la… Bulu roma aku dah tegak sepanjang jalan. Sepanjang jalan aku berzikir supaya dipermudahkan jalan keluar. Turun je dari bukit fraser aku rasa lega sikit kami sempat turun ke bawah sebelum magrib. Kami teruskan perjalan ikut gps ke kuala lumpur. Sepanjang jalan nk ke lebuhraya besar terasa jauh sangat sebab dikelilingi hutan kiri and kanan.

Sepanjang jalan memang rasa tak sedap hati. Sebab hari semakin gelap namun still tak nampak sebiji kereta atas jalan. Yang bertentangan atau pun yang mengekori. Aku makin rasa curiga, takkan sepanjang jalan ni cuma kereta aku je. Aku senyap sepanjang jalan tak berani nak bersuara sebab orang tua tua ada cakap kalau nampak atau rasa yang bukan bukan jangan tegur, takut ada yang tumpang.

Dalam suami aku drive melewati selekoh selekoh jalan, tiba tiba ada bunyi hentakan yang kuat diatas bumbung kereta aku. Macam ada buah kelapa jatuh. Aku dan suami terkejut sama sama kami istifar. Dan aku tinjau cermin sisi aku tak nampak apa apa, cuma gelap. Kami tak pasti apa yang jatuh dia atas bumbung. Apa yang pasti bulu roma aku makin menegak sepanjang jalan dan terasa jauh untuk keluar dari jalan tu sampai la jam menunjukan pukul 9.45 malam.

Tapi aku merasakan jauh dan gps seolah olah tak berfungsi. Aku mula baca ayat kursi serta ayat 3 qul hembus ke keliling kereta sambil aku berdoa semoga Allah tunjukkan kami jalan keluar. Selepas habis aku baca doa. Dalam 10 min macam tu aku terkejut bila suami aku memperlahankan kenderaan. Aku terlihat dahan pokok buluh yang merambu tumbang diatas jalan. Yang menghairankan aku dalam rambu buluh yang banyak banyak macam ada satu lobang macam gerbang yang boleh muat satu kereta masuk. Dan yang peliknya. Potongan gerbang macam kemas seolah olah d******g dengan kemas. Hati aku terdetik kalau orang yang buat mesti dia akan buang sekali buluh yang rambu rambu tu ke tepi jalan bagi clear.

Kenapa dia trim elok elok cantik dan betul betul muat satu kereta lalu. Elok keluar dari situ suami aku cakap dia rasa kereta ringan untuk dibawa berbanding tadi. Aku pun rasa pemanduan suami aku makin laju dari sebelumnya. Baru suami aku bagitahu selepas bunyi yang kuat atas bumbung kereta tadi. Kereta tu macam rasa berat bila nak naik bukit. Suami aku gagahkan juga tak nak berhenti di tengah tengah hutan. Dan yang paling ketara gps handphone aku tiba2 berfungsi dengan baik. Dan lepas je keluar dari gerbang tu kami ada nampak kereta di depan dan belakang kami. Bertentangan pun banyak. Mana datang semua kereta ni. Ke tadi kereta kami dah masuk dunia lain? Itu la serba sedikit pengalaman yang kami terima harap admin terhibur.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Mimi

9 thoughts on “Jalan ke Bukit Fraser”

  1. Jln ikut Raub ker tu nk ke Bkt Fraser…dr Cameron Highland ada jln terus ke Raub…dan dr Raub ke Bkt Fraser tu mmg sunyi…lg elok ikut jln yg satu lg…byk sikit kereta lalu lalang…kalo mlm elakkan lah ikut jln tu…lg ada anak kecik

    Reply
  2. pengalaman pergi bukit fraser, gps memang susah nak dapat sebab xda network sangat kat situ. jalan nai sehala jalan turun pun sehala.. itu je la jalan yang ade xde jalan lain dah.. sebab jalan situ macam xde lampu sangat so jarang orang gune jalan tu diwaktu malam. sekian.

    Reply
  3. Aku kerap lalu jalan ni.. Mmg jalan tu mcm jalan tinggal pn. Tp aku ada satu tips yg aku amalkan… Kalau dkt kaki jalan tu samada dr kuala kubu bharu atau raub dah pukul 5 or lps asar, xpayah naik lah. Hutan banat tu weh deme, mujur atas bumbung bukan kene kejar pocong guling2 drift turun bukit fraser

    Reply
  4. Situ naik n turun mmg 1 jln je.. Ada masa utk turun n naik. Bkn bole redah je. Jln mmg gelap la. Ape je ade kt situ.. Kalau da lwt ptg tu xpyhla turun, mmg cri hal la..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.