Jalan Kubang Lintah – Nami

Jalan Kampung Kubang Lintah-Nami

Siapa yang tinggal di kampung sepanjang jalan ini tahu tentang kisah seram sepanjang jalan ini terutamanya di kawasan berhampiran Hutan Pokok Jati Ternas. Macam versi dan kisah mistik tapi antara kisah yang berlaku di jalan berkenaan.

Kisah Pertama:

Taufek merasakan perjalanan masuk ke dalam kampung malam ini sangat jauh. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, kabus mula tebal sepanjang jalan. Dia membawa perlahan motornya kerana jarak penglihatan hanya hujung lampu motosikal.

Jauh di hadapan, berjuntai pelepah dauh kelapa di atas dawai elektrik. Dia buat tidak kisah. Apabila lalu di depannya, sebenarnya ia adalah rambut berjuntai bukan lagi pelepah kelapa. Dia buat tidak endah dan lalu begitu sahaja. Sebelum itu, dia memang merasa pelik kerana rumah di kawasan Kampung Kubang Lintah bertindan dengan rumah dan tapak kosong yang tidak wujud di siang hari.

Pagi itu, dia bertanya kepada Danesh berkaitan laluan malam tadi.

“Kau ada jumpa kawan tak…”, Taufek bersuara.
Danesh mengangguk.
“Kau nampak rambut berjuntai semalam…”, Taufek bersuara.
“Aku nampak. Tapi Ada kelibat berkain labuh putih bertenggek atas tu…”, Danesh membalas.
Masing-masing berdiamkan diri.

2 hari kemudian…

“Fek, ini jalan yang kita lalu malam tu..??”, Danesh tiba-tiba bersuara.
“Yap. Kenapa…???”, Taufek membalas.
“Bukan kita lalu dari sana ke dan tembus kat pokok besar tu ke…???”, Danesh bersuara sambil menoleh ke arah gaung dan kawasan hutan jati sebelah kanan jalan.

Jalan manakah mereka lalu malam tu…??? Sampai sekarang masih menjadi tanda tanya mereka.

Kisah 2:

Aku bersama kak Jes bertolak balik dari Penang malam tu ke kampung. Jam lebih kurang 4 pagi. Kitaorang melalui kawasan pokok jati. Masing-masing diam sepanjang jalan. Tiba-tiba aku dapat rasa bahu aku disentuh dari belakang.

“Kak ok..???”, Aku bersuara perlahan.

Dia masih mendiamkan diri.

Aku buat tidak kisah. Tapi jauh di sebelah kanan bawah pokok ara, kelihatan kelibat berdiri membelakang pokok ara. Kelihatan motorsikal diparking tidak jauh dari kelibat itu berdiri. Aku perasan kak Jes seakan menggigil di belakang.

Pagi itu setelah sampai ke rumah, aku bertanya kepada Kak Jes. Tahu apa dia bagitahu.

Seorang lelaki tersenyum dengan taring tajam menenung dari arah lelaki yang aku nampak malam itu.

Kisah 3:

Malam itu aku bersama 2 orang kawan kolej aku yang bercuti di kampung menuju ke Sik. Lepas maghrib kitaorang pun bertolak. Ketika melalui kawasan bukit yang penuh pokok kelapa sawit, aku perasan ada suatu benda mengikut kawan aku yang membonceng satu lagi motosikal di belakang kami.

Lebih kurang 11 malam, kitaorang bertolak balik… He he… tahu apa kitaorang jumpa. Cheong mengaku dia nampak cik ponti berada di sebelah dia sampai melepasi kawasan pokok jati. Kami perasan dia tidak boleh bawa motor dan bergerak siring dengan kami masa lalu kawasan itu.

Sebenarnya kawasan pokok jati tu memang banyak kisah terjadi. Antaranya:
1) kemalangan yang tidak dapat dijelaskan puncanya.
2) Kes b***h diri di kawasan rumah usang berhampiran sungai
3) dipercayai tempat tinggal nenek moyang (tok Beris) yang sering tegur orang yang masuk ke kawasan kampung (Orang Baru) terutama kawasan pokok ara

Siapa dok kAWASAN sepanjang Kubang Lintah Sampai Nami (Kedah) mesti tahu kisah mistik yang berlaku di kawasan berkenaan dan jarang digunakan terutamanya melepasi tengah malam kecuali hal-hal kecemasan

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
THANON

6 thoughts on “Jalan Kubang Lintah – Nami”

  1. nami kampung saya…
    kampung ayah kat kampung betong..
    pernah masa saya kecik2 dalam umur 5 atau 6 tahun mcm tu naik motor dengan ayah nak balik kampung…dah dekat senja mas tu…bila dah sampai area ladang ni mata saya di tampar dr depan…masa tu saya dok kat depan..
    kaki dalam raga motor saya dok atas seat moto depan ayah…benda yg tampar saya mcm tapak tangan lelaki dewasa…sampai x boleh buka mata…ayah benti motor tiup2 mata baru boleh buka…mata sampai merah dua2 belah…

    ayah pernah juga cerita pasal ular seruling…cerita ni jd zaman dulu…kisah ular seruling ni pon kat kawasan ladang jati ni jugak…mungkin penduduk setempat lebih tau cerita ular seruling ni…

    kes2 lain selalu bau bangkai time lalu malam2 ni dah biasa saya rasa..

    Reply
    • Yap… Saya dok kubang kesom… Selalu bawa kawan masuk… Macam-macam tunjukkan muka…
      Cik Ponti
      Cik Chong

      Yang paling pelik , tersasar jauh ke kawasan sungai tu pun 12 ke atas…

      Agak angker… Yap kat sik….

      Reply
  2. Saya dulu sekolah felda lubuk merbau stay kt kampung betong kadang ii pgi lalu dkt kubang lintah nk ke sekolah tu kadang nmpak cik ponti dok bertenggek atas pokokšŸ˜„

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.