Jangan Ikut Aku

Assalamualaikum.. kali ne aku mo ceta pasal pengalaman diikut oleh sesuatu ketika tengah mengandung. Memang masa taip ne pun berdiri2 jugak la bulus2 yang ada haha.

Waktu aku tengah mengandung, ada satu simptom mak2 mengandung yang memang common iaitu sentiasa KEPANASAN. Setuju kan? Jadi masa tu waktu petang kami di rumah mertua memang aku rasa panas betul lah bilik tido kami tu, pakai baju nipis pun kepanasan, ditambah lagi dengan rasa mengantuk last2 aku buka semua baju n cuma cover badan ku dengan baju nipis tu dengan kipas full direct sama aku. Sedap nya tido tu sampai dekat maghrib baru aku bangun. Sudah bangun tu, aku terus mandi solat then bersiap sebab aku mo hantar suami ke airpot dia keja di perantauan.

Dalam jm8mlm begitu kami gerak singgah rumah aunty nya untuk bersalam2an sebelum jalan. Time dalam keta tu aku terhidu bau rokok dan setahu aku memang laki aku jarang merokok. Jadi aku tanya la “abang ada merokok ka?” Then dia pun cakap xda la. So aku assume bapa nya yang ada merokok kali dekat keta. Sampai sudah kami d rumah aunty tu kami pun masuk n aku salam aunty tu then lepas aku salam ja aunty tu terus dia cepat2 pegi d pintu tengok2 di luar. Dia cakap ” ko ada bawa siapa2 ka ikut ko?” Aii bingung aku apa aunty ne cakap. “Bawa siapa aunty? Kami dua ja ne mo p kk (kota kinabalu)” “Aunty rasa ada yang ikut ko la” sambil baca2 ayat suci alquran n menghalakan tangan nya dari atas kepalaku sampai ke bawah depan dan belakang.

Aku time tu memang seram sejuk da sapa pulak yang mo ikut aku ne, sudah la malam kami jalan ne aduiii. “Ada orang tua ikut ko ne” tambah aunty tu lagi. Terus dia pegi kuar tengok keta kami lepas tu dia kasi hala lagi tangannya di sekitar keta kami. Eya betul memang ada benda ikut kamu ne ada dia di sini di keta kamu ne. Astagaaa dalam hati ku kali ne la bau rokok ku terhidu tu. Betul la kali apa aunty ku cakap ne. Aku memang takut sdh tp masih boleh kawal lagi la kunu perasaan tu haha. Terus dia sambung lagi baca2 ayat quran di sekitar keta tu n ada dia spray2 air di dalam n luar keta tu. “ok insyaallah xda sudah ne sudah aunty halau dia kuar harap2 dia nda ikut kamu sudah”

Aku pun terus rasa lega n berharap betul lah xda sudah yang ikut. So kami teruskan perjalanan pegi kk n sebelum laki ku p masuk dalam apot dia pesan “hati2 drive ya xpayah singgah mana2 terus balik rumah sampai rumah terus message abg” then lepas tu aku pun terus balik rumah tapi bukan rumah mertua sebab aku keja di kk jadi aku tinggal tempat lain. Aku drive tu pun punya pecut xmau pikir macam2 sudahla drive sendiri kan huaaaaa tapi syukur bau rokok pun hilang aku drive pun xterganggu.

Sampai sudah d tempat parking rumah aku pun terus turun n ambik barang dari pintu sebelah n bila aku tutup pintu lock semua aku terpandang jendela belakang keta housemate aku dalam hati ku ehh ada c ana ka dalam keta ne sebab aku nampak ada mata pandang aku. Tenung lagi sekali fuhhh mata ja yang aku nampak kepala badan semua xda. Apa lagi lari aku dengan barang2 yang aku pegang dengan perut boyot lagi lari p masuk rumah. Time lari tu tiba2 aku rasa ada sejuk2 yang macam lalu di kaki ku atukoiiii terus terlompat aku buka kunci rumah pun macam nda keruan sudah. Tutup ja pintu baru aku rasa tenang sikit. Masuk bilik tenangkan diri.

Besok lusa nya baru aku berani ceta sama housemate ku si ana apa yang aku nampak d keta nya tu. terus terbongkar lah ceta rupanya c ana ne ada yang dengki sama dia, di hantar nya benda sama dia sampai kurus kering bah dia ne. Tapi dia xsangka pulak rupanya ada benda tu ikut stay di keta nya. Tapi syukur la benda tu nda berani masuk rumah mungkin sebab dorang sini rajin sembayang mengaji semua.

Alhamdulillah selepas kejadian tu, aku kepanasan macam mana pun aku xkan pakai seksi menyeksa biar la kepanasan camana pun sebab kita nda tau rupanya ada yang mungkin tergoda dengan kita. Wallahualam…. tq sudi baca semua

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Jangan Ikut Aku”

Leave a Comment