“Jangan Buka Pintu! Itu Bukan Ayah”

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia FS. Kali ni aku nak share kisah seram aku masa dibangku sekolah rendah. Before ni aku share story pasal kisah seram aku dipoliteknik. Selamat membaca semua. Bismillah.
Kisah ni bermula masa aku berumur 9 tahun dan abg aku pulak 10 tahun. 2 beradik je masa ni yang lagi 3 org adik belum wujud. Masa ni family aku tinggal kat perumahan. Dulu stay dengan atok/nenek kat kampung. Ayah dapat 1 job dekat company ni. Dorang provide rumah untuk semua staff dorang.
Semasa kejadian berlaku, aku tak ingat jam berapa tapi terjadi masa mak dan ayah aku siap2 nak makan lepas selesai tengok berita jam 8.00 malam. Macam biasa asal time nk makan, mak/ayah aku kunci bilik dapur. Rumah tu antara ruang tamu dan dapur ada pintu. Sebab aku dgn abg aku ni mmg pengacau even dah makan selepas balik sekolah petang tu.

Dorang nak mkn dengan tenang pun x boleh (Jgn chop mak/ayah aku kejam tau). So mcm biasa, aku dengan abg aku ada 1 hobi susun kusyen jadi rumah (budak 90-80an suka buat benda ni.. hehe..) habis je susun abang aku akan mula kemudian turn aku, merangkak sampai naik melecet lutut.

Masa turn aku nak start balik masuk dalam kusyen tu abg aku tiba-tiba tarik tangan aku pergi ke sudut tepi ruang tamu bersebelahan dengan kerusi. Abg macam takut semacam tiba2 nangis cakap takut. Asyik tunjuk pintu utama rumah. Aku tanya abg kenapa, ada hantu ke. Hamboiii mulut aku, abg aku cekup mulut aku menandakan isyarat supaya diam. Disebabkan aku memang tak tahu apa yg abg nampak masa main dalam kusyen tu tadi.

So aku abaikan sebab x paham dengan perilaku aku aku yang tiba-tiba camtukan. Aku kemas kusyen-kusyen tadi ke tempat asal sebelum mak aku pulak yang naik hantu nampak ruang tamu berselerak.

Selesai mengemas aku duduk bersandar dekat kerusi sambal main ligo. Nak dijadikan cerita aku tiba2 terjatuh ke depan dek kerana kerusi yang aku sandar seolah-olah ditolak. Masa ni aku da seram walaupun umo aku masa ni 9 tahun.

Abg aku tarik tangan aku supaya dduk dekat dengan dia. Tp aku tak endahkan. Aku tolak kerusi tu balik ke tmpt asal. Aku smbung lagi main ligo. Kali ni “benda” ni tolak dengan lebih kuat smpai terhantuk kepala aku atas lantai. Nasib baik lantai rumah masa tu kayu je. So aku marah, aku jerit “bodoh lah!!!”
Selang beberapa minit aku dengar bunyi kerusi dari arah dapur menandakan mak/ayah selesai makan. Aku pandang abang, muka dia sedikit lega. Masa aku tengah intai2 bawah pintu dapur tengok kaki mak/ayah sambil ketuk pintu dapur aku terdengar suara ayah panggil nama aku dekat pintu utama rumah, dia panggil nama aku sambil ketuk pintu perlahan-lahan.

Disebabkan aku budak mana reti wehhh yang ketuk tu “benda” tu. So aku dengan happy nya pergi ke arah pintu, nak bukak pintu. Tp tangan aku tak boleh capai kunci yang ke-2 tu. Tiba2 abang bersuara tanya aku kenapa nk bukak pintu, aku ckaplah ayah panggil. Muka abg aku masa tu tiba2 seriau lepas terpandang cermin tingkap bersebelahan dengan pintu tu.

Abg berlari dapatkan aku, abg heret aku sampai ke sudut tepi kerusi. Abg cakap tu bukan ayah, itu “hantu”. Aku pulak boleh gelakkan abg aku, cakap abg aku penakut. Lepas tu aku nampak ayah lambai aku dekat tingkap tu, aku terlepas dari dakapan tangan abg aku, abg aku hanya mampu jerit nama aku. Tapi ntah kenapa aku x dengar langsung suara abg, yang aku nmpak abg nangis smbil lambai2 tangan. Sampai je dekat tingkap aku hulur tangan.
Masa ni aku x tahu nak cakap, tangan aku macam direntap-rentap dengan kasar. Aku nangis sekuat hati. Aku cuba intai “benda” yang tarik tangan aku. Punya terkejut sebab tu bukan ayah. Cuma makhluk yang tak berwajah berpakaian putih.

Tiba-tiba suasana jadi tak menentu, aku terdengar abang mengetuk pintu dapur dengan kuat. Then aku terdengar suara ayah tengah baca ayat suci Al Quran. Dalam beberapa minit kemudian tangan aku dilepaskan dan sedikit luka dek kerana cermin tingkap pecah. Masa ni aku sedikit keliru dan sedikit takut bila ayah peluk. Yelahkan ingatkan “benda” tu peluk. Tapi ayah yang peluk. Lega rasanya.
Ayah cakap masa tu aku menggigil satu badan, sejuk semacam, muka pun dah tak berwarna, dengan mata aku dah naik ke atas. Ayah ambil keputusan nak bawa aku balik ke kampung malam tu jugak. Sampai dikampung, suasana sedikit riuh sebab atuk/nenek aku terkejut tengok cucu mereka mcm nak hilang nyawa.

Nasib baik atuk aku ni pengamal perubatan islam, tp level2 kampung je.  atuk sapukan aku minyak yang dia dah siap2 bacakan ayat suci Al-Quran sambil2 dia urut dan hembus ubun2 aku. Alhamdulillah, badan aku dah tak menggigil dan suhu badan aku kembali normal, cuma aku lemah dan masih tak bertenaga.

Boleh pulak masa tu mintak nenek goreng ayam, sebab lapar. Mak dan nenek menangis peluk aku. Ayah tanya aku, sapa tarik tangan, aku cakap ayahlah yang tarik sebab lambai aku dekat tingkap. Riak wajah ayah memang terkejut yang amat.

Bukan ayah je mak pun terkejut dan hairan, masakan suami dia boleh ada dihadapan sedangkan tengah makan dengan dia kat dapur.
Malam tu kami bermalam di kampung. Ayah pun letih nak drive balik ke rumah kami. Ayah pun dah call boss dia cakap nk cuti 2 hari sebab nak urus anak-anak. Ayah tanya atok “benda” apa yang kacau aku, atuk cakap benda tu suka kat budak-budak nak kawan.
Selepas 2 hari ayah bercuti dikampung, atok ajak ayah ke rumah kami diperumahan, ada “kerja” sikit nak dibuat. Ayah paham maksud atok. So keesokkan hari atok dan ayah kembali ke rumah kami di perumahan.

Atok “pagarkan rumah” dan ayah azan disetiap sudut rumah, pada malam nya kami buat kenduri kesyukuran sempena aku dah selamat daripada kejadian tu dan sempena masuk ke rumah baru. Selepas kejadian tu, keadaan dah kembali normal. Agak lama kami tinggal kat situ. Tapi sekarang dah tinggal ditempat lain, and yes new place new story. InsyaAllah kalau ada kesempatan dan rajin nak menaip, next time aku akan ceritakan. Terima kasih, kerana sudi meluangkan masa membaca kisah seram aku. Wassalam

Hakak Z.M

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.8]

15 thoughts on ““Jangan Buka Pintu! Itu Bukan Ayah””

  1. X dpt imagine betapa cuaknye abg tu ble ko g hulur tgn kt benda alah tu kan, sbbnye abg ko mmg dr awl dh nmpk tu bkn ayah…

    Reply
  2. nampak sgt degil.. haha.. slalunye budak baik je yg boleh nampak “benda” tuh.. ye, nampaknye abang kamu tu baik orangnye.. hahahahaha.. crite best..

    Reply
  3. Degilnya kau ni. Kalau aku jadi abg kau aku hentak kepala ko. Aku pantang btul budak kecik degil tak dgr ckp org. Kcik² xnk m**i. Da bsr susahkn org.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.