Hi nama aku Yaya. harini aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri diikuti “si dia” dari jalan lama menuju ke rumah nenek.
Aku seorang pelajar tahun akhir di sebuah kolej di negeri kelahiran nenekku dipantai timur. sejak kematian nenek, rumah pusaka dikampung itu terbiar kosong tanpa penghuni. tetapi tetap dijenguk sesekali oleh sedara yang tinggal berdekatan dengan rumah itu.
Dipendekkan cerita, pada cuti perayaan tahun baru cina 2019, Ika (kakak aku) datang dari Selangor semata-mata untuk berjumpa dan meluangkan masa cutinya bersama aku. Jam 2.30 petang aku mengambil Ika di Airport berdekatan dengan kolej aku. Selesai membawa Ika menjamu selera, jam menunjukkan pukul 4 petang. kami mengambil keputusan untuk bertolak ke rumah nenek yang perjalanannya mengambil masa dalam 1 jam dari kolej aku.
kami pun memulakan perjalanan.. Jam 5 petang kami sampai di rumah arwah nenek. keadaan yang sunyi kerana agak jauh dari rumah yang lain. Semuanya kelihatan biasa sahaja.. Kami pun memasuki rumah tinggal itu dengan lafaz Bismillah…… sretttttt pintu kayu usang dikuak dari luar. Agak sedikit berhabuk namun perabot dan barang lain nampak tersusun seperti ada yang menjaga.
Selesai solat maghrib, aku dan ika keluar untuk berjalan-jalan disebuah “uptown” yang terkenal disitu..Kami memulakan perjalanan dan apabila sampai, mungkin kerana terlalu teruja berbelanja.. sedar tidak sedar jam sudah memasuki pukul 12 tengahmalam.. kami segera memacu pulang kerumah semula…
untuk pengetahuan korang, jalan masuk kerumah nenek aku ni ada dua. 1 jalan baru dan 1 jalan lama, entah dari mana ilham aku dan ika pada malam itu hendak melalui jalan lama itu, katanya ingin ambil feel.. sememangnya hanya kereta kami sahaja yang lalu disitu. semak samun sudah hampir menutupi jalan “haishh macam cara penyakit saja malam ini” gumam aku dalam hati.
Setiba kami di satu jambatan kecil yang menghubungkan kampung nenek dengan jalan lama itu, spontan ika bersuara “hati-hati yaya, tempat ni keras! dia suka mengikut balik” hihihihihi gelaknya menyakat aku. aku menjeling tidak berkata apa.
sampai dirumah, kami seperti biasa terus masuk menuju kebilik utama di hadapan rumah. disinilah gangguan bermula, ika masuk kedalam bilik mandi untuk mandi dan menukar baju. aku pula duduk dikatil bermain handphone… keadaan yang sunyi tiba-tiba bertukar pelik bila bunyi sesuatu jatuh menghempap zink hadapan betul-betul dibilik mandi ika. aku terkejut tapi tidaklah aku berkata apa-apa.. tetapi ika yang sedang leka mandi tadi, tiba-tiba menutup paip air dan memanggil aku
“bunyi apa tu yaya??”
“bunyi kucing tu..”balas aku, tidak mahu berfikir panjang
ika segera keluar dari bilik mandi.. takut lah tu minah ni hihihi kataku dalam hati..
“yaya teman aku pakai skincare jap kat luar” kat ruang tamu rumah tu ade satu cermin besar, kata arwah nenek untuk cucu-cucu perempuannya bermakeup..hmm alfatihah nenek :(..
aku pun akur dan mengatur langkah keluar mengikuti ika.. tak sampai seminit aku keluar, aku kembali masuk kedalam bilik dalam hati ku padan muka kau ika hahahaha fikirku ingin menakutkan ika..
tak sampai beberapa saat aku masuk.. alangkah terkejutnya aku bila aku mengangkat muka, ada sosok perempuan badannya separuh sahaja.. berpakaian hitam berambut panjang duduk termenung dihujung tingkap bilik kami… aku berpaling tidak mahu melihat mukanya. tapi hati ku kuat menyuruh untuk lihat untuk kali kedua, mahu tercabut jantung aku bila sosok itu masih kaku disitu.
dengan kudrat yang masih ada, aku gagahkan kaki mendapatkan ika di ruangtamu.. muka ku pucat tak berdarah. namun aku tidak berkata apa-apa. “kau ni kenapa macam orang nampak hantu ni?”tanya ika berseloroh namun dia tidak tahu tekaannya itu benar.. ak hanya diam dan mengikutinya semula kedalam bilik. lega bila perempuan tu dah tiada lagi dalam bilik.
aku duduk bersila diatas katil..badan ku menggigil ketakutan. tak dapat aku gambarkan perasaan aku tika itu kerana itu kali pertama aku melihat makhluk itu didepan mata. tidak tahan lagi, aku menceritakan kepada ika apa yang berlaku. dia cuak habis satu badan terketar.. asyik aku bercerita kepada ika tentang apa yang aku lihat. kami mendengar ada suara diluar rumah seolah-olah sedang mengejek percakapan kami dengan bahasa yang tidak difahami.
aku menghubungi kawan lelaki ku Amir yang tinggal tidak jauh dari kawasan itu, kurang setengah jam dia sampai.. fuhh lega ibarat hilang seribu ketakutan aku. Amir agak pandai dalam hal ghaib ni dia memeriksa sekitar rumah. dia menemani kami pada malam itu. katanya dia memang nampak ada sesuatu mengikuti kami pada malam itu. tapi katanya sekadar menumpang sahaja kerana tertarik dengan salah seorang dari kami.
kerana kejadian itu percutian kami dibatalkan, ika demam dan mengambil keputusan pulang ke Selangor ke esokan harinya..
pengajaran aku nak sampaikan disini adalah, kita kene menjaga mulut walau kat mana sekalipun kita berada. tambah-tambah dikawasan yang kita baru masuk.. sekian
Terima kasih kerana sudi membaca cerita aku kalini…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI