Jangan Balik Lewat Malam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat para readers FS. Terima kasih admin kalau cerita aku ni dipublishkan. Okay, tak nak intro panjang-panjang. Nama aku Hazi (penat fikir nak letak nama palsu). Cerita ni terjadi dalam tahun ni jugak, awal tahun macam tu kalau tak silap aku. Waktu tu aku dan rakan-rakanku dihantar ke sebuah hospital di utara tanah air untuk menjalani posting kat situ. Tapi ni bukan cerita kat hospital tu pun. Roommate aku pada masa tu ada 5 orang, termasuk aku jadi 6. Nak dijadikan cerita, kitorang ni kalau ada masa free especially time weekend memang suka keluar merayau nak bagi hilang stress la kononnya pastu balik pun tengah malam buta. Ada satu hari tu, aku dan roommate semua dah sepakat nak pergi spend time kat satu mall yang agak jauh jugaklah dari hostel kitorang masa tu. Perjalanan pergi je dah memakan masa hampir 40 minit baru sampai. Dan kejadian yang hampir meragut nyawa ni berlaku semasa perjalanan balik kami dari shopping mall tu ke hostel. Dah namanya perempuan memang riuhlah kereta dengan gelak ketawa walaupun dah penat keliling shopping mall, tak sedar pulak tu masa tu dah tengah malam dan kereta sekeliling pun makin berkurangan. Tiba disatu traffic light, kereta yang dipandu oleh Joy ketika itu berhenti sekejap sebab tengah red light. Yang aku ingat masa tu keadaan sekeliling agak suram dengan lampu jalan yang tak berapa nak terang, persekitaran pulak macam kat hutan tapi adalah beberapa buah kereta lagi kat sebelah dan belakang kereta kitorang masa tu.

Jeny yang duduk kat sebelah aku tetiba bersuara, “Eh tengok banner tu, ada karnival jual barang-barang murah lah tadi”‘ (aku bantai je tak ingat nama event tu pun). “Laa, kalau tahu baik pergi situ je dari awal, tak perasan lah pulak”, Ros menjawab melayan si Jeny dengan nada acah sedihnya. Tengah semua dok fokus kat banner tu, tiba-tiba Joy yang dari tadi hanya berdiam diri menekan pedal minyak menandakan traffic light dah bertukar ke hijau.

“Tettttttttt!!!!!!!”, semua tersentak mendengar bunyi hon yang ditekan Joy, pada masa yang sama juga break mengejut membuatkan kitorang yang duduk di belakang terhumban sedikit ke depan. Sebabnya tetiba je ada sebuah motorsikal yang dibonceng oleh seorang lelaki melintas dari simpang belah kiri berada betul-betul di depan kereta kami masa tu. Nasib baik tak bertembung terus kalau tak dah arwah lah pakcik baju putih berkain pelikat tu. Masa tu semua orang dah pelik, kan dah green light dah kenapa pakcik tu nak lalu pulakkan? Bila tengok balik rupa-rupanya traffic light still merah! Kereta lain pulak still kat belakang. Sepanjang perjalanan tu semua tertanya-tanya dan ada yang sangat yakin kononnya lampu tu memang hijau tapi Joy masih mendiamkan diri dan bila ditanya jawabnya hanya sepatah dua kata. Aku masa tu dah rasa tak sedap hati baca-baca lah ayat quran sikit dalam hati dengan harapan selamat sampai ke hostel. Tiba disatu jalan yang dah nak dekat dengan hostel, sekali lagi Joy menekan break mengejut sebab hampir terlanggar orang yang tengah melintas jalan. Semua dah gelabah dah masa tu tanya Joy kalau mengantuk tukar driver, Joy kata dia okay je tak payah risau. Sampai kat rumah time tu dah pukul 1 malam, kami semua berkumpul nak cerita balik apa yang dah jadi tadi. Joy tetiba membuka cerita “Aku malas sebenarnya nak cerita sekarang taknak bagi korang takut, tapi tadi masa kat traffic light tu, aku nampak ada perempuan pakai baju warna putih dengan rambut panjang menutupi muka tengah duduk melutut kat bahagian depan kereta orang sebelah (atas enjin) dan benda tu menghadap ke arah kereta kita, first aku pelik macam mana lah orang tu nak pandu kalau ada orang duduk kat situ, nampak ke jalan? Aku pun buat don’t know je la mungkin tu halusinasi je kot tapi tak tau lah aku rasa macam kena pukau dan yakin lampu dah hijau, aku tekanlah minyak. Masa dah nak terlanggar motor tu baru perasan yang lampu still merah.” Kitorang semua terdiam waktu tu dan ada yang dah tak senang duduk takut nak tidur malam tu. Ada yang menyesal pulak suruh cerita malam tu. Sape suruh nak dengar jugakkan!

Joy yang keletihan tidur dulu malam tu dan kitorang yang lain ni sambung tengok movie kat laptop. Dalam 15 minit macam tu Joy tetiba terjaga lepas tu ambik al quran tafsir kecik and then letak dekat tepi bantal pastu terus sambung tidur balik. Malam tu lepas dah habis tengok movie kitorang yang lain ni pun nak tidur kecuali Lisa still lepak kat living hall. Aku rasa penat gila pastu terus naik katil untuk lelapkan mata. Tiba-tiba sahaja dalam keadaan separuh sedar aku rasa macam ada sesuatu yang tindih aku, berat sangat, aku baring mengiring ke kanan masa tu, aku buka mata aku tak nampak apa-apa pun, aku cuba baca ayat kursi semua pun tak lepas jugak, cuba gerakkan ibu jari kaki pun tak menjadi gak nak lepaskan diri dan aku rasa macam ada dua benda, satu kat atas tengah tindih, satu lagi kat belakang aku tengah baring ke tak taulah yang penting benda tu macam nak tolak aku, aku cuba lawan nak lepaskan diri pastu aku jerit sekuat hati dan akhirnya lepas jugak. Aku yang kepenatan tertidur lepas tu. Sebenarnya aku dah banyak kali experience kena tindih ni tapi selalunya tak lama dan ini first time aku kena tindih dalam rumah tu.

Keesokannya, aku cerita kat semua roommate aku apa yang jadi semalam. Lisa yang kat luar tengah lepak malam tu kata dia dengar ada orang jerit semalam ingatkan mengigau rupanya aku kena kacau. Joy tetiba menyelit semalam yang dia terbangun tu sebabnya ada benda yang menyerupai Eri cekik dia masa tengah tidur. Eri tu roommate kitorang jugak yang tidur kat katil sebelah Joy. Dalam mimpi tu Joy cerita, Eri mula-mula senyum sinis lagi menyeramkan lepas tu terkam leher Joy dan Joy pulak cuba lepaskan diri akhirnya terjaga dari tidur. Dia cepat-cepat ambik quran tafsir then letak kat tepi bantal baru lena tidur. Lepas je dengar cerita aku dan Joy, yang lain pulak time tu dah rasa seram, takut next turn dorang pulak kena. Malam tu kitorang baca yassin memohon perlindungan dan harapnya takde gangguan dah lepas tu. Sejak dari tu kitorang dah tak berani nak jalan jauh malam-malam kalau nak pergi pun mesti balik petang. Kalau nak pergi area dekat-dekat berani lah keluar malam. Alhamdulillah lepas tu takde dah benda-benda mistik yang jadi selama aku kat rumah tu. Tapi kitorang ada dengar cerita jugak yang kononnya area traffic light tu memang selalu ada accident. Nak kata pandangan kena tutup or mengkhayal pun tak tau lah, wallahualam. Sekian daripada aku, Hazi, maaf kalau cerita tak seram dan aku tak pandai mengarang tapi peduli apa aku still nak cerita jugak! Peace yo

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

8 thoughts on “Jangan Balik Lewat Malam”

  1. sbb tu org tua selalu nasihat bila balik rumah dah tengah malam ….sebelum masuk rumah baca ayat kursi then masuk beri salam…cuci muka cuci kaki ….apa pun pengalaman yang menarik dikongsi hehee

    Reply
  2. blm lewat tak ape cuma beringat2, dan terpulang kpd urusan yg perlu dibuat.

    tp seeloknya blk awal sblm maghrib. kalau yg mmg kije mlm yg tu terpaksalah.

    Reply
  3. adik aku selalu balik lewat biase la lelaki yang selalu jadi mangsa Nye aku lah kene tindih..mule2 takot lame2 jadi hagin 1 badan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.