Janda ayah tiriku peneman adikku (part 4)

Hi, assalamualaikum admin & warga fs.. terima kasih admin sbb sudi siarkn lagi cerita saya.. ada yh tanya, mami tu tau ke yg kitorang tau dia yg buat? ya, dah tentu dia tau..cuma kami buat2 tak tau.. hehehe..dia banyak mengganggu keluarga saya, tapi ironinya kami tetap menjaga silaturahim. Pendek kata, saya juga sayang keluarga dia. Ya lah, saya memang rapat dengan anak2 dia. Anak mami pn ada 3 orang je..masa saya tengah taip cerita ni pun, lagi 2 hari kami ada family gathering kt cameron highland..anak2 dia x bersalah..emaknya saja yg sesat jalan..

Ok lah, sy nak cerita perihal adik bongsu sy pula..yg ni last dia kacau, sbb lepas tu sy dah tak ada adik..tapi, yg last ni laaaa yg paling kuat.. masa tu, adik sy menangis lagi kuat dari adik saya yg lagi 2 orang tu..macam biasalah, makcik saya jadi penyelamat.. time ni, benda tu dipaksa masuk dalam badan makcik saya. Macam mana?? benda ni tak suka bau busuk, so masuk je waktu maghrib, makcik saya bakar rabung (kalau tak salah saya)

Bahan-bahannya:
– kulit bawang
– lada kering
– kemenyan (kalau ada)
– najis kucing (kalau ada)
– apa saja yg berbau busuk

Cara-cara:
– gaulkan kesemuanya & bakar.. asap dia?? Fuhhhhh… menyengat jiwa…

Nak dijadikan cerita, tengah syok punya bakar, tiba-tiba makcik saya meracau sensorang.. time ni, faham-faham sendiri laa.. masa untuk berdialog dengan jin.. hahaha.. watak tambahan: AN – arwah nenek..
MK: hish, busuknyee!!! (Pelik kn? Dia yg bakar, dia pulak yg complain busuk..kihkihkih.. maknanya , tu bukan dia)
M: haaaa..dia datang dahh!! Dia datang dahh!! Mu buat bnde kat sini?? Cakap dah tak nak datang?! Penipu!! Ni siapa ni?? Cakap!!
MK: Ni ibuuuu… (baru sy ingat, adik saya yg bongsu ni,ibu yg datang)

M: ooooo…ibu..macam mana ibu? Buat sikit gaya ibu.. (masa ni makcik sy tunjuk cara ibu tu berjalan..memang sebijik cara dia berjalan…cara orang tua berjalan..) betul la ibu ni.. buat ape datang sini?!
MK: saja nak tengok anak mu..
M: sudah-sudah laa.. keluar laaa.. cukup-cukup la ganggu anak aku.
MK: aku suka keluarga mu ni.. tu (sambil tunjuk ke arwah nenek) aku selalu ikut dia balik rumah.. (arwah nenek dengan toki saya ni, meniaga pasar malam)
M: mu ikut balik mana??
MK: ikut balik rumah dia laa.. balik dari niaga, aku ikut dia balik sekali.
M: mu ikut macam mana?
MK: aku duduk belakang van.. aku duduk jeee…best ikut dia balik rumah..
AN: oooooo… patut la malam-malam aku dengar bunyi pelesit..
MK: haaaa.. aku la tu..tp aku tak masuk rumah..aku duduk luar je.. aku tak boleh masuk..

M: ni aku nk tanya, mu tak takut ke rumah aku ni gantung ayat quran?
MK: setakat mu gantung kat dinding, aku tak takut..sikit pun aku tak takut.. tapi aku takut orang yang baca ayat tu..tu..tu..(sambil tunjuk kt arwah nenek) aku takut dengan dia tu..dia tu kuat membacaaaa.. (arwah nenek saya banyak menghafal ayat al-quran) sebab tu aku tak boleh masuk rumah dia! Aku panas!!
M: dah tau takut, mu kacau jugak!
MK: aku nak keluar dah.. dia (arwah nenek) baca dah tu, aku panas..aku nak keluar..
M: dah, keluar la nak keluar. Tak ada siapa pun jemput mu mari.
MK: ehmmmm..bagi beras dengan kunyit.. (macam biasalah, itu je cara dia nak keluar dari tubuh makcik saya)

Nak dijadikan cerita, masa arwah toki leman terlelap dekat pintu rumah dia, si ibu ni datang jumpa toki leman dalam mimpi.. dia cakap, pelesit dia tu baru lepas dijamu makan, jadi tenaga dia bertambah..Sebab tu adik bongsu saya paling teruk dia kacau.. sy tak tau lah apa yg dibincangkan antara toki leman dgn benda tu sebab lepas dari tu baik mami @ ibu, dorang dh tak mengganggu keluarga sy lagi..

Macam mana makcik saya ni senang dimasuki benda halus? Sebenarnya, keluarga sebelah arwah ayah saya juga ada saka.. saka datang dari tarian mak yong. Tp arwah toki tak pernah menuntut ilmu hitam. Cuma saka ni mencari tuan..jadi, oleh kerana makcik saya ni boleh menghafal al-quran, jadi saka ni lebih tertarik pada dia..sekarang ni, makcik saya dh tua, saka tu mencari tuan yg baru.. saka ni suka pada orang yg kuat imannya, tak tinggal solat, baca al-quran.. saka ni cuba mendampingi anak sepupu sy..tapi, alhamdulillah anak sepupu saya sempat berubat walaupun masih ada sisa-sisa saka tu..anak sepupu sy kena kawal kemarahan dia setiap kali dia rasa nak marah sebab kalau dia tak kawal, saka tu akan datang. setiap kali saka tu datang, anak sepupu sy pun boleh menurun..

Lepas dari tu, mami dah tak ganggu keluarga saya lagi.. tapi, hubungan kami masih baik.. bagi saya, yg dah berlalu, biarkan berlalu. Cuma harapan saya, dia bertaubatlah..buang semua yg syirik & kufur..bagi sy, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita masih boleh bertaubat..

Tapi, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. patah tumbuh hilang berganti.. rupanya masih lagi ada gangguan-gangguan dalam keluarga saya.. cuma orang yg berbeza..nanti saya cerita di lain masa.. dah lewat malam ni..

P/s: Pssstttt…orang cakap, kalau kita bercerita tentang “dia”, dia tau kita bercerita.. kemungkinan dia ada dengan kita masa kita sedang bercerita perihal dia.. selamat malam..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

1 thought on “Janda ayah tiriku peneman adikku (part 4)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.