Jalan Seri Iskandar ke Kuala Kangsar yang Menggerunkan

Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh (maaf jika tersalah ejaan) dan selamat sejahtera (bagi yang bukan Muslim).

Nama aku Hidayah, ingat lagi tak? Aku pernah tulis satu cerita tentang (http://fiksyenshasha.com/jalan-ipoh-cameron/) tempoh hari. Sebelum itu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada admin FS kerana mem”publish” cerita aku dan kepada pembaca-pembaca FS yang sudi memberikan komen-komen yang positif.  

Cerita kali ni, mungkin bagi korang, taklah seseram mana. Mungkin hanya celah-celah gigi, mungkin. Aku pernah share dah kat blog aku suatu masa dulu..

Tapi, pengalaman aku ni aku takkan lupa sampai bila-bila.

…………………………..

Jalan Seri Iskandar ke Kuala Kangsar yang Menggerunkan

Hari semakin menginjak petang. Ataupun lebih tepat lagi, Maghrib. Suram. Seperti mahu hujan. Aku teringat kejadian semalam. Sewaktu melepak-lepak kat kedai mee celop yang berpeluh jantan aku mencarinya. Aku flash back satu-persatu pengalaman seram yang pernah aku alami sendiri. Atau mungkin aku sendiri yang buat-buat seram aku pun tak pasti. Tanpa berceloteh panjang lebar. Mari mulakan……..

Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2014, tak silap aku. Ketika kejadian ini, aku masih bekerja lagi di Ipoh. Kebetulan di suatu hujung minggu, kawan aku, K, ajak aku bermalam dekat kampung dia. K anak kelahiran Pulau Pinang..

“Jomlah wei, balik kampung aku. Lagipun hang boleh hantarkan L balik rumah sekali…”

L, adik K yang masih belajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Seri Iskandar.. Mulanya aku agak keberatan. Tapi bila difikir balik, sekurang-kurangnya boleh juga tenangkan fikiran setelah berhari-hari bekerja.

Jadi, Jumaat petang itu kami terus gerak pergi Seri Iskandar ambil Si L. Masalahnya sampai-sampai di rumah L, dekat-dekat pukul 9++ malam tak silap aku. Siap-siap masukkan barang semua dalam kereta, maka kami pun memulakan perjalanan ke Pulau Pinang….

Tiba-tiba….

“Wei, kita ikut jalan lama lah… Masuk kat Plaza Tol Kuala Kangsar nanti… Banyak kan signboard pi Kuala Kangsar kan?? Tak payah la kita patah balik masuk highway Ipoh…”

Aku bersuara. Memandangkan aku driver malam tu, K dan L tiada bantahan. Jadi, aku pun ikut saja signboard ke Kuala Kangsar. Aku rasa aku ada membelok. Tak ingat belok ke kanan atau kiri. Kiranya lepas dari Kolej Professional Mara tu. Kat traffic light……

Kami teruskan perjalanan lagi. Tapi Plaza Tol ke Kuala Kangsar tak jumpa-jumpa. Aku tanya K dan L,

“Bukan ke dekat ke Plaza Tol tu?? Nape dah 15minit perjalanan masih tak jumpa??”

K dan L diam. Mungkin sebab diorang tak tahu jalan sekitar kawasan tu. Aku tak sedap hati. Aku capai telefon nak call kawan aku yang memang menetap di Seri Iskandar…

“N, macam mana nak p Plaza Tol KK dari SI wei?? Kitorang ikot jalan dalam ni…..”

Mula-mula dengar suara aku, N ceria. Sementelah si N ni memang happy go lucky orangnya. Tapi bila dengar je aku bagitahu kami ikot jalan dalam, dia diam…. LAMA….. Speechless kata orang. Tiba-tiba dia bersuara,

“Wei, better komer patah balik la. Masuk ke highway Ipoh….”

Aku hanya hmmm je. Selepas panggilan telefon dimatikan, aku cakap dengan K dan L,

“Takpela kita cuba teruskan dengan jalan ni. Sebab aku rasa nak patah balik pun dah jauh sangat kami masuk….”

Jadi, kerana ke’bangang’nan aku, kami teruskan jua meredah jalan tersebut… Haru…….

Jalan sunyi, gelap gelita, sebiji lampu jalan pun tak ada. Kiri kanan ada kebun kelapa sawit. Ada juga rumah kediaman sepanjang jalan tu tetapi jaraknya sekitar 500m ke 1km. Jalan berbukit-bukau, tinggi dan pelik. Kita boleh nampak jalan berbukit sayup nun di depan kita. betapa jauhnya jalan tu.

Takde satu kereta pun di depan atau dibelakang kereta kami. Cuma kadang-kadang ternampak motor orang kampung.

Suasana suram, begitu juga suasana di dalam kereta. Kami masing-masing diam melayan perasaan. Tiba-tiba ada kereta dari belakang kereta kami. Yang aku pelik tu, perlu ke ikut rapat?? Aku positif, mungkin dia takut juga macam kitorang. At least dekat dengan kitorang adalah peneman kan.

Tapi, dah 5min hingga 8min perjalanan dia masih kat belakang, masih ikot rapat… Sebijik macam kejadian ke Cameron Highlands yang aku pernah lalui dulu.

Aku dah tak sedap hati. Macam-macam dalam fikiran aku. Perompak ke hah? Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami.

Aku dari kelajuan kereta macam baru balik market, ape lagi, tambah kelajuan la… Gila kau. Apa-apa pun boleh jadi tau.

Sampai kat satu kawasan, kereta tu membelok… Lega!!!

Kami teruskan perjalanan. Masa tu, kelihatan rumah-rumah kediaman tu semakin rapat. Sampai di suatu kawasan, ada gerai makan!! Leganya perasaan aku masa tu taktahu nak gambarkan. Kami pun berhenti di situ untuk makan malam memandangkan perut kami berkeroncong minta diisi. Selepas dah pastikan semua manusia yang ada dekat kedai tu berkaki, kami pun pesan makanan… Betapa laparnya kami……

Walaupun bagi sesetengah orang tu, pengalaman ni taklah seram mana, tapi orang yang berada dalam situasi tu je akan faham. Aku bersyukur akhirnya kami selamat sampai Plaza Tol Kuala Kangsar. Amin… 🙂 🙂 🙂

Cuma.. Setelah beberapa tahun, K tanya aku,

“Dayah, kau rasa wujud ke kedai makan malam tu? Kau tak rasa orang-orang kat situ pelik??”

Pungah!! Sebenarnya aku rasa juga orang-orang kat situ pelik.. Tapi perut tengah lapar dik.. 

Insyallah aku akan share lagi kisah pengalaman aku nanti… Bye 

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]
Hidayah

26 thoughts on “Jalan Seri Iskandar ke Kuala Kangsar yang Menggerunkan”

  1. Dayah, cita anda tersangat lah x seram, x menarik pn, mcm just nk crita prjalanan KK sja.. Klau terlampau brfikir sgat2 ttg cita ni, mnunjukkan anda seorg yg sgat penakut..

    Sekian..

    Reply
  2. aah la.. xseram lgsg sbb tade tanda ape2 yg mnndakan awak kne kaco. mainan perasaan sndiri. lps ni pastikan mmg seram la ye kalo nak menulis.. hmmmm aku slalu da lalu jalan mcmni jd aku rase mainan perasaan ko je atau ye.. ko mmg telalu penakut.. sorry dik..

    Reply
      • Seram juga cite awak ni Dayah kalau untuk orang yang tak biasa jalan tu. Akak belajar kat UiTM SI dulu and selalu balik Taiping ikut Parit, Manong semua tu. Memang jalannya berbukit, hutan, gelap, rumah orang jauh2. Maybe awak tak biasa sebab awak rasa pelik jalan tu. Kalau lalu siang pun sunyi jugak. Hehe… Kadang manalah kita tahu tengah elok drive, dia melayang depan cermin kereta kan. Mana tahuuuuu

        Reply
  3. ko ikut jalan mana dari Seri Iskandar ni…kot lepas Parit…lalu Salang ke Kuale Kangsor or kot Chopin. Kalo keluo Manong tu Chopin le…kalo Salang pulok kot Sayong keluonye…..aku rase le ko ni kot Chopin kot..sebab lalu kat bukit nun sayup turun naik nye…..

    Reply
  4. Dari seri iskandar ke tol kk ikut parit memang jauh kalo siang mahu dkat sejam baru sampai. jaraknye lebih kurang 50-60 km. dari parit ke kk ada 2-3 laluan.
    1.Parit-chopin kanan-mandah-senggang-sayong-kk(paling sunyi)
    2.Parit-tanjong belanja-telukperang-manong-kk
    3. Parit -tnjg belanja-simpng 3-manong-kk(paling jauh) bnyk rumah

    Reply
  5. Walau pun kurang seram tetapi best jugak baca pengalaman org. Terima kasih dik atas perkongsian.
    Banyak kali juga lalu jalan parit – kk, pernah juga lalu time 3-4am dr sayong ke parit utk elak jam kat highway, mmg takde kereta kereta lalu situ. Tapi alhamdulillah takde apa2 yg pelik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.