Jamming Studio Yang Berhantu

Salam kepada FS dan pembaca. Kalau sesiapa ada baca story lama aku tajuk “Jangan Cakap Nampak…” mesti korang dah tau pasal aku boleh nampak “benda” ni. Jadi, memandangkan aku pon tak boleh tidur dan “pishang” tak tau nak buat apa, aku nak share cerita dekat korang. Aku decide nak cerita pasal macam mana Jai (member rapat aku), boleh tau pasal kebolehan aku.

So, masa aku diploma dulu, aku menyewa bilik dekat rumah kedai dalam area KL. Rumah kedai ni macam rumah studio yang dibahagi 8 bilik. Jai dah sewa dekat situ lebih awal. Aku dapat sewa situ pon sebab Jai yang tolong book kan bilik tu untuk aku. Depan rumah aku ni pula ada jamming studio yang kalau aku sebut mungkin ada orang yang tahu sebab memang ramai orang pergi situ.

Jadi, story aku,Jai dan jamming studio bermula bila aku dengan Jai decide untuk buat part time job dekat studio tu. Studio tutup awal. Pukul 2 kitorang dah boleh kemas, 2.30 pagi dah boleh kunci pintu. Jadi tak ganggu waktu kelas. Kerja dekat studio memang best, sebab dapat kenal ramai member dan kerja pon tak berat. Tapi, aku perasan sesuatu yang tak kena pasal studio ni. Setiap kali jam nak dekat pukul 2, customer mesti dah packing dan balik awal padahal ada lagi satu jam boleh pakai studio sebelum kitorang nak closing. Kalau diorang nak jamming lama pon kitorang takde hal punya tunggu setengah jam ke tapi memang tak pernah jadi. Aku pernah tegur bebudak ni kenapa balik awal sangat? ┬áDiorang bagi alasan, kasi chan aku kemas studio and tutup awal supaya dapat rehat. Dalam hati aku… “Aih, takkan la semua orang yang datang semua niat sama kot?” Tapi takpelah, bersangka baik. Sampailah satu hari ni bila ada event yang sewa equipment studio, aku dengan Jai kena kerja lebih masa.

Kitorang kena tunggu dekat studio sampai van penyewa barang datang pukul 4.30 pagi. Nasib baik hari takde kelas jadi kitorang pon okay. So, dalam studio ni ada 4 bilik jamming dan 1 bilik recording. Lepas tu, ada satu bilik khas untuk bilik pekerja rehat. Ada sofa, tv semua complete. Kejadian yang pertama, bila masa semua customer dah takde, kitorang jalankan lah tugas untuk check bilik-bilik dan kemas apa yang patut. Aku kena check bilik 1 dan bilik 2. Masa aku masuk bilik 1 ni, aku rasa lain macam. Macam ada orang memerhati aku. Aku buat bodo. Aku kemas dan pergi ke bilik 2 pulak. Bilik dua ni besar siap ada sofa. Masa aku tengah susun balik barang dalam bilik 2 tu, tiba-tiba aku macam terperasan ada benda disebalik sofa tu. Sambil aku gulung kabel, aku curi pandang. Aku nampak macam ada kepala orang tapi nampak separa je paras hidung dia tengah jenguk aku dari belakang kerusi. Aku memang dah menggelabah lagi-lagi nampak mata dia besar je tengok aku. Dalam hati aku doa jangan dia berdiri tegak je. Doa aku tu memang termakbul sebab dia tak berdiri. Tapi masalah sekarangnya, bila aku nak keluar, aku pusing, dia tengah baring depan pintu membelakangi aku. Hmm sudah! Takkan aku nak langkah kan? Aku taktau nak buat apa. Aku pusing belakang balik buat-buat kemas drum dengan mulut terkumat-kamit. Memang Allah je lah tau keadaan aku.

Tiba-tiba, aku dengar Jai panggil aku sambil buka pintu. Aku toleh, benda tu hilang. Aku nak keluar dari bilik tu cepat tapi Jai tiba-tiba tarik aku. Aku tanya dia kenapa? Jai dengan nada yang tenang cakap kat aku “Aku rasa kita lepak dalam bilik ni je kot. Bilik belakang (bilik pekerja) ada tetamu tak diundang melepak lah”. Aduhai. Ada geng dia pulak rupanya. Lepastu,aku usya bilik tu kejap. Mata aku je gerak. Aku nampak benda tu tengah berdiri dekat sudut bilik. Tak berani tengok muka. Aku tarik Jai keluar sambil cuba menerangkan dengan nada cool macam Jai “Tapi yang dalam bilik ni pon macam tak suka kita dalam ni”. Aku dengan Jai, terus keluar bilik dan berjalan ke hall.

Kitorang duduk dekat meja kaunter tengah fikir nak buat apa. Nak blah, takut orang tu sampai, kitorang takde nombor. Nak tunggu, ada dua dah “tetamu” kat situ. Jai decide nak call boss dan mintak nombor orang van. Masa tengah call tu, aku dah tak sedap duduk sebab hati serious memang tak senang. Aku ajak Jai keluar call dekat luar tapi Jai pulak cakap tunggu tanya bos dulu sebab amanah. Tengah aku bebel, aku ternampak sesuatu kat pintu studio recording yang tak tutup rapat. Ingatkan labah-labah. Perhati betul-betul….Ya tuhan. Tangan rupanya. panjang jari dia warna putih. Belum tunjuk muka tu tapi aku dah ketar lutut. Tak lama lepas tu, dalam studio recording tu dengar bunyi bising. Bunyi drumlah, bunyi orang lari, bunyi macam Amp berdesing padahal kabel semua dah cabut gulung, suis dah check. Bila dah jadi macam tu, baru Jai nak bangun ajak keluar. Kitorang keluar pakai kasut kat luar. Masa Jai tengah nak mangga kunci pintu, benda tu boleh main ketuk-ketuk pintu dari dalam. Aku siap nampak rambut putih keluar dari celah bawah pintu. Ini memang biadap. Memang bukan gurau manja punya kacau ni. Lepas mangga terus kitorang pergi melepak dekat mamak.

Masa kat mamak tu, baru lah kitorang bertukar cerita. Aku cerita dekat Jai apa aku nampak dalam bilik tu dan Jai cerita apa dia nampak. Al kisahnya, masa kitorang tengah check bilik, Jai lepas settle check bilik dia masuk bilik rehat. Dia nampak orang berselubung dalam selimut tido atas sofa. Dia fikir aku. Dia duduk dekat kerusi meja makan. Bila dia cakap dengan aku, aku tak nyahut. Aku gerak-gerak badan je. Jai buka baju dia sebab panas. Kau bayangkan dalam sekejapan, muka dia tercover dengan baju, lepas cabut buka baju dia tengok dekat atas sofa tu ‘aku’ dah takde and yang ada just selimut je. mustahil sangat lah kalau aku lari. Dia terkejut terus keluar cari aku dan jumpa aku dalam bilik 2. Tapi Jai menjadi Jai, aku memang respect dia sebab dia masih steady cool. Aku yang selalu nampak ni pon tadi dah mintak nyawa dah. So, kitorang berbual dan Jai akhirnya tahu juga pasal kebolehan aku memandangkan banyak benda aku nampak dia tak nampak apa-apa kecuali dengar.

Kitorang end up melepak sampai pukul 6 pagi baru van datang. Aku memang marah betul sebab janji pukul 4. Rupanya diorang cakap bos kitorang sendiri yang suruh diorang datang pukul 6. aik??? Tapi sebab dua-dua dah penat, kitorang just naik studio dan load brg terus lock semua dan balik tido. Petang kitorang bangun tido dapat text bos cakap tak payah bukak studio malam tu. Memang kalau dia suruh bukak jangan harap aku nak buka. Kitorang lepas mandi semua turun bawah lepak mamak. Lepas tu ternampak bebudak band yang selalu datang jamming dekat studio. Kitorang cakap la studio tutup so kitorang melepak. Akhirnya lepak minum dan bersembang baru la dapat buka cerita sebenar lepas aku desak diorang story kenapa balik awal. Rupa-rupanya memang ramai dah tau dah pasal studio tu berhantu.

Studio tu asalnya masa mula buka, tutup pukul 3 pagi. Tapi lepas banyak gangguan berlaku tu yang tutup awal. Diorang cakap pukul 3 je mesti kena kacau. Tiba-tiba volume tinggi la, ambik gambar ada extra person la, buat recording dengar suara tambahan. macam-macam lagi. Sebab tu diorang selalu balik awal. Tapi diorang datang jugak studio tu sebab murah dan equipment semua bagus. Just sebelum pukul 2 memang dah keluar.

Lepas kejadian tu, aku dengan Jai terus quit. Bos kitorang macam tak cakap banyak terus ok je kitorang nak quit macam tahu pasal apa. Tapi, lantaklah dia dan lantaklah studio tu.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

  1. Bro.. share lagi pengalaman2 lu yang boleh nampak ni bro.. wa tunggu next2 thread lu.
    Btw, sejak bila lu boleh tahu lu ada gift ni bro? Lu boleh ubatkan orang kot bro..
    Mungkin Allah nak bagi lu petunjuk dengan cara macam ni bro.. apepun semoga lu kuat dan sabar la bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *