seram-8

Jalanraya Depan Rumah

Actually aku bukanlah seorang yang berani. Tapi tak jugak lah penakut. Sedang-sedang aja. Tapi kadang2 kalau aku baca or tengok cerita seram, boleh naik jugaklah bulu roma aku nih aih. Haha.
Boleh dikatakan sejak kecik aku dimomokkan dengan cerita2 seram oleh mak-mak sedara aku. Biaselah budak kecik kan mana tahu apa, yang tahu takot je. Sepanjang tumbesaran aku, boleh dikatakan macam2 cerita aku dengar. Kalau korang rajin nak baca, bacalah. Kalau rasa bermanfaat, ambillah pengajaran ok!

Ni kisah sebelum jalanraya depan rumah aku diselenggara. Rumah aku ni tepi jalan. Dan boleh dikatakan jalan ni kerap berlaku kemalangan disebabkan jalan agak gelap kalau malam2. Pastu ada hutan sikit even ada rumah kat tepi2 tu. Depan sikit ada selekoh tapi takdelah tajam. Cuma selekoh yang sangattt kerap berlaku kemalangan. Ramai jugak yg kembali pada Allah. Mostly yang hidup, depa kata nampak lintasan. Nampak kucing hitam melintas or nampak ada “benda” terbang. Nampak itu nampak ini. Ada yg cakap jalan ni banyak darah sbb ramai eksiden then mati di tempat kejadian.
Makngah aku pernah cerita, dulu adalah orang eksiden kat depan rumah aku. Depan rumah aku ni ada pokok pisang tapi sekarang dah ditebang. Mati la orang tu kat situ. Sebelum mati biasalah tinggal nyawa2 ikan. Pastu sejak hari kejadian, sesapa yang kurang bernasib baik. Depa akan dengar bunyi suara orang mengerang kesakitan. Ayah aku pun pernah cerita, dulu2 masa mak aku keja kilang. Ayah aku selalu lah tunggu mak aku nak naik bas, dah isterikan dia kan. Sapa tak sayang? Kat area2 depan rumah aku ni ada macam tembok dan boleh nak duduk-duduk sementara nk tunggu bas. Ayah aku cakap dia pernah nampak perempuan rambut panjang baju putih macam tunggu seseorang kat situ. Fuhh nasib lah mak aku dah naik bas!

Lagi… Kat area kampung aku ni ada rumah tinggalan sebab owner dia dah meninggal dunia. Kitorang panggil Nekca. Rumah dia agak scary lah jugak dulu sbb rumah papan then macam gelap sikit. Nak dijadikan cerita, abg sedara aku ni baru balik lepak dengan member dia, lalu depan rumah Nekca dia. Masa tu dah tengah malam jugaklah. Dia nampak perempuan rambut panjang tengah dukung baby. Kau rasa? Dia dengan keberanian tahap kelelakian, pun pi berdiri macam kalau orang tua2 kata tengok celah antara dua kaki tu. Apa entah nama tu. Dia pun bantai berdiri kat atas motor nak make sure itu orang ka atau ehem2. Pastu bila dah buat macamtu, dia nampak kaki cikPonti tu tak jejak gaiss. Dia sempat lah jugak terpandang baby tu. Tapi actually itu hanyalah batu nisan. Dia pun apa lagi. Vrommm tekan minyak lelaju. Nasib baik lah tak ditumpangkan cikPonti tu. Huhu.

Aku cerita sebab aku nak bagitau. Bukan kita je menumpang atas mukabumi Allah ni.
Depa pun sama. So, beringatlah sebelum terkena. Jangan cakap besar. Walaupun aku tak ada pengalaman, daripada pengalaman oranglah aku belajar.
In shaa Allah. Allah itu Maha Melihat Maha Mengetahui.
Banyakkan doa untuk keselamatan diri dan keluarga serta terhindar daripada cerita2 gini. Aamiin. Thanks sudi baca gais ☺

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *